Skip to main content

Inikah "Perlembagaan Baru" Itu?


Berhujah Dengan Tuan Guru II


1. Saya sangat tertarik untuk membicarakan persoalan "Perlembagaan Baru" yang dikatakan telah wujud dan didedahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Menurut beliau, Perlembagaan Baru tersebut bukanlah bermaksud ia benar-benar sudah diluluskan oleh mana-mana pihak, sebaliknya perlembagaan baru itu seakan-akan cadangan/gambaran awal bagi menggantikan perlembagaan yang sedia ada. Dengan kata mudah, ia merupakan dokumen provokasi awal bagi melihat respon rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu. Jika tiada respon negatif, draf perlembagaan baru itu bakal dijadikan sebagai sandaran dan draf pindaan kepada perlembagaan yang sedia ada, seandainya DAP, PKR dan PAS memerintah negara ini kelak.


2. Soalnya mudah, beberapa tahun sebelum ini, para pemimpin PAS selalu melaung-laungkan kononnya PAS menentang UMNO adalah kerana Kerajaan BN/UMNO mengekalkan Perlembagaan Penjajah, lantaran itu PAS terpaksa berjihad menentang UMNO. Perjuangan PAS pada hakikatnya adalah bertujuan menukar Perlembagaan Malaysia yang sedia ada kepada Perlembagaan Islam yang adil untuk semua. Inilah bahan kempen PAS di kampung-kampung dan di ceruk-ceruk desa, iaitu "Kita menentang UMNO, bukanlah kerana namanya UMNO, tetapi, kita menentang UMNO, kerana UMNO mengekalkan Perlembagaan Penjajah, UMNO mengekalkan Perlembagaan Thogut dan Perlembagaan Sekular" - Jika para pembaca masih ingat, inilah kata-kata yang selalu kita dengar dalam kempen pilihan raya PAS di kampung-kampung. Malangnya - pada hari ini, perjuangan PAS menentang "Perlembagaan Sekular" Perlembagaan Penjajah" dan Perlembagaan Thogut" yang dicanang oleh parti itu pada setiap kali pilihan raya, sudah tidak lagi kedengaran dan hilang dibawa arus.


3. Bahkan - yang lebih aneh dan jijik, Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa dan disokong pula oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, secara terang-terangan mendakwa, bahawa PAS, DAP dan PKR sudah bersetuju, sekiranya gabungan parti pembangkang ini menguasai Malaysia, maka Perlembagaan Malaysia yang sedia ada akan dikekalkan! Inilah resolusi yang ditandatangi oleh ketiga-tiga parti pembangkang tersebut, kira-kira dua atau tiga tahun yang lalu, sebagai satu kesepakatan yang dipersetujui secara bersama. Hal ini bermakna, segala Hak Keistimewaan Melayu, Institusi Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Agama Islam sebagai agama rasmi, akan terus dikekalkan seperti mana yang sedia ada, tanpa ada pindaan. Lantaran itu - PAS secara sedar, sudah pun bersetuju untuk mengekalkan Perlembagaan Sekular, Perlembagaan Thogut dan Perlembagaan Penjajah yang selama ini mereka tentang dan labelkan kepada Perlembagaan Malaysia yang sedia ada, maka apakah maknanya semua ini?.


4. Di mana letaknya perjuangan PAS yang sebenar? Sudah jelas, cita-cita PAS untuk "MengIslamkan" Perlembagaan Malaysia hanyalah slogan kosong Nik Aziz dan para pemimpin PAS yang lain. Malah - yang lebih mengejutkan, jika benar wujud Perlembagaan Baru yang didedahkan oleh Harussani baru-baru ini, adalah sangat malang, kerana di dalamnya tidak tertera langsung untuk meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai dasar tertinggi Perlembagaan Negara! Soalnya siapa yang rugi dan siapa pula yang untung? PAS melalui lidah Nik Aziz sering melaung-laungkan untuk berjihad meletakkan al-Quran dan As-Sunnah sebagai Perlembagaan Negara - tetapi sayang, niat baik itu tersangkut di lengan baju pemimpin DAP.


5. Tanpa kita sedar - salah satu kejayaan paling besar DAP pada saat ini adalah kejayaan mereka "melenturkan" jiwa dan iman para pemimpin PAS untuk menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam dan hukum Hudud di negara tercinta ini. Dan jauh daripada itu - DAP juga berjaya merobek jihad PAS yang selama ini berhajat besar untuk menukar Perlembagaan Sekular Malaysia kepada Perlembagaan al-Quran dan Hadis - menjadi usaha jihad yang ditinggalkan. Maka, bersaksilah - DAP adalah satu-satunya parti kafir yang berjaya menjauhkan PAS daripada jihad dan meninggalkan perjuangan asal mereka yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.


5. Dan sekarang, PAS semakin terpeseong jauh, daripada perjuangan menegakkan negara Islam kepada perjuangan negara kebajikan, daripada memperjuangankan keadilan Islam kepada perjuangan kesamarataan, daripada perjuangan menukarkan Perlembagaan Thogut kepada mengekalkan Perlembagaan yang sedia ada, daripada perjuangan menegakkan hukum Hudud kepada perjuangan mentrasformasikan mahkamah semata-mata. Jelaslah PAS sudah jauh berubah. Dan perubahan PAS pada kali ini, adalah perubahan yang belum pernah terjadi kepada mana-mana gerakan Islam yang menjadikan Islam dan As-Sunnah sebagai dasar pejuangan mereka. Maka fikir-fikiranlah. Semoga di bulan yang mulia ini, Allah bukakan kebenaran untuk kita mengubah sokongan. Wallahualam, Takbirrrr!!!

Comments

Anonymous said…
Cabaran buat UMNO sebagai parti umat melayu-Islam terbesar di Malaysia dan sekarang ini beriya-iya menjaga maruah Islam untuk mengisytihar Plan Pengukuhan Undang-Undang Syariat termasuk hukum hudud dan qisas, ambil-alih apa yang PAS tidak mahu buat sekarang. Please, walk the talk..
Anonymous said…
Pemimpin umno tidak Islamik. Fikir-fikirkanlah. Islam sedang berkembang pesat sekarang ini. Umno perlu melihat ke arah yang lebih positif... Pasal perlembagaan tak payahlah dok buat cerita.. Mereka2 dok ketawa dengan lawak bodoh yang dibuat umno..
azlishukri said…
anony..fikiran mcm tuan la yang menyebabkan Islam makin terkebelakang...
Anonymous said…
Anon 12.23pm
Saya kesian kepada anda kerana buta hati.

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A