Tetamu Kehormat...

July 30, 2010

Isu Air : Mengapa Kerajaan Selangor Zalim?


Isu Air
Mengapa Kerajaan Selangor Zalim?



Kerajaan Selangor Zalim! - itulah kata-kata paling sesuai untuk dilemparkan kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau dan sekutunya tidak berfikir panjang berkenaan kepentingan rakyat Selangor, tatkala membatalkan projek Logi Rawatan Air Langat 2 yang sudah pun diluluskan oleh kerajaan BN sebelum ini - Baca laporannya di sini.

SHAH ALAM, 29 Julai – Enam belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengemukakan memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon persetujuan kerajaan negeri bagi projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Memorandum disampaikan bersama oleh antara lain, Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja DI Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Selangor Water Watch dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kepada Exco negeri bagi Alam Sekitar, Pelancongan dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, di pejabat Menteri Besar di sini.

Jurucakap NGO itu, Datuk N.Marimuthu, yang juga presiden Fomca berkata, memorandum itu antara lain menggesa kerajaan negeri bekerjasama dengan kerajaan persekutan dalam projek air itu oleh kerana penangguhannya akan mengakibatkan penduduk di Lembah Klang mengalami krisis air yang serius pada masa depan.

“Kami mahukan kerajaan negeri mewarta kawasan tadahan air kekal untuk menjamin kualiti bekalan air dan melindungi alam sekitar,” katanya kepada pemberita.

Fasa awal projek air bernilai RM8.65 bilion itu telah diluluskan oleh kerajaan Selangor semasa di bawah perintah Barisan Nasional, tetapi fasa berikutnya terhenti selepas Pakatan Rakyat menguasai Selangor dalam pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Wong berkata kerajaan negeri menyambut baik projek itu pada dasarnya tetapi prihatin terhadap kerja-kerja pembinaan oleh kerana ia akan menjejas bekalan air dan alam sekitar.

“Projek yang dicadangkan itu mungkin melalui kawasan tadahan air di kawasan selatan negeri ini yang boleh menjejas bekalan air,” kata beliau. Wong berkata kerajaan negeri telah mengambil pelbagai langkah mengumpul bekalan air termasuk tuaian air hujan, mewartakan semua kawasan tadahan air dan kolam simpanan air. Beliau juga berkata kerajaan negeri akan melaksanakan dasar tidak lama lagi bagi mewajibkan semua pembangunan perumahan baru mempunyai kemudahan tuaian air hujan.

“Langkah ini akan membantu pengguna menjimatkan air antara 25 hingga 30 peratus,” tambah beliau. – Bernama

4 comments:

ChiLaBaey's Spot said...

Macam tu lah bila orang dah dapat kuasa... Dan lebiihnye penyokong2nya dari belakang... Kita tunggu dan lihat jer lah.... :(

Tinta Emas said...

mereka tahu perkara sebenar tetapi menyembunyikannya. mereka sengaja membuat begini untuk mengekalkan kuasa.

tindakan pkr dan pas ini tak ubah seperti pemuka yahudi yang menyembunyikan kebenaran dan memutarbelitkan taurat semata mata mahu memegang kuasa.

cikgu Nizar said...

saudara azli terlalu mengikut emosi kepartian ni. Takkan saudara azli inginkan kedudukan blog yang setaraf dengan laman2 pojok pembangkang yang hanya seronok dibaca tanpa isi yang membina selain menghentam semata2?

dunia utopia tanpa pro dan kontra melainkan hanya pro/taklid buta semata2 itukah yang diinginkan oleh saudara? PR kata BN zalim, BN kata PR zalim, serupa ja lah

armouris said...

info tentang kualiti air di SIHAT SELALU - Kualiti Air Bergantung Kepada Proses Penulenan