Tetamu Kehormat...

August 20, 2010

Menjawab Tohmahan Nik Aziz


Menjawab Tohmahan Nik Aziz



Saya terpanggil untuk membicarakan laporan PAS di dalam Harakahdaily yang bertajuk "Kerajaan Langgar Hudud Allah, Rakyat Hidup Tanpa Batas" Artikel tersebut adalah teks ucapan Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Hudud Negeri Kelantan pada 9 Ramadhan 1431H bersamaan 19 Ogos 2010 di Dewan Besar Balai Islam Lundang, Kota Bharu. Izinkan saya mencelah dan menjawab laporan tersebut, yang saya fikir disiarkan tanpa berfikir panjang.


1. Nik Aziz mendakwa, "Adalah mendukacitakan sangat-sangat kerana kita yang pandai-pandai menolak pencegahan daripada Allah SWT. Bagaimana rakyat mahu menjaga batas sekiranya kerajaan yang berkuasa sendiri tidak mempedulikan batas hududullah sendiri? Bila kerajaan melanggar hudud Allah, dengan sendirinya rakyat hidup tanpa batas. Di sana sini berlaku pelanggaran terhadap hudud Allah SWT dengan sewenang-wenangnya."


2. Jawapan saya - Nik Aziz mempunyai fahaman yang salah dalam hal ini. Beliau membuat analogi yang terpesong jauh seolah-olah apabila kerajaan tidak melaksanakan hukum Hudud/melanggar perintah Allah, maka secara "automatik"lah rakyat akan melanggar hukum Allah atau hududullah. Dalam hal ini ingin saya mengingatkan Nik Aziz, bahawa beliau sering kali mendakwa bahawa Kelantan diperintah berlandaskan al-Quran dan Sunnah kerana Ketua Negerinya ialah seorang Ulama.


3. Ini bermakna Kelantan telah diperintah oleh seorang ulama yang mentadbir negeri tersebut dengan cara Islam sepenuhnya selama 20 tahun. Lantaran itu, sepatutnya mengikut analogi Nik Aziz di atas, setelah 20 tahun memerintah Kelantan dengan Islam, maka secara logiknya rakyat Kelantan di bawah pentadbiran beliau akan lebih baik dari tahun ke tahun. Tetapi, malangnya Nik Aziz tidak melihat kegagalan dirinya sendiri, tatkala berhadapan dengan fakta bahawa negeri yang mempunyai kes perceraian tertinggi di Malaysia adalah Kelantan, apakah Nik Aziz telah gagal mendidik rakya Kelantan dalam soal ini? Adakah Islam yang gagal atau Nik Aziz yang sebenarnya gagal? Apakah Nik Aziz tahu, pengidap AIDS tertinggi adalah rakyat Kelantan? Apakah Nik Aziz tahu rekod penagih dadah tertinggi adalah di Kelantan? Apakah Nik Aziz tahu Kelantan antara negeri yang tertinggi dalam kes gejala sosial generasi muda yang melibatkan Kes Zina, Mat Rempit, Bakar Stadium, bergaduh, dan pelbagai lagi masalah sosial remaja. Apakah Nik Aziz sedar semua ini?


4. Apakah Nik Aziz masih mahu menunding jari kepada UMNO dan BN, kononnya sebagai penyebab kepada semua gejala ini? Apa pula peranan Nik Aziz di Kelantan. Hakikatnya, Nik Aziz kena mengakui dakwah Islamiyyah ala-PAS telah gagal di Kelantan. Selesaikan semua itu terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya memastikan, kes gejala sosial yang melibat remaja di negeri itu tidak meningkat saban tahun, jika sebuah negeri sebesar Kelantan masih belum mampu Nik Aziz Islamkan generasi remajanya, bagaimana pula dengan sebuah negara? Jika Cina di Kelantan pun masih belum "tergerak hati" untuk memeluk Islam, bagaimana Nik Aziz mampu melunakkan hati pemimpin DAP untuk menerima hududullah dan negara Islam? Nik Aziz perlu melihat negerinya sendiri sebelum sibuk menuduh kononnya kerajaan BN/UMNO tidak Islam dan tidak mengikut al-Quran dan as-Sunnah.


