Tetamu Kehormat...

August 25, 2010

Hanya UMNO Boleh Laksana Hukum Hudud


Hanya UMNO
Boleh Laksana Hukum Hudud


Usaha untuk melihat Hudud dilaksanakan di negara ini semakin cerah melalui kenyataan Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang jelas menyindir kefahaman Karpal Singh dan Lim Kit Siang berhubung isu Hukum Hudud dan negara Islam. Menurut beliau, kenyataan Karpal Singh dan Lim Kit sebelum ini sudah cukup membuktikan bahawa mereka berdua termasuk dalam golongan anti-hukum Islam. Saya melihat kenyataan Zahid Hamidi di bawah ini merupakan titik permulaan untuk UMNO melaksanakan hukum Hudud di Malaysia. Saya percaya dan yakin, UMNO mempunyai kekuatan untuk merealisasikan pelaksanaan hukum Hudud di negara ini, setelah PAS terbukti gagal menjalankan tanggungjawabnya.


Sudah tiba masanya, UMNO serius dalam mempertahankan Islam setelah digadaikan oleh PAS atas nama demokrasi dan peti undi. UMNO diminta jangan tunggu lama lagi, hukum Allah perlu segera dilaksanakan di negara ini - hanya inilah jawapannya untuk membanteras gejala sosial yang semakin membimbangkan. Islam bukan untuk UMNO atau PAS, tetapi Islam adalah untuk semua orang. Hukum Hudud bukan milik PAS ia milik umat Islam yang cintakan kebenaran - saya lihat sejak akhir-akhir ini, hati para pemimpin UMNO semakin lembut kepada Islam, dan kita berdoa agar hukum Hudud dapat dilaksanakan di negara ini sesegera yang boleh. Jangan kita takut dengan kecaman orang kafir atau para pendengki daripada PAS - yang penting UMNO ikhlas mempertahankan agama, bangsa dan negara. Saya yakin hanya UMNO mampu melaksanakan Hukum Hudud! dan Zahid Hamidi adalah antara pemimpin UMNO yang mampu menggerakkannya.


PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tentangan terhadap pelaksanaan hukum hudud di negara ini oleh DAP jelas menunjukkan sikap sebenar parti itu terhadap perjuagan mereka dalam Pakatan Rakyat. “Inilah sikap sebenar mereka, menentang hukum Islam dan mahu menegakkan sebuah negara sekular semata-mata. “Sikap toleransi dan hormat-menghormati tidak ada dalam prinsip perjuangan mereka,” katanya kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil dalam menangani masalah jenayah dan sosial. Karpal dilaporkan berkata, Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa hanya Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain yang boleh digunakan, justeru tidak ada ruang untuk undang-undang hudud.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, rakyat perlu membuka mata dan menilai kebiadaban sikap pembangkang seperti DAP yang tidak faham dengan syariat Islam yang sebenar. “Mereka perlu faham, hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas orang Islam yang didapati bersalah dan bukan mudah untuk hukuman seperti potong tangan dilaksanakan. “Ada banyak perkara perlu diambilkira, DAP perlu sedar perkara sebegini mencerminkan sikap sebenar mereka terhadap agama Islam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi berkata beliau sedia bertemu dengan mana-mana pihak termasuk Karpal dan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang bagi menjelaskan konsep hukuman hudud secara terperinci. “Kita sedia bertemu dengan sesiapa sahaja termasuk pemerintah bagi menjelaskan bagaimana syariat Islam dan hukum hudud berperanan memulihkan peradaban yang kian runtuh hari ini. “Sudah tiba masanya untuk Islam dan syariatnya dilaksanakan.

Kenapa mahu menolak sedang masyarakat dan negara belum menyaksikan bagaimana syariat Islam beroperasi membetulkan segala sistem nilai dan maruah bangsa yang tercalar teruk pada hari ini,” katanya. Nasrudin berkata, Islam bukanlah sekadar menjalankan hukuman semata-mata tetapi penyelesaian secara bestari dan berhikmah serta mempunyai pakej penyelesaian yang cukup baik bermula daripada pendidikan, pembentukan minda dan peribadi, pencegahan, pemantauan, alternatif seterusnya hukuman setimpal. "Hukuman berat tidak menjamin keberkesanan seperti hukuman gantung sampai mati ke atas pengedar dadah. "Biarpun hukuman itu keras dan berat, namun realitinya pengedaran dadah semakin berleluasa," katanya. Baru-baru ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya perlaksanaan syariat Islam dan hukum hudud dijalankan, pelbagai pihak sibuk mencari formula bagaimana mahu mengatasi kemelut sosial yang parah ini.

