Tetamu Kehormat...

June 15, 2010

10 Syarat Baharu Lantik Mursyidul Am PAS


Nik Aziz Makin Keliru
10 Syarat Baharu
Lantik Mursyidul Am PAS


KOTA BHARU 14 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau akan menolak jika ada tawaran untuk berada pada jawatan tertinggi dalam teraju pakatan pembangkang. Beliau berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih layak untuk berada di jawatan tersebut kerana beliau telah melalui pelbagai cabaran dan 'lulus ujian'.

"Kalau saya diberi peluang, saya nak beri jawatan saya (Mursyidul Am) kepada Anwar kerana Anwar ini jenis orang yang lalui segala tahap peperiksaan.

"Allahyarham Fadzil Noor telah cadang Anwar masa dia masih hidup lagi, ketika zaman Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Anwar telah lalui pelbagai dugaan fizikal dan moral.

''Beliau lepas segala cubaan ini, orang ini paling layak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11 di sebuah hotel di sini hari ini. Turut hadir, Presiden persatuan tersebut, Prof. Dr. Wan Mohtar Wan Yusoff.

Simposium yang bertemakan keseimbangan biologi ke arah kelestarian hayat itu diadakan selama tiga hari bermula semalam dan disertai seramai 250 ahli akademik serta mahasiswa dari seluruh institut pengajian tinggi.

Pada Muktamar Tahunan Pas Ke-56 yang berakhir semalam, perwakilan dari Perlis, Wan Kharizal Wan Hazim mencadangkan Nik Abdul Aziz dilantik sebagai 'Mursyidul Am' bagi pakatan pembangkang kerana kewibawaan dan kejayaannya mentadbir Kelantan selama 20 tahun. Di dalam hierarki Pas, Mursyidul Am adalah jawatan bukan eksekutif yang tertinggi, berfungsi sebagai penasihat kepada semua perjalanan atau keputusan yang diambil oleh parti itu.

Menteri Besar Kelantan itu dikatakan wajar diberi kedudukan yang lebih tinggi kerana kepimpinannya diterima pelbagai pihak dalam komponen pakatan pembangkang. Bagaimanapun Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut menegaskan cadangan itu tidak pernah dibincangkan malah mempertikaikan laporan media kerana tersalah tafsir kenyataan Wan Kharizal.


Ulasan Saya


1. Saya sangat ketawa tatkala membaca berita di atas. Jelaslah Nik Aziz langsung tidak mengenali Anwar Ibrahim. Politik dan Agama sudah tidak ada bezanya lagi bagi Nik Aziz. Anwar dari kaca mata Nik Aziz merupakan insan suci dan bersih, sebersih-bersihnya. Bagi Nik Aziz, mana-mana pihak yang menyokong PAS, maka itulah Islam. Jika Tun Mahathir hari ini menyertai PAS, saya yakin hari ini jugalah Nik Aziz akan memuji Mahathir, dan segala caci-maki PAS terhadap Mahathir akan hilang sama-sekali. Dan segala dosa beliau juga akan dibersihkan oleh PAS. Malah, tidak hairan jika Mahathir juga layak dicalonkan sebagai Mursyidul Am PAS.

2. Nik Aziz telah banyak merosakkan PAS dan perjuangannya. Fahaman politik Islam yang dipegang oleh Nik Aziz sangat mengelirukan. Malah, kata-katanya juga terlalu banyak bercanggah dan bertentangan dengan ramai ulama. Namun, atas nama politik, Nik Aziz bebas berkata apa-apa sahaja yang beliau suka.

3. Nik Aziz perlu berundur dari politik. Umat Islam rosak kerana adanya ulama yang semacam ini. Nik Aziz menjadikan politik sebagai segala-galanya.

4. Nik Aziz terlalu yakin Anwar Ibrahim begitu bersih, dan terlalu yakin kononnya Anwar teraniaya dan dizalimi. Namun demikian, satu hari nanti - seandainya Nik Aziz masih hidup, beliau pasti akan menyesal dengan segala keyakinannya terhadap Anwar Ibrahim selama ini.

5. PAS dan Nik Aziz tidak akan bertahan lama. Perjuangan Nik Aziz dan PAS sudah terpesong. Mereka tidak lagi zuhud dan berdakwah. Sebaliknya, mereka mahukan kuasa. Yakni kuasa dari tangan orang lain. Percayalah, kuasa yang dikejar dan direbutkan oleh PAS ini, tidak hanya menghancurkan diri mereka sendiri, bahkan akan menghancurkan umat Islam Melayu di Malaysia.

