Tetamu Kehormat...

June 10, 2010

Isu Tuduhan DS Najib Munafik : Sudahkah Mahfuz Memohon Maaf?

Bila Mahfuz Omar
Mahu Minta Maaf?


1. Para pemimpin PAS dari dulu hingga sekarang sangat mudah bibir mereka mengeluarkan kenyataan "munafik", "kafir", dan "sesat" kepada pemimpin-pemimpin UMNO. Seolah-olah sifat kemunafikan itu sama sekali tiada dalam diri mereka. Mahfuz Omar- merupakan salah seorang pemimpin PAS yang lahir dalam lingkungan "Amanat Haj Hadi" 24 tahun yang lalu.

2. Seperti yang Mahfuz Omar sendiri tahu, menuduh orang Islam sebagai munafik adalah suatu perbuatan yang sangat berat. Hampir setiap daripada kita - termasuk diri Mahfuz sendiri sedikit sebanyak pasti mempunyai sifat-sifat munafik. Apakah pemimpin-pemimpin PAS tidak pernah bercakap bohong? Apakah Anwar Ibrahim bebas daripada bercakap bohong kepada rakyat selama ini? Bukankah isu 16 September adalah satu pembohongan Anwar Ibrahim? Bukankah berbohong merupakan salah satu sifat munafik - apakah para pemimpin PAS yakin mereka bebas daripada sifat ini?

3. Adakah Mahfuz sedar sejauh mana beliau sudah menjalankan amanahnya sebagai Ahli Parlimen di kawasan Pokok Sena yang diwakilinya? Berapa banyak janji yang telah ditaburkan kepada pendudukan di kawasan tersebut yang masih belum beliau ditunaikan? Malah, cuba nilai diri sendiri dahulu, sebelum mudah melabelkan orang lain sebagai munafik. Apakah selama PAS wujud selama ini - semua janji sudah ditunaikan? Jika tidak, bukankah itu salah satu sifat munafik? Berapa banyak janji yang telah ditaburkan oleh Anwar Ibrahim, tetapi gagal dikotakan selama ini? Dan banyak mana pula janji Pakatan Rakyat dalam pilihanraya sebelum ini sudah ditunaikan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah? Khabarnya banyak janji PR tidak ditunaikan seperti mana yang telah dijanjikan. Bukankah memungkiri janji itu salah satu sifat munafik?

4. Maafkan saya jika saya menasihati saudara Mahfuz Omar - bukankah saudara tahu, sesungguhnya salah satu ciri orang munafik ialah apabila berdebat atau bertengkar dia akan melampau - sifat ini sangat serasi dan dekat dengan para pemimpin PAS. Apabila kita mendengar ucapan dan ceramah pemimpin-pemimpin PAS tertentu - kata-kata kesat, maki hamun, buruk sangka sudah menjadi asam garam dalam pengucapan mereka. Tahap melampau sesetengah pemimpin PAS mengutuk dan merendah-rendahkan orang-orang UMNO sudah sampai ke tahap melampau dan tidak boleh lagi diterima oleh manusia yang berfikiran waras. Dan sekarang Mahfuz Omar melebelkan DS Najid sebagai seorang munafik - saya fikir silap haribulan, dibimbangi sifat munafik itu berbalik kepada saudara Mahfuz, nauzubillah. Di bawah ini saya senaraikan ciri-ciri orang munafik, agar Mahfuz dan para pemimpin PAS bermuhasabah diri sendiri terlebih dahulu, sebelum menuduh orang lain kafir atau munafik sesedap mulut.

