Skip to main content

Sibu 2010 : Ini Rasa Hati Saya


Sibu 2010
Ini Rasa Hati Saya


SIBU, 11 Mei (Bernama) -- Masyarakat Cina di sini memberi maklum balas kepada Barisan Nasional (BN) pada kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, kata bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat. Meskipun hanya menyertai kempen semalam, Ong berkata beliau dapat merasai sokongan itu semasa melakukan tinjauan mesra di kawasan Cina di sini.

"Daripada maklum balas yang kami terima, ia memberi kami beberapa petunjuk siapa yang bersama-sama kami (BN) dan siapa yang tidak. Tetapi masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengadakan dialog dengan para pengusaha lori, bas dan pemandu teksi di sini pada hari Selasa.

Beliau berkata masih terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan BN semasa tempoh berkempen bagi mendapatkan sokongan daripada pengundi Cina, yang merupakan 66.7 peratus pengundi di Sibu.

"Walaupun kami mungkin tahu kawasan "putih" dan "kelabu", kami masih memerlukan beberapa hari lagi untuk meyakinkan pemilih untuk mengundi calon BN dan menyangkal dakwaan parti pembangkang," kata beliau. Mengenai sesi dialog itu, Ong, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata ia adalah inisiatif kementerian untuk mendengar masalah-masalah yang dihadapi di peringkat akar umbi dan di Sibu, tindakan seumpamanya dilakukan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan sebelum ini, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga Anggota Parlimen Sibu.

"Ia dilakukan bukan kerana Sibu sedang menghadapi pilihan raya kecil. Kami sentiasa peka dengan keperluan rakyat selama ini dan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya," kata beliau.

Semasa dialog itu, wakil-wakil persatuan membangkitkan beberapa permohonan dan menyuarakan masalah dihadapi semasa melakukan operasi mereka. Semalam, Ong mengadakan sesi dialog dengan kumpulan peniaga dalam industri maritim Sibu.

Pilihan raya kecil Sibu pada Ahad ini diadakan kerana kematian Lau pada 9 April akibat barah hati. Calon BN, Robert Lau Hui Yew, atau lebih dikenali sebagai Robert Lau Junior. Beliau akan berhadapan calon DAP Wong Ho Leng dan calon Bebas, Narawi Haron, pada pilihan raya kecil itu.

-- BERNAMA


Ulasan Saya

1. Saya mengingatkan kepada BN agar jangan terlalu mudah menerima laporan maklum balas daripada MCA berhubung sokongan padu penduduk Cina di Sibu terhadap Barisan Nasional menjelang pilihan raya kecil di kawasan tersebut tidak lama lagi. Hal ini adalah berpunca daripada sikap dan pendirian pengundi Cina terhadap BN dan Kerajaan masih benar-benar belum pulih.

2. Kita dapati - Isu kalimah Allah masih menjadi modal politik DAP di Sibu bagi menakut-nakutkan pengundi Cina kononnya BN/UMNO bersikap perkauman, anti-kristian dan anti-Cina. Kita tidak tahu sejauh mana isu ini mempengaruhi pola pengundian di Sibu - tetapi, jika BN tidak bijak menepis hujah-hujah DAP berkenaan isu ini, kita bimbang persepsi buruk bakal menimpa BN di Sibu.

3. BN disogokan dengan cerita kononnya masyarakat Cina di Sibu berbeza dengan masyarakat Cina di semenanjung - namun demikian, kita telah lupa - mereka hanya berbeza dari aspek geografi semata-mata, tetapi tidak berbeza dari aspek semangat, matlamat dan impian.

4. Ramalan awal saya berkenaan siapa yang bakal menang di Sibu adalah seperti berikut : BN Menang dengan majoriti undi sekitar 1500 - 2000 undi sahaja. Sekali gus menunjukkan sentimen berterusan penurunan undi, khususnya dalam kalangan masyrakat Cina di Sibu.

5. Namun demikian - keadaan mungkin berubah pada saat-saat akhir - andaikata strategi kempen BN berkesan ke atas masyarakat Cina di sekita Sibu, itu pun saya fikir tidak akan benyak mengubah keadaan. Saya percaya BN akan mengekalkan kerusi Parlimen Sibu - namun demikian majoriti undi yang diperoleh BN, saya kira, tidak melebihi 3000 undi. Wallahualam.

