Skip to main content

Mahathir Belum Mati!


Mahathir Belum Mati!


KUALA LUMPUR 30 Mei - Forum ilmiah atau akademik tidak seharusnya dijadikan tempat untuk menghentam atau menghina individu tertentu kerana ia bertentangan dengan etika dan matlamat forum tersebut. Penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, perbincangan akademik memang bebas membincangkan apa sahaja tetapi harus melalui prosedur yang betul.


"Pada pandangan saya, mereka berhak untuk membincangkan buku karya Barry Wain tersebut bagi mengkaji ideologi, dasar-dasar dan cara pengurusan sesebuah negara kerana perbincangan ilmiah tidak memihak kepada sesiapa. "Tetapi perbincangan tersebut perlu beretika dan membincangkan sesuatu yang membina.


Perbincangan seperti ini dilakukan oleh semua universiti di dunia ini bagi mengkaji sesuatu bahan," katanya. Beliau mengulas mengenai forum anjuran Kluster Penyelidikan Sains Tingkah Laku dan Sosial (SBSRC) Universiti Malaya (UM) bagi membincangkan buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times karya Barry Wain.


Forum tersebut telah disalahgunakan oleh individu tertentu untuk dijadikan sebagai medan menghentam Dr. Mahathir, UMNO dan orang Melayu. Zainal Abidin berkata, jika perbincangan tersebut ada menyentuh atau menghentam keperibadian seseorang, ini adalah tidak betul dan boleh diambil tindakan. "Dr. Mahathir wajar mendengar rakaman sesi perbincangan tersebut sendiri kerana ia melibatkan nama baik beliau. "Beliau juga berhak untuk menjawab semula tuduhan yang dilemparkan kepadanya atau mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat,'' katanya.


Tambahnya, orang ramai dinasihatkan jangan memandang serong dasar keterbukaan yang diamalkan universiti dalam membincangkan sesuatu isu kerana niat perbincangan adalah untuk mencari sesuatu yang terbaik. "Perbincangan adalah sesuatu yang baik cuma individu yang melaksanakannya sahaja yang akan mencorak arah tuju perbincangan tersebut sama ada baik atau pun buruk,'' jelasnya.


Sementara itu Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohammad Noorizzuddin Nooh berkata, insiden menghentam individu tersebut mungkin disebabkan oleh faktor politik. Menurutnya, perbincangan akademik biasanya dijalankan secara aman dan terkawal kerana setiap pakar yang hadir tahu etika masing-masing. "Jika ada perbalahan sekalipun, biasanya bukannya hasil dapatan tetapi cara atau proses mendapatkan hasil tersebut. "Perbincangan adalah untuk memastikan proses mendapatkan hasil sesuatu kajian itu betul dan tidak mempunyai kekurangan yang boleh disanggah,'' tegasnya.


Menurut beliau, mungkin forum yang dianjurkan di UM tersebut tidak dihadiri oleh golongan akademik sehingga berlaku insiden yang tidak sepatutnya berlaku dalam perbincangan akademik.


Ulasan Saya


1. Kesabaran saya sudah sampai hadnya. Dalam hal tertentu - orang Melayu boleh menerima kritikan. Tetapi jauh sekali penghinaan. Saya tidak tahu - apakah DS Najid dan barisan Kabinet masih mahu bersabar, tatkala orang Melayu dihina dan bekas pemimpin Melayu dikutuk semahunya oleh masyarakat luar yang sebenarnya tidak tahu langsung berkenaan UMNO, Orang Melayu, sejarah Malaysia dan Mahathir?


2. Kejahilan dan kebodohan sebahagian daripada pensyarah dan pentadbiran Universiti Malaya yang terlibat dalam Forum Ilmiah berkenaan buku tulisan Barry Wain berjudul Malaysia Maverick : Mahathir Mohamad In Turbulent Times - semakin terselah untuk mendapatkan populariti singkat melalui kegiatan "berani mati" bagi mengupas karya-karya yang didakwa kononnya berilmiah dan mampu membuka minda masyarakat. Menghentam Tun Mahathir tanpa diimbangi dan disertai pula dengan jasa-jasanya - adalah perbuatan orang-orang yang jahil dan bongkak terhadap kebenaran - serta menjadikan nafsu serakah sebagai panduan untuk menghina dan mengaibkan orang lain.


