Tetamu Kehormat...

July 21, 2010

Pelan Damai UMNO-PAS : Di Mana Khairy?


Pelan Damai UMNO-PAS
Di Mana Khairy?



Sekiranya Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan At-Tantawi sudah menggambarkan bahawa UMNO dan PAS boleh duduk semeja (Baca di sini). Maka, tunggu apa lagi? Pemuda UMNO, di bawah Khairy Jamaluddin perlu segera menyambut hulur salam daripada Nasrudin tersebut. Pelan damai antara UMNO dengan PAS perlu disegerakan - sekurang-kurangnya dalam isu-isu tertentu. Pemuda UMNO, mesti pantas menghidu peluang ini, bagi merealisasikan hasrat TS Muhyiddin untuk melihat orang Melayu-Islam di Malaysia bersatu-padu dan melupakan sengketa. Walau apa cara sekali pun, pelan damai PAS-UMNO mesti dilaksanakan. Dan Khairy tidak boleh duduk diam dan menunggu waktu. Pemuda UMNO Malaysia perlu proaktif. Pelan Damai UMNO-PAS boleh dimulakan dengan hal-hal seperti berikut :

1. Bekerjasama menentang amalan rasuah

2. Bekerjasama dalam meninggikan syiar Islam

3. Bekerjasama dalam menangani gejala sosial

4. Bekerjasama dalam tadbir urus negara

5. Bekerjasama dalam membasmi kemiskinan

1 comment:

Muhammad Azli Shukri said...

salam, mana2 sahabat blogger Pro-UMNO/Kerajaan yang masih belum saya link di blog saya, mohon letakkan komen tuan2 di sini...harap maklum.