Tetamu Kehormat...

August 20, 2010

Nakhaie Diminta Henti Memfitnah Golongan Salaf as-Soleh


Nakhaie Diminta Henti
Memfitnah Golongan Salaf as-Soleh


Saya menyambut baik teguran Mufti Perlis kepada Datuk Nakhaie Ahmad agar tidak membuat sebarang tuduhan palsu dan tidak berasas kepada gerakan sunnah di Malaysia. Mencemuh amalan Islam di negeri Perlis merupakan perbuatan yang menyimpang jauh daripada kebenaran. Saya menyeru kepada semua pendukung manhaj ahli sunnah wal jamaah di Malaysia segera bangkit dan menentang hujah-hujah golongan yang membenci manhaj salaf as-soleh. Ulama seperti Dr Asri Zainal Abidin, Dr Juanda Jaya, Ustaz Hafiz Abdullah, Ustaz Rasul Dahri, Dr Azwa, Ustaz Qari Abdullah, dan beberapa lagi ulama salaf Malaysia merupakan antara nama yang bergiat cergas melawan hujah-hujah golongan anti-salaf as soleh ini.

Pelbagai tuduhan bohong dilemparkan kepada kami, namun Allah telah menetapkan kekuatan kepada mereka dengan hujah dan kebenaran. Saya sekali lagi memberi amaran kepada Datuk Nakhaie, Zamihan al-Ghari, dan Ustaz El-Muhammady menghentikan fitnah dan buruk sangka terhadap manhaj salaf as-soleh dan pendukung sunnah di Malaysia. Daripada kita sibuk membincangkan iman orang lain, adalah lebih molek kita mengukur terlebih dahulu apakah aqidah kita sendiri benar-benar sudah sempurna. Wallahualam.


KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyifatkan tulisan Datuk Mohd Nakhaie Ahmad dalam majalah Milenia Muslim edisi Ogos sebagai “tuduhan palsu dan hasutan ganas” untuk menentang Perlis dan cemuhan terhadap amalan Islam di negeri itu. Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, beliau berkata perkara itu timbul setelah sebelumnya Seminar Pemikiran Islam diadakan di universiti awam yang turut mempertikaikan amalan Islam di Perlis, yang telah dirasmikan oleh seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Seminar yang didakwa sebagai akademik ini ternyata mengulangi tuduhan-tuduhan palsu yang sudah lapuk.

“Apakah artikel jahat ini adalah kesinambungan daripada seminar yang sebahagian kertas kerjanya memuji Gerakan Ahbash yang telah jelas fatwa kesesatannya oleh al-Azhar dan sebahagian besar ulama dunia Islam,” kata beliau. Kata Juanda, majalah Milenia Muslim dikatakan ada hubungan langsung dengan sebuah agensi dakwah peringkat kebangsaan yang dinaungi oleh kerajaan persekutuan.

“Majalah ini seolah-olah menjadi media dakwah rasmi agensi kerajaan persekutuan berkenaan dan diedarkan secara percuma ke masjid-masjid, surau-surau, agensi-agensi agama dan sebagainya di seluruh Negara.

“Tanpa sumber kewangan yang kukuh daripada wang milik kerajaan persekutuan untuk aktiviti dakwah penyebaran Islam, tidak mungkin majalah ini boleh berdiri sendiri.

“Malangnya kelihatan wang awam milik kerajaan persekutuan itu telah digunakan untuk menghasut bagi menentang sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia,” kata beliau. Tambah beliau, Perlis adalah sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.

“Ia memiliki Raja pemerintahnya yang tersendiri. Raja yang berdaulat ini merupakan ketua agama Islam bagi negeri ini.

“Hak dan keistimewaan Tuanku Raja dan pengamalan Islam di negeri ini dijamin oleh Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya. Tambah beliau, Perlembagaan negeri pada Fasal 5 jelas menyatakan bahawa agama bagi negeri ini ialah agama Islam Ahli Sunnah wal Jamaah. Ia telah termaktub sejak sekian lamanya.

Semalam, lima pertubuhan bukan kerajaan di Perlis membantah penyiaran sebuah artikel bertajuk “Penyelewengan Wahabi” yang turut dikaitkan dengan pegangan agama di negeri itu.

Persatuan Al Islah Negeri Perlis, Persatuan Melayu Negeri Perils (Pemanis), Pertubuhan Kebajikan al Qalam Perlis, Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia cawangan Perlis dan Persatuan Baiturahim Perlis, berkata Perlis tetap mengamalkan Sunnah Wal Jamaah sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Yang Dipertua Persatuan Al Islah Negeri Perlis, Datuk Ahmad Jusoh Amin berkata, artikel itu yang ditulis oleh Nakhaie dalam majalah Milenia Muslim, seolah-olah merupakan satu hasutan terhadap Perlis. Katanya ayat yang ditulis dalam artikel itu ialah “Tindakan negeri Perlis keluar daripada Jemaah dan mengambil jalan sendiri, kononnya mengembangkan Islam tanpa mazhab adalah salah dan mesti ditentang,” adalah keterlaluan.

Pertubuhan-pertubuhan itu mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghentikan segera perbincangan bersabit isu Wahabi yang mengaitkannya dengan negeri Perlis dan memohon Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis mendesak penulis dan penerbit majalah Milenia Muslim menarik balik tuduhan dan memohon maaf secara terbuka.

4 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Muhammad Azli Shukri said...

salam bro...dah lama mengaji..sebab itulah kita dah temui cahaya kebenaran...

Anonymous said...

baguihh la kalu mcm tu lii.

boleh kongsi cahaya kebenaran tu.... berikan la link...boleh ngaji sama2.

joostspring said...

asri dgn rasul dahri tu mu kata ulama salaf??? ulama nak menyesatkan org ada la

rasul dahri tu terang2 dah difatwakan bwk ajaran sesat...

belit serupo rojak post demo ni sedara..ajak ahli sunnah waljamaah lawan ustaz uthaman al muhammady...

dah tentu di mlysia ni ustz uthman al muhammady ulama besar ahli sunnah wal jamaah dan duk jaga supaya ahli sunnah waljamaah terpelihara dgn anasir2 seperti asri tu....

xpayah la bro nak bawak fahaman wahabi tu....