3. Jika sekali pun benar Tun Mahathir menghaguskan berbilion dollar duit kerajaan melalui pelbagai projek mega sepanjang pentadbirannya 22 tahun - kesalahan tersebut tidaklah boleh sama sekali ditujukan kepada Mahathir semata-mata. Keputusan yang dilakukan atas nama Kabinet - maka tanggungjawabnya juga harus dipikul oleh sekalian ahlinya - hal ini termasuklah Anwar Ibrahim!


4. Andaikata Mahathir telah membazirkan RM100 billion untuk menjayakan projek-projeknya sepanjang pemerintahan beliau - mengapa tidak pula ditanya "berapa banyak keselesaan dan kemudahan" yang rakyat jelata peroleh daripada RM100 billion tersebut?


5. Apabila buku tersebut diterbitkan baru-baru ini, maka - riuh-rendahlah semua orang - khususnya parti pembangkang kononnya mahu mengheret Tun Mahathir ke muka pengadilan. Malah, tuduhan kononnya Tun Mahathir bertanggungjawab atas "kehangusan" RM100 billion wang negara kerana membina pelbagai projek mega selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, menjadi agak janggal kerana tidak pula dikaitkan secara adil dengan pencapaian unggul beliau selama 22 tahun yang terbukti berjaya menarik pelaburan dan keuntungan kepada negara sebanyak hampir RM300 billion.


6. Bahkan, di sisi lain pula - jika kita merupakan manusia yang ada "otak" pelaburan Tun Mahathir - jika sekali pun benar bahawa beliau telah membelanjakan RM100 billion untuk membina projek mega selama beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia - maka pulangannya pula adalah sebanyak RM300 billion kepada negara selama 22 tahun beliau memerintah - bukankah itu, untung namanya? Inilah agaknya apa yang dikatakan oleh orang tua-tua, bodoh sombong tidak boleh diajar.


7. Saya bukan mahu membela Tun Mahathir membuta-tuli - tetapi, sebagai manusia yang ada hati dan fikiran - kita harus menilai Tun Mahathir secara objektif - dan bukan melalui perkiraan matematik. Cubalah fikirkan RM100 billion yang dibelanjakan oleh Tun Mahathir sepanjang 22 tahun pemerintahnya bukanlah dilulusakan oleh beliau seorang semata-mata, sebaliknya ia melibatkan ramai pihak - termasuk pemimpin agung pembangkang yang bernama Anwar Ibrahim.


8. Perbelanjaan sebanyak RM 100 billion itu telah diluluskan secara kolektif oleh jemaah menteri dan bukan Tun Mahathir seorang. Apakah semua masalah yang sedang melanda negara pada hari ini hendak diletakkan di atas bahu Tun Mahathir semata-mata? Kejahilan yang semacam mana lagi hendak kita ikut? Selama 22 tahun Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia beliau telah melabur sebanyak RM100 billion - manakala pulangannya pula adalah sebanyak hampir RM300 billion kepada negara - bagi tempoh yang sama - malah, kerana "RM 100 billion" itu jugalah ekonomi Malaysia menjadi begitu makmur sehingga menyebabkan beribu-ribu pekerja dari Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan, Thailand, Myammar dan Kemboja mencari rezeki di negara ini.


9. Bahkan, kerana "RM 100 billion" itu jugalah anak-anak tempatan mendapat pekerjaan dan pendapatan yang baik semasa pemerintahannya. Dan kerana "RM 100 billion" itu jugalah negara tercinta kita ini terkenal di seluruh dunia dan menjadi contoh kepada negara Islam lain. Tetapi, malangnya, kita terus diperbodohkan-bodohkan dengan angka dan matematik - sehingga kebaikan ditukar menjadi perjudian dan pelacuran.