6. Kesimpulan saya adalah mudah, kepada sesiapa yang berminat menjadi Mursyidul Am PAS berikut adalah 10 cirinya.

1. Ahli PAS atau PKR yang sangat membenci UMNO dan terlalu taasub kepada parti sendiri

2. Taasub kepada kehebatan diri sendiri

3. Tidak boleh ditegur atau dikritik

4. Mempunyai ramai penyokong yang taasub dan membabi-buta

6. Mampu mengeluarkan fatwa dan hukum mengikut kepentingan politik PAS/PKR/DAP

7. Mampu memusingkan kebenaran awalaupun sudah tertera di dalam al-Quran dan As-Sunnah

8. Mampu meletakkan kepentingan politik PAS/PKR/DAP melebihi daripada segala-gala kepentingan lain. Jika berlaku pertindihan antara kepentingan parti politik dengan kepentingan Islam, maka pandai-pandailah memutar-belitnya melalui tafsiran diri sendiri, agar ia kelihatan halal dan sah di sisi Islam.

9. Berupaya mengeluarkan hukum Kafir, Fasik, Murtad, Sesat, dan Bidaah secara sewenang-wenangnya kepada mana-mana ahli-ahli UMNO.

10. Jika dahulu syarat untuk menjadi ahli Dewan Ulama PAS mestilah sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Syariah atau Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, tetapi sekarang cukuplah sekadar apa-apa ijazah, dengan syarat seseorang itu fasih membaca al-Quran, Hadis, dan sikit-sikit pengetahuan bahasa Arab macam Anwar Ibrahim.

10 comments:

Anonymous said...

Salam Sdr Azli,

Saya tambah/permudahkan lagi:

11. Mestilah memahami konsep fahaman panadolisme (membabi buta).

12. Fatwa teras "al harammu wal halalku"

13. Skil paling penting - maki, caci dan fitnah.

14. Mesti menerima bahawa Guan Eng adalah khalifah tersohor.

15. Lee Kuan Yew - Bagus!!!

-Melayu Bangkit!!!-

kluangman said...

Kalau Nik Aziz itu sudah rosak, elok 'dia' sahaja dibuang, daki2 di PAS masih boleh dibersihkan dan PAS masih boleh dipergunakan di masa hadapan, jaga PAS elok2, jangan dibuang terus. Menyesal di kemudian hari tiada gunanya.

Sebagaimana yang UMNO lalui, penyingkiran Paklah memberi sedikit kelegaan tetapi panadol macam Najib rupanya masih tidak mampu, baik di tempat lain, sakit di tempat lain pula yang timbul. Kadang2 ada pula yang lagi tak senonoh.

Anonymous said...

Anwar dah banyak lalui pemeriksaan Tong N.ajis cakap perperiksaan apa tu Periksa Jubo dah buat.,periksa ekonomi FAIL pasal ikut nasihat IMF....heheh heheheheh

Anonymous said...

salam
bro2 sekalian
stop la mnulis post2 sperti ini
utk kutuk/caci
pmimpin politik slalu ckp
"dorg mncaci kuat, tp dorg pn same"
adkh kita trgolong glgn itu..
post la ssuatu yg blh mnguatkn agama,bgsa..
bkn post yg blh mndtgkn cmnt yg lebih mncaci maki
satu lagi.dr kcacmata seorg neutral.(bkn saya)
jika nik aziz 'rosak'
apakah klebihan najib itu sehingga die x blh digelar 'rosak'..
fikir mnurut jiwa yg tenang..
sayg x mnyebelahi sesiapa
chill :)

Cheguman... said...

bila blogger prokerajaan tulis kasar sikit, disuruh bertaubat. Kalau blogger tu sokong pembangkang, dialu-alukan.

Memang dasar pembangkang.

Betul Azli?

Muhammad Azli Shukri said...

demang saya setuju...sesangat

Anonymous said...

saya tidak mnybelahi sesape krne saya juga mnulis lbih kurg ayat dia atas kpd blog2 proPR jika post yg kuar bg saya tidak mmbawa lgsg kbaikan
:)

emy said...

bukan itu aje bro,.. blogger dari PAS n PKR juga amatlah berhati kering sebab boleh menulis dan bercakap sesedap hatinya..
and rasa macam bagus...
macam dia sorang yang akan masuk syurga sbb sokong PAS.. allahuakbar!!

Anonymous said...

haha
emy2
da tu klau dorg ckp cam bgus..
yg blogger BN buat prgai cmtu gak apsal..
2x5 je ak tgk blog proPR proBN..
xyh nk kate spe2 bgus..
weh.ko da bce blum cte psl klntan fest..
bce la weh.mcm cte dongeng..
jln cte mnarik bai
:)

Anonymous said...

Sesungguhnya Allah menolong sesipa yang menolong Agama-Nya.Sesungguhnya Allah Maha Gagah,lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar.Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan.... Surah al-hajj ayat 40-41...