5. Didik terlebih dahulu para penyokong PAS agar berhenti merokok, daripada sibuk menghentam kerajaan UMNO/BN. Didik terlebih dahulu agar para penyokong PAS berhenti daripada mencarut, memaki-hamun dan mengaibkan para pemimpin UMNO daripada sibuk mempertikaikan keIslaman orang UMNO. PAS terlalu sibuk mencari aib dan keburukan UMNO sehingga terlupa kain pelekat yang mereka pakai pun hampir terlondeh.

18 comments:

Anonymous said...

jasa nik aziz selama 20thn hanya berjaya melahirkan juak2 pas yg taksub. itu saja...

yg lain2... bela kambing pun rugi, buat bazar kena bail out. duit cukai tanah dan pintu di perabiskan buat signboard satu klantan.

tu yg nyaris nak sebat duit rasuah signboard RM65K tu. nasib baik akhbar siarkan berita kalu tak balik aji terus masuk lock-up. tapi akhbar juga kena maki celakox3.

elok ditukar nama Kelantan darul signboard. wakakaka....

KAPAKTAJAM said...

Kapaktajam merasakan itu lah jawapan yg TEPAT DIMUKA NIK AZIZ. Beliau hanya pandai berkokok itu dan ini serta mnyalah dan menyergah org lain tetapi akahirnya balik ke muka die gak.

Kapak rasa itu jugalah balasan ALLAH terhadap beliau apabila AGAMA dibuat sebagai barang jualan seperti tidak boleh berkawan sesama Islam UMNO Tetapi boleh berbaik2 dgn kafir laknat seperti DAP.

Ingat org Islam yg menolak berbaik sangka dan hati budi sesama Islam dan melebihkan pula kawan kafirnya, akan menerima azab Allah. Sesama Islam seharusnya bersaudara dan diibaratkan seperti kuku dgn isi. Begitu akrab dan tidak rela bangsa seagamanya diperlekeh dan difitnah, TETAPI beliau jugalah yg suka menabur dan mengeluarkan kata2 fitnah terhadap saudara seagamanya.

Layakkah beliau diibaratkan TOK GURU, rakyat umum boleh menilai.

pengali kubur said...

20 tahun perintah kelantan satu dakwah islamia tidak tersampai kepada golongan sasar kelantan masih banyak yg belum diselesaikan buang bayi,jenayah,rogol,sumbang mahram,dadah,aids,jenayah rempit,jenayah bunuh itu semua dibawah pemerintahan saorang ulamak tapi negeri penuh maksiat apa yg diceramahkan setiap malam apa yg ditakzirah saban malam satu pun tiada kesudahan nya kerana apa allah telah bekukan hati hati dan pekakkan telinga mereka kerana telah banyak buat dosa di muka bumi kelantan yang akan menaggung dosa rakyat nya ada lah ketua negeri kerana gagal mendidik anak bangsa menjadi saorang yg baik tapi pemerintahan ulamak gagal di kelantan jangan kita pandang kesalahan org lain sedangkan kesalahan kita lebeh banyak dari org lain bertaubat lah wahai ahli pas sebelum kamu dikapankan.

Anonymous said...

saya pernah bekerja di kltan selama 12 tahun,secara peribadi saya katakan kltan amat daif dari segi keperluan asasnya terutama isu air,aliran airnya yang teramat perlahan,sukar utk saya gambarkan.saya tak faham apa yang kerajaan kltan buat dlm masa 20 thn memerintah.rakyat sengsara tetapi masih mengundi mereka.saya rasa kesian dgn rakyat kltan.

Anonymous said...

SAYA ORANG UMNO KELANTAN.TSPI SAYA SENDIRI TAK FAHAM OTAK ORANG KELANTAN.

