Tetamu Kehormat...

August 6, 2010

Khutbah Jumaat 6 Ogos : Jalan Pulang Untuk PAS

Khutbah Jumaat 6 Ogos

Oleh Anuar Ibrahim

Di bawah ini saya salin sebuah artikel tulisan bernas saudara Anuar Ibrahim berkenaan PAS. Elok rasanya dibaca untuk membuka minda kita semua.

1. PAS ‘mengamuk’ bila mereka dikatakan sesat oleh Dato Seri Shafie Apdal. Para ‘ulama’ PAS yang sebelum ini giat melabel UMNO sebagai sesat dan kafir ini tidak boleh menerima hakikat bila orang melabel mereka panggilan yang sama. Amukan PAS bukan main-main kerana mereka kini mengugut akan mengadakan solat hajat dan bacaan yasin jika Shafie tidak menarik balik tuduhan tersebut.

2. Melihat dari amukan PAS sehingga sanggup membawa yasin dan solat di dalam permainan politik, sudah cukup untuk mengesahkan betapa sesatnya PAS itu.

3. PAS adalah Parti Ajaran Sesat dan tidak layak sama sekali memakai nama Islam kerana akar permulaan PAS itu sendiri sudah bertentangan dengan Islam iaitu memecahbelahkan ummah yang sebelum ini bersatu padu di bawah satu bumbung.

4. PAS menanam sifat buruk ke dalam diri umat Islam di Malaysia seperti suka menilai dan menghukum sesama sendiri yang mana adalah hak Allah semata-mata. PAS membawa pendekatan mengukur dan mengira dosa pahala dan iman manusia lain di dalam kehidupan seharian. Ini menyebabkan umat Islam di Malaysia mula bersyak wasangka, tuduh menuduh serta bermusuhan sesama sendiri. Pendekatan ini juga menggalakkan sifat prejudis, takbur dan riak.

5. Akibatnya, masyarakat Islam di Malaysia menjadi masyarakat yang mementingkan kulit dan bukan isinya kerana terlalu bimbang dengan pandangan orang lain.

6. Bertitik tolak dari situ lahirlah generasi yang memakai tudung, bertudung litup tetapi rendah moral dan tidak beradab serta manusia keji yang berjubah ketayap, sembahyang tunggang terbalik tetapi sanggup merogol anak sendiri.

7. PAS sering melaungkan bahawa PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Fahaman ini jelas sesat kerana PAS hanyalah sebuah parti politik dan bukannya agama. Bila namanya politik, tidak boleh tidak ia tetap akan terpalit dengan kotoran. PAS telah dengan sengaja mencemar nama Islam dengan menamakan parti mereka dengan nama Islam.

8. Nama Islam tercemar dengan sifat pemimpin-pemimpian seperti Nik Aziz mahupun Hadi Awang bukannya berdakwah tetapi berpolitik. Kedua-dua manusia yang menggelar diri sendiri ulama ini bertungkus lumus siang malam bukannya untuk membuat kebajikan mahupun menyebarkan agama, tetapi seluruh hidup manusia berdua ini dipusatkan ke arah memenangi pilihanraya. Matlamat utama hidup mereka bukan kejayaan akhirat tetapi kuasa semata-mata. Mereka juga tidak malu untuk menanam sifat membenci terhadap musuh-musuh politik mereka.

9. Orang yang benar-benar berdakwah tidak perlukan kuasa memerintah untuk berdakwah. Dakwah boleh dilakukan di mana jua, malah lebih afdal jika dilakukan di kawasan pendalaman di mana Islam belum bertapak dengan kukuh. Jika konsep dakwah itu benar-benar diambil kira, siapa di antara ulama PAS yang pernah berdakwah dengan sebenar-benarnya? Semua Ulama PAS siang malam hanya bercakap mengenai politik sahaja.

10. Isu judi, arak, babi, wanita, Israel, Zionis malah liwat juga dimanipulasi sesuka hati oleh manusia-manusia yang menggelar diri mereka sebagai ulama ini. Mereka melakukannya tanpa gusar, tanpa kesal dan sedikit pun hati mereka tidak bergetar tatkala ‘menemui’ Allah lima kali sehari sedangkan mereka mengetahui apa yang benar dan apa yang tidak. Malah PAS juga langsung tidak gentar bermain dengan isu kafir sekalipun.

11. Hanya Muslim yang sesat sahaja yang sanggup menuduh orang yang mengucap syahadah sebagai kafir. Siapa yang tidak ingat akan fatwa mengkafirkan UMNO oleh Hadi Awang. Fatwa Hadi Awang ini akan tetap menghantui dirinya dan dia akan tetap dipertanggungjawabkan ke atas kehancuran rumahtangga dan nyawa yang melayang akibat dari berpegang kepada fatwa tersebut.

12. Rakyat Malaysia juga tidak akan lupa dengan kenyataan demi kenyataan sesat yang dikeluarkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bahawa UMNO adalah parti assobiyah dan enyekutukan Allah serta mengasingkan agama dari politik. Nik Aziz juga pernah berkata bahawa Allah juga mencarut demi mempertahankan buku Shit tulisan Shahnon Ahmad. Kenyataan sedemikian berupa penyambung kepada ‘lidah’ syaitan selaras dengan kata-kata Nik Aziz sendiri yang menghalalkan bekerja dengan syaitan untuk mengalahkan UMNO.

