Tetamu Kehormat...

August 23, 2010

Nik Aziz Tahu Segala-galanya

nb

Oleh JEFRI ZACHARIAH

(Tulisan dalam rencana ini, saya fikir patut kita renung-renungkan)


1. Aku hanya tersenyum sendiri bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam menasihatkan Karpal Singh supaya berdepan dengan orang Pas terlebih dahulu untuk memahami hukum hudud sebelum menolaknya mentah-mentah. Ia berikutan bantahan Karpal terhadap cadangan Menteri Besar Kelantan itu agar negara ini kembali kepada undang-undang hudud. Ini kerana menurutnya undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial. Bagi aku, buat apa pula Karpal nak faham tentang hudud? Karpal tak perlu tahu tentang hudud. Mengapa aku kata begitu?

2. Jawapannya mudah saja, satu dunia dah tahu Karpal berulang-kali beritahu yang langkah mayatnya terlebih dahulu sebelum nak wujudkan negara Islam. Maknanya di sini, Karpal dari awal lagi dah 'tak pandang' pasal Islam ini, jadi bila dia dah tak pandang tentang Islam, mengapa pula Nik Aziz terhegeh-hegeh nak dia faham pula tentang hudud?

3. Kalau Islam pun dia dah tak hairan, bagi aku buang masa saja kalau Nik Aziz nak Karpal ambil berat atau memahami hudud ini. Bagi aku, yang paling 'tidak cerdik' adalah Nik Aziz sendiri. Dia bukan baru kenal Karpal. Bahkan aku rasa dia sendiri pun dah cukup masak perangai Karpal. Yang kita tertanya-tanya sekarang, kenapa Nik Aziz masih nak berkerjasama dengan Karpal sedangkan Karpal awal-awal lagi dah nyatakan pendiriannya terhadap agama yang kita anuti itu.

4. Kenapa Nik Aziz lebih rela untuk 'tidur sebantal' dengan Karpal sedangkan dengan UMNO dia bukan main lagi berpatah arang berkerat rotan. Nik Aziz juga dengan 'confident' semalam mengatakan yang Karpal adalah satu-satunya pemimpin dalam DAP yang menolak hukum hudud. Maaf Nik Aziz, bukan Karpal saja, semua orang dalam DAP itu menolak hudud. Kalau betul ada ahli atau pemimpin DAP menyokong hudud, aku minta dia bagi bukti sekarang juga

5. Aku nak tahu siapa yang dalam DAP menyokong hudud seperti mana yang digembar-gemburkan oleh Nik Aziz itu. Nik Aziz kena ingat, UMNO sendiri pun bukannya tolak hukum hudud, tetapi UMNO menolak tafsiran dan undang-undang Pas Kelantan yang tidak serasi dengan syariah. Yang UMNO persoalkan ialah, apakah undang-undang Pas dengan hukum hudud Islam menepati dan mencapai maksud dan matlamat hukum hudud dalam Islam?

6. Apakah undang-undang Pas akan menjamin keadilan bagi mereka yang akan didakwa dibawahnya? Kita semua kena faham, hukum hudud bukan menekan keberatan hukum dalam Islam tetapi sebaliknya adalah untuk keadilan. Menganggap keadilan tidak penting dalam Islam adalah salah.

7. Sebenarnya kedatangan Islamlah yang membawa keadilan kepada Arab Jahiliah dan masyarakat lain yang menerima Islam. Sebab keadilannyalah, Islam mudah diterima. Aku nak tanya satu soalan kepada Nik Aziz, kenapa undang-undang Pas Kelantan tidak akan dipaksakan ke atas orang bukan Islam?

8. Betul, Nabi sendiri tidak menggunakan undang-undang Islam untuk mengadili orang bukan Islam, tetapi hasilnya masih keadilan bagi semua pihak, sama ada yang Islam dan yang bukan Islam. Tetapi jika undang-undang Pas diguna untuk orang Islam dan undang-undang jenayah biasa diguna untuk bukan Islam maka hasilnya ialah perbezaan hukuman yang amat ketara antara penjenayah Islam dan penjenayah bukan Islam bagi jenayah yang sama.

9. Perbezaan hukuman untuk jenayah yang sama amatlah tidak adil bagi apa juga sistem nilai atau agama. Daripada kajian yang telah dibuat amatlah jelas bahawa undang-undang PAS Kelantan adalah tidak menepati sepenuhnya undang-undang, semangat dan sifat-sifat yang ada pada agama Islam. Ini yang Nik Aziz perlu terang kat umat Islam di Malaysia ini, bukan pada Karpal Singh!

