Tetamu Kehormat...

June 18, 2010

Menjawab Tuduhan Melulu Dr Azmi Terhadap Tun Mahathir


Menjawab Tuduhan Melulu
Dr Azmi Sharom Terhadap Tun Mahathir


KUALA LUMPUR, 17 Jun — Kebanyakan penganalisis politik menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan orang Melayu negara ini berhadapan dengan risiko menjadi minoriti jika terus bertelagah dalam arena politik. Ini kerana walaupun orang Melayu dibezakan dengan fahaman politik, tetapi ia tidak akan menjadi faktor utama kaum tersebut akan menjadi minoriti.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tidak mungkin orang Melayu akan jadi minoriti di negara ini.

“Walaupun kaum Melayu negara ini mewakili (lebih) 60 peratus penduduk tetapi dalam jangka masa panjang saya percaya jumlah tersebut akan meningkat.

“Jadi tidak mungkin orang Melayu akan menjadi minoriti dalam amalan demokrasi negara,” katanya. Malah menurut beliau, perlembagaan juga sudah jelas akan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. Beliau berkata orang Melayu kemungkinan besar boleh jadi minoriti dari segi kekuatan politik sahaja.

“Jika kita lihat dari segi kekuatan politik kemungkinan ia akan memberikan kesan kerana sekarang kita lihat imbangan politik lebih memihak kepada orang bukan Melayu.

“Keadaan orang Melayu akan jadi minoriti itu juga bergantung kepada orang Melayu sekiranya mereka hendak memberika kuasa kepada orang bukan Melayu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa orang Melayu negara ini berhadapan dengan risiko menjadi minoriti jika terus bertelagah dalam arena politik. Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, kaum Melayu berpecah ekoran pendirian parti-parti politik yang hanya mengutamakan keuntungan perjuangan masing-masing. Dr Mahathir berkata masyarakat Melayu berhadapan dengan krisis dan perlu bertindak segera sebelum mereka melalui nasib yang dialami oleh orang Melayu di Singapura.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugam Pandian berpendapat walaupun orang Melayu hari ini sering kali bercanggah pendapat terutamanya dari segi fahaman politik tetapi ia tidak akan menyebabkan kaum tersebut menjadi minoriti.

“Walaupun dipisahkan dari segi politik tapi saya tidak lihat orang Melayu akan menjadi minoriti.

“Ini kerana walaupun sering kali bertelagah antara satu sama lain ia hanya memberi kesan kepada jurang dalam orang Melayu.

“Lagipun dalam amalan demokrasi yang ada sekarang ia pasti tidak akan berlaku,” katanya.

Bagi pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom, kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir hanya untuk menakutkan orang Melayu kerana masih ramai yang berpegang kepada idealogi bangsa.

“Sebenarnya tidak ada apa-apa, itu hanya untuk menakutkan orang Melayu sahaja kerana tidak mungkin kaum terbesar di negara ini boleh menjadi minoriti di negara sendiri.

“Kalau kita lihat secara realistiknya, orang Melayu masih lagi menjadi majoriti dalam semua aspek jadi mustahil untuk menjadi minoriti,” katanya. Beliau juga menyifatkan kenyataan Dr Mahathir Isnin lalu sebagai terdesak dan tidak bertamadun.

“Hanya orang yang terdesak sahaja yang akan mengeluarkan kenyataan begitu dan ini menunjukkan beliau (Mahathir) masih belum matang dalam berfikir.

“Selain itu, ini hanya permainan politik yang dimainkan beliau untuk menakutkan orang Melayu dengan harapan mereka akan kembali kepada pembela negara iaitu Umno,” katanya. Sementara itu, pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata orang Melayu akan jadi minoriti jika perpecahan yang berlaku selama ini tidak dibendung.

“Jika berlaku perpecahan di kalangan orang Melayu mereka akan menjadi lemah dan pada masa jika orang bukan Melayu bersatu tidak mustahil orang Melayu akan menjadi minoriti,” katanya. Jelas beliau, ditambah pula dengan kedudukan ekonomi orang Melayu yang mana ramai miskin, maka secara automatik orang Melayu akan tertindas dan “berada dalam kedudukan terbawah dalam masyarakat di negara ini.”