10. Apakah kita masih tidak mahu sedar-sedar bahawa dengan "RM 100 billion" itu jugalah ekonomi Malaysia meningkat dari negatif 1 peratus pada tahun 1980-an menuju ke angka 7 dan 8 peratus setahun selepas itu. Apakah kita masih terus mahu diperbodohkankan, sedangkan kita sendiri menyedari bahawa dengan "RM 100" billion itulah anak-anak kita mudah masuk ke universiti walaupun keputusan SPM dan STPM mereka kurang memuaskan? Lantaran begitu banyak penubuhan universiti yang diluluskan oleh Tun Mahathir pada zamannya - dan kini hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai universitinya sendiri.


11. Apakah kita ingin nafikan bahawa dengan "RM 100" billion itulah kerajaan membangunkan negara dan memperoleh cukai untuk membayar gaji kita dan anak-anak kita? Dan apakah kita masih mahu terus melupakan bahawa dengan "RM 100" billion itulah pada hari ini kita begitu selesa pulang ke kampung halaman melalui pembinaan lebuh raya Utara-Selatan saban minggu? - menjimatkan masa dan boleh balik kampung selalu - kita lupa semua ini! Dan kita tidak pernah tahu bersyukur.


12. Apakah kita masih mahu menipu diri sendiri, bahawa dengan "RM 100" billion itulah - anak-anak kita yang tidak bergaji besar mampu membeli kereta buatan negara kita sendiri? Lupakah kita dengan wujudnya PERODUA (Perusahaan Otomobil Kedua Nasional) di bawah pentadbiran Mahathir, anak kita yang bergaji seorang pekerja kilang mampu berkereta Kancil atau Myvi selepas tiga bulan bekerja? Nah! sekarang, mana perginya ucapan syukur kita kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya melalui insan cerdik bernama Mahathir, malangnya - kita lebih mempercayai si tukang fitnah bernama Barry Wain yang menulis buku tersebut - lalu kita pun bersorak, "Horey..Horey..Horey..Mahathir Kena Tembak" - maka kitalah sebenarnya Si Kitul yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih.


13. Pandangan peribadi saya - kerajaan harus mengambil tindakan segera terhadap Universiti Malaya - pindaan AUKU bukanlah lesen atau keizinan untuk menghina bangsa Melayu atau para pemimpinnya. NC Universiti Malaya dan penganjur program tersebut mesti dihadapkan kemuka pengadilan dengan kadar segera! Pada saya penganjuran forum tersebut merupakan satu bentuk kebiadapan terhadap sejarah dan negara sendiri! Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
point no 4..cek setuju....

tapi hang kena ingat sabaq tu separuh dari iman..bawak mngucap....cuma lg best kalo setiap hujah tu disokong ngan nota kaki...atau ada lampiran..kemaih sikit hujah tu...

orang ko'diang
Minta maaflah kalau mengharapkan menteri amaran yang mewakili menteri berbibir manis akan mengambil tindakan yang mengembalikan maruah orang Melayu yang sudah dihina dan dicemar.

Sudah terlalu banyak, sudah lebih dari semua bilangan jari yang kita ada Melayu diperlekehkan dari pelbagai segi, dan untuk kita meminta kerajaan mengambil tindakan satu demi satu adalah perbuatan yang sama bodoh, sudah terlambat dan tidak memberi apa apa penyelesaian dan tauladan kepada sesiapapun.

Keberanian 'mereka' adalah disebabkan sikap kerajaan keseluruhannya, sikap yang menunjukkan lemah dan cukup takut untuk membuat satu keputusan. Pemimpin UMNO cukup takut hilang pengaruh, hilang kuasa, hilang undi dan sebenarnya takut hilang jawatan dan takut segala perbuatan lampau mereka dilondehkan hingga ke dalam penjara andai tidak berkuasa lagi.

Mereka tidak takut andai Tanah Melayu ini tergadai dan nasib orang Melayu sama seperti Palestine, mereka lebih takut apa akan terjadi kepdaa diri mereka, anak bini mereka dan harta2 mereka.

