Skip to main content

Kebebasan Yang Macam Mana Lagi Kita Inginkan?


Kebebasan Yang Macam Mana Lagi
Kita Mahu?



Saya sebenarnya bukanlah tidak menyokong cadangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam memperjuangan penglibatan mahasiswa dalam politik kepartian. Namun demikian beberapa perkara asas perlu kita perhalusi sebelum kebebasan tersebut diberikan kepada mahasiswa universiti. Antara perkara utama yang perlu dilihat ialah - berapa ramai mahasiswa Melayu yang gagal menamatkan pengajian mereka? Berapa ramai pula mahasiswa Melayu yang cemerlang dalam pelajaran berbanding dengan kaum Cina? Saya bimbang, kaum yang banyak terlibat dengan politik kelak adalah dalam kalangan mahasiswa Melayu. Kita tidak boleh alpa bahawa sememangnya wujud agenda terancang agar mahasiswa Melayu mengabaikan pelajaran dan lebih banyak berpolitik daripada menuntut ilmu.


Akhirnya yang rugi umat Islam juga. Jika mahasiswa minat dalam dunia politik, eloklah selesaikan dulu pelajaran mereka dan kemudian sertailah mana-mana parti politik yang disukai. Pada hari ini pun, siapa yang halang mahasiswa untuk berpolitik? Ramai mahasiswa yang bergerak secara senyap-senyap menyertai parti politik tertentu dan terlibat dalam menguruskan beberapa siri ceramah politik pembangkang. Kita bukan menafikan kematangan mereka. Tetapi, mereka mesti menumpukan perhatian kepada pelajaran terlebih dahulu. Mengapa tergesa-gesa untuk berpolitik? Dapatkan ijazah terlebih dahulu dan kemudian baru terjun ke dunia politik. Pada hari ini, dengan segala macam bentuk kelakuan mahasiswa melalui pelbagai masalah sosial, kegagalan dalam pelajaran dan kebebasan bersosial tanpa batasan - kita ingin tambahkan lagi kehidupan mahasiswa dengan dunia politik? Saya rasa mahasiswa kita akan jadi cacar merba. Bayangkan - waktu belajar mahasiswa kita sekarang [belajar + bercinta + bersosial + kerja part time + berpolitik] = Nak jadi apa?


Jika alasan untuk berpolitik adalah untuk mendapatkan kebebasan bersuara, maka yang perlu dituntut ialah saluran kebebasan bersuara itu dan bukan dengan menyertai politik? Apakah selama ini mulut mahasiswa terkunci dan tidak boleh berkata-kata apa sahaja yang mereka suka? Tidak cukupkah dengan segala kemajuan teknologi yang ada pada hari ini untuk mereka menyuarakan pandangan dan cacian mereka kepada kepimpinan negara? kebebasan yang macam mana lagi mahasiswa inginkan?


Hampir semua mahasiswa memiliki facebook dan blog, masih tak cukupkah itu semua untuk meluahkan perasaan dan kritikan terhadap kerajaan? Siapa kata kononnya kerana adanya AUKU, maka generasi muda sudah tidak berminat dengan politik. Kalau kenyataan ini betul takkan la berduyun-duyun mahasiswa menyertai dan menyokong parti pembangkang. Saya kira tulisan saudara Mohd Khuzairi Ismail di dalam Utusan ini patut kita renungkan...

Comments

Mak Su said…
sy rs eloklah yg mana patut didahulukan, eloklah dulukan, janganlah nanti jadi yg dikejar x dpt yg dikendong keciciran, akan ada masanya utk siswa siswi berpolitik
azlishukri said…
itulah sebaik-baiknya mak su
Anonymous said…
Betul. Budak Melayu memang suka berpolitik. Waktu saya mengajar di UPM dulu 1997-99 klas saya ada 50 ornag pelajar. Selalu ada demo dekat masjid berkenaan Anwar. 50% klas pergi demo, tinggal 50% budak perempuan dan cina. Bila test mereka yg berdemo dapat F. Semua minta upgrade. Upgrade macam mana pun tak pass juga. Sekarang KJ pulak desak. Nak jahanamkan anak2 Melayu.
C L J said…
Kadang mudah untuk bercakap mengenai kebebasan. Yang payah sikit ialah nak bercakap mengenai tanggong jawab. T/jawab dengan fakta. T/jawab dengan ilmu.

Yang lebih mudah ialah berseronok dengan keghairahan terhadap emosi.
Anonymous said…
Mamat2 yang sibuk berpolitik ni mungkin tak perasan..masa di kampus tu semua makan minum tanggung beres..ada biasiswa/FAMA/PTPTN/etc..Tapi mesti mau ingat apa nak jadi lepas habis belajar esok...
Jangan sebab dok sibuk2 politik la ni..esok2 kalu kantoi/kena buang U, balik rumah dok ngabih boreh orang tua pulok..,
Masa tu jangan nak salahkan orang lain...sendiri kena mau ingat!!!
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua
Pendekar Melayu said…
betul tu..saya sokong pendapat saudara..malah apa gunanya pelajar ni berpolitik? kalau sibuk nak berpolitik, baik berhenti belajar saja..masih ramai lagi orang yang nak belajar.
azlishukri said…
pendekar saya sependapat

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A