Mohamad Zainal Abidin berkata, usaha untuk menyatukan kedua-dua parti tersebut di meja rundingan harus dilakukan secepat mungkin memandangkan kekuatan orang Melayu hampir pupus berdasarkan senario politik masa kini. Beliau berkata, Nik Abdul Aziz wajib menerima perpaduan dengan UMNO kerana parti tersebut sentiasa mendukung Islam dan tidak pernah menghalang perkembangan agama suci itu, malah menggalakkan rakyat di negara ini mengamalkannya.
"Kenapa Pas tidak boleh bersatu dengan UMNO, atas alasan apa? Jika dibandingkan UMNO dengan Pas, UMNO lebih banyak membangunkan Islam, lihat sahaja di negeri ini, siapa yang buat masjid, sekolah, hospital dan jalan raya.
"Kita kena betulkan persepsi, Pas bukan Islam, Islam bukan Pas. Kalau mereka benar-benar mendokong Islam, Nik Abdul Aziz perlu menyokong usaha perpaduan dengan UMNO tidak kira apa cara sekali pun," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mencadangkan supaya Pas dan UMNO melupakan persengketaan melalui satu pelan damai demi perpaduan umat Islam di negara ini.
Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz dalam reaksinya menolak cadangan tersebut dengan memberikan alasan perbezaan dasar di antara kedua-dua parti itu tetapi pada masa yang sama mempertahankan kerjasama Pas dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) biar pun berbeza cita-cita. Mohamad Zainal Abidin berkata, pada masa ini tidak timbul mengenai dasar UMNO atau Pas kerana agenda yang lebih penting ialah penyatuan umat Islam dan orang Melayu.
"Kita lihat di akhbar dan televisyen setiap hari ada tuntutan untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu. Kita harus sedar bahawa umat Islam sedang diancam, hanya perpaduan dapat menyelamatkan kita daripada terus ditekan oleh musuh Islam," katanya.
Abdullah pula berkata, mengikut hukum Islam, menolak perpaduan seseorang itu boleh menjadi fasik kerana Allah dan Rasulullah mewajibkan umat Islam bersatu padu.
"Dalam konteks negara ini, perpaduan terbahagi kepada tiga iaitu pertama, menzahirkan ketuanan dan keistimewaan Melayu; kedua, perpaduan semua kaum seperti konsep 1Malaysia dan ketiga, perpaduan kesamarataan.
"Perpaduan yang ketiga tidak boleh diterima kerana dalam Perlembagaan negara telah termaktub hak-hak keistimewaan orang Melayu hasil pengorbanan orang Melayu sebelum merdeka, jadi kita tidak boleh terikut-ikut cara DAP yang akan menghancurkan umat Islam dan Melayu.

7 Ulasan:
harap2 nik aziz sedar...tok guru pondok banyak kali dah bersuara....
dia ni sombong nik,,dia ingat agama dia dah peringkat terlalu tinggi sampai tak boleh tegur dah semua perbuatan dia betull..kita mintak dia mati cepat la kalu itu terbaik untuk umat islam di malaysia
selama ni dok kafirkan orang, eloklah tu sekarang ni sendiri jadi kafir
salam..sy tertanya-tanya,adkh slps ni guru pondok berkenaan trima kecaman mcm tan sri harussani.mcm dh boleh agak.:)
hunkah - pasti selepas ini guru pondok tersebut akan dituduh sebagai anjing kerajaan...
PAS kan Pok Nik punya.Orang lain cuma menumpang dalam PAS.Jadi ikut suka Pok Nik la nak buat apa.Orang lain tak boleh kata apa.Presiden yang ada pun cuma jadi tukang canang keputusan Pok Nik.Tentang perpaduan ka,tentang Islam ka, apa peduli Pok Nik.Pok Nik dah ada gerenti letter dari peguam-peguam pakatan masuk syurga.Janji terus sokong pakatan.Dan bagi ahli-ahli yang baghal boleh minta surat dari Pok Nik untuk ikut ke syurga Pok Nik.
Assalamualaikum,
Cuba google tajuk - BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA ASWJ. Insyallah kita akan faham mengapa bangsa ini ingin diperhambakan mereka...
FAKEH KHALIFAH SAKA
Post a Comment