Tetamu Kehormat...

August 23, 2010

Apakah Kita Masih Dapat Pahala Mengundi PAS?


Lim Kit Siang dan Karpal
Tetap Tolak Hudud dan Negara Islam



Mungkin saya lambat sedikit untuk mengupas isu ini, namun demikian hal ini sudah pun jelas dan nyata, sesungguhnya DAP secara rasmi mengisytiharkan penolakan 100% terhadap perjuangan PAS yang ingin melaksanakan hukum Hudud dan negara Islam. Soalnya sekarang, apakah PAS sanggup keluar daripada Pakatan Rakyat untuk mempertahankan prinsip perjuangannya? Atau PAS tetap mahu bersama degan PR semata-mata mahu mengejar kuasa dan kedudukan. Nah! Sekarang kita akan lihat bagaimana para penyokong PAS bertempik dan mempertahankan sikap mereka. Yang jelas, Allah telah menunjukkan kepada kita siapa sebenarnya yang munafik. Malah, yang lebih penting daripada itu semua. Apakah hukumnya kita mengundi PR yang jelas secara rasmi menolak hukum Allah dan negara Islam? Dapat pahala lagi ke kita mengundi PAS? Wallahualam. (Baca di sini)


KUALA LUMPUR, 22 Ogos — DAP menjauhkan diri daripada soal memperbaharui perbincangan mengenai pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam dengan menegaskan, kedua-duanya aspek itu bukan dasar Pakatan Rakyat (PR). Penasihat DAP Lim Kit Siang mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa menekankan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

“Undang-undang hudud dan negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat.

“Itu sebab isu-isu ini tidak disebutkan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diumumkan Disember 2009,” kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dasar itu diputuskan pada konvensyen sulung PR, yang dibentuk April 2008, akhir tahun lalu. Di bawah Dasar Bersama itu, PR membuat pendirian akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas.

“Undang-undang hudud dan negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat, apa-apa perubahan dasar perlu menerima persetujuan ketiga-tiga parti komponen dan tiada konsensus dalam Pakatan Rakyat mengenai undang-undang hudud dan negara Islam (setajat ini),” kata Lim lagi.

Ahli Parlimen Ipoh Timur ini menekankan idea negara Islam disokong dan digerakkan oleh tiga perdana menteri terkemudian — Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak. Ia bercanggah dengan pendirian tiga perdana menteri terdahulu iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn yang menganggap Malaysia negara sekular dan bukannya negara Islam.

Kata Lim, kepimpinan MCA, Gerakan, MIC, SUPP dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) yang bersedia memberikan sokongan bulat kepada tiga perdana menteri terakhir, bermula daripada deklarasi 929 Dr Mahathir bahawa Malaysia adalah negara Islam pada 29 September 2001.

Perbincangan baru berhubung pelaksanaan undang-undang hudud dan negara Islam bermula apabila Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh mengumumkan bahawa beliau kekal menentang undang-undang sedemikian jika PR mengambil alih kerajaan persekutuan.

Kata Karpal, undang-undang sedemikian “tidak berperlembagaan” dan setiap orang perlu menghormati perlembagaan. DAP mengeluarkan kenyataan ini sehari selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadinya.

Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu.

“Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti,” katanya. Karpal tidak bersetuju dengan cadangan Nik Aziz, yang dibuat Khamis lalu bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

“Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini.

“Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud,” kata Karpal.

4 comments:

MissXYZ a.k.a Abaikan said...

http://www.lensahidup.com/2010/07/mitos-terjelek-abad-ini-mesti-baca.html

http://www.lensahidup.com/2010/07/isu-bankrap-memang-panas-mai-baca-sini.html

http://www.lensahidup.com/2010/07/tidak-membela-ahli-keluarga-yang-salah.html

http://www.lensahidup.com/2010/06/jemaah-islamiah-tu-pengganas-ke.html

http://www.lensahidup.com/2010/06/kisah-rakyat-jelata-dan-jemaah-menteri.html

http://www.lensahidup.com/2010/05/jangan-jadi-makhluk-bongok.html

jemput bace semoga beroleh rahmatNya =)

gagasan_warisan said...

Nik ajis banyak dolak dalik...takan tak paham2...ngong sgt ker...

Anonymous said...

PAS kata: PAS itu Islam, islam itu PAS. Tetapi orang bukan Islam yang masuk PAS tak pula masuk Islam. Ini bermakna PAS itu bukan Islam hanya parti politik biasa. Oleh itu mengundi PAS memang sedikitpun tidak mendapat pahala malah dalam kedudukan sekarang mengundi PAS berdosa kerana bersekongkol dengan parti kafir DAP yang terang-terang anti Islam.

joegrimjow said...

undi UMNO sah sah xdpat pahala
nak dapat pahala, solat terawikh banyak skit
=)