Tetamu Kehormat...

May 10, 2010

Menanti Kehancuran PKR


Menanti Kehancuran PKR

KULIM 10 Mei – Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila kira-kira 1,700 ahlinya di kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu malam tadi mengisytiharkan keluar parti kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan mereka khususnya Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka yang keluar parti itu melibatkan ahli-ahli masyarakat India dari 10 cawangan PKR iaitu Jalan Kutta Raja, Paya Besar, Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara, Taman Sg. Kob, Taman Ria dan Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai.

Turut dibubarkan ialah PKR cawangan Kampung Padang Buluh dan Ladang Dublin Pusat di Parlimen Kulim Bandar Baharu.

Seorang usahawan, Letchumanan Kattu Raja, 60, yang mengetuai kumpulan terbabit berkata, keputusan membubarkan PKR cawangan dan jawatankuasa terbabit dibuat serta-merta selepas mendapat mandat majoriti daripada ahlinya yang tidak lagi percaya dengan perjuangan PKR,

Katanya, kesemua yang meninggalkan parti akan menyertai MIC dan memberikan sokongan secara tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN). – Utusan


Ulasan Saya

1. Tidak lama lagi kita mungkin akan mendengar kenyataan daripada pemimpin-pemimpin PKR yang berbunyi seperti ini, "1 700 ahli PKR yang keluar parti itu, sama sekali tidak akan menjejaskan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah, ia sedikit pun tidak memberi kesan kepada PKR."

2. Tidak kurang juga yang akan berkata, "Kita syak UMNO/BN telah memberi rasuah agar ahli-ahli PKR tersebut keluar parti".

3. Dan jangan terkejut jika ada kenyataan yang berbunyi, "Mereka yang keluar daripada PKR itu merupakan ahli-ahli PKR yang tidak berguna kepada parti - mereka lebih mementingkan wang ringgit daripada sebuah perjuangan."

Inilah wajah PKR yang tidak pernah mahu insaf dan bertaubat...

6 comments:

ChiLaBaey's said...

Saya setuju dengan kenyataan Encik Azli tu... Dah pastinye akan ada alasan dan kenyataan begitu bila dah kalah dan tak mendapat sokongan lagi... Itulah dinamakan politik....

hans said...

wah
ramai tu keluar tu

Muhammad Azli Shukri said...

memang ramai tu hans...

jenjaluk said...

salah tu bro....

ayat dia berbunyi begini....
"Ketua Umum telah keluar PKR dan bersama dengan Ezam, dan terus menghentam PKR .dan selayaknya keluar PKR akan dapat jawatan Senator...UMNO tak bersalah, yang bersalah adalah Rosmah Mansor kerana berpeluk dengan Datuk Lee Chong Wei.."

camtu lah ayat dia lebih kurang...

jenjaluk said...

ayat kedua....

"tiada lagi ahli PKR dalam partinya sendiri....tak tahu semua dah ke mana....tp bile pilihanraya Hulu Selangor, dapat pula undinya...."

hairan...hairan

Anonymous said...

Rosman tu selagi ada jantan semua dia nak peluk Shah Rukh Khan pun dia laga pipi. Tu depan orang ramai..belakang orang ramai dia laga lutut pulak ka apa? Malu ler sket Rosmah. Kamu tu isteri kepada seorang lelaki bernama Najib. Buat ler perangai sorang perempuan yang mahal maruahnya. Jangan ler buat macam 5 longgok = RM 0.50 jer.

Sure orang UMCO tak berani ketengahkan isu ni. sebab??? HABIS LA PERIUK NASI. wakakka..