5. Nah, sekarang tatkala semua pemimpin PAS membisu seribu bahasa berhubung pengguguran parti tersebut untuk menegakkan hukum Hudud dan negara Islam apabila disergah oleh karpal Singh dan Lim Kit Siang - semua ulama PAS sunyi sepi, nak jaga hati Nik Aziz dan DAP. Bukankah ini sifat munafik yang jelas dan terang? Selama berpuluh-puluh tahun modal politik PAS ialah UMNO tidak mahu hukum Hudud dan negara Islam, sedangkan PAS berjuang untuk kedua-dua perkara itu, tetapi sekarang, hukum Hudud entah ke mana, negara Islam entah ke mana. Siapa sebenarnya yang bersifat munafik? PAS atau UMNO? PAS jual hukum Hudud dan negara Islam atas nama demokrasi dan mahukan undi DAP. Siapa sebenarnya yang mengkhianati Islam? Cubalah saudara Mahfuz gunakan akal sedikit. Jangan mudah menuduh orang itu, orang ini bersikap munafik - tersilap hari bulan, kita pula yang jadi munafik. Wallahualam. Sudahkah beliau memohon maaf kepada DS Najid? Ramadhan semakin hampir ke penghujung, sudahkan Mahfuz menyusun sepuluh jari meminta maaf dan menarik semula tuduhan yang telah beliau lemparkan terhadap DS Najib? Atau hakikatnya, Mahfuz tidak ada rasa berdosa pun dalam hal ini. Wallahualam. Baca laporan dan kenyataan Mahfuz Omar terhadap DS Najib 4 bulan yang lalu.


KUALA LUMPUR, 9 Mei (Harakah Daily): Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai munafik politik walaupun Perdana Menteri itu kelmarin telahpun membentangkan usul khas di Dewan Rakyat mengecam tindakan Zionis-Israel menghalang armada kemanusiaan masuk ke Gaza minggu lepas. Kecaman Mahfuz itu gara-gara sebuah kapal misteri bernama Zim Genova milik Zim Israel Nevigation Company dilaporkan berlabuh di Perlabuhan Klang sejak semalam, sebagaimana dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.

"Usul Perdana Menteri di Dewan Rakyat menunjukkan kemunafikan politik Najib kerana semalam Najib bersama-sama Ahli Parlimen Umno BN mengecam keganasan Israel tetapi, pada masa yang sama menjalinkan perdagangan komersial dengan negara haram itu.

"Dia (Najib) bersikap munafik dengan agamanya (Islam), munafik dengan bangsanya (Melayu) dan munafik seluruh rakyat dunia dan Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan media di Lobi Parlimen.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pendedahah tersebut sekaligus hampir menjawab pendedahannya semalam di Dewan Rakyat, iaitu kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) didakwa masih menjalinkan perdagangan komersial secara rahsia dengan negara haram Israel sebagaimana yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammed sejak 20 Mac 1996 lalu. Ekoran kapal misteri itu juga, menurut beliau sekaligus hampir menjawab dua dakwaannya sebelum ini, iaitu kerajaan Malaysia terbabit membekalkan bahan kimia dan minyak kelapa sawit ke negara haram tersebut sejak Mac lepas.

Dari segi yang lain, beliau mendesak kerajaan mendedahkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbabit yang membekalkan komiditi tempatan pada Israel.

"Saya cabar Najib jelaskan di Parlimen berhubung siapa pembekal minyak sawit negara kepada negara haram itu kerana hanya Sime Darby dan Felda sahaja terbabit dalam perladangan komersial itu."

"Dua-dua (Sime Darby dan Felda) adalah GLC, Najib tak perlu bermunafik dengan saya," sindir beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata, sifat munafik Najib sudah tentu mengguris para peneroka dalam kedua-dua GLC tersebut sekiranya para peneroka terbabit tahu realiti sebenar sifat munafik Najib, Umno dan BN. Dalam perkara berkaitan, beliau turut mempersoal peranan kerajaan dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan tanah air.

"Takkan radar kapal selam Najib tak boleh kesal kapal milikan Israel ini sedangkan kapal ini bukan ada di dasar laut, wartawan Utusan pun boleh kesan," sindir beliau lagi. Tuntas dari itu, beliau meminta Najib membentangkan semula usul mengecam zionis Israel dalam masa terdekat tanpa berwajah munafik seperti sekarang.

No comments: