Tetamu Kehormat...

July 29, 2010

Giliran Hadi Awang Pula Perleceh Mufti Perak


Giliran Hadi Awang Pula
Perlecehkan Mufti Perak



1. Satu lagi penghinaan dan cacian terhadap Mufti Perak, Tuan Guru Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu Perpaduan PAS-UMNO. Kali ini, penghinaan tersebut datangnya daripada mulut Presiden PAS sendiri , Haji Hadi Awang (baca di sini). Dengan perkataan, "Mufti Perak orang kecil, saya tidak mahu layan" sudah memadai bagi menggambarkan bertapa angkuh dan sombongnya Hadi Awang dengan Harussani. Mungkin di hadapan Hadi Awang, Harussani digambarkan insan kerdil yang serba kekurangan, serta tidak mempunyai kedudukan dan pangkat. Tetapi awas! mungkin di sisi Allah, kedudukan Harussani jauh lebih tinggi daripada Hadi Awang atau Nik Aziz. Hati-hati apabila kita berkata-kata. Di sisi Allah, kedudukan kita semua akan berbeza-beza.


2. Tidak cukup penghinaan yang dilakukan oleh para penyokong PAS dengan meletakkan wajah Harussani di atas tubuh seekor anjing, ditambahkan pula dengan cacian para penyokong parti Islam itu dengan menggelar Mufti Perak sebagai "Tan Sri Haramjadah" dan "Tan Sri Haramsani" - maka bertambah-tambahlah dari sehari ke sehari, dosa para pemimpin PAS yang rata-ratanya bergelar ulama, selagi mereka tidak menegur dan melarang perilaku para penyokong mereka ini. Nik Aziz, Hadi Awang, Ahmad Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man, Harun Din, dan Nasarudin Mat Isa - janganlah sesekali tuan-tuan berfikiran bahawa tuan semua tidak akan ditanya oleh Allah kelak atas perbuatan ahli-ahli PAS yang tuan-tuan biarkan/izinkan untuk terus menghina dan mencaci maki Mufti Perak.


3. Tuan-tuan menganggap diri tuan-tuan adalah ulama. Maka, mengapa tuan-tuan tidak menegur perbuatan yang jelas haram di sisi Islam dan membiarkan penghinaan terus bermaharajalela ke atas Harussani. Apakah Harussani seorang manusia yang tiada maruah dan harga diri? Apakah niat ikhlas beliau dibalas dengan caci-maki daripada pihak tuan-tuan? Mana perginya iman tuan-tuan sekalian? Mengapa tidak ditegur ahli dan para penyokong PAS yang begitu mudah menghina dan mengaibkan Harussani tanpa usul-periksa? Apakah tuan-tuan tidak tahu, semua itu perbuatan dosa dan tuan sekalian mempunyi sahamnya sekali jika tidak mencegah dan menghalangnya?


4. Tidak puas dengan itu semua, Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang sebelum ini menuduh tanpa bukti bahawa Mufti Perak berbohong, sekali lagi membuat sangkaan buruk dan prasangka yang jelas haram di sisi Islam, melalui tuduhan beliau yang menyatakan bahawa Harussani adalah pencacai UMNO! Mengapa ulama-ulama PAS tidak menegur perbuatan Mahfuz Omar itu? Mana perginya Dewan Ulama PAS yang kononnya sebuah badan yang berfungsi menegur perbuatan ahli-ahlinya yang menyeleweng daripada ajaran Islam. Bukankah, perkataan "Pencacai UMNO" itu adalah tuduhan liar Mahfuz Omar terhadap Harussani yang berpaksikan kepada prasangka buruk dan syak wasangka yang jelas haram di sisi Allah? Mengapa Nik Aziz dan ulama-ulama PAS tidak menegur Mahfuz dalam hal ini?


5. Selain Mahfuz. Ahmad Awang, Nik Aziz, Nasaruddin Mat Isa dan Hadi Awang adalah antara Pemimpim PAS yang sangat kuat menghina dan merendah-rendahkan ilmu Harussani, seolah-olah Harussani adalah seorang ulama yang tidak berguna dan tidak boleh pakai. Tidak cukup dengan itu, Prof Aziz Bari, Khalid Samad dan Hassan Ali - turut menambahkan lagi penghinaan ke atas Harussani. Membaca komen-komen mereka, seakan-akan idea perpaduan antara PAS dengan UMNO yang dicetuskan oleh Harussani - merupakan idea yang berdosa besar di sisi Allah, malah Harussani bisa sahaja dicampakkan ke dalam neraka, gara-gara mengemukakan idea tersebut!


6. Malang sungguh nasib Mufti Perak, dicaci oleh rakan-rakan sendiri. Kerana nafsu politik, kita sanggup tinggalkan al-Quran. Saya berdoa kepada Allah, agar Allah segera membalas perbuatan biadab para pemimpin PAS yang terang-terang menolak agenda perpaduan PAS-UMNO yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah, biarlah di muka bumi ini lagi, mereka memperoleh azab dan pembalasannya. Perbuatan ulama-ulama su' ini yang memberi "lampu hijau" agar Harussani terus dicaci-maki, dihina, diaibkan dan dimalukan oleh para bloggers penyokong PAS di alam maya, merupakan perbuatan haram yang dosanya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Semoga Allah membalas kejahatan mereka itu dengan sebaik-baiknya. Amin.

6 comments:

Anonymous said...

ah hadi awang. dia tu apa nak cerita tentang mufti. dgn dap dan nuar pun dia takut.hidung kena tarik. mana ada martabat si hadi tu. martabat di dunia pun di renta si nuar, di akhirat lagi lah jatuh sebab buta akal. dengan nuar pun kena tipu bulat2. apa amalan dia selama ini tak dapat menyelami siapa si bung nuar,hantu pungkok tu?

Anonymous said...

Gelaran "Ulamak" sepatutnya diberikan kepada orang yang berilmu yang takut kepada Allah. Oleh kerana mereka tak takut pada Allah, tak payahlah panggil mereka Ulamak.Jadi, kita pun tak payahlah rasa terlalu kecewa di atas perangai buruk mereka.

Ms Pearl said...

both n. aziz and Hadi ni lupa PRU 10 tahun yang lampau where Hadi hilang terengganu and Kelantan tinggal nyawa nyawa ikan nak jatuh ke tangan BN - bukan sebab apa pun

rakyat tak suka manusia asal bukak mulut berbau bongkak lagi takbur - another contoh melayu cepat lupa :D

Muhammad Azli Shukri said...

betul, hj hadi lupa sejarah

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Kita patut rasa syukur kerana Mufti Perak sanggup bersusah payah satukan umat Islam. Beliau boleh berdiam diri.

Sepatutnya kita sokong 100% apa yang dia buat. sebaliknya PAS hemtan dia "kaw-kaw". Apakah satu diosa mendamaikan dua puak yang bertelagah.

PAS selalu cakap pasal Islam. Sekarang buktikan yang PAS junjung Islam. Cubalah berbaik dengan UMNO.

Tak susahkan. Mula-mula buangkan budaya melabel orang yang jadi kerja PAS selama ini. Sudah-sudahlah mengata dan mengumpat.

Insaflah. Hadi , Mahfuz macam kita juga akan mati juga. Jangan ingat serban dan jubah boleh tipu Allah SWT.

Berbaik sangkalah. Takkanlah tiada langsung kebaikan UMNO selama ini? Terlalu zalim sangatkah UMNO? Tak kan kut.

Kalau dah zalim, dah lama Editor Harakah kena bunuh.

Terlalu mencari kesalahan orang tanpa henti pun bukan baik. Saya pun bukan ahli UMNO . Tapi saya sesak nafas tengok cara PAS hentam UMNO kiri kanan.

Terlalu zalim sangatkah UMNO?

Muhammad Azli Shukri said...

saudara samshul saya setuju pandangan tuan