Skip to main content

Ke Mana Kita Hendak Pergi Tuan-Tuan?

Ke Mana
Kita Hendak Pergi Tuan-tuan?


Saya temui sebuah artikel di dalam portal Malaysia Instinct yang sangat menarik untuk kita tatapi dan renungi. Artikel tanpa nama penulis ini cukup banyak pengajaran dan pelajaran. Selamat membaca.

1. Umat Islam di Malaysia selama-lamanya tidak akan lupa Amanat Hadi Awang, Presiden PAS yang disampaikan di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang berbunyi:

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

2. Setelah terbukti amanatnya menjadi punca perpecahan serius di kalangan umat Islam hingga terjadinya sembahyang dua imam dan penceraian suami isteri, Hadi cuba berdalih dengan menuduh ianya adalah perbuatan UMNO untuk mencemar namanya.

3. Namun, daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihan raya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985. Hadi akhirnya tidak dapat menepis lagi bahawa amanat itu disebarkan oleh PAS sendiri dan sememangnya dibuat oleh dirinya sendiri.

4. Selain dari menjadi punca perpecahan serius antara umat Islam, ia juga menjadi punca timbulnya kegusaran di kalangan Umat Islam untuk bergaul dan bercampur dengan bukan Islam. Hakikatnya, Hadi adalah antara mereka yang mula-mula meniupkan perasaan curiga dan syak wasangka antara kaum di Malaysia dan kini meneruskannya dengan membantu kempen-kempen menghasut agar Cina membenci Melayu (UMNO) yang diterajui oleh DAP.

5. PAS suatu ketika dahulu bangga dengan imej ekstrem, rigid dan tidak bertolak ansur dalam soal Islam dan bukan Islam. Mereka menganggap bekerjasama dengan bukan Islam sepertimana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC menjadikan UMNO kafir dan menyokong UMNO boleh menjadikan seseorang itu kafir.

6. Tapi semua itu kisah dulu, iaiatu ketika Hadi masih belum melihat bayangan kuasa, dan sebelum Hadi merasai kehangatan pelukan Lim Kit Siang.
Kini, Hadi bukan sahaja mengambil pendekatan seperti UMNO dengan bekerjasama dengan DAP dan PKR, tetapi Hadi melangkah lebih jauh lagi dari UMNO iaitu membuka peluang bagi bukan Islam untuk bertanding atas lambang PAS secara langsung.

7. Untuk tujuan itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengumumkan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS atas alasan terdapat ramai penyokong bukan Islam parti itu yang terdiri daripada kaum Tionghua, Siam, Orang Asli, Bumiputera dan lain-lain dan mereka juga harus diberi peluang bertanding.

Dua perkara yang menarik di sini ialah:

1. Fatwa Hadi mengenai bekerjasama dengan bukan Islam bukan sahaja berubah tetapi melebih-lebih dari UMNO sendiri.

2. Sayap baru PAS itu membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bukanlah satu pakatan tetapi bersifat berasingan dalam perjuangan.

8. PAS ingin mempunyai wakil bukan Islam sendiri dan tidak mahu wakil bukan Islam mereka berada dalam DAP atau PKR. Ini janggal sekali kerana mereka merujuk diri mereka sebagai satu Pakatan.

9. Nama sayap baru PAS iaitu “Himpunan Penyokong PAS” aiaitu Parti Islam SeMalaysia menggambarkan seolah-olah sesiapa sahaja dari bukan Islam yang menjadi anggota sayap ini adalah penyokong Parti Islam, atau penyokong Islam.

10. Islam adalah agama untuk dianuti dan diamalkan. Islam bukan sebuah parti politik untuk disokong-sokong. Dan apakah yang membuatkan PAS menyangka bahawa adanya orang bukan Islam yang akan menyokong agama Islam sehingga sanggup menjadi ahli dewan perhimpunan tersebut tanpa ada agenda lain?

11. Hadi Awang, Nik Aziz dan PAS secara keseluruhan sudah terlalu sering menukar-nukar fatwa dan hukum Allah. Dari fatwa mengenai bekerjasama dengan bukan Islam, suara sebagai aurat wanita berkempen dan wanita bertanding pilihanraya, semuanya bertukar-tukar mengikut ‘mood’ Hadi Awang dan Nik Aziz.

12. Sesungguhnya, agama bagi PAS hanyalah mainan politik. Dan kini dengan penubuhan sayap baru ini, mereka mengajak orang bukan Islam pula untuk bermain politik atas nama Islam. Dalam ertikata lain, PAS menjemput bukan Islam mempermainkan agama Islam.

Comments

Gerakan Timur said…
Salam Perjuangan,

Terima kasih atas sokongan tuan. GT akan meneruskan kesinambungan perjuangan KALAM TIMUR.

Berpatah semangat TIDAK,
Tunggulah GT bertindak!
Mereka perlu di pertanggonjawabkan di atas perpecahan umat Islam di Malysia.

Gerakan Timur,
Blog Bumiyang juga terdapat amaran virus pada sebelah petang. sebelah malam, amaran itu sudah tiada lagi. Sila backup data dan jika ada sabotaj buat blog baru dan upload data.

agbr47: Mereka dah rasa takut.
hanizam said…
biarkan je mereka macam tu...kalau dah amanat tu jadi pedoman, sampai masuk lubang kubur, merek terus begitu....

jangan takut & gentar...orang yang suka kacau blog orang lain umpama takda teluq...tiada maruah @ harga diri...

kecik-kecik tak mau mampus, dah besaq susahkan orang...sama juga dengan puak yang terus berpegang kepada amanat bodoh tu, sama je 2x5 bodoh macam lembu...

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil