Tetamu Kehormat...

August 4, 2010

Jawapan Untuk Nizar : UMNO Wajib Bunuh Demokrasi!


Jawapan untuk Nizar
UMNO Wajib Bunuh Demokrasi



1. Seandainya Nizar dan kuncu-kuncunya menuduh bahawa BN/UMNO telah membunuh demokrasi, maka silakan (baca di sini) dan (di sini). Tuduhlah apa-apa sahaja terhadap UMNO/BN - zalim, jahat, menggunakan polis untuk pertahankan kuasa, mengunakan ISA untuk terus memerintah atau menggunakan mahkamah untuk terus memimpin negara ini, tuduhlah sepuas-puasnya. Jika semua ini mampu menyekat dan menghalang mudharat yang lebih besar yang bakal dilakukan oleh DAP dan PKR, maka BN/UMNO mesti menggunakan segala kekuatan yang ada bagi menghilangkan mudharat-mudharat tersebut.


2. Jika segala tuduhan parti pembangkang di atas ini mampu menyekat DAP dan kuncu-kuncunya daripada terus merosakkan Malaysia, maka UMNO/BN perlu melakukan apa-apa sahaja tindakan untuk mencegahnya. Biarlah BN/UMNO dituduh zalim, dituduh perompak duit rakyat, dituduh membunuh demokrasi, dituduh menggunakan polis, pada saya persetankan segala tuduhan tersebut - yang penting Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpl Singh dan Nik Aziz perlu dihalang daripada mengharu-birukan negara, mereka merupakan fitnah zaman ini - fitnah yang diletakkan atas nama demokrasi dan agama.


3. Sekiranya UMNO/BN terpaksa "membunuh demokrasi" untuk menghalang rejim komunis daripada berkuasa di Malaysia - maka bunuhlah demokrasi itu! Sekiranya UMNO/BN terpaksa dituduh "zalim" semata-mata mahu menghalang Anwar Ibrahim yang menjadi tali barut CIA dan Yahudi untuk menguasai bumi bertuah Malaysia ini- maka "zalimilah" Anwar Ibrahim demi memberi pengajaran kepada musuh negara yang lain. Sekiranya UMNO/BN dituduh menggunakan polis untuk terus memerintah negara ini demi keamanan dan keharmonian antara kaum, maka gemblenglah seluruh tenaga polis dan angkatan tentera, demi menghalang pertiwi ini jatuh ke tangan tali barut Singapura.



4. Sekiranya UMNO/BN dituduh menggunakan ISA dan bersikap kuku besi untuk terus berkuasa, maka UMNO/BN wajib menggunakan ISA semaksimum yang boleh, demi menyelamatkan negara daripada kejahatan komunis dan agen asing CIA. Sekiranya UMNO/BN dituduh "merompak duit rakyat" untuk pertahankan keamanan negara, maka gunakanlah sebanyak mungkin duit rakyat demi mempertahankan rakyatnya sendiri dan negara ini daripada kerakusan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR.



5. Sekiranya UMNO/BN dituduh menggunakan agama dan ulama untuk mengukuhkan kekuatannya, maka UMNO/BN tidak perlu malu menggunakan ulama untuk mempertahankan akidah umat Islam Malaysia daripada ajaran songsang PAS yang "mengharamkan" perpaduan dan persaudaraan Islam antara UMNO dengan PAS atas nama agama. Sekiranya UMNO/BN dituduh menggunakan SPR dan SPRM untuk terus memerintah, maka UMNO/BN wajib menggunakan kedua-dua agensi tersebut, demi menghancurkan rancangan jahat Yahudi dan Singapura melalui nama proksinya - DAP dan PKR. Justeru itu, parti pembangkang di Malaysia bebas menuduh apa-apa sahaja yang mereka suka terhadap kerajaan, dan tuduhlah semahu-mahunya - jika tuduhan-tuduhan itu sebenarnya adalah untuk kebaikan rakyat dan masa hadapan negara ini. Maka untuk apa kerajaan takut dan bersedih hati? Fikir-fikirkan.

Gambar : Anak Sulung Ir Nizar Jamaluddin, Faatihah.

10 comments:

Anonymous said...

Syabas dan ucapan terima kaseh kerana dapat memberikan ulasan yang cukup munasabah kenapa UMNO perlu mempertahankan kuasa orang Melayu dan kesucian agama Islam di Malaysia. Yang lain2 seperti PAS dan PKR dah tak boleh diharapkan lagi. Kita tak mahu jadi rakyat Palestine dan negara Turkey dibawah pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk pada 1896 yang membawa masuk Yahudi ke Palestine hingga membuatkan rakyat Palestine hilang tanah air mereka.

Anak Melayu Kedah said...

Salam setuju dengan Anon 11.19

Nak tambah sikit lagi.

Tak ada makna kalau kita mengaku dan mengiyakan segala tuduhan tetapi sebaliknya tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang benar-benar jahat serta perosak dan pengkhianat bangsa dan negara yang saban hari mencari pengaruh.

Penjahat dan pengkhianat ini harus terima "balasan" yang setimpal dengan kejahatan dan pengkhianatan mereka.

Semasa "kuasa" masih ada UMNO/BN harus perbetulkan segala kelemahannya dan "menghukum" mereka yang jahat dan khianat.

Mana bisa kita membuat keputusan kalau kita sudah tiada "kuasa".

Anonymous said...

syabas saudara! syabas! hujah yang sangat kemas! senang hati saya membacanya!

Anonymous said...

Sokong berjuta-juta %. Nizar tu elok campak jer kat Sg Perak, bior dibaham dek buaye. Harap dahi jer mcm org kuat solat.

airman_1 said...

yg sebenarnya bapak segala keparat ialah n ajis komen kpd anon 4/8/10 12.31 pm

Anonymous said...

Kita harus berhati - hati dengan Yahudi dan Singapura. Saya tidak saat saya menginjak usia 50 tahun nanti, pemimpin Malaysia terdiri daripada orang - orang Singapura yang bukan berbangsa Melayu. Saya bukan racist namun saya mahu orang Melayu sahaja yang terus memerintah negara Malaysia. Sekian.

PenaKiri said...

Kalau macam nilah hujah saudara, usulkan saja haramkan pilihanraya. buat pemerintahan monarki macam brunei, atau pemerintahan tentera mcam myammar.

Apa guna ajak main bola, tapi taknak terima kekalahan, ugut pengadil, culik pemain lawan?

Nampaknya saudara mula menghalakan cara untuk capai matlamat. dan meletakan pemikiran saudara lebih rendah dari ibrahim ali.

Anonymous said...

wow bro penakiri..apa bezanya dgn PAS? nama sahaja Islam, matlamat menghalalkan cara juga...cuba cermin diri sendiri la bro...

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2 semua

shamshul anuar said...

Saudara Penakiri,

Siapa sebenarnya yang tak dapat terima kenyataan? UMNO atau PKR?

Pada pilihanraya lepas, BN kalah di 5 negeri. Berat untuk terima hakikat. Bak kata seorang ketua bahagian UMNO, ianya lebih pahit dari hempedu.

Tetapi UMNO terima Qada dan qadar. Siapa yang tidak terima hakikat? Anwar. Dia tak dapat terima kenyataan yang BN masih menang di Peringkat Persekutuan.

Begitu juga dengan Nizar. sudah sudahlah Nizar. Terimalah hakikat yang Kerajaan anda telah tumbang. Terimalah Qada dan Qadar.

Sultan disanjung-sanjung kerana lantik beliau jadi MB. Begitu juga dengan PAS menyanjung Mufti kerana cadangkan nama Nizar pada Sultan sebagai MB.

Namun Sultan yang sama dimaki hamun kerana tidak perkenan permintaan Nizar. Pada Nizar, belajarlah terima hakikat.

Apa yang saya nampak, PAS sudah "hilang" roh Islam. islam setakat dibibir. Fitnah bermaharajalela. Mereka sendiri tak pasti samada Najib terlibat dengan altantuya tetapi mereka masih memfitnah beliau hanya kerana dia dari UMNO.

Tidak takutkah PAS pada Allah SWT. Mohd Sabu satu ketika dulu berbuih mulut memaki Anwar sebagai "Aljuburi". siap cabar Dr Mahathir pecat anwar.

apa cerita sekarang? Kerana kuasa, kebenaran diketepikan.

Nasihat MP Baling yang menentang penggunaan Kalimah "allah" ditolak tepi walaupun beliau sendiri dari PAS. Demi diilihat "liberal" pada bukan Islam, PAS sanggup ketepikan soal akidah . Perkataan "Allah" juika diguna olej Kristian AKAN bawa musibah.

Mula-mula kongsi nama. Esok kongsi akidah. Jangan terperanjat budak Melayu pun percaya Allah SWT ada anak.

Benda yang boleh mengelirukan AKAN akhirnya MENGELIRUKAN.

Saudara Azli bercakap benar. apasal kita begitu bagi muka pada pecacai macam Anwar. Kenapa tiada tindakan bila mereka memfitnah.

Ini bukan soal haramkan pilihanraya. Ini soal tidak ambil berat akan fitnah. Bertegas . Itu tuntutan agama.

Jangan bagi muka dengan orang yang suka lemparkan fitnah. Jika berdiam akan dianggap fitnah itu benar.

Ramai kawan saya percaya yang Najib terlibat dengan altantuya. Apabila saya tanya siapa sumber berita mereka, mereka ksata Raja Petra.

Apabila saya ingatkan ayat AlKuran akan perkhabaran dari orang fasik dan munafik, mereka terdiam.

Ingatlah bahaya janji oranhg kafir dan munafik. Ingatlah apa terjadi pada Arab bila termakan dengan hasutan British. Insaflah.

Kita sebenarnya leka. Orang arab tidak perasan akan bahaya Yahudi kerana mereka dilindungi Kerajaan Osman yang berjiwa Islam.

Orang Yahudi siap tawarkan wang bertimbun timbun pada Sultan Turki untuk pujuk beliau beri Palestine pada Yahudi.

Sultan tegas menolak. Jadi Yahudi pun pujuk arab memberontak . Gabenor Arab Saudi termakan hasutan.

Apa jadi sekarang. Bila kita diasuh bencikan UMNO, adakah kita terfikir SIAPA yang akan gantikan UMNO jika UMNO tumbang?

Pernahkah kita terfikir yang DAP yang akan berkuasa bila UMNO tumbang?

Bila saya cakap begini, ramai pula kata UMNO saja nak takutkan orang Melayu. Ini bukan ugutan. Hanya peringatan akan nasib Melayu jika kuasa sudah hilang dari tangan.

Macam Arab juga la. Bila kuasa sudah hilang, ianya hilang terus.

Insaflah. Langkah pertama ialah jangan dengar fitnah.