“Apabila perkara ini berlaku orang Melayu akan menjadi hamba kepada orang bukan Melayu dalam negara sendiri,” katanya. Beliau berkata keadaan itu sudah berlaku cuma orang Melayu tidak menyedarinya.

“Di Pulau Pinang perkara ini sudah berlaku di mana kepimpinan DAP menyisihkan orang Melayu dan kita lihat PAS dan PKR yang kononnya mahu membela nasib tidak mampu berbuat apa-apa.

“Selain itu, mentaliti dan pemikiran orang Melayu hari ini lemah dan tidak dapat dibangkitkan sekiranya mereka menjadi minoriti.

“Justeru orang Melayu perlu sedar akan kedudukan mereka sekarag dan mengukuhkan perpaduan yang kuat melalui kepimpinan yang baik,” katanya.


Ulasan Saya

1. Saya mengesyorkan kepada pihak kerajaan agar cara pelantikan profesor madya atau profesor, dikaji semula. Kes kritikan Prof. Madya Dr Azmi terhadap Tun Mahathir sangat jelas menunjukkan tahap pemikiran profesor di Malaysia masih ditakuk yang sangat rendah. Saya percaya istilah "profesor kangkong" yang pernah digunakan untuk melabel profesor yang tidak matang mengeluarkan kritikan dan hujah ada relevannya. Dan pandangan saya - Dr. Azmi merupakan salah seorang profesor kangkong di Malaysia yang seharusnya dinilai semula segala hasil akademiknya. Saya tidak mengatakan bahawa Tun Mahathir sama sekali tidak boleh dikritik. Tetapi, kritiklah beliau secara akademik dan bukan secara emosi. Cubalah fahami terlebih dahulu apa-apa yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir. Sekali pun mungkin Dr Azmi membenci Tun Mahathir - tetapi berlaku jujurlah dengan ilmu yang anda miliki.


2. Izinkan saya menjawab hujah-hujah tidak matang para profesor yang berlagak serba tahu dan kononnya sangat berilmu ini. Hujah-hujah bodoh saya di bawah ini sudah memadai menjawab segala kekusutan minda yang sedang dihadapi oleh para profesor kangkong ini.


3. Siapa yang mendakwa bahawa orang Melayu menguasai 60% daripada jumlah penduduk di Malaysia? Dari mana fakta ini diperolehi? Atau mungkinkah kita main agak-agak sahaja? Ada perbezaan antara istilah kaum Melayu dengan kaum bumiputera. Ini merupakan dua hal yang sangat berbeza serta perlu difahami terlebih dahulu. Orang Melayu di Malaysia hanya berjumlah 14 juta sahaja atau 54% daripada jumlah penduduk di Malaysia. Siapa kata orang Melayu 60%? Manakala kaum bumiputera yang terdiri daripada kaum Kadazan, Iban dll mencapai 11.8% atau sekitar 3 juta. Adalah tidak benar dakwaan kaum Melayu mencecah 60% kependudukannya di Malaysia - yang benar ialah kaum bumiputera mencecah lebih 60% daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia (bukan kaum Melayu).


Angka 60% diperoleh, adalah 'hasil tambah" antara peratus kaum Melayu dengan peratus kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak - termasuklah Iban, Kadazan dll (mereka ini tidak disebut kaum Melayu, sebaliknya disebut kaum bumiputera) Jadi, hakikatnya orang Melayu hanyalah sekitar 54% sahaja daripada keseluruhan penduduk di Malaysia, yang realitinya sudah pun mencecah 28 juta orang pada ketika ini. Dengan jumlah 14 juta orang Melayu di Malaysia pada hari ini, kuasa 14 juta tersebut sudah pun menjadi kuasa manoriti dengan 1/3 menyokong PKR, 1/3 lagi menyokong UMNO dan 1/3 menyokong PAS atau dengan perkiraan mudahnya ialah 4.7 juta kaum Melayu menyokong UMNO, 4.7 juta menyokong PAS dan 4.7 juta lagi menyokong PKR - bukankah ini dinamakan sebagai manoriti? Manoriti dari segi kuasa dan politik? Mengapa kita terlalu memandang rendah akan hal seperti ini?


