Tetamu Kehormat...

July 20, 2010

Husam Musa 2010 : Jom Kebas Duit Rakyat!


MUSAM MUSA 2010
Jom Kebas Duit Rakyat!



Dengan judul "Pakatan akan lancar tabung RM20 juta untuk PRU-13" baca di sini. Maka penulis membuat beberapa kesimpulan antaranya :

1. Belum pun Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya, awal-awal lagi rakyat sudah dibebankan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, dengan cara "kononnya memohon" ihsan rakyat biasa yang tidak berduit ini, sama-sama mengeluarkan "duit poket" mereka, untuk menanggung dan menampung kewangan parti PAS, PKR dan DAP dalam PRU-13 kelak.

2. Inilah bukti yang paling jelas, bagaimana Pakatan Rakyat "menyebat" duit rakyat bawahan atas nama sebuah demokrasi dan peti undi! Manakala PAS pula - menjadi istilah Jihad seolah-olah barang komoditi yang boleh dijual-beli.

3. Rakyat terus diperbodohkan oleh Anwar, Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal Singh - dengan slogan "kuasa rakyat" - rupa-rupanya rakyat juga yang akhirnya terpaksa menanggung segala perbelanjaan pilihan raya untuk PAS, PKR dan DAP - bijakkah kita mengundi mereka?

4. Sekarang, tanpa kita sedar, duit rakyat pula ingin digunakan oleh Husam dan kawan-kawannya untuk menggulingkan kerajaan. Bukanlah lebih elok kumpulkan duit sebanyak itu untuk rakyat Palestin atau bina semula kapal Mavi Marmara yang lebih canggih bagi tujuan kemanusiaan?

5. Rakyat disembelih hidup-hidup untuk menampung kewangan parti PAS, DAP dan PKR yang semakin meruncing - jalan paling mudah, wujudkan "Tabung Impian Rakyat" kononnya untuk membela nasib rakyat bawahan.

6. Jika beginilah cara pentadbiran dan pengurusan kewangan Pakatan Rakyat, saya percaya, rakyat akan lebih menderita seandainya mereka menjadi pemerintah negara ini. Sebelum ini mereka berjanji, seandainya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, lima tahun pertama pemerintah mereka cukai akan dihapuskan! Hanya orang gila sahaja yang percaya!

7. Yang jelas, Bank Negara perlu memantau Tabung tersebut, kerana jelas ia melanggar undang-undang negara. Menghimpun duit rakyat tanpa kelulusan dan keizinan daripada perbendaharaan merupakan satu kesalahan. Apatah lagi dengan jumlah sebanyak RM20 juta! Pasti akan berlaku penyelewengan.

5 comments:

orangkasai said...

salam tuan, mohon bertukar link dengan sgkasai. terima kasih

kluangman said...

Kepandaian mereka memepergunakan simpati rakyat sebenarnya boleh memghasilkan sesuatu yang baik kerana rakyat akan rasa dihargai, diajak bersama hingga timbul rasa 'self belonging'.

Pendekatan pelbagai strategi dengan kepandaian berhujah mampu membawa pembangkang ke Putrajaya.

Niat yang baik tetapi perancangan yang lemah akan membuat BN tertinggal..benarlah kata orang be end.

Pemerhati said...

Ingat Tabung Memali?
PAS dgn bijak telah mengambil kesempatan utk mengumpul duit dari setiap pelusuk negeri dari orang2 yg bersimpati dgn balu2 dan anak2 yatim kes Memali.
Berapa banyak duit yg dikumpul? Semua orang pun tak tahu! Satu sen pun tak sampai ke tangan balu2 dan anak2 yatim Memali.
Habis semua duit dirembat oleh lebai2 PAS sendiri.
Melayu mudah lupa...........

PutarBelit said...

Salam,
jangan kita terkeliru,sebenarnya rm20 juta bagi mereka taklah sebanyak mana.Sebenarnya mereka hanya ingin menutup sumber kewangan mereka yg disalurkan oleh agensi2 gelap sahaja seperti yg kita dah sedia maklum.Kononnya itu derma rakyat padahal dana dah disediakan oleh rakan2 mereka diluar atau didalam negara.Percayalah,inilah 1 taktik utk mengelabui mata kita semua.
wassalam.

JAUH PERJALANAN,LUAS PANDANGAN

Muhammad Azli Shukri said...

saya link blog tuan orgkasai