Comments

Halim Tuah said…
silalah menonton ceramah saya bertajuk "ANWAR IBRAHIM TAGHUT YAHUDI APCO" di http://www.youtube.com/watch?v=4omw9YYzd6Q
Anonymous said…
Dia dah anti-yahudi la bengong. Orang Yahudi sendiri yang bagi tau. Tak baca surat khabar ke? Tu la dok sebok sgt berfitnah. Sekrang yang Sahabat Yahudi ialah UMNO. Sampai sekarang tak nafi dan tak anti APCO yang telah disahkan dalam Dewan Rakyat memang company base di TEl Aviv. Bahlol bebeno kamu ni Halim Malang!
Anonymous said…
BN harus menjaga semua pengundi Bumiputra dengan baik,sepanjang tebing sungai Rejang dalam kawasan parliment Sibu supaya mendapat 100% undi dari mereka.yang dalam pekan tolong jangan gangu cara perniagaan mereka,tetapi cuba cari cara yang baik untuk mengembangkan perniagaan mereka.pandai ambil hati mereka akan memberi sokongan. tunjukan cara untuk mengembangkan perniagaan,itu saja.
Anonymous said…
mana-mana PRK mesti orang cina jugak dapat lebih.tapi time undi deme tak bagi pun pada Kerajaan. Bodoh dah ke semua tuan penasihat BN?
1UMNO = 1 APCO said…
sokonglah kamu pemerintah yang menghalalkan yang ALLAH haramkan.moga kamu bersama2 mereka yang kamu sokong kedalam lubang neraka jahanam selagi kamu tidak bertaubat.
judi bola diluluskan oleh umno a.k.a.apco...
inilah parti kesayangan dan kebanggaan kamu..dulu,kini dan selamanya menghancurkan umat islam malaysia.....
tidakkah kamu nampak kehancuran yang umno a.k.a. apco bina selama 52 tahun memerintah malaysia.
mata dan hati munafik umno a.k.a. apco ini telah ALLAH butakan dari menerima hidayah seperti mana ahli2 dan penyokong2nya....
aku doakan agar semua ahli dan penyokong umno a.k.a. apco segera bertaubat selagi nyawa dikandung badan,amin....
STUDENT PONDOK said…
52 tahun UMNO menjadi tonggak pemerintahan malaysia,mari kita tengok apakah sumbangannya kepada rakyat malaysia.
1.jenayah makin berleluasa.
2.maksiat dan mungkar makin menggila terhadap anak2 muda.
3.rasuah semakin menjadi2 dari ofis boy hinggalah kepada menteri.
4.zina semakin popular dan biasa bagi orang malaysia.
5.hiburan melampau dari idola kecil hinggalah ke juara lagu 60an bagi orang2 tua,.
6.arak diminum dan dijual secara bebas oleh orang melayu islam.
7.pusat2 judi halal @ haram tumbuh bersepah disetiap pelosok bandar dan kampung.
8.kegiatan ceti haram @ along dilindungi oleh VVVVIP orang yang berkuasa.
9.anak2 luar nikah makin mendadak bilangannya dari masa ke masa.
10.anak2 yang tak berbapa yang berdaftar dengan JPN mencecah ribuan orang setiap bulan.
11. gejala murtad makin bertambah bilangannya hingga mencapai ratusan ribu orang.
12.aurat dan perintah ALLAH makin dilalaikan oleh orang melayu islam akibat sogokan hiburan oleh pemerintah.
13.penghinaan terhadap islam oleh orang islam makin banyak seperti mempertikaikan SIS dll.
fuhhhh....banyak lagi yang nak dipaparkan disini tapi inilah jasa2 umno yang dibanggakan oleh ahli2 dan penyokonnya termasuk HALIM TUAH yang sah tiada pegangan agama islam dalam dada...nau'zubillahiminzalik.
7.
PaKMie said…
Salam Azli dan kwn2...

Pakmie sokong 100% pendapat Azli ini.BN akan tewas mainan kaum cina terlalu licik tambahan pula disokong oleh pas penggunaan kalimah Allah terhadap agama lain. Kaum cina majoritinya tdk mahu kpd islam lebih2 lagi DAP...pas pula berperanan memecahbelah melayu dgn menggunakan islam di Sibu...

Sokong Azli...salam perjuangan...
Asalamualaikum dan salam sejahtera.
pakngah santan said…
anon may 13 2010 8:45, hang la bengong. anwar tu kaki putar belit. sini cakap lain, sana cakap lain. ini kerana anwar ni seorang oportunis dan hipokrit. hang tak nampak lagi ka? sendiri lah bengong. malang sungguh ada manusia macam hang. orang yahudi cakap anwar ni sesumpahlah bengong.
Anonymous said…
pakngah santan paling bodoh.. wakakak
azlishukri said…
Pak Mir terima kasih atas sokongan...
Anonymous said…
masa hiup nih cakaplah apa nak cakap , dah masuk lubang kubur nanti barulah tahu seksa dan nikmat. maybe nikmat kot pasal takde sorang pun nak keluar balik ke dunia. insaflah.....

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A