Tetamu Kehormat...

August 23, 2010

PAS Gagal Didik Rakyat


PAS Gagal Didik DAP dan Gerakan


Selama hampir 20 tahun, PAS diberi peluang untuk memperjelaskan keadilan hukum Hudud di negara ini. Bermula kemenangan mereka di Kelantan pada tahun 1990, sehingga sekarang dakwah PAS ternyata gagal menyedarkan orang bukan Islam, khususnya DAP dan Gerakan, bertapa hukum Hudud itu sebenarnya adalah sebaik-baik hukum dan keadilan. Tetapi sayang, akibat tiada bijaksana dalam politik dan terlalu mengejar kuasa - akhirnya PAS tersungkur di tengah jalan.


Bukankah lebih baik sekiranya PAS bekerjasama dengan UMNO dan berdakwah kepada pemimpin-pemimpin UMNO bertapa hukum Hudud perlu dilaksanakan di Malaysia? Saya yakin jika umat Islam bersatu dan ikhlas, bangsa lain tidak akan berani sama sekali menghina dan mempersendakan hukum Allah itu. Sekarang apa sudah jadi? PAS tidak akan dapat melaksanakan Islam bersama-sama dengan PR, ini adalah jelas. Nampaknya pemimpin-pemimpin PAS tidak bijak dalam berdakwah - sehingga hukum Islam dipandang serong oleh orang kafir.


Apa yang PAS lakukan selama 20 tahun mereka mempromosi hukum Hudud? Apakah selama ini hukum Hudud hanya untuk memancing undi atau PAS ikhlas mendidik rakyat di negara ini agar lebih faham dengan Hudud dan seterusnya menerima hukum Allah tersebut? Perjuangan PAS sudah cacar-merba. Tiada lagi prinsip perjuangan dan tiada lagi keikhlasan. Baca berita di bawah...


PEMUDA GERAKAN menegaskan PAS harus sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang jenayah telah diperuntukan di bawah Kanun Keseksaan yang sedia ada. "Negara kita, yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama, telah kian lama menolak perlaksanaan hukum hudud. Antara hukum hudud adalah hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina," kata ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang. Beliau merujuk kepada cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya undang-undang hudud bagi mengatasi gejala jenayah dan sosial seperti kes membuang bayi yang semakin meningkat.


Dalam satu kenyataan, Tan berkata, cadangan undang-undang hudud tersebut juga turut ditolak oleh DAP, yang merupakan rakan seperjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat. "Menurut kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh dua hari lepas, undang-undang hudud bukan jawapan kepada gejala jenayah dan sosial. "Malah beliau juga berkata 'partinya DAP tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini'. "Ini jelas menunjukkan bahawa cadangan undang-undang hudud oleh mursyidul Am PAS tersebut adalah hanya impian peribadinya. "PAS harus sedar bahawa hukum hudud bukan impian semua rakyat Malaysia, yang berbilang kaum dan agama," tegasnya.


Oleh itu, beliau berharap PAS tidak akan lagi mengambil kesempatan untuk mencadangkan undang-undang hudud atas alasan kenaikan gejala jenayah dan sosial. "Adalah lebih baik bagi PAS mengkaji sebab-sebab kenaikan gejala jenayah dan sosial dan memberi cadangan rasional untuk meminda mana-mana peruntukan di dalam Kanun Keseksaan yang sedia ada," tambahnya. PAS, tegas Tan, PAS harus menghormati Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Keseksaan yang sedia ada.

3 comments:

Anonymous said...

memang la depa tak mau hukum hudud...lepas ni nak cari makan kat mana..jual aiskerim tepi jalan..yg menentang semua peguam sivil al putar belit.. bila dah jadi syariah.. memang tak leh carik makan... melainkan pas boleh bagi pencen dekat diorang..

Yb Raz said...

pas sendiri gagal mendidik pengikut, bagaimana nak mendidik rakyat. lihat sendiri akhlak nik aziz, mat syabu, nassaruddin dan beberapa pemimpin lain. Tak termasuk lagi penceramah pangkat rendah..semuanya begitu buruk.mencarut dan memfitnah diatas pentas..adakah itu yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w?

Anonymous said...

Kenyataan Tan Keng Liang dari Gerakan perlu dikaji. Negara memang berbilang kaum. PAS gagal mengambil kira faktor ini.