Tetamu Kehormat...

August 16, 2010

Mesej Anwar Kepada Zaid Melalui Lidah Nurul Izzah?


Mesej Anwar untuk Zaid


Komen Nurul Izzah (baca di sini), berhubung kritikan Zaid Ibrahim terhadap kod etika pemilihan pucuk pimpinan PKR hujung November ini membuktikan parti tersebut belum benar-benar telus dan bersifat demokrasi. Laungkan Anwar untuk mendemokrasikan Malaysia hanyalah laungan retorik dan gula-gula kepada rakyat. Nurul Izzah yang secara tiba-tiba memberi respon terhadap kritikan Zaid itu seolah-olah cuba menyampaikan mesej tersirat Anwar Ibrahim kepada Zaid, agar tidak bermain dengan api. Mungkin Anwar tidak mahu memberi respon secara berterus-terang kepada Zaid, sebaliknya melalui Nurul Izzah, diharap Zaid memahami kehendak Anwar. Realitinya, Zaid bukan mahu Nurul Izzah menghormati pandangannya semata-mata, sebaliknya beliau mahu PKR segera berubah daripada meniru kod etika UMNO kepada kod etika original PKR. Jika hal ini tidak dapat dilakukan, maka PKR dan UMNO sudah tiada bezanya lagi. Sebenarnya, masalah dalaman PKR sudah tidak mampu disorok. Anwar Ibrahim mahu barisan kepimpinan yang ada sekarang dikekalkan bagi menghadapi PRU Ke-13 kelak. Lantaran itulah salah satu kod etika pemilihan pucuk pimpinan PKR November ini menetapkan tiada kritik-mengkritik dan buruk-memburuk antara calon yang bertanding. Yang menghairankan, bukankah budaya "menghentam" dan membuka aib peribadi merupakan budaya utama para pemimpin PKR selama ini? Zaid mungkin akan menjadi mangsa keganasan politik PKR selepas ini. Dan sesungguhnya, beliau sama sekali tidak akan menjumpai kebenaran dan jalan pulang, selagi masih setia dengan PKR dan mempercayai Anwar Ibrahim. Zaid seharusnya sudah dapat menghidu, mesej Anwar melalui lidah anak perempuannya itu! Zaid untuk Anwar!

2 comments:

Bingai @ Bangang said...

Nak tunggu Zaid melompat parti ke Parti Lumba Kuda. hehehe


YB = Yang Bingai @ Bangang
Menantu Hantu - Edisi Khas di Tendang Terajang

Muhammad Azli Shukri said...

bingai agaknya mcm tu la kot...