4. Jika 10 atau 15 tahun yang lalu, saya akui orang Melayu menguasai 60%, namun demikian, pada hari ini angka tersebut sudah berubah. Fakta terkini juga menunjukkan tahap kelahiran bayi Melayu semakin menurun saban tahun, manakala kelahiran bayi dari kaum Cina dan India telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh sedekat. Perkembangan ini mengakibatkan orang Melayu tidak lagi menguasai 54% penduduk di Malaysia dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, kerana fakta membuktikan bahawa tahap kelahiran bayi Melayu semakin menurun dari tahun ke tahun, manakala tahap kelahiran bayi kaum Cina, India dan Indonesia di Malaysia semakin meningkat. Untuk jangka masa yang panjang orang Melayu bisa sahaja menjadi minoriti di tanah air sendiri jika hal ini berterusan. Lihat sahaja contoh di Amerika Syarikat, ke mana perginya kaum Red Indian yang merupakan penduduk asal di negara tersebut? Lantaran itu, hujah yang mendakwa kononnya adalah mustahil kaum Melayu akan menjadi kaum minoriti di Malaysia merupakan hujah orang-orang yang jahil terhadap sejarah dan tamadun dunia.


5. Dengan sikap segelintir orang Melayu di dalam PKR, PAS mahu pun UMNO yang sanggup menggadaikan maruah bangsa, tanah air dan agamanya sendiri kepada bangsa lain - mengukuhkan lagi hujah bahawa tidak mustahil orang Melayu-Islam di Malaysia bakal menjadi kaum manoriti pada satu hari nantil! Ditambah pula dengan sikap dan mentaliti sebahagian besar orang Melayu-Islam yang menyokong PKR lebih mirip dan terpengaruh dengan gaya pemikiran ala-Cina DAP yang berkehendakkan "Kesamarataan Hak Tanpa Mengira Saiz Baju". Semua ini menyebabkan orang Melayu pada hakikatnya sudah pun menjadi kaum manoriti di negara sendiri! Dengan kuasa yang terhad, diikuti dengan para pengkhianat yang berselindung di sebalik wajah "keadilan PKR" dan tahap kelahiran bayi Melayu yang rendah (kecuali anak luar nikah yang banyak) mengakibat hujah kononnya kaum Melayu tidak akan menjadi minoriti di negara ini tertolak dengan sendirinya! Orang Melayu-Islam tidak hanya menjadi minoriti dari aspek kuasa politik semata-mata pada hari ini - bahkan kita juga akan menjadi minoriti dari segi demografinya dalam tempoh 10 atau 20 tahun yang akan datang!


6. Realiti politik yang dihadapi oleh kaum Melayu pada masa kini hanya akan dirasai oleh anak dan cucu-cicit kita pada masa akan datang. Dan tidak mustahil kubur kita nanti akan dikencing oleh mereka atas kesilapan orang politik dan kebodohan profesor-profesor kita sendiri!


7. Dan kepada Azmi Sharom, belajarlah terlebih dahulu daripada Tun Dr Mahathir, dia terlebih dahulu makan garam daripada kita. Belajarlah untuk menghormati orang yang lebih berilmu daripada kita. Wallahualam.

20 comments:

Anonymous said...

sokong 200%.dr Azmi Sharom perlu belajar dulu sifat2 intelektual dan pemikiran TDM....sebelum dapat prof madya sepatutnya..!



guru pencen

Anonymous said...

mmg betul kata seorang kawan yang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tanahair, budakx universiti ramai yang tak pandai menghormati orang yang lebih tua, sbb ikut contoh profesor madya azmi yang tak pandai berlapik nak komen....kononnya straight to the point.....

