Tetamu Kehormat...

August 19, 2010

Melayu Tidak Bersatu Punca Turun Bala Allah


Orang Melayu-Islam Tidak Bersatu
Punca Bencana Alam

Oleh JEFRI ZACHARIAH

(sebuah rencana yang patut kita renungkan)

1. Baru-baru ini kita melihat bagaimana terjadinya ribut yang berlaku secara tiba-tiba di Bazar Ramadan dekat Jasin sewaktu orang ramai sedang membeli juadah berbuka puasa. Tiga orang terbunuh dalam kejadian yang memilukan itu. Kemudian berlaku ribut yang sama di Lembah Kelang hingga banyak kereta dan rumah musnah 'dilibas' angin yang juga datang secara tiba-tiba.

2. Betul, di Malaysia bencana alam jarang berlaku. Walaupun begitu, antara bentuk-bentuk bencana yang kerap direkodkan di negara ini adalah banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. Sepanjang kebelakangan ini, terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas seperti Tragedi Highland Tower (1993), Tragedi Pos Dipang (1996), Tragedi Ribut Greg di Sabah (1996), kejadian tanah runtuh di Gombak (2004) dan banyak lagi.

3. Aku nak bagitahu di sini, tragedi-tragedi alam ini boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia di bumi ini. Ayat 41, surah Ar-Ruum menyatakan; "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"

4. Masih ingatkah kita tragedi hempasan ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu hingga mengorbankan ratusan ribu nyawa? Namun bencana yang berlaku terutama di Aceh itu telah memberikan hikmahnya kepada warganya. Yang paling utama apabila termeterinya perjanjian damai antara kerajaan Indonesia dan Gerakan Aceh Merdeka (GAM) setelah keduanya berseteru dan bergaduh sejak sekian lama

5. Masalahnya, dalam konteks perpaduan Melayu yang semakin lemah ini, adakah kita nak tsunami yang melanda di Aceh itu menimpa kita pula baru kita nak bersatu kembali? Aku nak ingatkan kita semua, perpecahan boleh menyebabkan orang Melayu dan umat Islam hilang kehebatan di mata musuh mereka tidak akan lagi gerun kepada kita. Ini akan menyebabkan kita semua ditindas dan diancam keselamatan diri, harta-benda dan iman.

6. Hal ini telah ternyata sekarang, dimana-mana saja di dunia ini keadaan umat Islam sangat lemah disebabkan permusuhan sesama sendiri. Di tanah Arab, Afrika, Asia, malah di negara kita Malaysia sendiri tidak terlepas dari bahaya permusuhan sesama sendiri. Akhirnya umat Islam kalah bukan kerana kekuatan pihak musuh, tetapi kalah kerana kelemahan diri sendiri.

7. Harga sebuah keamanan dan kemakmuran itu sangat penting kerana umat Islam di negara-negara yang lain belum mampu memperlihatkan pencapaian yang tinggi dalam keagamaan berbanding dengan apa yang telah dicapai oleh umat Islam di Malaysia hari ini. Sesungguhnya perpaduanlah merupakan tunjang bagi kemakmuran dan keamanan negara ini. Tapi yang aku nampak sekarang, perpaduan di antara kita orang Melayu semakin hari semakin teruk

8. Kerana politik dan kuasa, kita dah lupa apa matlamat Allah hantar kita di bumi ini. Kita lebih suka bersekongkol dengan mereka yang menolak Islam, daripada bersatu dengan mereka yang datang dari kaum dan agama yang sama. Lebih teruk daripada itu, kita guna pula agama bagi mempengaruhi masyarakat supaya mengundi kita. Ini taktik yang cukup murah dan hina.

9. Pas sebagai contoh, mempergunakan agama untuk mendapatkan kuasa politiknya semata sehingga sanggup membuang hasrat penubuhan Negara Islam di dalam manifesto semata-mata kerana menjaga hati rakan sekongkolnya, ini apa dia??? Aku berdoa agar Allah tidak 'fed-up' dengan kelakuan kita semua lalu menurunkan bala secara tiba-tiba sepertimana yang berlaku di Aceh dulu. Walaupun betul Aceh sudah kembali damai, namun harga yang perlu dibayar cukup mahal nilainya. Sanggupkah kita menghadapinya? Nauzubillah.

10 comments:

Anonymous said...

salam..sebelum kita menuduh sapa salah dan sapa betul baik kita mehasabah diri..mencari kenyataan yang betul..dan jangan memberi komen (no 9) yang salah pada umum..berdosa.

Anonymous said...

No (9) tu terang lagi bersuluh

Anonymous said...

dah muhasabah dah hati ni dok berat kata no 9 lah

Anonymous said...