NAK KATA TINGGI ILMU AGAMA,TIDAK JUGA.
NAK KATA KAYA RAYA TIDAK JUGA
NAK KATA PANDAI SEKOLAH HANYA DUA TIGA SAJA YANG PANDAI.
NAK KATA BERSIH ALLAHUAKBAR PENGOTOR.
ALHAMDULILLAH IBU BAPA SAYA SEORANG PEMBERSIH.
PRASARANA KELANTAN YANG UMNO BUAT 20 TAHUN DULU. YANG TU LAH DOK GUNA SAMPAI SEKARANG .TENGUK PASIR MAS,PASAR PUN TAK ADA,BERSELERAK,BANGUNAN YANG ADA SEMUA UMNO YANG BUAT DULU.
TAPI ORANG PAS KATA KITA DAH BERJAYA,YE BETUL DAH BERJAYA MENGKAFIRKAN ORANG LAIN DAN BERJAYA MEMPERCEPATKA DIRI MASUK NERAKA.
ORANG PAS NI MUKA TAK MALU,GUNA JALAN KAMPUNG RUMAH ORANG UMNO.TAPI DOK MENGKAFIRKAN TUAN PUNYA JALAN,
SANGGUP BERBOHONG KATA AHLI UMNO SEMATA MATA NAK JADI CEKGU KAFA.
KES KES ROGOL,ZINA AIDS MENCURI TAK PAYAH CAKAP,SELANGOR PUN KALAH.

NIK AJIS PUN KATA AMBO DOH BORJAYO.
TAHNIAH DAH BERJAYO.

Anonymous said...

alahai kecian kat rakyat klantan dapat tuan guru mencarut.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2 semua

Yb Raz said...

bagaimana rakyat dan negeri kelantan hendak menjadi baik sedangkan kelantan dipimpin oleh pemimpin yang zalim,suka mencarut dan mempermain ayat al-quran serta hadis.

Yb Raz said...

nik aziz sepatutnya mencermin muka sendiri sambil makan karipap dan bertanya pada diri sendiri "are you ok?"

dah tentu jawapannya "no!"

Anonymous said...

nik aziz ni sepatutnya dah pencen. tak payah lah nak ikut macam zaman khalifah dulu sebabnya org politik malaysia ni makin tua makin nyayuk/gila. ingatlah orang yg banyak masuk neraka adalah org yg kita nampak mcm alim tapi mulut celupar dan byk buat fitnah.

PaKMie said...

Salam...

Slmt berpuasa utk Saudara Azli sekeluarga dan kwn2 semua.

Hebatnya Nik Aziz...apabila org sebut pas, tergambarlah sikap dan wajah Nik Aziz pada kita.

1. Bagi org taksub kpd Nik Aziz beliau mengatakan Nik Aziz itu Ulama semua kata2 dia kena ikut dan dengar, org paling dekat dgn Allah.
2. Bagi org yg sdh jelek dan benci sgt2 kpd sikap dan keceluparannya tentang islam dalam Umno telah tutup terus dan malas bercerita lagi tentang Nik Aziz.
3. Bagi org yang mahu melihat islam diletakkan ditempat yg sebaiknya supaya tdk disalahgunakan utk kepertingan diri atau kumpulan sentiasa menegur dan menjawab tomahan yang salah dari Nik Aziz. Tetapi golongan inilah yg sanggup berjuang, telan wpn pahit. Tetap tersenyum wp hati disakiti dgn kata kesat dan fitnah mcm2. Golongan ini berjuang bersandarkan keiklasan tiada niat utk membuka keaiban org lain dan tiada kepertingan sesuatu selain dari mahu melihat Kebenaran yg terserlah.

Syabas saudara Azli setiap kali ulasan dan actikel dari saudara dapat memberi munafaat yg baik.

Golongan no 3 diatas masih ramai dibelakang saudara, teruskan perjuangan...

SELAMAT BERJUANG DEMI MENEGAK KEBENARAN...

Anonymous said...

Dunia akhir zaman. Ulama dicerca tetapi orang yang tak tahu agama di agung-agungkan.. Hidup Penjilat Umngokkkkkk

Anonymous said...