Anonymous said...

melayu bangkit, kita dah banyak teraniaya, tetapi semua pemimpin dok bertelagah... nak tunggu semua melayu jadi kuli batak dan pak suruh komunis dap dan segala bentuk keistimewaan dah takda langsung baru kita nak bangkit.... dah terlambat.. udah2lah bertelagah.. ingatlah ini tanah tumpah darah kita.. takkan nak jadi macam singapura tu...

Anonymous said...

Nasihat kepada AZMI : "Fahami erti lagu ini...

Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau salah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia

Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itulah sifat orang bijaksana



berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan

Berikanlah tenaga
Untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan

Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu

Usahlah ditanya apakah bakti negara untuk kamu
tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara
berjasalah kamu untuk keharmonian negara

[ Kau katakan pada aku sekarang jua, apakah pendapat kau atas kewajiban muda-mudi...

Pembela, harapan dan tiang negara, bangsa dan negara...

Bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajiban ini...

Kau mempunyai akal bukan, tepuklah dada tanya selera.]

Sungguhkanlah hati mu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah diri mu
Dari perkara yang merugi

Maaf mudi dan muda
Ku susun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang penyanyi biasa

Anonymous said...

Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau salah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia

Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itulah sifat orang bijaksana

Ya anak muda tidak mati kerana tergelincir kakinya
tetapi matinya anak muda itu kerana tergelincir lidahnya

berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan

Berikanlah tenaga
Untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan

Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu

Usahlah ditanya apakah bakti negara untuk kamu
tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara
berjasalah kamu untuk keharmonian negara

[ Kau katakan pada aku sekarang jua, apakah pendapat kau atas kewajiban muda-mudi...

Pembela, harapan dan tiang negara, bangsa dan negara...

Bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajiban ini...

Kau mempunyai akal bukan, tepuklah dada tanya selera.]

Sungguhkanlah hati mu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah diri mu
Dari perkara yang merugi

Maaf mudi dan muda
Ku susun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang penyanyi biasa

Wake UP! said...

Susah kalau orang tak faham apa maksud tersirat dari Tun Dr Mahathir.

60% kalau berpecah 4 jadi apa? Minoriti.

ChiLaBaey's said...

Apa yang diperkatakan dan dihujahkan oleh saudara Azli banyak kebenarannye... Tun mahathir tidak akan bercakap dan memberikan hujah2 nye sewenang2 nye tanpa meneliti dgn lebih detail... Pemikirannye lebih baik dan lebih pandang ke hadapan berbanding pemimpin kita sekarang ni... Beliau lebih matang dari yang kita fikirkan... Ada sebab yang tersirat dr yang tersurat bila Tun Mahathir berkata sesuatu.... :)

Anonymous said...

prof madya bidang tu apalah sangat sumbangannya pada negara.. takde pun.. sijil & pengikitirafan yang bergulung je untuk dibangga banggakan secara peribadi,bukan untuk masyarakat..

Walaupun begitu,tak semua intelektual ni sia-sia macam tu,penghargaan mesti diberi pada intelektual yang mengharumkan nama negara dan yang banyak inovasi dan menyumbang kepada masyarakat..

Dia tak percaya melayu boleh minoriti,contohnya bila cina PAP pegang singapore, melayu dah tinggal berapa persent lepas dipecah kepada jawa , minang, banjar, boyan dan macam2 pecahan,. mungkin sebab susah nak bersatu atau tekanan politik..

prof madya kangkung camtu .. membazir je kerajaan bagi duit geran untuk buat research .. akhirnya takde sumbangan untuk masyarakat ..lagi teruk bila jdi agen menternak pemberontak dalam pagar kampus universiti

Anonymous said...

Prof kangkung ini kemungkinan PHD nya dibeli.nampak tak macam Prof Madya..Prof MAD mungkin.

Anonymous said...

Lepas ni mesti ada tindakan terhadap Dr. Azmi.. Inilah politik Malaysia tidak boleh dikritik. Kritikan akan membawa padah.. Selamat maju jaya umno

Anonymous said...

nak kena tindakan apa benda?...kalau dah alasan profesor macam budak tingkatan 6 jawab kertas periksa..! Mengong..! Memang telungkop orang melayu kalau ramai yg berfikiran macam prof kongkang ni..!

