Tetamu Kehormat...

August 3, 2010

Husam Musa Dan 12 Hukum Jahanam!

Husam Musa 2010
12 Hukum Jahanam!



Husam Musa dalam satu ucapan ceramanya memohon agar rakyat memberi peluang kepada PAS untuk mentadbir negara ini (baca di sini). Jawapan saya mudah - Tidak Boleh! Alasannya :

1. Selama lebih 20 tahun PAS perintah Kelantan, Islam di sana tidak lebih daripada ceramah politik dan tazkirah semata-mata. Tak lebih daripada itu. Kes jenayah, penzinaan dan gejala sosial di Kelantan tidak pernah menampakkan penurunan bahkah semakin meningkat.

2. PAS suda ada kuasa di Selangor, tetapi judi, sarang maksiat dan kedai arak masih tetap wujud di Selangor. Mana perginya slogan membangun bersama Islam?

3. Terlalu ramai ulama muda dan tua di dalam PAS, tetapi kesedaran Islam dalam kalangan orang bukan Islam tidak banyak berubah. Malah, tak kedengaran pun orang bukan Islam beduyun-duyun masuk Islam kerana terpesona dengan akhlak para pemimpin PAS.

4. Sekiranya, Dewan Ulama PAS pun tidak upaya mengawal lidah para pemimpinnya daripada mengumpat, menghina, mengaib, mengadu-domba, memfitnah dan berburuk sangka terhadap pemimpin UMNO, mana mungkin PAS boleh mengawal dan mentadbir negara ini dengan lebih baik? Tanggungjawab asas pun sukar untuk dikawal oleh PAS, apatah lagi tanggungjawab untuk mentadbir sebuah negara.

5. Sejak PAS ditubuhkan lebih daripada 40 tahun yang lalu, tidak ada satu program PAS pun yang berjaya melahirkan manusia sehebat Umar Abdul Aziz, Abdul Rahman A'uf, Hassan al-Banna, Ibn Sinar, Abu Dzar, Salehuddin al-Ayubi atau sekurang-kurang sehebat Abu a'la al-Maududi.

6. Sebenarnya, ayat yang lebih tepat untuk Husam Musa ialah, "Berikan peluang kepada PAS untuk menjahanamkan negara ini pula..." Terbukti suara PAS langsung tidak berguna dan berpengaruh di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. PAS tidak upaya memastikan agar DAP dan PKR menuruti kehendak Islam mereka, sebaliknya yang terjadi PAS terpaksa mengikut dasar DAP dan PKR.

7. PAS bercakap soal dasar UMNO yang tidak Islamik dan berbeza dengan PAS yang kononnya menjunjung al-Quran dan as-Sunnah. Tetapi malang, al-Quran dan as-Sunnah hanya sekadar menjadi hiasan di dalam buku perlembagaan PAS - sebaliknya tiada satu ayat pun yang tertera di dalam perlembagaan PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan hukum Hudud. Hal ini telah dijelaskan oleh pemimpin PAS sendiri melalui lidah Ir Nizar Jamaluddin di dalam Dewan Undangan Negeri Perak dan Datuk Mustafar Ali sewaktu wawancara dengan BBC pada tahun 2003. Malah Nik Aziz juga pernah mendakwa bahawa perlembagaan PAS tiada tertera untuk menubuhkan negara Islam.

8. PAS membohongi rakyat yang cintakan Islam, kononnya perjuangan PAS adalah untuk menegakkan hukum Hudud dan negara Islam - tetapi malang, sejak bergabung dan tidur sebantal dengan DAP - cita-cita tersebut sudah menjadi mimpi dan hanya retorik politik semata-mata. Bertahun-tahun PAS berkempen untuk laksanakan Hudud dan negara Islam, tetapi, sekarang PAS terpaksa mengikut telunjuk DAP yang tidak mahukan Islam, negara Islam dan hukum Hudud - soalnya, inikah yang dinamakan sebagai parti Allah?

9. PAS mendakwa dasar UMNO sekular - maka PAS tidak boleh bekerjasama dengan UMNO. Soalnya apakah dasar DAP dan PKR pula? Dasar Islamkah parti tersebut?

10. PAS mendakwa bahawa selama 50 tahun pemerintahan UMNO/BN, segala maksiat berleluasa, penyelewengan bermarajalalela, dan rasuah menjadi-jadi - soalnya penyelewengan Tabung Memali dan penyelewengan balak di Kelantan dan Terengganu, kemuflisan KOHILAL, kezaliman PAS sewaktu berkuasa di Terengganu, dan banyak lagi baca di sini di sini, di sini, di sini dan di sini...

11. PAS tidak berupaya mendisiplinkan para bloggers mereka sendiri dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Mufti Perak Harussani. Pelbagai gelaran jijik dilemparkan ke atas ulama tersebut. Soalnya - bagaimana PAS mampu mentadbir negara, jika hal sekecil ini pun tidak mengikut ajaran Islam?

