Skip to main content

MCA Ramal Hadi Awang Bakal PM Ke-7 Malaysia?


MCA Ramal
HADI AWANG
"PM Ke-7 Malaysia"


KOTA BHARU 30 Julai - MCA percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang. Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek sebaliknya berkata, pihaknya yakin wakil daripada Pas akan mengambil alih jawatan ketua kerajaan disebabkan parti itu mempunyai organisasi yang lebih besar dan tersusun berbanding parti lain dalam pakatan pembangkang.

"Sebagai ingatan kepada rakyat bahawa kalau mereka hendak menyokong pakatan pembangkang sehingga menguasai pentadbiran di pusat, mereka jangan begitu yakin bahawa bakal perdana menteri daripada PKR.

"Pada hemat kami, Perdana Menteri akan datang dari Pas kerana parti itu mempunyai satu organisasi yang lebih besar, ahli yang lebih ramai dan mempunyai sumber jauh yang lebih besar berbanding parti lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Kelantan di sini hari ini. Soi Lek bagaimanapun berkata, Pas telah menunjukkan rekod yang tidak baik sepanjang mentadbir Kelantan selama lebih 20 tahun terutama dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan masalah sosial.


Ulasan Saya

1. PAS mungkin sudah boleh memasang angan-angan untuk meletakkan presidennya sebagai "bakal PM Malaysia ke-7" selepas PRU ke-13 Februari atau April tahun hadapan. Berdasarkan ulasan yang dikemukan oleh Chua Soi Lek di atas, saya berpandangan ia sama sekali tidak mustahil berlaku.

2. PAS mungkin sudah dapat menghidu hal ini lebih awal - lantaran itu, para juak PAS, seperti Hadi Awang, Nasaruddin Mat Isa, Mahfuz Omar dan Hassan Ali, bersungguh-sungguh mahu mempertahankan "hubungan haram" mereka dengan PAS dan PKR sehingga menjelang sinar mentari PRU ke-13 April depan.

3. Sudah lama PAS menginginkan kedudukan PM Malaysia - tetapi berjuangan secara bersendirian adalah mustahil ke arah cita-cita tersebut. Untuk mengecapi kerusi Perdana Menteri, bergabung dengan DAP dan PKR adalah jalan terbaik - walaupun dasar perjuangan berbeza. DAP, sejak awal-awal lagi sememangnya tidak berhasrat untuk menduduki kerusi empuk Perdana Menteri - DAP hanya menginginkan hak sama rata dan menghapuskan keistimewaan orang Melayu. Bagi DAP, jawatan tidak seberapa penting - yang penting pengaruh dan kehendak mereka diterima dan dituruti oleh PAS dan PKR dalam segenap pentadbiran kerajaan.

4. Pujian Presiden MCA terhadap PAS di atas mempunyai signifikannya yang tersendiri - ia bukan sekadar pujian, tetapi sindirin, bahawa agenda perpaduan yang ingin direalisasikan oleh UMNO dengan PAS selama ini adalah agenda yang sia-sia. PAS sudah semakin bernafsu besar - hajat Anwar untuk ke Putrajaya tidak akan kesampaian, cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia mungkin tidak akan tercapai.

5. Chua Soi Lek juga sebenarnya secara sinis memberi amaran kepada kaum Cina, bahawa jika wakil PAS yang menjadi PM Malaysia, maka pentadbiran negara akan semakin kucar-kacir. Kelemahan pentadbiran PAS di Kelantan dan Terengganu (satu ketika dahulu) adalah bukti paling nyata bahawa PAS bukanlah sebuah parti yang bijak dalam urusan pentadbiran dan hubungan luar negara.

6. Namun demikian, jika itu takdirnya - Dan Hadi Awang bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7, maka kita, sebagai rakyat Malaysia telah meletakkan "orang yang bukan ahlinya" di tempat yang salah. Kehancuran bisa berlaku pada bila-bila masa sahaja di bumi Malaysia, seperti mana Gus Durr meranapkan impian rakyat Indonesia - seorang ulama yang bukan ahli dalam pentadbiran tetapi menjadi Presiden sebuah republik. Maka, terkenang kita sewaktu Nabi Muhammad menolak permintaan sahabatnya yang mulia lagi zuhud bernama, Abu Dzar dengan kata-kata, "Kamu lemah, dan sesunggunhnya jawatan itu tanggungjawab dan amanah yang akan disoal kelak." Fikir-fikirkanlah. Wallahualam.

Comments

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil