Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Apa Pandangan Kita dengan Cadangan Jins Shamsudin Ini?

Apa Pandangan Kita Dengan Cadangan Jins Shamsudin Ini? Saya secara peribadi menyambut baik idea yang dikemukakan oleh Tan Sri Jins Shamsudin di bawah ini berhubung isu menyatupadukan parti PAS, PKR dan UMNO. Namun demikian, dalam keadaan sekarang, cadangan tersebut begitu sukar untuk direalisasikan. Saya cuma ingin menambah sedikit sahaja daripada cadangan asal Tan Sri Jins Shamsudin berkenaan isu ini, iaitu menukar nama daripada "Parti Kebangsaan Melayu Bersatu" kepada "Parti Melayu-Islam Bersatu". Wallahualam. KUALA LUMPUR, 31 Julai — Idea agar parti-parti Melayu-Islam bergabung atas nama penyatuan orang Melayu muncul lagi dengan yang terbaru budayawan dan ahli politik Senator Tan Sri Jins Shamsudin menggesa tiga parti digabungkan demi mempertahankan kuasa politik mereka. Beliau berkata keadaan semasa memerlukan sebuah parti Melayu khusus yang boleh mempertahankan dan memperjuangkan hak orang Melayu. Justeru, penerbit dan pengarah filem terkenal ini mencadangkan

MCA Ramal Hadi Awang Bakal PM Ke-7 Malaysia?

MCA Ramal HADI AWANG "PM Ke-7 Malaysia" KOTA BHARU 30 Julai - MCA percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang. Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek sebaliknya berkata, pihaknya yakin wakil daripada Pas akan mengambil alih jawatan ketua kerajaan disebabkan parti itu mempunyai organisasi yang lebih besar dan tersusun berbanding parti lain dalam pakatan pembangkang. "Sebagai ingatan kepada rakyat bahawa kalau mereka hendak menyokong pakatan pembangkang sehingga menguasai pentadbiran di pusat, mereka jangan begitu yakin bahawa bakal perdana menteri daripada PKR. "Pada hemat kami, Perdana Menteri akan datang dari Pas kerana parti itu mempunyai satu organisasi yang lebih besar, ahli yang lebih ramai dan mempunyai sumber jauh yang lebih besar berbanding parti lain," katanya kepada pemberita selepas me

Sokong DAP : Sudahkah Kita Ada Jawapan Di Hadapan Allah?

Haramkan Juga PKR KUALA LUMPUR 30 Julai (Utusan) – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) digesa supaya membatalkan pendaftaran parti DAP dan mengisytiharkannya sebagai pertubuhan haram kerana tindak-tanduk parti itu didakwa boleh mengganggu-gugat keharmonian negara. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) ketika membuat gesaan itu mendakwa, DAP bertanggungjawab menyebarkan fahaman cauvinis, rasis, fikiran ala komunis, anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Perlembagaan. Tegasnya, tindakan berani itu perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengelak berulang pergaduhan berdarah antara kaum di negara ini kerana dakwanya, kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 juga berpunca daripada sikap cauvinis dan rasis DAP. “Saya mencadangkan ROS membatalkan pendaftaran DAP dan isytiharkan ia sebagai pertubuhan haram. Rakyat Malaysia tidak memerlukan kepimpinan yang cauvinis, rasis, berfikiran ala komunis, anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Perlembagaan seperti DAP,” katanya. Beliau

Siapa Empat Pemisah Sikh di Malaysia?

SIAPA EMPAT PEMISAH SIKH DI MALAYSIA ? Saya meminjam sebuah artikel yang bagus untuk kita renungi bersama dari blog Skandal Politik. Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sedang memantau dakwaan Polis Punjab bahawa empat anggota kumpulan puak pemisah Sikh Khalistan Liberation Force (KLF) yang didakwa bersembunyi di negara ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya telahpun menghubungi pihak berkuasa India mengenai perkara tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan itu. "Tindakan akan diambil sebaik sahaja kedua-dua pihak memperolehi maklumat terkini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah seluruh Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) di sini hari ini. Beliau mengulas laporan Polis Punjab semalam yang mendakwa KLF, sebuah kumpulan puak pemisah Sikh yang kejam telah menubuhkan pangkalan di luar Kuala Lumpur dengan sekurang-kurangnya empat daripada anggotanya masih berse

Khalid Ibrahim Sudah Tahu Selangor Bakal Tumbang

Khalid Ibrahim Sudah Tahu Selangor Bakal Tumbang? Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim seakan-akan sudah mengetahui bahawa hayat kerajaan boneka DAP di Selangor semakin menghampiri tarikh hayatnya. Muslihat beliau yang kononnya tidak akan membubarkan DUN mengikut pembubaran parlimen - adalah angan-angan kosong Mat Jenin. Beliau mungkin terlupa, untuk membubarkan DUN secara berasingan - restu daripada Sultan Selangor perlu diperoleh, jika Tuanku Sultan tidak perkenan dengan tarikh yang dicadangkan oleh MB, maka DUN tidak boleh dibubarkan. Nampaknya, Kerajaan Selangor semakin karut dan takutkan bayang-bayang sendiri. Jika benar PR begitu kuat di Selangor, saya cabar bubar DUN mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan nanti. Baca di sini.

Haramkan DAP : Cadangan Bernas Zulkifli Noordin

Cadangan Bernas Zulkifli Noordin Saya terpanggil untuk bersama-sama menyiarkan tulisan bernas, Zulkifli Noordin di sini, sebagai tanda sokongan saya terhadap beliau. Sudah lama rakyat Malaysia menanti-nanti idea sebegini untuk dipaparkan di khalayak umum. Syabas Tuan Zul! Cadangan mutakhir pemimpin DAP, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP (PJ Utara) untuk memansuhkan diskaun bumiputra dalam sektor tertentu pembangunan sekali lagi membuktikan sikap cauvinis, rasis, anti Melayu dan anti perlembagaan yang dianuti oleh kepimpinan DAP. Dan yang paling malang, orang Melayu saperti Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bersetuju dengan cadangan bodoh saperti itu. Persoalannya bukan isu diskaun bumiputra, tetapi soal prinsip perlembagaan dan keharmonian kaum yang telah dibina sekian lama. Perkara berkaitan hak istimewa Melayu telah tercatat dengan jelas didalam Perlembagaan dan tidak perlu dikupas. Dan ini adalah antara formula kepada perpaduan dan keharmonian agama dan kaum selama ini. Kepimpinan DAP kini sem

Agenda Tersembunyi Kuasai Malaysia

Agenda Tersembunyi Kuasai Malaysia Malaysia berada dalam keadaan bahaya menjelang PRU-13, usaha untuk merampas kepimpinan negara daripada BN melalui saluran demokrasi mungkin tidak akan menjadi. Sebaliknya plan B akan dilaksanakan oleh parti pembangkang bagi mencapai cita-cita tersebut (baca di sini) dan (di sini) . Bersekongkol dengan musuh negara bukanlah cara terbaik untuk para pemimpin parti pembangkang menguasai negara ini. Pertemuan sulit antara Lim Kit Siang dengan Kalimullah merupakan petanda awal bahawa wujudnya "satu usahasama" antara parti yang berideologikan ala-ala komunis dengan seorang manusia yang menguasai portal fitnah berpengaruh di alam siber. Sebelum pertemuan tersebut, kita dikejutkan dengan pertemuan "mesra" antara Zaid Ibrahim dengan Raja Petra di London baru-baru ini. Semua pertemuan ini menjurus kepada satu kemungkinan - iaitu agenda plan B bagi menguasai negara ini, sekiranya saluran demokrasi dan peti undi tidak memihak kepa

Chua Jui Meng Pula Buat Hal!

Chua Jui Meng Tidak Tahu Berterima Kasih Chua Jui Meng boleh diibaratkan sebagai warga negara Malaysia yang tidak tahu mengucap syukur kepada kerajaan BN (baca di sini) . Selama 30 tahun beliau bersama dengan UMNO/BN seharusnya beliau sudah pun matang dan faham bertapa selama ini orang Melayu sudah terlalu banyak bertolak ansur dengan kaum Cina di Malaysia. Bahkan, banyak dasar ekonomi yang menguntungkan kaum Cina dan mengkayakan bangsa tersebut, khsusnya pada zaman Tun Mahathir. Tetapi malang, manusia seperti Chua Jui Meng ini, adalah jenis manusia yang tidak tahu berterima kasih. Sekarang, beliau mendakwa bahawa orang Cina mahukan keadilan, ketelusan dan kesamarataan, soalnya apakah selama 50 tahun kerajaan BN memerintah, semua ini, tidak diperoleh oleh kaum Cina? Mengapa baru sekarang mereka mendakwa kononnya bangsa mereka ditindas dan tidak mendapat layanan yang baik daripada kerajaan BN? Jika benar selama ini dasar DEB telah "menderitakan" kaum Cina, mengapa

Isu Air : Mengapa Kerajaan Selangor Zalim?

Isu Air Mengapa Kerajaan Selangor Zalim? Kerajaan Selangor Zalim! - itulah kata-kata paling sesuai untuk dilemparkan kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau dan sekutunya tidak berfikir panjang berkenaan kepentingan rakyat Selangor, tatkala membatalkan projek Logi Rawatan Air Langat 2 yang sudah pun diluluskan oleh kerajaan BN sebelum ini - Baca laporannya di sini . SHAH ALAM, 29 Julai – Enam belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengemukakan memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon persetujuan kerajaan negeri bagi projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2). Memorandum disampaikan bersama oleh antara lain, Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja DI Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Selangor Water Watch dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kepada Exco negeri bagi Alam Sekitar, Pelancongan dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong,

Hatta Ramli 2010 : Hilang Dalam Cahaya

Hatta Ramli 2010 Hilang Dalam Cahaya Dr Hatta Ramli bukanlah nama besar dalam kepimpinan PAS. Namun demikian, peranannya lebih bersifat "Man Behind The Door" yang sangat tangkas dan pantas menggerakkan massa. Tanggungjawabnya dalam menghimpun dan melakukan demonstrasi jalanan sangat berjaya, khususnya sekitar tahun 1998 - 2000. Dan kali ini, beliau diberi tugas yang sama bagi menghimpun dan menjayakan misi gerakan massa di bawah judul, "Bantah Pembaziran, Selamatkan Rakyat" pada 9 Ogos ini di Kampung Kerinchi. Demonstrasi sudah menjadi budaya hidup para pendukung parti pembangkang. Budaya jahiliah ini terus diwarisi umat Islam atas nama "kebebasa bersuara dan demokrasi" - padahalnya, ia adalah budaya yang jauh terpesong daripada nur Islam dan rahmat Ilahi. Baca artikel tulisan saya di bawah ini, semoga Allah membuka hati kita kepada kebenaran . Wallahualam. 1. Antara kejahilan ketara yang sering kita lakukan dalam membuat kesimpulan terhadap

Mahfuz Omar 2010 : Fitnah Zaman Ini!

Mahfuz Omar 2010 Fitnah Zaman Ini! PUTRAJAYA 27 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyerahkan kepada kebijaksanaan umat Islam di negara ini untuk membuat penilaian dalam isu tindakan Pas mempersoalkan penglibatannya dalam usaha mengukuhkan ikatan Islam UMNO-Pas. Katanya, beliau tidak mempunyai komen tertentu terhadap kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkannya sebagai pecacai UMNO dalam isu yang menimbulkan kontroversi di kalangan para pemimpin kanan Pas itu. ''Terpulang kepada dia (Mahfuz), biarlah orang ramai menilai. Bagi saya, saya tetap mempertahankan kenyataan saya sebelum ini (menyatakan ada kalangan pemimpin Pas menemuinya bagi mendapatkan pandangan bagaimana untuk mengukuhkan ikatan Islam antara UMNO dan Pas)," katanya ketika dihubungi hari ini. Mahfuz semalam menyifatkan Harussani sebagai pecacai UMNO kerana didakwanya berbohong mengenai perjumpaannya bersama Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali yang dikataka

Kita Tak Tahu Bersyukur Ke?

Kita Tak Tahu Bersyukur Ke? KUALA LUMPUR 28 Julai - Kerajaan memberi subsidi kos rawatan berjumlah RM9.9 bilion untuk pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pesakit tempatan hanya dikenakan bayaran perkhidmatan RM1 berbanding caj RM15 untuk warga asing. "Perbezaan bayaran perkhidmatan ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia menikmati subsidi yang diberikan oleh kerajaan,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini. Bagaimanapun, menurut Rosnah, Kementerian Kesihatan tidak mempunyai maklumat untuk kos subsidi bagi setiap pesakit di Klinik 1Malaysia. Sehingga 25 Julai tahun ini, daripada 721,888 pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di klinik 1Malaysia, tidak sampai satu peratus adalah warga asing. - Bernama Ulasan Saya 1. Kalau berita baik macam ini, satu laporan pun tidak akan disiarkan di dalam Harakah. 2. Kalau

Wajib Halang DAP Perintah Malaysia (Ulangan)

Umat Islam Malaysia Wajib Halang DAP Perintah Malaysia Strategi pecah, perintah dan tawan pembangkang? Oleh Zaini Hassan (Saya memetik tulisan bernas daripada Zaini Hassan yang ditulis di dalam Utusan Malaysia . Bacalah dengan hati dan akal yang sihat.) 1. PERNAH dengar istilah strategi pecah dan perintah? Dalam ilmu politik dan sosiologi, pecah dan perintah (atau dalam bahasa Inggeris divide and rule; istilah asalnya dari bahasa Latin divide et impera) ialah satu strategi yang menggabungkan tiga elemen iaitu politik, ketenteraan dan ekonomi. 2. Ketiga-tiga elemen itu bergabung bagi menguasai dan memelihara kuasa yang ada dengan memecahkan pengaruh dan kuasa yang besar kepada kecil-kecilan. Ini akan mengakibatkan kuasa kumpulan yang berpengaruh atau berkuasa itu berkurangan, berbanding pihak yang melaksanakan strategi itu. 3. Secara praktisnya, strategi ini digunakan untuk mengelakkan kumpulan kecil ini bergabung dan membentuk kuasa yang besar (atau sebaliknya). Strategi ini p

Apabila Sayuti Omar Kecewa!

Haram Dekati Harussani! Oleh Mohd Sayuti Omar 1. FAHAMAN dan amalan politik orang Melayu/Islam sudah sampai ke peringkat hilang punca dan hilang pedoman. Quran dan hadith sudah tidak digunapakai lagi. Budaya dan adat juga dilupakan. Rata-rata mereka hanya menggunakan Islam sebagai alat dan umpan politik tidak lebih daripada itu. Semuanya dapat dilihat kepada perbuatan, kata-kata dan tindakan. 2. Paling mendukacitakan sesetengahnya mengaku Islam, memperjuangkan Islam tetapi fiil dan perangainya lebih buruk dan huduh dari orang kafir. Kafir zimmi di negara ini masih mengekalkan diplomasi mereka untuk mempertahankan kedudukan mereka, tetapi tidak dengan orang yang mengaku Islam sendiri. 3. Betapa tidak ada pemimpin parti Islam, Pas begitu pesimis dengan ulama atau Mufti yang dirasakan tidak berpihak kepada mereka. Mufti yang bercakap tidak menguntungkan politik huminisme dan materialistik (kedudukan dan kuasa) mereka, ditentang habis-habisan. Mereka tidak lagi menilai atau menyelami nawai

Perpaduan UMNO-PAS : Siapa Jumpa Mufti Perak?

Perpaduan UMNO-PAS Siapa Sebenarnya yang Berjumpa Mufti Perak? Membaca komen Mahfuz Omar di sini , sangat menundang rasa amarah saya terhadapnya. Sikap dan perangainya yang suka membuat tuduhan tanpa bukti - menjelaskan lagi bahawa Mahfuz adalah manusia yang jijik dan kotor di Malaysia. Kerana nafsu politiknya, beliau sanggup membuat tuduhan bahawa Mufti Perak seorang pembohong. Selalunya, hanya manusia yang suka berbohong sahaja yang gemar menuduh orang lain berbohong. Sikap dan tabiat Mahfuz ini bukanlah tabiat seorang yang mendakwa diri sebagai muslim - bahkan akhlaknya yang suka membuat tuduh dan memfitnah Mufti Perak tanpa bukti - menjelaskan lagi Mahfuz Omar bukanlah seorang insan yang baik dan mulia. Jika beliau tidak tahu siapakah yang bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani, maka lebih baik beliau diam sahaja. Jangan membuat tuduhan kononnya Harussani menjadi alat UMNO dan sanggup berbohong! Saya mendoakan, agar Allah membalas perbuatan biadabnya itu. Dan semoga