Sapo kata rakyat kelantan miskin.. hanya orang bodoh kata rakyat kelantan miskin. Kalau pergi JB, Kuantan , KL, Seremban nak tengok orng melayu seperti di Kelantan jangan harap... Bangunan2 yang tersergam indah semuanya milik melayu. Inilah yang umno kata melayu miskin.. Tok peraih ikan pun dapat pakai gelang RM 50,000.00 dalam bank toksah royatla banyak lagi...kalu tak cayo puak2 demo pakat mari tengok dalam pasar siti khatijah..

Anonymous said...

masa aku dikelantan dulu dalam tahun 90an ,masa tu aku belajar disana,satu hari masa aku jalan kaki nak ke kuliah aku nampak kekawan aku tiga orang mamat kelantan ni,sorang tengah menangis lagi dua sedang memujuk ,jadi aku gi tanya kenapa member ni nangis ..hampa nak tau jawap dia .. .. member ni nangis sebab sedih bapa dia bakal masuk neraka sebab bapa dia orang kuat umno..berderau darah aku..
aku akhirnya tau kalau zaman 90an tu orang kelantan yang belajar kat sana dah dipasak dengan fatwa sonsang jadi sampai sekarang yang songsang bertambah hitam berbelit..
jadi generasi yang belajar di Kelantan masa tu mungin dah ada yang jadi ketua -ketua jab kerajaan..pikir lah sendiri apa yang akan berlaku..aku tak kata semua cuma kalau hanya 10% dari produk ni keluar dan menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan BN apa yang akan berlaku..hari ni ustaz -utaz yang memegang fatwa songsang tok guru di jemput bagi ceramah dan tazkirah di jabatan kerajaan pada waktu zohor..agenda busuk ni terus berlaku sampai bila-bila sebab kerajaan tak kata hanya yang ada surat kebenaran dari jab ugama sahaja yang di benarkan berceramah di jab kerajaan..

jadi aspirasi kerajaan tidak akan dapat dijalankan dengan sepenuhnya kerana wujud puak yang akan sabotaj usaha-usaha kerajaan ini..

AKU MELAYU

AKU MELAYU RACIST

Wake UP! said...

Kejayaan PAS di Kelantan ialah melahirkan perogol kambing, penyumbang muhrim dan pengidap HIV tertinggi di Malaysia.

Syabas!

Anonymous said...

Tok Guru ni hanya layak untuk orang kampung di Kelantan 200 tahun lepas.
Kesian rakyat Kelantan menderita pembangunan akal dan fikiran.
Saya tidak memihak kepada mana-mana parti, hanya memihak kepada kebenaran. Tapi kalau seorang "Tok Guru" dan kononnya dekat kepada Allah SWT, kenapa mulut tidak boleh berhenti dari memaki-hamun dan mencarut apabila berceramah?
Nabi Muhammad SAW pun tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada musuh Islam apa lagi sesama Islam.
"Tok Guru" ni bertaubat lah. Berikan rakyat Kelantan hak mereka untuk menilai dan menentukan apa yang baik dan buruk sendiri.
Dengan kata lain, PENCEN la, pergi ke Mekah dan bertaubat disana. Semuga taubat "Tok Guru" diterima Allah SWT. Amin..

Anonymous said...

PKFZ 12.5billion
MAS 9billion
Bakun hydroletrik 12b
Scorpene submarine 500mil
Hospital S.Alam 300mil
Jual oil blok kat brunei ???Bil
Enjin Jet Hilang
Bumbong stadium runtuh
............
.............
Letih nak isi..

Hidup UMNO!!!!
Bersih cekap dan amanah

Anonymous said...

KEPADA JUAK2 PAS TU JE MODAL KO, TAPI PROJEK YANG BERJAYA DAN MEMBERI MANAFAAT KEPADA RAKYAT KO TAK HIGHLIGHTKAN. MANA ADA PROJEK KERAJAAN DIDUNIA NI YANG SEMUANYA OK KALAU ADA KO CUBALAH BAGITAU AKU!!!!!! JANGAN KERANA 3-4 PERKARA BURUK SEMUANYA JADI BURUK MACAMLAH KERAJAAN KELANTAN KESAYANGAN KAU TU PERFECT SANGAT!!!!