Tetamu Kehormat...

July 22, 2010

Pilihan Raya Umum ke-13 : Semakin Hampir


Pilihan Raya Umum ke-13
Semakin Hampir


KUALA LUMPUR 21 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan bilik gerakan Jawatankuasa Unit Khas Pilihan Raya Pergerakan Puteri UMNO bagi membantu jentera parti menghadapi pilihan raya umum atau pilihan raya kecil akan datang. Bilik gerakan yang beroperasi di peringkat pusat itu kemudiannya akan dibuka di peringkat negeri dan bahagian dalam tahun ini juga.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Unit Khas Pilihan Raya Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin, dengan adanya bilik gerakan tersebut, segala maklumat mengenai pengundi di setiap peti undi di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen dapat dikumpul, dianalisis dan dipantau oleh jentera pergerakan.

Jelas beliau, langkah itu juga menjadikan jentera Pergerakan Puteri sentiasa bersedia dan proaktif dalam membantu memastikan kemenangan BN menerusi pelan-pelan tindakan yang telah dirangka serta disusun di peringkat pusat.

"Sekitar Ogos nanti, kita akan bergerak membuka bilik gerakan terbabit ke peringkat negeri dan bahagian. Dalam tahun ini juga, kita menyasarkan semua negeri dan bahagian membuka bilik gerakan tersebut.

"Menjelang Januari 2012, jentera Puteri UMNO akan dimantapkan dan bersedia menghadapi pilihan raya," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran bilik gerakan tersebut di Pejabat Puteri UMNO, Menara Dato' Onn, dekat sini petang ini.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil; Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata, melalui bilik gerakan Unit Khas Pilihan Raya Puteri UMNO, selain maklumat mengenai pengundi, ia juga menjadi pusat pengumpulan data berkenaan permasalahan yang dialami pengundi.

"Apa akar umbi mahukan, kecenderungan mereka, masalah-masalah dan apa jua isu-isu semasa akan dikumpul untuk dianalisis," jelasnya. Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu bahawa Puteri UMNO kini sedang menggerakkan usaha untuk menambah keahlian yang kini berjumlah sekitar 380,000 orang.

"Ketika ini, terdapat sejumlah 1.29 juta pengundi muda wanita yang berusia lingkungan 21 hingga 35 tahun.

"Mereka adalah sasaran untuk menarik mereka menjadi ahli Puteri UMNO," tambahnya.


Ulasa Saya

1. Saya sudah pun mengingatkan di dalam blog saya, bahawa tarikh pilihan raya umum ke-13, jika tiada aral melintang, InsyaAllah akan berlaku sekitar bulan Februari atau Mac tahun hadapan. Justeru itu, semua ahli UMNO di setiap peringkat harus bersiap sedia menghadapi pertarungan sengit tersebut.

2. Berita di atas mengesahkan lagi hakikat bahawa pilihan raya umum semakin hampir. Kerja-kerja ke arah kempen pilihanan raya bertambah jelas dari sehari ke sehari.

3. Saya mengingatkan diri saya dan seluruh ahli UMNO, pertarungan kali ini merupakan pertarungan yang menentukan hidup mati UMNO dan orang Melayu-Islam. Jika kita tersalah undi, maka Islam dan bangsa Melayu bisa sahaja tersisih dan lenyap dari bumi Malaysia.

4. Pilihan raya umum pada kali ini, bukanlah sebuah medan untuk kita "mencuba-cuba" parti lain. Sebaliknya, jika tersilap memilih, kita akan menyesal seumur hidup.

5. Malaysia tidak memerlukan pemimpin politik tukang fitnah dan karut seperti Anwar Ibrahim, tidak juga memerlukan pemimpin racis seperti Lim Kit Siang, tidak juga memerlukan pemimpin bermulut celupar terhadap Islam seperti Karpal Singh dan tidak juga pemimpin yang suka menyemarakkan rasa kebencian sesama Islam seperti Mahfuz Omar dan Nik Aziz.

6. Malaysia adalah sebuah negara yang aman sebelum ini - tetapi, pembangkang menjadikan segala-galanya politik, sehingga yang baik dilihat buruk, dan yang buruk dilihat baik. Parti pembangkang di Malaysia tidak banyak membantu kerajaan membangunkan negara - sebaliknya, kewujudan mereka hanyalah untuk mencari kesalahan dan keburukan kerajaan. Mana-mana kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan - hal tersebut akan didiamkan. Pembangkang jenis ini tidak harus disokong dan diundi - bahkan wajib kita tinggalkan. Wallahualam.

3 comments:

Nasionalis 1982 said...

Yang nampak bekerjanya UMNO. Parti yang lain jadi sleeping partner dalam BN.

Nasionalis1982

Muhammad Azli Shukri said...

saya sependapat

Anonymous said...

umno memang bekerja,pasal kaki ampu bodek pun byk juga,sedarlah sahabat yg kita kutuk tu pun melayu jg sahabat bkn melayu ke atau melayu ampu