Tetamu Kehormat...

August 30, 2010

Fikiran Nik Aziz Bercelaru?


Fikiran Nik Aziz Bercelaru?

Oleh Zulkiflee Bakar

1. APABILA Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kelmarin mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas, penulis teringat pesanan seorang pemimpin muda Pas.

2. Kata pemimpin berkenaan, kalau kita tidak mahu rakyat keliru terhadap sesuatu isu berkaitan orang Melayu dan umat Islam, jangan sesekali media mendapatkan pandangan Nik Abdul Aziz. Ia kerana mereka pasti akan mendapat jawapan yang boleh mewujudkan kekeliruan.

3. Ternyata Nik Abdul Aziz yang disanjung sebagai ulama unggul dalam Pas terus menimbulkan persoalan apakah sesuatu kenyataan yang beliau keluarkan itu berdasarkan kedudukannya sebagai ahli politik berlidah ulama atau ulama berlidah ahli politik?

4. Ia kerana apabila timbul isu berkaitan Islam melibatkan pemimpin bukan Islam daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi rakan sekutu Pas dalam pakatan pembangkang, Nik Abdul Aziz akan cuba mempertahankan mereka.

5. Beliau akan mengeluarkan segala hujah dan nas bagi menyatakan apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin berkenaan adalah betul, biarpun umat Islam berpandangan sebaliknya. Ia termasuklah sebelum ini, isu penggunaan ayat-ayat suci al-Quran oleh pemimpin PKR dan DAP ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang tidak lama dulu.

6. Ketika itu, walaupun semua umat Islam menganggap penggunaan ayat berkenaan seolah-olah mempermainkan kitab suci al-Quran tetapi Nik Abdul Aziz berkata, ia satu perkara yang baik bagi mendekatkan orang bukan Islam dengan agama Islam.

7. Hujah yang sama digunakan dalam isu Ahli Parlimen Serdang tersebut dan lebih menarik Nik Abdul Aziz dengan angkuh berkata, tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenarkan tidur, makan dan minum.

8. Pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor April lalu, Nik Abdul Aziz turut tidak bersetuju dengan larangan berpolitik di masjid dan surau, walaupun larangan itu dilakukan oleh Sultan Selangor bagi mengelakkan umat Islam terus berpecah belah kerana ideologi politik.

9. Kalau beginilah sikap Nik Abdul Aziz, kita tidak perlu hairan jika selepas ini, pemimpin-pemimpin Pas akan turut mempertahankan jika ada pemimpin bukan Islam daripada PKR dan DAP berucap di mimbar masjid pula atas alasan ia baik untuk mendekatkan mereka dengan Islam.

10. Namun begitu seperkara kita tidak boleh lupa mengenai Nik Abdul Aziz ialah beliau akan berusaha mengeluarkan apa juga hujah dan nas bagi memperkukuhkan kenyataannya mempertahankan rakan-rakan politiknya. Suatu ketika dahulu beliau pernah menyatakan ‘Allah lagi samseng’ dan menganggap undi Pas masuk syurga.

11. Sebenarnya, semakin lama Nik Abdul Aziz menjadi Mursyidul Am Pas, ia semakin membebankan parti berkenaan. Imej Pas banyak dicemari oleh kenyataan-kenyataan kontroversi Nik Abdul Aziz. Ia bukan baru berlaku malah sudah terjadi sejak tahun 1994 lagi, apabila ketika itu Nik Abdul Aziz pernah mengeluarkan kenyataan bahawa menentang Pas adalah haram mengikut Islam.

12. ‘Kecelaruan’ pemikiran politik Nik Abdul Aziz semakin terserlah sejak Pas berkawan rapat dengan PKR dan DAP. Sebab itulah pemimpin-pemimpin bukan Melayu dalam kedua-dua parti itu tidak akan teragak-agak melakukan tindakan yang mengguris perasaan orang Melayu dan Islam kerana mereka tahu ada seorang mursyidul am yang akan membela mereka.

10 comments:

Anonymous said...

tk lame lg akan ade fatwa baru undi dap msk syurga. inilah balasan dr Allah SWT akibat mempermainkan Islam utk kepentingan politik.
satu persatu kebodohan dan keaiban yg ditunjukkan pemimpin pas & penyokong2nya sebagai balasan atas perbuatan mereka. namun mereka masih tk sedar dengan perbuatan mereka seolah2 dibutakan mata dan dihitamkan hati mereka seperti terkena nasik kangkang dap.

Muhammad Azli Shukri said...

kita berdoa agar semakin ramai ahli PAS menyedari kekalutan fikiran nik aziz

Anonymous said...

Bagi mana-mana pihak yang bertelagah dalam menentukan betul atau tidak tindakan YB Serdang, Teo Nie Ching dan yang terbaru YB Selayang, William Leong yang telah memasuki masjid baru-baru ini. Disini sukacita dimaklumkan diserta beberapa dalil dan hujah berkenaan isu bukan Islam memasuki masjid:

Di dalam mazhab asy-Syafie orang kafir haram dan ditegah sama sekali daripada masuk Masjidil Haram sebagaimana firman Allah swt di dalam surah at-Taubah : 28. Sambungan...

Anonymous said...

Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram.

Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub.

Ini berdasarkan hadith Baginda saw yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda saw orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318 )

Anonymous said...

Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka. Sambungan...

Anonymous said...

Keharusan orang kafir masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram berdasarkan hadith Baginda saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ( yang bermaksud ) :

“Rasulullah saw telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang ( tawanan ) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. ( HR al-Bukhari )

Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam. Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal.

Sambungan...

Anonymous said...

Daripada penjelasan para ulama’ Syafiiyyah di atas, jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan.

Untuk ini, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah. Diharap penjelasan ini mampu merungkai persoalan yang timbul. Bukan UMNO atau mana-mana pihak yang membangkitkan isu ini yang menjadi isu. Tetapi kejujuran pihak yang dikatakan kononnya cerdik pandai dalam agama terutama dalam PAS yang tidak mahu menjelaskan dengan betul kepada rakyat.
Sambungan...

Anonymous said...

Kalau bukan UMNO yang membangkitkan isu ini adakah PAS sanggup bersubahat dalam perkara yang terang-terang bertentangan dengan Islam. Seperti di rangkap terakhir artikel tadi diterangkan bahawa bukan Islam yang ingin memasuki masjid perlu menutup auratnya terlebih dahulu. Masalah yang berlaku pada YB Serdang ialah dia tidak menutup aurat dan pihak pengurusan masjid juga tidak menyediakan pakaian khusus untuk bukan Islam untuk memasuki masjid. Untuk membolehkan bukan Islam memasuki masjid pihak pengurusan perlu terlebih dahulu menyediakan kemudahan yang diperlukan seperti mana yang dilakukan oleh pihak pengurusan Masjid Putra, Putrajaya yang mewajibkan pelancong bukan Islam memakai jubah berwarna merah jambu untuk memasuki masjid. Sambungan...

Anonymous said...

Didalam artikel diatas juga menerangkan bahawa Rasulullah membenarkan orang bukan memasuki masjid tetapi tidak pula menyatakan bahawa bukan Islam dibenarkan memasuki dan duduk di ruang UTAMA SAF SOLAT MAKMUM. Ini yang menjadi pertikaian. Kalau YB tersebut sekadar duduk di pinggiran atau ruang legar masjid atau pun duduk di bahagian belakang saf yang terakhir mungkin hal ini tidak dibangkitkan. Tetapi yang menyedihkan adalah duduk di tempat utama iaitu di SAF PERTAMA sekali dengan tidak memakai tudung. Walaupun niat dia baik untuk menyambaikan bantuan tetapi perlu diingatkan bahawa ISLAM TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA, walaupun tujuan baik. Tamat.

gagasan_warisan said...

memang menyedihkan..pastu nik aziz kuarkan fatwa sendiri ikut suka dia....lagi sedih...