Anonymous said...

pensyarah bodoh.di perak melayu adalah majority..tapi kerana perpecahan antara melayu dan penyatuan cina,maka perak jatuh ke tangan DAP(secara teknikalnya).kalau tak kerana sultan,perak bakal ditabir oleh cina.pensyarah bodoh tu harus ingat,penang dan kl serta byk lagi kawasan di negeri2 sememnanjung sudah ditawan cina.apa guna jadi majority kalau tak bersatu?pensyarah bodoh mcm ni tentu dah byk meracun pelajar2nya utk membenci tokoh seperti Tun M.aku harap satu hari pensyarah celaka ni berhenti jadi pensyarah dan aktif jadi ahli politik.senang kita nak kenal mana anjing,mana orang.

Anonymous said...

kalau orang macam ni dibiarkan mendidik anak bangsa kita, habis jahanam lah orang melayu...

Anonymous said...

skrg dh terlambat nak perjuangkan nasib org melayu.pemimpin2 melayu dulu tak amik peluang untuk menolong org melayu.Tambah kekayaan diri sendiri saje.tak mcm masyarat cina.pendapat sy, zaman skrg xperlu nak bandingkan dengan kaum lain.Melayu,Cina,India semuanya org Malaysia. Nak senang/kaya kene kerjalah.Nape nak harapkan subsidi n taraf bumiputera lagi.Semua kaum adalah sama.Semuanya manusia.yang bezakan hanyalah Agama.Pastikan hanya agama Islam menjadi agama Rasmi Malaysia dan yang lain2 kepentingan bahagi sama rata pada semua kaum.Kenapa nak bantu sgt org melayu kalau mereka sendiri pn tak majukan diri sendiri.Saya pn org Melayu.Nak duit kene kerjalah.Bantuan kerajaan tu sebagai sokongan saja.Usaha yang paling penting.

Anonymous said...

Ketakutan ini sebenarnya adalah ketakutan Umno dari terlepas kuasa.

Kalau dikatakan 60% tu dibahagi kpd 3 (Umno, Pas dan PKR).

Sudah tentulah Pakatan Rakyat berolih lebih kurang 40% (Pas dan PKR).

Itulah lojiknya Prof Azmi berkata begitu dan saya bersetuju dgn nya.

Anonymous said...

itu lah professor bodoh dan bangang, ini mesti anak murid Anuar main juboq ni,ini buat soal UMNO atau PKR ini soal bangsa , buat apalah ambil dia jadi pensyarah ramai lagi orang lain,suruh dia resign danjoin PKR lagi terang

Anonymous said...

Sebagai Professor dia sepatutnya membantu supaya orang melayu supaya bersatu bukan tambah berpecah

Kamarul said...

sepatutnya apa yg tun tulis itu mesej dan peringatan, beliau lebih lama tahu apa yg baik utk melayu, sbb tu dia sanggup buat umno baru walaupun ada org pertikaikan, sepatutnya kita melayu islam kena bersatu, setakay maju dalam politik tak guna juga jika ekonomi kita entak kemana, melayu spt prf dr azmi itu patutnya dtg kan idea mcm mana nak ... See Morebangunkan melayu, tun dah buat dah keje dia, kalau ikutkan pada tun peduli apa aku ngan melayu tapi tun tidak buat begitu, melayu mungkin ramai tapi melayu hanya akan jadi pengundi saja yg kaya dan mewah dan belajar di luar negara adalah bukan melayu, mana melayu? melayu jd peminta sedekah dibumi sendiri. melayu ..........melayu.......... inilah melayu, tlglah bantu bangsamu sendiri,

Anonymous said...

ape jawatan korg lak?nk kutuk2 diorg..korg pn same je spesis ngan profesor kangkong la..kuat kritik tp x berpikir..bengap..

Thanny said...

Jawatan tu tak penting.Yang penting pemikiran tu tak one-sided.Jadi professional,jgn emosi.