Pada hemat saya, sekiranya wajah kita cantik, tetapi pemikiran dan jiwa kita kotor, ia tidak akan membawa apa-apa makna. Isu fitnah Nurul Izzah - Anak Anwar Ibrahim terhadap Angkatan Tentera Malaysia sudah tersebar di seluruh dunia, perlu dipandang serius. Ia bukan sekadar mencemar nama Malaysia, bahkan mengheret ATM ke kancah politik kotor dan jijik PKR. Dalam hal ini, sekiranya - DS Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan sendiri sudah "mengecop" Nurul Izzah sebagai penderhaka dan pembuat fitnah kepada kerajaan Malaysia - maka, tunggu apa lagi. Heretlah segera Nurul Izzah kemuka pengadilan? Jangan asyik beri amaran sahaja. Jika sudah terbukti Nurul Izzah memfitnah - tiada apa-apa lagi yang perlu kita bimbangkan. Saya rasa, kita sudah terlalu banyak beri amaran, sehingga lupa nak ambil tindakan. Pada saya memang benar Nurul Izzah telah memfitnah ATM, jadi mengapa tindakan masih tidak diambil lagi? Baca berita di bawah...
BAGAN DATOH: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, sebagai penderhaka kepada negara kerana mengeluarkan kenyataan palsu mengenai aset pertahanan negara di luar negara.
“Kenyataan itu amat jijik, tidak bermaruah dan beretika yang bertujuan memburukkan imej negara di mata dunia,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama penduduk di Masjid Jamek, Sungai Keli Hutan Melintang, dekat sini, malam tadi.
Beliau mengulas tuduhan Nurul Izzah dalam temubual bersama akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam negara, KD Tunku Abdul Rahman, masih tidak boleh menyelam selain mendakwa aset canggih Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu sebagai usang dan terpakai.
Berikutan kenyataan itu, Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dilaporkan berkata Ketua Sel Pasukan Kapal Selam TLDM, Kapten Abdul Rahman Ayub, membuat laporan polis berhubung pembohongan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Balai Polis Hulu Kelang.
Ahmad Zahid berkata, beliau kesal dengan kenyataan palsu berkenaan dan menegaskan seseorang Ahli Parlimen sepatutnya mempunyai tata etika dan bercakap sesuatu yang benar mengenai negara ketika berada di negara luar.
“Tetapi cara beliau (Nurul Izzah) memburuk-burukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana mempunyai agenda politiknya tersendiri.
"Kedudukan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman sudah beberapa kali saya jelaskan di Parlimen, saya sebut kapal selam itu boleh menyelam, kalau tak mana boleh sampai dari Perancis hingga ke Teluk Sepanggar di Sabah,” katanya. Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata tindakan TLDM membuat laporan polis amat wajar bagi membersihkan nama baik ATM.
Beliau memberi amaran kepada semua Ahli Parlimen terutama dari parti pembangkang supaya jangan cuba mempolitikkan isu pertahanan negara yang boleh menganggu-gugat keselamatan negara.
"Walaupun ahli politik mempunyai perbezaan pendapat tetapi janganlah cuba mengeksploitasi perkara yang benar dengan kenyataan berunsur palsu," katanya. Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh melawat Ketua Kampung Kota, Syed Shabahar Syed Mohamad, 45, cedera ditembak lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya pada 9 Ogos lalu.

12 Ulasan:
bro, mungkin dia akan kata boleh menyelam bila kapal selam tu dapat angkut rakyat di lembah klang pergi kerja atau p kuliah kat um..apa dia ingat ni lrt atau rapidkl ke..tak cerdik punya YB
macam mana bapak macam tu lah anak kuah tak tumpah ketanah mesti ke nasi begitu lah anak perempuan Anuar membuat kerja bodoh tahap bapak dia.
manusia pun boleh menyelam, tetapi tdk diistilahkan sebagai 'kapal selam'.Harapan saya agar kapal selam malaysia tidak macamtu!!!
Bukan kerana Nurul Izzah cantik, tetapi lebih kepad Zahid Hamidi lebih huduh.
muka cantik pn kalo ati dh busuk buat apa kan..fikirkan..
http://jawaber6.blogspot.com
haaa...betul tu
Keluarga PEMBELIT!!!
memang belot...
Haishhh.. Betul tu kalau tak boleh menyelam cemana leh sampai dari perancis ke sabah?? Takkan ada kapal lain tarik dia pulak?? Eeiiiishh, pening den -__-
betul sangat tu anak malaysia
cantik??? hasil dari air mani anwar + air jubo munawar + sukma + air samsidar...
TALKIN UNTUK BE END
Post a Comment