12 comments:

Anonymous said...

Bravo, UMNO dah buat pernyataan, next..engage to implementation. Kalau macam itu, kewujudan PAS dah irrelevant. Semoga UMNO mencapai zero politik wang & zero dedah aurat dikalangan pimpinan tertinggi wanita dan puterinya. Semoga beroleh barakh dan rahmat Allah SWT.

DR NO

Yb raz said...

hahaha lagi mengamuk pas kalau umno laksana hukum hudud..mesti nik aziz cakap itu bukan hukum dari Allah s.w.t.

nik aziz sekarang sensitif kalau sebut pasal hudud..dia dah malu besar hahaha

shonzu said...

Ya, betul tu YB Raz. Hudud dan Negara Islam hanya 'milik' hamPAS je, kalau orang lain buat tu bukan ikut cara Islam.

Hudud ciptaan hamPAS Kelantan dan hudud ciptaan hamPAS Terengganu pun boleh berlainan, jadi tak perlu bising2 la kononnya penjuang Islam. PENJUANG BONTOT ANUWAR ADA LAAA....

joegrimjow said...

nak kalahkah PAS dengan teruk semasa PRU
tak payah nak buat apa2 yang hebat
tak payah nak buat apa2 yang pelik2

laksanakan hukum hudud
tapi kena buat sebelum PRU
kalau selepas, memang tak jadi

KAPAKTAJAM said...

KAPAK amat berharap, bersetuju dan menyokong akan plan perancangan ini. Seharusnya ia telah lama dilakukan. KAPAK tak mau dengar lagi dakyah PAS yg sering memutarbelit isu2 ini. Tahniah dan teruskan semangat dan usaha murni YB Dato Seri Zahid Hamidi dalam perlaksanaan Undang2 Islam & Hudud di Malaysia.

Anonymous said...

kalau boleh buatla...tapi tak buat2 pun...bising jer lebih...

Anonymous said...

DAH KALAU HANYA UMNO YANG BOLEH BUAT HUDUD....KENAPA TAK BUAT HUDUD?...BUATLAH..HABIS CERITA!!! SEBELUM NI..MAJORITY 2/3 TAK BUAT GAK.....

SEMBANG JER LEBIH....
MENGAMPU JER LEBIH....

Muhammad Azli Shukri said...

UMNO tak perlu bising dan terpekik seperti PAS.

Anonymous said...

kalau betul la hanya UMNO leh laksana hukum hudud kenapa dah lebih 50tahun pegang kuasa pemerintahan masih tidak dilaksanakan???
Selama lebih 50 tahun ni UMNO takut dgn sape sampai xnk laksana??
atau selama lebih 50tahun nie UMNO xtau pasal isi kandungan Kitab SUci AL-QUran??
Apapun jika benar UMNO boleh laksanakan hukum hudud itu satu langkah yg sangat baik dan sangt bijak...tapi kita lihat saja betul ke UMNO mampu laksana Hudud... sekarang kuasa perintah di tangan pemimpin UMNO so keputusan di tangan UMNO..sudah lebih 50 thn bertuhankan sistem sekular alangkah indahnya jika kemerdekaan tahun ini UMNo dpt ubah sistem negara kepada sistem islam...

Anonymous said...

Dalam satu majlis keramaian hari ini, Lim Guan Eng yang selama ini membisu tentang penolakkan Hudud oleh parti DAP telah menyatakan pendirian bahawa beliau turut membantah Hukum Hudud dan negara Islam yang diperjuangkan oleh parti PAS

Anonymous said...

Hududkan kelapa Rosmah Mansur dan bini Rais Yatim tu dulu...

shonzu said...
This comment has been removed by the author.