13. PAS tersesat semakin jauh bila memilih untuk bersahabat dengan kafir harbi DAP yang terang-terangan menindas umat Islam di Pulau Pinang. Tidak cukup dengan itu, PAS juga bersahabat dengan sahabat Zionis iaitu Anwar Ibrahim yang bukan sahaja peliwat tetapi sanggup menandatangani perjanjian Annapolis Summit yang mengiktiraf negara Israel. Sehingga kini, PAS gagal membela umat Islam di Pulau Pinang dan langsung tidak berupaya membela umat Islam Palestin. Apa yang PAS mampu lakukan ialah memperlekeh usaha kerajaan, memfitnah, membuat bising serta membakar bendera.

14. PAS adalah pemangkin kehancuran umat Melayu Islam di Malaysia apabila mereka bersekongkol dengan DAP yang memusuhi Melayu serta PKR yang bersahabat dengan musuh Islam. Walaupun mungkin ada lagi dari para penyokong PAS yang menafikan bahawa mereka menyokong DAP, tetapi hakikatnya satu undi untuk PAS adalah juga satu undi untuk DAP kerana kedua-dua parti itu bersatu di bawah ikatan Pakatan Rakyat.

15. Orang berpolitik mereka pun nak berpolitik. Mungkin kerana seronok disanjung oleh penyokong serta bangga memegang kuasa, para pemimpin PAS ini terus bermain politik walaupun mereka sebenarnya tidak punya ilmu yang cukup untuk mentadbir apatah lagi memerintah negeri jauh sekali negara. Kedua-dua negeri yang dikuasai PAS iaitu Kedah dan Kelantan mengalami keadaan beku atau statik di mana tiada kemajuan langsung selain dari yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pusat. DAP sedar Kelantan mundur dala serba serbi cuma orang PAS sahaja yang perasan Kelantan sebagai paling maju di Malaysia.

16. Semua ini adalah bukti kesesatan PAS. Sesatnya PAS adalah terlalu jauh dan sukar sekali untuk mereka kembali ke pangkal jalan. Sebagai saudara seagama, kita tidak putus asa berdoa agar PAS kembali ke pangkal jalan sebelum agama, bangsa dan negara kita hancur akibat dari kesesatan.

8 comments:

ApaKataPAS said...

lebih baik masuk Kristian dari masuk UMNO!!!ApaKataPAS bila Shah Alam menganjurkan Konvensyen Mari Masuk Kristian di bulan Ramadhan??!!

Anonymous said...

Jangan takut Dato Seri Shafie Apdal tak kemananya solat orang sesat tu kalau betul islam ambil lah contoh nabi masa dia kena baling batu dgn kaum kafir, malaikat beri tawaran untuk memusnahkan kaum kafir, tapi nabi memaafkannya, nampak betapa jaraknya sikap konong-konongnya alim ulamak pas.

KAPAKTAJAM said...

Yes, Kapaktajam amat2 bersetuju dgn pendapat Sdr Azli Shukri ttg PAS nih. Jawapannya mudah jer.... Cuba kita lihat tindak tanduk Para Pemimpin PAS yg gemar mengubah2 pendirian ttg sesuatu isu dan akan bersetuju bila ia menyebelahi mereka walaupun perbuatan mereka itu melambangkan meletak Agama di belakang. Inilah Kepimpinan PAS buat.

Kedua, satu sifat yg tidak Islamik langsung apabila di ajak/diseru untuk Islam bersatu, mereka akan menolak mentah2 kerana ia akan merugikan Kepimpinan dan sokongan rakyat terhadap mereka. Ingat Nabi Muhammad SAW bersabda, "mereka bukanlah umatku jika gemar akan permusuhan dan percakaran ttg sesuatu perkara dan boleh membawa kemusnahan Umat Islam". Jika gesaan Nabi Muhammad serta juga Nas dalam Alquran untuk umat Islam bersatu diTOLAK mentah-mentah disamping membuat andaian dan tafsiran mengikut acuan mereka" maka mereka itu bukan Umat Islam yb baik dan bukan umat Nabi Muhammad.

Jadi Rakyat Malaysia yg mukmin renungilah semua ini dan buatlah tafsiran sendiri manakah yg betul2 berbuat mengikut Islam.

KAPAKTAJAM said...

Sdr Azli, Kapaktajam juga minta kebenaran untuk memuat turun coretan saudara itu utk dipaparkan diblog saya agar lebih ramai lagi yg dapat membacanya.

Terima kasih.

ajijasin said...

pas parti pingpong parti perut hijau ni memang perompak penyamun!
aku teringat lagi, pada PRU tahun 1995, aku ke kelantan dari kota bahru hingga ke gua musang!
sepanjang jalan, kiri kanan jalan dari kuala krai hingga gua musang, penuh dgn pokok pokok balak hutan simpan!
aku pergi lagi pada tahun 1999!
habissssssssssssss gondolllllll... pokok pokok balak hutan simpan dah kena rembat tibai dgn puak parti pingpong puak tali perut hijau ni!
wooiiiittttt...
puak bendera pingpong tali perut hijau...
tak usah nak bercakap pasal akhlak dan moral...
ngkau org lagi besaoooo pun penipu penyamun!!!!!

mrakunman said...

salam saudara. Tolong linkkan blog saya dengan sdra.

Bingai @ Bangang said...

Sebenarnya aku nak tengok gak akibat dari Bacaan Yassin dan Solat Hajat tu. Berapa banyak lagi pilihanraya kecil yang akan diadakan disebabkan kematian mengejut ADUN/MP. Cuba semak balik siapa-siapa yang meninggal (ISLAM). Majoriti dari Parti mana?

Aku yang bingai
Artis: Benci Tapi Tak Boleh Lupa di Tendang Terajang

Muhammad Azli Shukri said...

rakuman..saya link blog tuan