6 comments:

kluangman said...

Apa juga saranan hadapan PAS dalam Pakatan Pembangkang sekadar melukut di tepi gantang kecuali kenyataan2 yang menyokong apa yang telah dilakukan oleh DAP dan PKR.

Yang paling tepat, mulia dan unggul serta 'lulus' untuk melaksanakan hudud tanpa tentangan adalah mesti datang dari DAP, ini bukan mustahil kerana cadangan ini akan diumumkan sekadar untuk meraih undi di saat2 akhir PRU13 nanti.

Keadaan terdesak akan memungkinkan segalanya seperti Nik Aziz yang mengumumkan PAS bersabahat dan dibantu jin dan syaitan di pilihanraya11 lalu.

Anonymous said...

salam,
fitnah, fitnah, fitnah, semuanya tak betul. tak betul n.ajis berkata betul. karpal tak faham. semua ahli dap sokong pas bentuk undang hudud. kami percaya n.ajis lebih daripada qada dan qadak Allah. pas itu lebih Islam daripada Agama Islam yg dianuti oleh ahli UMNO. Agama Pas mengajar kami bahawa kata-kata n.ajis itu betul belaka dan tiada salah melainkan betul ajer. jangan tipu kami. alipas sgt percaya kpd pemimpin yg menyokong ketuanan Dap. hati dan minda kami tidak tergugat dgn segala bentuk bukti yg betul kerana Rukun Iman kami hanyalah percaya kepada pemimpin kami yg sokong Dap dan tidak menyekutukan diri dgn UMNO. Pemimpin yg sekutukan diri mereka dgn UMNO tak layak mendapat tempat di dalam Kepimpinan kami.

Muhammad Azli Shukri said...

kluang man - saya juga rasa begitu

The Informist said...

Kepada anonymous August 23, boleh dikatakan banyak ahli PAS murtad sebab mengatakan dan mempercayai PAS itu seperti agama dan seringkali saya dengar mereka membobrokkan keislaman orang lain.

Kerana apa? sebab mereka ini kurang ilmu dan hanya berpegang kata tok guru mereka daripada hadis dan al-Quran.

GuanJis said...

Tak payah nak komenlah, Ulamak PAS mendapat kepercayaan total dari segenap rakyat, kerana perwatakannya alim, gelarannya, Tok Guru, Ustaz, Ayoh, Tok Ayoh. Kiai. dan macam-macam lagi. ereka alim dalam agama, tetapi ..... Lihatlah sekarang ini, gambar pemimpin sendiri dipijak orang, cina pijak melayu, melayu pijak melayu, singh pijak Melayu. Melayu PAS ketawa berdahak-dahak. Sikafirdah mula keluar masuk masjid, dah bagi zakat fitrah dengan wang baitulmal. Sudah boleh baca ayat Quraan, tetapi kekafiran mereka semakin menebal. Melayu PAS dah doakan sikafir supaya sejahtera dan kekal memerintah, Kalau yang tidak sekolah masih sokong, tak apalah, ini yang ada ilmu, yang buat research kat universitipun turut sama, buat research, islam benar tak perkara ini, kalau politik benar islam tak bagi, buat apo dok sokong lagi PAS, Tinggalkan PAS, biarlah dia lena dengan dinar dan dirham, tidak semua yang nabi buat itu sunat dilakukan, malah ada yang haram, harus dan sunat. Kalau nabi berperang pakai pedang, kita macammana, jika nabi berjalan pakai unta, kenapa Nik Ajis pakai Mers. Jika nabi kawin lebih dari sepuluh kenapa hang kawin cuma empat. Jadi yang mana tak praktikal tu, haram hukumnya.

Berfikiranlah secara saintifik, bukan secara sempit.

a ali /46sekupang said...

petikan surat Al-Taubah ayat 31."Telah mereka ambil guru-guru mereka dan pendeta-pendeta mereka menjadi tuhan-tuhan selain Allah dan(juga)Almasih anak Maryam; pada hal tidaklah mereka diperintah, melainkan supaya menyembah kapada Allah Tuahan Yang Maha Esa,tidak ada Tuhan melainkan Dia.Maha Suci Dia dari apa yang mereka persukutukan itu. ref. to tafsir Al-Azhar juzu 10.