Tetamu Kehormat...

July 21, 2010

Apabila Anak Nik Aziz Gelisah


Apabila Anak Nik Aziz Gelisah


Membaca kegelisahan anak Nik Aziz, Nik Abduh di sini, membuatkan hati saya tersenyum sendirian. Sesungguhnya, PAS sehingga kini, sedaya upaya cuba membuktikan bahawa DAP sebenarnya mahukan Islam. Walaupun usaha tersebut nyata gagal, bahkan sudah terang lagi bersuluh, Karpal Singh sangat biadab terhadap ajaran Islam. Keceluparan mulut Karpal - boleh diampun oleh Nik Aziz dan PAS, sebaliknya, sesama saudara seIslam, PAS sanggup mengaib, memfitnah, mengadu-domba dan bermusuhan. Percayalah, harapan PAS untuk melihat DAP bersama-sama dengannya untuk menegakkan daulah Islammiyyah di negara ini, hanyalah sia-sia. PAS seharusnya mengambil peluang keemasaan yang terhidang di depan mata, untuk menegakkan syiar Islam di Malaysia,apatah lagi tatkala UMNO dilihat lemah dan sedang cuba berbaik-baik dengan parti tersebut.


Saya yakin, segala hasrat PAS untuk membentuk negara Islam akan terlaksana, seandainya kesempatan yang sedia ada ini (isu perpaduan), diguna sepenuhnya oleh PAS bagi mencapai matlamat mereka. Mengapa PAS mesti melihat "jemputan" UMNO untuk bersatu sebagai satu muslihat politik? Mengapa ia tidak dilihat sebagai satu peluang dan ruang untuk PAS melaksanakan Islam di Malaysia dengan jalan pintas, selamat dan cepat? Jika PAS boleh bersatu dengan DAP atas dasar "muslihat politik", mengapa tidak dengan UMNO? Semua orang mengetahui PAS mempunyai muslihat tertentu, apabila bersetuju untuk bergabung dengan PKR dan DAP - jika tidak, mustahil PAS sanggup menaiktarafkan kelab penyokong PAS yang terdiri dari pelbagai kaum itu. Sekiranya PAS mampu melihat isu perpaduan Melayu ini dari sudut yang positif - InsyaAllah PAS akan memperoleh keuntungan yang jauh lebih besar daripada mereka menyertai pakatan pembangkang. Untuk melaksanakan Islam di bawah panji-panji DAP dan PKR - PAS hanya akan dikecewakan, sebaliknya usaha Islamisasi akan lebih mudah dilaksanan bersama UMNO. Wallahualam.

6 comments:

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

Pengaruh PAS dikalangan orang Melayu merosot teruk sejak PAS bersekongkol( atau lebih tepat jadi kuli) dengan DAP.

Orang Melayu tertanya-tanya bagaimana dengan fatwa PAS dulu yang mengharamkan kerjasama UMNO dengan MCA, MIC, Gerakan.

Saya tak hairan dengan sikap PAS kerana dari dulu lagi PAS bertopengkan ugama. Sebenarnya apa yang PAS buat ialah menentang UMNO saja, bukan mahu menegakkan Islam.

Isu paling jelas ialh Kalimah "Allah". Bila UMNO sibuk pertahankan "Allah" eksklusif untuk Islam, PAS pula sibuk ajak benarkan kalimah tersebut diguna oleh bukan Islam. Ini perkara akidah. Kalau berkongsi nama, akhirnya akan berkongsi akidah.

Ramai orang Melayu tak sedar betapa bahaya benarkan Kristian guna kalimah "Allah". Ia lebih dahsyat dar Portugis menawan Melaka atau Malayan Union.

Suara Melayu( Islam) jadi lemah kerana ada orang Islam (PAS) demi tarik sokongan bukan Islam sanggup terima "allah" diguna untuk bukan Islam.

PAS memilih apa yang ia mahu. Mufti disanjung bila setuju dengan PAS. Mufti yang sama dikutuk bila menegur PAS.

Jika saya jadi Hj Hadi, saya akan sambut pelawaan UMNO tubuhkan Kerajaan Perak selepas pilihanraya. Malah UMNO berbesar hati sanggup bagi jawatan MB pada PAS walaupun UMNO ada 27 dan PAS cuma 6 kerusi.

SEbaliknya PAS lebih percaya pada musuh ketat orang Melayu iaitu DAP.

Masalah PAS terbesar ialah mereka "memuja" Nik aziz. apa saja Nik aziz cakap walaupun mengarut diterima.

Saya nampak ada kebencian yang terlalu mendalam pada Nik aziz. Bertaubatlah.

Bertolak ansurlah. UMNO memang ada kesilapan tetapi ia sejuta kali lebih bagus dari DAP.

Muhammad Azli Shukri said...

Tuan samshul, satu kupasan menarik...

Anonymous said...

Alasan bodoh tok nik cuma satu UMNO dengan dasar kebangsaan yang dijaja sampai ke ulu jubo orang PAS DAP dan PKR bagaimana dasar DAP yang nyata menentang Islam dan dasar PKR yang langsung tidak ada idelisme perjuangan parti....hanya orang dungu dalam PAS saja yang bebal...orang yang atas pagar tapi cenderung kepada PAS dulu sudah beralih arah....Ingat PRU 13 rakyat Malaysia masih keliru isu liwat dan sempati masih menebal sekarang DAH TERANG LAGI BERSULUH rakyat Malaysia yang suka sesangat sempati masa lalu tidak akan berlaku lagi.....Insyallah hanya 1 negeri saja yang masih dikuasai pembangkang...sendiri mau ingat....

hanizam said...

tang ni aku sokong..memang PAS terus sesat bila bergabung dalam PAKATAN...kalau dulu semuanya haram bagi UMNO..tapi sekarang bila bergabung, halal belaka..

malah bermacam FATWA SESAT yang keluar untuk menepis sebarang persoalan dari penyokongnya agar terus percaya ape yang pemimpin PAS buat semuanya betul...

nanti kalau bantah, PECAH PERUT...kalau nak ikutkan sangat ULAMA' politik tu, tak mati pun kalau kita tak ikut...

tak salah kalau bersatu demi agama...bersam dalam PAKATAN, sampai kiamat pun, DAP akan tentang habis-habisan hukum hudud & akan hapuskan status MALAYSIA sebagai negara ISLAM...

bila dah jadi macam tu, bolehlah buat macam-macam...sekolah agama ditutup...duit zakat boleh guna sesuka hati...

mintak dijauhkan dengan golongan LAKNAT macam ni...

Anonymous said...

Hairan....
Adakah blogger PAS menulis dalam KEGELAPAN. Seolah-olah niat murni perpaduan Melayu dan Islam menjadi satu ancaman kepada negara.

Mereka sanggup menghina Mufti, mereka juga mengajar masyarakat supaya membenci dan tidak menerima kebaikan, malah mereka memilih musuh Islam sebagai sahabat dan menobatkan bisikan Syaitan sebagai senjata untuk memusuhi UMNO Islam.

Hairan..
Bila Jantung Hati bloger PAS tidak dapat melihat Cahaya Kebenaran, inilah kesannya apabila tidur dan jaga dibajai dengan sifat Pendendam dan menolak kebaikan. Maka tersenyumlah Syaitan melihat wajah bloger mewakili "Tulisan Dajal"

Mudah-mudahan mereka yang mahu kepada perpaduan umat dan kesepakatan dengan pemerintah Islam sentiasa mendapat petunjuk dari Allah swt.

-adam amin-
Jerlun, Kedah

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2