Tetamu Kehormat...

August 16, 2010

Assalammualaikum, Ya Idris Ahmad!


Assalammualaikum,
Ya Idris Ahmad!



Saya agak tersentak membaca komen Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkenaan kenyataannya yang saya fikir agak "riak dan sombong" (baca di sini) seolah-olah beliau sudah boleh "confirm" UMNO/BN akan kecundang dalam PRU-13 kelak. Menurutnya, BN/UMNO perlu belajar menjadi pembangkang merupakan kenyataan sinis dan menunjukkan seakan-akan hayat UMNO/BN ditentukan oleh PAS, DAP dan PKR. Benarkah begitu? Semua orang tahu setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajal. Itu adalah sunnatullah. Tetapi, bila dan di mana - hanya Allah sahaja yang mengetahui. Idris Ahmad tidak perlu terlalu "over confindence" dengan mendakwa seakan-akan hayat politik UMNO akan berakhir dalam PRU ke-13. Pelbagai perkara boleh berlaku sepanjang jalan menuju ke PRU ke-13. Kita harus ingat Allah Maha Berkuasa. Yang jelas perjuangan PAS sudah terpesong jauh daripada landasan asalnya. Tiada lagi negara Islam, tiada lagi hukum Hudud dan tiada lagi perjuangan menutup kilang arak. Semuanya sudah hanyut dengan nafsu politik PAS yang mengejar kuasa dan kedudukan.


Idris Ahmad, diingatkan jangan terlalu sombong dan mendabik dada, kononnya PAS akan menang besar dalam pilihan raya umum yang akan datang. Perlu diingatkan, kemenangan PAS kelak hanyalah pelengkap kepada cita-cita DAP dan kemusnahan Melayu-Islam di Malaysia. Tiada apa-apa yang boleh dibanggakan lagi dengan kemenangan PAS. PAS menang besar, kilang arak tetap wujud di Selangor, PAS menang besar hukum Hudud tetap tidak terlaksana, PAS menang besar, negara Islam tetap tidak kelihatan. Jadi, apakah maknanya kita mengundi PAS? Nik Aziz pernah mendakwa seandainya syaitan pun mahu membantu perjuangan PAS, PAS akan terima. Soalanya, siapa yang membantu PAS menjadi terlalu bongkak dan ego seperti hari ini? Adakah syaitan yang membantu perjuangan PAS atau PAS yang membantu perjuangan syaitan? Wallahualam.

7 comments:

Anonymous said...

Pada deris yang dah berangan-angan nak jadi Menteri Pertanianan dan asas Babi pagi-pagi masa nak mandi tengok muka dulu kat cermin sekarang semua dah terang lagi bersuluh undi sempati dan rakyat keliru dengan Anwar dan Nik Ajis....la ni semua dah nampak terang lagi bersuluh....siapa haprak sebenarnya....tunggu pilihanraya nanti....

Anonymous said...

Nasib parti politik ditentukan oleh pilihanraya. Pilihanraya itu satu pertandingan macam bolasepak piala Dunia atau EPL. Kata-kita lawan pasti kalah adalah normal sebagai psy-war dlm bertanding.

DR NO

Anonymous said...

Rakyat tak keliru, media yang mengelirukan rakyat.
Rakyat sudah pandai menilai, itu pasal UMNO/BN sudah kucar-kacir memasang berbagai strategi tapi sayang tak menjadi.
Kalau semua kekuatan umno/bn di gunakan termasuk khidmat Polis,media,SPR,hakim,sprm tetapi masih amat TIPIS untuk memenangi PRK jelas menunjukkan RAKYAT dah MUAK dengan muka2 yg. sedia ada.

Anonymous said...

rakyat muak dengan klentongan anwar dan fatwa sesat nik aziz jeee....

yg lain2 okk....cam biasa jeee...

zek

rinandamku said...

PAS sepatutnya bersyukur kerajaan masih berhati perut dan toleransi , kalaulah kerajaan buat seperti berlaku di Algeria , apa berlaku pada FIS ?

kerajaan mampu melakukan perkara apapun sekiranya mahu , tak akan kemana PAS , tak akan mampu DAP melangkah walau setapak !

pun demikian , pakatan haram ini masih dengan fitnah memburukan kerajaan , pelbagai fitnah dilemparkan ..

Saya memohon kerajaan bertindak 'kasar' sedikit , tiada guna berlembut dan berperikemanusiaan pada PAS dan DAP juga PKR , tebas je mereka tu ...sebagaimana operasi lalang dahulu ,

kita sudah terlalu lama bersabar !

Anonymous said...

apa nak jadi la dgn ustaz2 di msia ni. dah la mereka tau anwar tu munafik tegar tapi mereka sokong juga semata2 hanya kerna undi. fahaman mana la yg mereka ni anuti utk sembunyikan kebenaran hanya kerna undi.

bodoh sangat kah mereka ni dari memahami proses mahkamah sehinggakan percaya pada ckp anwar yg mahkamah tak telus, konun di beli dsbnya.

kesian sungguh kalau mereka masih mempercayai anwar tu difitnah dan kesian sungguh melihatkan cara mereka berfikir dari menganalisa kes anwar ni.

kalau nak berpolitik tu biarkanlah ianya memenangkan bangsa melayu yg senonim dgn agama islam. kalau dah kekeringan idea maka diam lahh. dlm umno dulu pun ada berlaku krisis yg mana ramai yg tidak setuju dgn presiden. maka yg tak bersetuju ambil jalan berdiam diri.

kalau nak kata pemimpin pas yg hari2 makan politik, tido politik, masih tak tau anwar meliwat memang kompom membohong laa. memang nampak jelas mereka sembunyikan kebenaran.

kalau pemimpin yg sembunyikan kebenaran hanya semata2 nak tunggang dan nak undi. maka rakyat boleh menghukum la pemimpin jenis yg mcm ni.

survival ahli politik berpuluh tahun. rakyat boleh ingat. benda ni akan jadi sejarah yg akan diceritakan dari satu generasi ke generasi.

jadi la ahli politik yg matang. berkata benar, kalau nak undi sangat pun byk lagi cara lain. cara yg jauh lebih islamik daripada sembunyikan kebenaran dan menipu pengundi sendiri.

pemerhati 1

Muhammad Azli Shukri said...

dr no..politik malaysia sudah menjadi semacam hiburan semata-mata...