Salahkan pas pulak. Dulu dok hentam pas yang engko orang dah tahu dengan perjuangan pas menegakkan negara Islam kenapa???? sebab masa tu pas lemah.. sekarang ni bila pas dah kuat dan hang dah tak daya nak hentam lagi mulalah kau kata pas angkara semua masalah..kesian..

Anonymous said...

Jangan tengok bala yang menimpa melalui satu sudut sahaja. Bermula lah dari rumah. Jadilah imam yang betul mendidik anak mengikut islam as sunnah yang betul. Lihat lah trajedi buang anak? Apa ni.. Boleh kata ramai melayu, ada anak UMNO, ada anak PAS dan ada anak orang PKR. ISLAM itu agama, memenuhi tuntutan ISLAM itu muslim. Tak semua melayu itu muslim. Adakah bila lahir sebagai melayu itu automatik sebagai islam dan muslim.Pada hakikat di kad pengenalan ya. Tapi pada syariat, bergantung pada ibu bapa itu sendiri. Sebab itu ramai anak melayu yang terpesong akidah. Jadi bala2 mereka inilah yang terpalit kepada kita yang cuba menegakkan ISLAM.

Tepuk dada tanya iman, adakah aku seorang muslim.

Hamba Allah...

Anonymous said...

BALA BALA.migest

Anonymous said...

AJARAN PAS.

ORANG UMNO KAFIR.
SEMBAHYANG IMAM ORANG UMNO TAK SAH.HANYA ORANG PAS SAH.ORANG DAP SAH.ORANG PKR SAH.
MATI DALAM PAS MACAM MATI SHAHID.
SEMBELIH ORANG UMNO HARAM DIMAKAN .PAS DAP,PKR SAH DIMAKAN,
BAWA MASUK KAFIR DALAM MESJID HALAL.
BERKAWAN DENGAN UMNO YANG MENYEMBAH ALLAH HARAM,BERKAWAN DENGAN DAP KAFIR HALAL.
ORANG UMNO KAFIR TAK ADA IMAN.PAS KUAT IMAN,
SEMBAH NIK AJIS LEBIH DARI TUHAN.
NIK AJIS LEBIH BESAR DARI SULTAN,SULTAN SAKIT TAK LAWAT,SULTAN BALIK HOSPITAL TAK JEMPUT,SEBAB NIK AJIS DAH LEBIH BESAR DARI SULTAM.
ORANG UMNO GOLONGAN NERAKA,PAS DAP PKR ORANG SYURGA WALAUPUN CINA KAGFIR.
TAKSUB DENGAN ISLAM NIK AJIS,TAK BOLEH DINASIHATI DAN DILAWAN,
KALAU TEGUR TERUS PULAU ,TUDUH JADI AHLI UMNO.
PAS SUKA BERMUSUHAN ,TAKBUR,ANGKUH ,BONGKAK,MULUT JAHAT SUKA MENGATA DAN MENGUMPAT.
DIKELANTAN IORANG UMNO DILUDAH DAN DICERCA.
PELIK BIN AJAIB,WALAUPUN GITU, SEMBAHYANG DIDALAM MESJID YANG DIBINA UMNO 20 TAHUN LALU.TAK HARAM PULAK.
BANGUNAN ISLAM YANG DIBINA UMNO SEKARANG DIGUNA OELH NIK AJIS,MASA NAK BINA HARAM,SEKARASNG GUNA PULAK

MEMANG PAS LIDAH BERCABANG .BEWAK.!!!!

Anonymous said...

tambah sikit,jalan letrik bangunan rumah kedai sekolah dan mesjid semua umno bini.pas cuma penumpang saja.orang kata dok kutuk tuan rumah tapi dok guna tuan rumah,

pas bangga dengan tesco yahudi dan parkson yahudi.ditambaknya sungai kelantan, aliran air tersekat..nak tahu apa jadi.kawasan kubang gadong pasir mas tak ada air untuk tanam padi,rakyat tunggu hujan untuk tanam padi,dulu padi 2 kali setahun sekarang 1 kali setahun.tak caya pergile tenguk,siapa kaya.projek semua nik ajis kroni punya ,rakayat mampus dia tak peduli.tak apa,syurga menenti.

Anonymous said...

Komen Anon 19 Ogos 3.50 pm tepat sekali.

Tapi malangnya bagi penyokong PAS apa juga pandangan dan nasihat sudah tidak diterima. Pada hal kalau mereka teliti dan mahasabah komen itu tentu banyak perkara yang benar diperkatakan.

Ya Allah berilah petunjuk dan hidayah MU kepada penyokong PAS seperti yang Engkau telah tunjukkan kepada bekas pemimpin2 PKR terhadap Anwar Ibrahim. AAMIIIN!!!

ahz

MissXYZ a.k.a Abaikan said...

sori melayu bersatu tak bawak ape2 efek. ISLAM tu paling penting. dlm kubur tak de soalan tentang melayu =)