Perjuangan berkiblatkan peribadi, apa yang hendak diharapkan oleh orang Melayu kepada pemimpin2 jenis ini.
rizuan mh said…
memang layak la UM x dpt taraf APEX huhu..dr peringkat pelajar sampai ke pendidik suma anti-estabalishment. Kufur.
Anonymous said…
sebenarnya untuk pengetahuan semua rakyat malaysia..IPTA dijadikan kilang mengeluarkan produk pembangkang paling berkualiti... apa tidaknya mereka dimomokkan oleh orang-orang yang ditarbiah sejak kecik oleh nik ajis... ramainya orang kelantan di IPTA sebnarnya telah membawa satu kesan yang sangat buruk kepada minda masyarakat universiti khususnya,,,mereka mengamalkan sikap kekitaan yang terlalu kuat, mereka mempunyai pengaruh yang sangat besar kerana mereka ramai, mereka ni tak da la pandai sangat,,, mereka ni lansung tak pandai nak sesuaikan diri dengan cara orang lain,,, .......hidup melayu hapuskan nik ajis
Wake UP! said…
Daripada kutuk Tun Dr Mahathir yang lantang dok kutuk Zionis teroris, baik buat forum kaji siapa sebenarnya yang jadi hamba Yahudi di Malaysia ni. Tak lain parti lambang mata satu tu.

Arab nations should have nuclear arms.
Anonymous said…
Kepada Blogger Rizuan. Awak ni nak kata pelajar, bercakap bukan macam Pelajar. Kalau setakat bangga dengan status APEX, tapi ranking dunia berada di bawah UM, apa kelas. Menyemak je. Univrsiti Sains konon, tapi anugerah Nobel dalam bidang Sains pun Tak ada. UM tetap tetap terbaik kerana berani bersuara dan tidak terkongkong. You punya universiti cucuk hidung macam bodoh. Nama kat universiti tapi bodoh tak ada pendirian dan ilmu.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua
Tuan Azli,
Saya banyak berharap tuan dapat melancarkan memorandum dan mendapat tanda tangan dari rakyat di seluruh negara.
Kerana kalau mengikut bancian yg dibuat oleh NTV7, saya rasa lebih ramai yg tidak suka kepada mantan Perdana Menteri daripada yg menyokongnya.
Maka kalau sebegitu, kita kena akur kepada kehendak majoriti.
Lagipun, Tun Mahathir sendiri banyak menghina Perdana Menteri lain, dan seterusnya menjadikan amalan menghina Perdana Menteri salah satu daripada budaya kita.
shamshul anuar said…
Saudara wenger,

Tun Dr mahathir memang ramai orang becnci. Tetapi mereka hormatkan dia sebab dia banyak cakap perkara yang benar.

Dan ramai pemberita terutama dari yang fasik tak suka Dr Mahathir sebab dia dapat jawab segala pertanyaan mereka. Dia dapat tunjukkan yang terdapat banyak cara lain selain dari preskripsi Barat untuk selesaikan masalah.

Dan betulkah "fakta" saudara? Berebut orang mahu berjabat tangan dengannya semasa beliau letak jawatan.

Kita boleh kritik tetapi kenapalah Naib canselor buat budaya jemput orang fasik untuk bicarakan pasal Dr mahathir. Kenapalah dia buat perangai yang tak pernah dibuat orang.

Kenapalah Naib canselor begitu bermurah hati dengan orang fasik dan munafik seperti Barry wain ini. Budaya apa yang hendak dibawa. Menjemput seorang kaki fitnah ntuk memfitnah Tuan Rumah dalam rumah Tuan Rumah sendiri.

Atau mungkin Naib canselor pun fasik juga.
Wake UP! said…
Pemimpin yang ikhlas berjuang tidak akan fikir samada rakyat suka atau tidak kerana lebih tahu apa yang baik untuk negara.

Jadi biarlah mereka yang berfikiran sempit mengkritik, kerana kritikan tidak dapat mematahkan usaha untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.

Lies by the Israeli terrorists.

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil