Tetamu Kehormat...

August 9, 2010

Nik Aziz Lemah Tadbir Kelantan : Punca Chua Soi Lek Sindir Islam


Kelemahan Nik Aziz Tadbir Kelantan
Punca Chua Soi Lek Sindir Islam



1. Saya sebenarnya malas untuk menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek berhubung kenyataannya yang mendakwa kebanyakan negara Islam mundur dan mengamalkan korupsi. Pada saya, beliau bukan menghina ajaran Islam, tetapi beliau menyindir "orang Islam" yang tidak berpegang kepada ajaran Islam. Kita tidak perlu pergi jauh dalam hal ini. Chua Soi Lek mengeluarkan kenyataan tersebut adalah merujuk kepada negeri Kelantan yang ditadbir oleh seorang ulama bertaraf wali, tetapi negeri tersebut adalah negeri termiskin di Malaysia. Tidak perlu rasanya para pemimpin PAS melalak memarahi Chua Soi Lek, baca di sini dan di sini...


2. Selama 20 tahun, Chua Soi Lek melihat keadaan Kelantan yang tidak jauh bezanya dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN/UMNO. Kes jenayah meningkat, penzinaan bertambah-tambah, wanita yang tidak menutup aurat semakin menjadi-jadi, kadar perceraian tertinggi adalah di Kelantan, ekonomi Kelantan semakin lemah dan mundur - hubungan antarabangsa Nik Aziz dengan negara luar pun lemah, pelaburan FDI pun lemah, warga Kelantan lebih banyak mencari kekayaan di luar Kelantan, perancangan pembangunan Kelantan pun lemah dan lambat, tadbir urus kerajaan Kelantan pun lemah, - jadi Chua Soi Lek memerhatikan semua ini.


3. Penyelewengan balak, kronisme di pejabat Menteri Besar dan penyalahgunaan dana - semuanya menjadikan Chua Soi Lek memandang sinis terhadap Islam. Kelemahan dan kemunduran umat Islam dari segi ekonomi dan akhlak sudah dapat dilihat secara "live" di bumi Kelantan. Chua Soi Lek tidak mencari bukti dari negara Islam lain berkenaan kenyataannya itu. Ia sudah ada di Malaysia. Islam mundur di Kelantan, yakni di bawah pentadbiran yang melaung-laungkan perjuangan Islam tulen. Para pemimpin PAS tidak perlu melalak menyalahkan Chua Soi Lek, sebaliknya salahkan diri mereka sendiri yang lemah dari aspek ekonomi dan akhlak.



4. Pada saya, para pemimpin PAS tak tahu malu dengan kelemahan yang mereka sendiri lihat di Kelantan! Nasaruddin Mat Isa tidak perlu bertemu Chua Soi Lek untuk menerangkan Islam - cukuplah Islam itu dijelaskan melalui perbuatan bukan teori, buktikan terlebih dahulu Kelantan lebih maju dan berjaya daripada negeri-negeri yang lain, baik dari aspek ekonominya, mahu pun dari aspek pendidikan moral rakyatnya, itu sudah memadai membuka mata orang kafir bertapa hebatnya Islam itu! Tidak perlulah Ketua Pemuda PAS memfitnah kononnya kerana terlalu lama bersama UMNO, maka Chua Soi Lek sudah terbiasa dengan budaya rasuah para pemimpin UMNO. Ini adalah prasangka dan fitnah.


5. Salah satu punca yang menyebabkan imej buruk terhadap Islam adalah PAS dan para pemimpinnya yang tidak berakhlak dengan akhlak Islam. Jangan salahkan orang lain. Kesimpulannya, Islam di Malaysia di pandang mundur dan miskin adalah berpunca daripada cara PAS mentadbir Kelantan dan kegagalan parti itu mengurangkan maksiat di negeri tersebut sejak 20 tahun yang lalu. Dan Chua Soi Lek adalah generasi orang bukan Islam yang dapat melihat dengan mata kepala sendiri, bagaimana "Islam ala-PAS" telah gagal memakmurkan Kelantan. Wallahualam.

9 comments:

Anonymous said...

Memang betul pon...Pas hanya pandai bercakap jee...jika UMNO gagal serbai serbi...mengadai melayu sana sini...kenapa Pas jadi dunggu selama 50thn... berpolitik dimalaysia..org melayu akan ikut Pas jika Pas dapat menunjukan bukti..tak guna politik jee bersih(wayang jee lebih) sedangkan rakyat hidup menderita...UMNO pun dah terikut2 gerak Pas..yg boleh menghancur Agama dan bangsa..kerana ketaksupan berpolitik..agama pun digunakan secara berlebihan...sedangkan Islam bersederhana...dalam apa2 hal
Pas pun terlibat dalam menjahanam melayu..kerana selama 50thn jadi pembangkang dunguu..20thn memerintah di kelantan tiada ape yg di bangga untuk umat melayu dan Islam...Pas tu lebih bacul dari UMNO jika PR memerintah...sanggup mengadai maruah agama dan bangsa demi kuasa..ape yg Pas berjaya pertahan selama 50thn jadi pebangkang dimalaysia....lah ni jee dan pandai guling2x atas jalan dan berarak atas jalan itu pun bukan mempertahan melayu/gologan mualaf..tapi lebih mempertahan kuasa...Pas memang patut malu pada rakyat malaysia khasnya org Islam sebab gagal didunia dan akhirat

Undi Pas rugi dunia akhirat...

Anonymous said...

Aku setuju dengan Soi lek,Islam pas tidak tahu mentabir negeri apa yg soi lek katakan ada lah benar dikelantan apa pun tara rakyat nya banyak bertaboran di negeri negeri yg di perintah olih kerajaaan BN dan soi lek bukan menghina islam sejagat tapi menghina islam yg di bawa pas dari pandangan kaca mata soi lek apa yang islam pas bawa tak sama apa yg di bawa olih islam sejagat di dunia ini pas banyak bermain wayang banyak berlakon menghabiskan masa berceramah bukan untuk menyatukan org islam itu sendiri tapi banyak membuat ona dari menbela rakyat di bawah pemerintahan pas dari pandangan kaca mata soi lek dia bukan menghina islam tapi untuk membetulkan apa yg pas buat selama ini.Disitu soi lek telah chek mate pas dalam diam bermakna pas tidak jujur dengan dap dan pkr bermakna pas mahu juga jadikan malaysia ini negara islam sekular itu maksud soi lek hanya untuk menguji pas selama ini adakah pas setia dengan DAP rupa rupa nya pas tikam dap dari belakang pas tetap mahu angan angan nya tercapai.

Anonymous said...

haha..lawak gle blogger ni..
soi lek bukan hentam islam pas je, islam umno pun dia hentam...

musuh Islam ada dalam BN!!! ishtihar perang!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

kalau dap laju je pejuang melayu ni tuduh musuh islam, pengkhianat, kafir harbi dan lain2, kene geng sendiri, tiba2 setuju plak..pulak tu, salahkan PAS

dasar umngok betul....jelas munafiq perjuang agama..

Anonymous said...

HAHAHA,,,HUJAH SEORANG PELAKON CD...HAHAHA

Anonymous said...

salam,
kita bila org kritik, terus melenting dan bercakap dalam keadaan marah. Allah dah kata bahawa marah itu perbuatan syaitan. tak rasional langsung. tengok dulu... org yg kata.... ni bab politik..... dia berckp dalam bab politik .... dia pelakon vcd, tapi agama dia tak halang, pemimpin dap pun ada buat juga, pas sokong ajer. no bantah2. rasuah tu berlaku kerana ada yg beri dan terima. alipas pun bagi rasuah kat polis asal jgn disaman. sapa yg salah, dah la salah hulur rasuah lagi, tu baru yg kecil. n.ajis pun terima rasuah, rasuah haji, org komplen terus tak pegi ... org bagi salah ke ? n.ajis tanya. semua org tanya, salah ke ? org bagi... ambil la. tak minta pun... tanya je kalau ada .... hulur la .... rasuah ke ?

kona leper said...

dalam banyak2 blogger, inilah bolgger yang paling dungu kerana langsung tak faham apa yang dimaksudkan kenyataan asal. kesian ko ada juga manusia yang ku rasa kau islam tetapi orang memperlekehkan Islam ko beri sokongan

Bingai @ Bangang said...

Dia bukan sindir Islam tetapi dia sindir orang yang mengaku Islam.

Aku Yang Bingai
Bila Pemimpin Mula Berubah di Tendang Terajang

Muhammad Azli Shukri said...

kalau rasa ini blog dungu..tak payah la bukak...