Tetamu Kehormat...

August 8, 2010

Di Mana Serban Tinggi PAS Hendak Diletak?


Di Mana Serban Tinggi PAS
Hendak Diletak?

Izinkan saya ketawa sebentar membaca "amaran" keras Ketua Pemuda PAS Pusat, saudara Nasarudin Hassan al-Tantawi kepada Tony Pua berhubung cadangan beliau untuk menghapuskan diskaun bumiputera dalam pemilihan hartanah di Selangor (baca di sini). Mengapa saya mesti ketawa? Jawapannya mudah. Siapa Nasarudin tu pada kaca mata Tony Pua atau DAP? Apa hebatnya dia, dan pengaruhnya di dalam PAS? Berkokoklah sehingga ke pagi, jangan harap DAP takut dan teruja dengan amaran keras Ketua Pemuda PAS itu. DAP terlalu arif dengan para pemimpin PAS - yang mudah ditipu dan diperkotak-katik. Jika hukum Hudud dan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini pun mampu "dikuburkan" oleh DAP - apalah sangat dengan isu diskaun bumiputera ini.


Suara PAS tidak akan dilayan sama sekali oleh DAP. Sekali Karpal Singh sergah! Semua pemimpin PAS kecut perut, dan sekali Lim Kit Siang menjerit! Habis semua prinsip PAS tunggang-langgang. Sekarang Nasarudin boleh bertanya kepada diri sendiri, di mana serban tingga PAS hendak diletakkan? Di atas kepala Anwar Ibrahim ke? Di atas kepala Lim Kit Siang ke? Atau di bawah telapak kaki Karpal Singh? Mohon maaflah banyak-banyak. Desakan PAS dalam apa-apa juga isu yang melibatkan DAP - hanya menjadi habuk yang ditiup angin. Dalam mesyuarat, para pemimpin PAS hanya diperbodohkan sahaja oleh DAP dan PKR. Jika benar Lim Guang Eng yakin dan terlalu hormat dengan kepimpinan Umar Abdul Aziz - sudah lama DAP boleh terima prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Tetapi malang - DAP tetap bertegas, tiada negara Islam, tiada hukum Hudud! Maka PAS pun terlopong dan ternganga!


Dan sekarang, Nasarudin cuba menjadi hero - berharap "jeritan amarannya" mampu mengundang kegusaran DAP - tetapi percayalah, suara PAS akan kendur semula, seperti mana kendurnya suara Hassan Ali sewaktu cuba berjuang untuk menghapuskan penjualan arak di Selangor. PAS tidak ubah seperti seekor tikus kecil yang sentiasa disergah dan dikejar oleh seekor kucing. DAP yang berkuasa, PAS yang teraniaya! Wallahualam.

7 comments:

KAPAKTAJAM said...

Jawapannya Mudah jer,

Kapaktajam nak bagi tau PAS BODOH NAK DIPERKUDAKAN OLEH DAP & PKR. Itulah jawapan yg terbaik utk PAS,dengan bodoh sombongnya sume pemimpin PAS menolak ajakan penyatuan Melayu dan kononnya hanya PAS jer boleh satukan umat Melayu.

Sudah lar PAS, jgn mimpi disiang hari. Apa jasa PAS pada Negara selam 52 tahun merdeka? Yang ada jasa adalah menyalak, mengkafir org lain, Mengaku Islam PAS jer yg betul, sume nih jadikan PAS Bangan.

Cermin muka dulu sebelum nak jadi hero Penyatuan Melayu Islam.

KAPAKTAJAM said...

KAPAK minta PAS xpayah nk sibuk2 lg dgn isu ni sebab selama ni bila jak bersatu tolak mentah2. Ini lar jenis PAS Haprak.

Biar penyatuan Melayu ni dilakukan oleh NGO2 ISLAM. mereka bersepah dan buat pun kerja2 tu. Sebabkan kedegilan PAS & penyokongnya lar keadan umat Melayu jadi haru-biru, jd tlg jgn sesekali lagi nak jadi juara.

Boleh nk jd juara kat kg di Kelantan boleh lar... k

Anonymous said...

masukkan pas dalam tong sampah bersama pati sampah dap dan pati sampah pkr.

Muhammad Azli Shukri said...

kapak tajam kita berdoa semoga PAS kembali ke panggal jalan

kicap masin said...

Saudara Azli,

Pada saya PAS sekarang tidak lah sekeras mana. Mereka boleh berubah, Insya Allah, tapi batu penghalangnya, Nik Aziz, harus diketepikan dulu, supaya tak mempengaruhi pengikut2 PAS yang lain...

Anonymous said...

Ada satu cerita,
Pada zaman dahulu ada seekor Ayam Jantan yang sangat jaguh berkokok, maka banyaklah ayam-ayam lain menjadi followernya, sehinggakan ada seekor bapak musang juga menjadi pengikut setia sang bapak ayam tadi. Maka berbanggalah bapak ayam tadi, dijajanya kesetiap reban, akan ketokohannya berkokok kerana bapa musang dari seberang jambatan pun telah dapat dijinakkannya, Akhirnya kerana sayangnya sang bapak musang kepada Ayam Jantan tadi maka dibuatny ayam jantan tadi santapan dinnernya.

PAS4ALL said...

Perli. nampak, Tak baik main perli-perli , itu cerita betul ke? Atau perli Nik Aziz, tak baik perli-perli esok lusakan bulan puasa.