Skip to main content

Syabas Mufti Selangor! Mufti Lain Bila Lagi?


Syabas Mufti Selangor!!!


Saya mengucapkan setinggi tahniah kepada Mufti Selangor (baca di sini), Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahib yang menyahut seruan Mufti Perak, agar PAS dan UMNO mesti bersatu demi Islam, bangsa dan negara. Soalnya sekarang, ke mana perginya mufti-mufti yang lain pula? Takkan diam membisu seribu bahasa sahaja? Jika semua mufti di Malaysia bersuara, saya yakin PAS akan tunduk kepada kebenaran. Masalahnya, hanya mufti Perak dan Selangor sahaja yang sanggup bercakap secara terang-terangan. Sekiranya terdapat 13 lagi mufti yang bersuara lantang dalam isu perpaduan Melayu ini - saya percaya sedikit sebanyak rakyat akan buka mata, dan mengetahui siapakah para PAS yang sebenarnya? Jadi apa tunggu lagi wahai tuan-tuan mufti..mari kita promosikan agenda perpaduan UMNO-PAS ini secara besar-besaran. Jangan kita jadi ulama pengecut dan takut melafazkan kebenaran. Pada hemat saya, semua mufti di Malaysia perlu membuat kata putus dan sebulat suara dalam hal ini. Jika tidak, mereka dikira tidak amanah terhadap ilmu mereka sendiri. Wallahualam.

Comments

dino.yp@gmail.com said…
tak lama lagi mufti selangor pun kena dengan puak2 pelampau PAS ! agen UMNO lah, barua UMNO lah, balaci UMNO lah... tak caya tungguuuuuu......
azlishukri said…
itu sudah pasti...
Anonymous said…
Salam Perjuangan,

Mohon link kepada blog saya di :

http://warkahkalamtimur.blogspot.com/

Semoga kita dapat bersama-sama berjuang, memegang janji menggenggam sumpah, menjadi Tuan di bumi bertuah!
azlishukri said…
InsyaAllah..saya sudah link.
azlishukri said…
salam, mana2 sahabat blogger Pro-UMNO/Kerajaan yang masih belum saya link di blog saya, mohon letakkan komen tuan2 di sini...harap maklum.
Anonymous said…
Senerio PRU 13 Rakyat masih keliru dengan isu bohsial peliwat teger anwar....PRU 14 dah terang lagi bersuluh siapa PAS dan Anwar sebenarnya kenapa UMNO terhegeh-hegeh nak bersau dengan PAS...orang PAS dah berpecah ke 3 kelompok puak Erdogan,Ton Najis dan Haron Din dan atas pagar...apa yang nak digusarkan PRU 14 tidak boleh dijadikan alasan akan berlaku kejutan seperti PRU 13...
Anonymous said…
salam,
mufti lain takuttttttt. mereka lebih takutkan ahli pas daripada berusaha untuk agama dan bangsa. mereka takut untuk di rendahkan darjat mereka. kerana bagi mereka, pas yang mengangkat tinggi darjat babi dan syaitan itu lebih mulia.kalau sokong nanti dikatakan sekutu umno. umnokan lebih buruk daripada syaitan dan tak masuk syurga.
azlishukri said…
tetapi saya yakin..ada banyak kebaikan jika PAS dan UMNO bersatu...
Anonymous said…
MUFTI LAIN DOK TUNGGU DAN LIHAT DULU.TUNGGU FATWA TON NAJIS DULU.MANA MANA MUFTI NAK PERPADUAN MESTI BAIAAH TALAK 3 DULU.LEPAS TU HARAM PENDAPATANKALAU KELUAR PAS.

ATAU MUFTI LAIN TAKUT PADA PAS TIDAK PADA ALLAH.SELAMA NI PUN DOK TIDOQ SAJA.MAKAN SUAP MAKAN SUAP .
ZAMAN MIMPI DAH HABIS MUFTI MUFTI OIIII.

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A