Tetamu Kehormat...

July 22, 2010

Mulut Celupar Seorang Profesor : "Persetan Abdul Aziz Bari"


Mulut Celupar Seorang Profesor
"Persetan Abdul Aziz Bari"



Selepas mulut celupar Mahfuz Omar menghina dan memfitnah Mufti Perak, kini tiba giliran Profesor yang kononnya serba tahu dan mudah lupa diri, dengan menghina dan menyumpah idea perpaduan Melayu Islam yang dicadangkan oleh TS Muhyiddin Yassin dan disokong oleh Mufti Perak dan Selangor baru-baru ini. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang kononnya super hebat dalam bidang perundangan ini - sebenarnya adalah manusia yang mudah lupa kepada asal-usul diri sendiri. Kejayaan dan kekayaan yang beliau miliki, seolah-olah menjadikan beliau lupa dan tidak dapat melihat sesunggunhnya beliau ialah orang Melayu - yang selama ini membesar di Malaysia dengan segala macam keistimewaan atas nama "orang Melayu-Islam" - meminjam istilah lupa daratan - menyebabkan Abdul Aziz sanggup memperleceh, merendah-rendahkan, dan menghina idea untuk menyatupadukan umat Melayu-Islam di negara ini.

"Persetan perpaduan Melayu kerana dalam Umno sendiri berpecah, elok Umno masuk PAS atau PKR," - kata-kata celupar ini (baca di sini) terpancul keluar dari mulut manusia yang bernama Abdul Aziz bin Bari (tidak perlu rasanya saya menghormatinya sebagai profesor, memandangkan akhlak dan cara beliau berfikir tidak seperti seorang profesor yang matang). Perkataan "persetan" merupakan perkataan kurang ajar tahap tinggi, yang menunjukkan kebencian yang amat sangat terhadap sesuatu perkara. Menuduh bahawa perpaduan Melayu sesuatu yang tidak berguna - merupakan kata-kata orang yang jahil dan tersesat akal fikirannya. Hujah kononnya dalam UMNO sendiri berpecah - adalah hujah orang-orang yang jahil lagi sombong, kerana jika beliau mahu berfikir bahawa dalam PAS dan PKR sendiri, terdapatnya perpecahan! Mana Abdul Aziz tahu dalam PAS dan PKR tiada perpecahan? Beliau bukan orang politik? PAS Kelantan pun tidak semua bersatu di bawah Nik Aziz.


Melihat lagak dan gaya Abdul Aziz ini, mengingatkan saya dengan sikap kurang ajar Prof Madya Azmi Sahom yang menyindir, kononnya Tun Mahathir tidak matang dalam memperkatakan isu orang Melayu yang akan pupus di negara sendiri. Semakin hari, semakin ramai para akademik yang menjadi manusia bodoh dan sombong - inilah kesan daripada perilaku negatif yang ditonjolkan oleh para pemimpin PAS dan PKR. Kebiadapan para profesor ini adalah berpunca daripada tabiat dan sikap pemimpin pembangkang yang sangat celupar mulut mereka, apabila mengutuk dan mengkritik kerajaan, para profesor ini belajar daripada para pemimpin pembangkang ijenis ni. Doa saya, semoga Allah menutup mulut celupar Abdul Aziz Bari ini - sesungguhnya perpaduan Melayu adalah niat murni pihak kerajaan, dan tidak selayaknya kita menyebut, "Persetankan Perpaduan Melayu". Apakah perasaan Abdul Aziz, sekiranya anak murid beliau sendiri menyebut, "Persetankan Abdul Aziz"? Manusia seperti Abdul Aziz ini, merupakan manusia yang tidak tahu bersyukur dengan apa-apa yang mereka miliki selama ini. Lupa diri, lupa asal usul dan lupa bahawa Allah mewajibkan kita bersatu-padu.

6 comments:

kluangman said...

Dia ada masalah mental kot..

Bukan tidak boleh berbeza pendapat tetapi tarafnya patut guna bahasa yang lebih akademik.

Muhammad Azli Shukri said...

kluangman..semoga dia insaf selepas ini

Nasionalis1982 said...

Professor "Serba Tahu" ni pernah jadi tetamu dalam debat antara KJ dan Husam Musa di Kelantan dulu.
Hujah dia banyak condong ke arah sana.

Muhammad Azli Shukri said...

nasionalis benar kata tuan

ZULKIFLI said...

Salam,
Saya ingin membetulkan hal ini. "Persetan" tidak ada kena- mengena dengan kata dasarnya, "setan" daripada segi makna. "Persetan" sebenarnya bermaksud "Pedulikan". Kata "persetan" memang digunakan secara meluas di negara seberang.

Jadi, pada pandangan saya, tidak timbul soal "persetan" merupakan perkataan kurang ajar tahap tinggi, yang menunjukkan kebencian yang amat sangat terhadap sesuatu perkara seperti yang Syeikh maksudkan. Syeikh sendiri menggunakan kata yang sama untuk menghentam balas Profesor itu. Maaf, saya tidak fikir Syeikh seorang yang memiliki sifat kurang ajar tahap tinggi.

Saya bersetuju dengan Abdul Aziz Bari bahawa UMNO-PAS tidak perlu bersatu. Tetapi perpaduan Melayu harus menjadi agenda penting, harus direalisasikan.

Sebenanya, perpaduan dalam bentuk "perkahwinan" UMNO-PAS tidak perlu. Yang penting ialah perpaduan dalam persetujuan rahsia dalam mengejar matlamat. MCA dan Gerakan tidak "berkahwin" dengan DAP tetapi mereka berpadu mengejar matlamat yang sama. Inilah yang penting.

Biar kita "kelihatan" berbalah di luar, dalam hal-hal Islam dan Melayu, kita sealiran.

Wallahua'lam.

rakyat_jelata said...

persetan abdul aziz bari...