Skip to main content

Pembangkang Tak Tahu Bersyukur!


Penyokong Pembangkang
Tidak Tahu Bersyukur



Di bulan yang mulia ini, sebaiknya kita menginsafi diri, mengenang nasib orang yang sangat memerlukan makanan. Mungkin di Negara kita (1 MALAYSIA) kita tak tahu atau memang tak ada orang yang sangat memerlukan makanan dan air. Tak pernah menempuh suasana tiada langsung makanan dan air. Terpaksa berebut makanan, air tak ada. Terpaksa menunggu lembu untuk kencing dan mandi air kencing lembu. Bunyi macam lawak….tapi saksikan sendiri gambar ini....Malangnya di Malaysia..kerajaan BN/UMNO dituduh zalim, korupsi, menyeleweng, tak jaga kebajikan rakyat..tetapi bila dilihat betul-betul..rakyat Malaysia, khususnya para penyokong pembangkang semuanya "sihat-sihat" belaka..cukup makan, cukup minum, cukup tempat tinggal...tetapi masih nak tuduh kerajaan BN/UMNO zalim..sebenarnya kita ini tak tahu bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan. Kita masih lagi degil nak juga perjuangkan masalah peribadi Anwar Ibrahim...Tetapi, akhirnya apa pun tak dapat..Eloklah kita bersyukur dan insaflah dengan apa-apa yang telah kita nikmati di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Mandi air kencing lembu

Minum air kencing lembu

Makan...hanya sisa roti yang terbuang

Minta simpati untuk mendapatkan makanan

Akhirnya kebuluran yang dihadapi ditambah dengan pelbagai penyakit seterusnya membawa maut.

Burung Hering menunggu saat kematian untuk makan daging kanak-kanak ini.

Marilah kita sama-sama bersyukur atas apa yang kita telah nikmati selama ini. Bersyukur di atas apa yang ada. Ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita redha dan menginsafinya. Sumber : KissDeFella

Comments

Anonymous said…
Patut Gambar2 ini ditujukkan kepada Pak Menteri2 umno/bn serta anak isteri mereka serta kroni2 yang merembat harta rakyat malaysia...HIDUP dengan penuh KEMEWAHAN..Berbelanja diluar negara dengan PEMBAZIRAN

Dah cukup-cukup merompak harta rakyat dan ada ramai lagi RAKYAT yang lebih memerlukan kesenangan
Anonymous said…
puak-puak lahabau pas ini yang mereka tahu hanya kata umno/bn ni zalim dan merembat harta rakyat. heran ya dengan manusia-manusia ni. amat benarlah apa yang Allah firmankan bahawa inilah golongan yang ada mata tapi buta yang ada telinga tapi pekak. mereka lupa yang pemimpin yang mereka dok puja sekarang ni dulu tu siapa. apa pemimpin tu buat semasa dalam kerajaan dulu selain mengkayakan kroninya sampai hari ini. jangan dok sibuk dengan pemimpin bn/umno saja. pi suluh kekayaan pemimpin pkr dan pas dulu. . pi suluh tengok siapa yang berbelanja di luar negara. jangan dok tuduh sebarangan. tengok pemimpin-pemimpin anda sendiri yang apa kurangnya. puak-puak ini tak pernah rasa malu dok kata umno/bn zalim tapi dalam masa yang sama dok guna dan ambik segala kemudahan dan nikmat pembangunan yang dijayakan kerajaan bn/umno. tu pun dok kata zalim lagi. sekeliling boleh tengok kemakmuran hasil pemerintahan bn/umno. jutaan kebaikan setiap pelusuk negara pun dituduh rembat duit rakyat. yang puak pembangkang tau buat apa. ceramah dan mengutuk orang. yang bertambah kat kedah bukannya masjid tapi pusat karoeke. dah jadi kerajaan pun ceramah tak boleh tinggal. inilah contoh perjuangan yang hanya bermodalkan mulut dan mencari aib serta buruk orang bukannya bertunjangkan jasa dan bakti untuk masyarakat. itulah namanya kezaliman sebenar. semoga Allah selamatkan bumi Malaysia dari golongan ini.
Anonymous said…
Selamatkan malaysia dari iblis2 yang mengaibkan hukum Tuhan.. dan meletakkan hukum Islam di belakang dan umno di depan..Insaflah semua rezeki datangnya dari Allah, bukannya dari pemimpin umno
Anonymous said…
memang la rezeki bukan datang dari umno...tp usaha yg ada pada kerajaan sekarang ni la yg kita semua dpt rasa hidup mcm sekarang...tak boleh ke kita ni befikir dgn lebih luas & terbuka...kekayaan?...mana2 ahli politik atau manusia kejar kekayaan...tak payah kata pas/keadilan hanya berjuang utk kesenangan rakyat...semua ade agenda tersendiri & nk mengejar kekayaan juga..semua manusia sama...ape yg benar tetap akan jadi benar...dan ape yg tidak benar tetap tidak benar...jgn la kita tegakkan benang yg basah...tgk ape jadi dgn negeri2 yg diperintah pembangkang..terbela ke nasib rakyat kita?...SEMUA RAKYAT kita?...atau segelintir bangsa je yg terbela....renung2kan la...

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil