Saya mengucapkan setinggi tahniah kepada Mufti Selangor (baca di sini), Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahib yang menyahut seruan Mufti Perak, agar PAS dan UMNO mesti bersatu demi Islam, bangsa dan negara. Soalnya sekarang, ke mana perginya mufti-mufti yang lain pula? Takkan diam membisu seribu bahasa sahaja? Jika semua mufti di Malaysia bersuara, saya yakin PAS akan tunduk kepada kebenaran. Masalahnya, hanya mufti Perak dan Selangor sahaja yang sanggup bercakap secara terang-terangan. Sekiranya terdapat 13 lagi mufti yang bersuara lantang dalam isu perpaduan Melayu ini - saya percaya sedikit sebanyak rakyat akan buka mata, dan mengetahui siapakah para PAS yang sebenarnya? Jadi apa tunggu lagi wahai tuan-tuan mufti..mari kita promosikan agenda perpaduan UMNO-PAS ini secara besar-besaran. Jangan kita jadi ulama pengecut dan takut melafazkan kebenaran. Pada hemat saya, semua mufti di Malaysia perlu membuat kata putus dan sebulat suara dalam hal ini. Jika tidak, mereka dikira tidak amanah terhadap ilmu mereka sendiri. Wallahualam.
Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i
Comments
Mohon link kepada blog saya di :
http://warkahkalamtimur.blogspot.com/
Semoga kita dapat bersama-sama berjuang, memegang janji menggenggam sumpah, menjadi Tuan di bumi bertuah!
mufti lain takuttttttt. mereka lebih takutkan ahli pas daripada berusaha untuk agama dan bangsa. mereka takut untuk di rendahkan darjat mereka. kerana bagi mereka, pas yang mengangkat tinggi darjat babi dan syaitan itu lebih mulia.kalau sokong nanti dikatakan sekutu umno. umnokan lebih buruk daripada syaitan dan tak masuk syurga.
ATAU MUFTI LAIN TAKUT PADA PAS TIDAK PADA ALLAH.SELAMA NI PUN DOK TIDOQ SAJA.MAKAN SUAP MAKAN SUAP .
ZAMAN MIMPI DAH HABIS MUFTI MUFTI OIIII.