12. Sejahat-jahat UMNO, UMNO tidak menghalalkan yang haram atas nama Islam, sebaliknya PAS melalui lidah Nik Aziz sering kali menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Contohnya isu perpaduan UMNO-PAS - ia menjadi seolah-olah perbuatan yang berdosa besar, sebaliknya mencarut, memaki dan memfitnah sesama Islam dibolehkan, dengan syarat orang itu merupakan ahli PAS dan yang dikutuk itu ialah ahli UMNO. Ahli DAP persenda Islam tidak mengapa, tetapi ahli UMNO yang inginkan perpaduan, dikira berdosa. Justeru itu - PAS tidak boleh dibenarkan memerintah negara ini dengan apa-apa cara sekali pun. Jika kekerasan diperlukan, maka kerjaan harus bertindak. Mengizinkan PAS memerintah Malaysi, bermakna mengizinkan kehancuran yang lebih parah! Wallahaualam.

6 comments:

ApaKataPAS said...

Apa Kata PAS bila sekutu beragama Islam utama mereka mengaku emaknya seorang Kristian?

ZEK said...

12 alasan yang saudara beri sepatutnya mematikan semangat penyokong2 PAS yang begitu taksub menyokong pemimpin mereka yang membawa kepada kehancuran ummah.

Sedarlah bahawa Pemimpin2 PAS telah membawa penyokong2nya jauh menyimpang daripada perjuangan PAS yang diasaskan oleh Allahyarham Ust Zulkifli Mohamad.

Mendengar ceramah Azmi Masyar, Ust Ghazali Ahmad dan beberapa pimimpin PAS yang keluar parti setelah mereka sedar perjuangan PAS telah keluar daripada landasan.

Hari ini PAS telah bertambah teruk lagi apabila ia bersekongkol dengan DAP yang tebal dengan anti Islam dan Anti Melayunya. Sekarang kita tak pernah dengar lagi pemimpin2 PAS membaca ayat 28 Surah Ali Imran kerana telah terkena batang hidung mereka sendiri.

Saya berdoa semoga ALLAH membukakan pintu hati penyokong2 PAS serta pemimpin2 mereka agar kembali ke ajaran Islam yang sebenar yang diantaranya menyeru kita bersatu padu sesama Islam. Melalui perpaduan orang Melayu akan kuat semula dan Islam akan dipandang tinggi oleh orang bukan Islam juga.

Anonymous said...

Memang tepat sekali 10 alasan yang diberi penulis yang mengharamkan PAS memerintah negara ini. Tidak ada apa2 yang baik yang boleh dilakukan oleh PAS jika memerintah, kerana pekara yang baik2 sudahpun dilakukan oleh pemerintah UMNO(BN)semenjak 50 tahun yang lampau.Nikmatnya pun orang2 PAS dah rasa dan nikmati bersama2. Hakikatnya yang boleh PAS lakukan hanya - lah memecahbelahkan orang Melayu dalam ceramah2 mereka dan membuat hukum2 sendiri demi kepentingan politik sempit mereka.PAS sanggup mengkhianati bangsa sendiri dengan memusuhi UMNO serta menjual agama Islam ;seperti dalam kes penggunaan kalimah ALLAH oleh orang kristian.

ApaKataBuritUMNO said...

apa..negeri2 umno tak dak zina ka???

jawab ni dulu boleh??

sapa yang haramkan PAS memerintah negara ni??

Allah??

sila jawab ni...

Israel pun haram..kenapa Allah tak tolong Palestin??

Kenapa Allah tak tolong BN menang kat Sibu??

Jawab..

nak cite pasal Islam..

tapi akai cetek..

setakat ngaja mahad tahfiz lu tak yah nk cebok minda budak2 bangang la pasal politik..

tak jauh beza ko ngn cikgu2 yang cabul budak2 sekolah..

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Anonymous said...

akai tak ada ka wahai si buritUMNO komen atas?...bodoh punya komen...kalau negeri BN ada zina..dan negeri pas pun ada zina..apa bezanya pas dgn UMNO..bodohh..org sokong pas sebab nak tengok negeri kelantan zero zina..bodoh bangang...punya penyokong pas

NUJUM PAK BELANG said...

BETUL TU BRO,PAS KALAU NAK PERINTAH DAH LAMA DAH ORG MELAYU/ISLAM DAH BAGI PERINTAH CONTOH DI KELANTAN TIADA SATU PUN YG DIMAJUKAN UNTUK NAIK TARAF RAKYAT MACAM MANA ORG MELAYU LUAR KELANTAN NAK PERCAYA YG PAS BOLIH PERINTAH NEGARA INI BANYAK SANGAT PAS BUAT DOSA DENGAN ORG MELAYU SEDANGKAN KERUSI DIMENANGI DI SEMUA NEGERI TIDAK MENYAKINKAN ORG MELAYU UNTUK BAGI PAS MEMERINTAH SEKIRA NYA PAS KUAT SAMA KUAT DENGAN UMNO KERUSI YG DIMENANGINYA DI SEMUA NEGERI SEIMBANG DENGAN UMNO AKU RASA ORG MELAYU YAKIN DENGAN PAS TAPI APA SETIAP MALAM KERJA CERAMAH CERAMAH DAN CERAMAH RAKYAT BUKAN MAHU DENGAR CERAMAH CUKUP DENGAN CERAMAH UNTUK P/RAYA SAJA TAK PERLU CERAMAH SEPANJANG TAHUN RAKYAT MAHU KKEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT TAPI PAS SURUH RAKYAT TINGGALKAN KEDUNIAN TAPI PEMIMPIN AMBIL DUA DUA SEKALI SEBAB ITU ALLAH TIDAK IZINKAN PAS PERINTAH NEGARA SAMPAI AKHIR ZAMAN.