Tetamu Kehormat...

April 19, 2010

Zaid Ibrahim 2010 : A Nightmare On Hulu Selangor


Zaid Ibrahim 2010
A Nightmare On Hulu Selangor


HULU SELANGOR 18 April - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berkata, dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah SWT.

"Apa pun kelemahan saya, apa pun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kerling di sini. Zaid berkata, apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit.

"Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah," katanya. - BERNAMA

Ulasan Saya

1. Saya tidak terkejut dengan pengakuan jujur Zaid Ibrahim dalam hal ini. Tetapi, saya ingin mengingatkan PAS dan PKR - andaikatalah Zaid Ibrahim yang menjadi calon UMNO/BN di Hulu Selangor, sudah tentu kisah hidup lama beliau akan diungkit dan disebut-sebut dalam Harakah dan Malaysia Today. Tetapi, oleh kerana Zaid adalah calon PKR - maka, PAS yang selama ini kerjanya membuka aib pemimpin-pemimpin UMNO - dengan tiba-tiba terus terkelu lidahnya, buat-buat tidak tahu dan tidak nampak, malah terus berkata, "Tak mengapalah itu kisah lama Zaid, sekarang dia sudah bertaubat" - inilah wajah jijik dan hodoh pemimpin-pemimpin PAS, kalaulah Zaid itu calon BN, dah lama kisah silamnya ini dijaja semahu mungkin oleh Harakah dengan judul muka depannya berbunyi, "Zaid Kaki Botol". Inilah hakikat politik Islam PAS - Halal dan haram bergantung kepada kepentingan politik mereka dan bukan al-Quran dijadikan garis panduan terlebih dahulu.

2. Soal kedua - jika benar Zaid benar-benar sudah bertaubat, maka itu hak dia dan sama ada Allah mengampunkannya atau pun tidak, kita semua tidak tahu. Kita berharap semoga Allah mengampuninya. Namun demikian, rekod buruk dan sejarah silamnya masih tetap dijadikan ukuran dalam kalangan penduduk Hulu Selangor. Dan Zaid tahu akan hal ini.

3. Memang, kita akui - Zaid mampu menjadi wakil rakyat, tetapi mohon ampun dan maaf, warga Hulu Selangor mempunyai calon lain yang lebih layak dan berbakat daripada Zaid. Jadi, selamat tinggal Zaid!

4. Saya fikir, Zaid dan Anwar sudah dapat menduga akan kekalahan yang bakal ditanggung oleh PKR di Hulu Selangor - rakyat sudah bosan dengan retorik Anwar dan ceramah PKR yang hanya nampak keburukan kerajaan semata-semata, sebaliknya, kebaikan yang ditabur oleh pihak kerajaan kepada rakyat, ditutup kemas-kemas. Inilah yang rakyat benci!

5. Sekarang Dr. Halili pun sudah meninggalkan PKR - yang lain bila pula? Tinggalkan PKR, ia umpama sebuah kapal yang semakin karam dalam lautan luas.

9 comments:

NotoPR said...

skang baru diorang tahu langit tinggi rendah.zaman 2008 fitnah berluas-luasa oleh bloggers pakatan.Sekarang mulalah menggelabah bila kene batang hidung sendiri

Johari said...

Saya berkesempatan melihat dan meninjau kawasan pilihanraya Hulu Selangor waktu balik dari Kuala Lumpur kelmarin.

Dari segi perang poster sahaja sudah menggambarkan bahawa PKR akan tewas.

Dengan keluarnya Dato Dr. Khalili dari PKR dan menyertai UMNO, maka bertambah peritlah calon PKR. Saya yakin dan percaya penyokong2 PKR dan PAS amat kecewa bila Anwar meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon sedangkan dia baru sahaja masuk PKR dengan membelakangkan mereka yang telah lama bertungkus lumus berjuang dalam PKR.

Apakah pengorbanan ahli-ahli PKR yang telah banyak berjasa kepada parti tidak diambil kira dalam memilih calon. Yang jelas ada pada Zaid ialah wangnya. Dia orang sangat kaya. Jadi Anwar tidak perlu mengeluarkan wang banyak untuk membiayai pilihanraya kecil ini.

Zaid boleh keluarkan wangnya sendiri. Jimat belanja.

Kesihan Zaid Ibrahim kerana dipermain dan dipergunakan oleh Anwar Ibrahim yang dilihat terlalu tunduk kepada kemahuan DAP.

Anonymous said...

Rasanya isu arak akan menjadi boomerang makan tuan. Review balik isu moral calon dari pilihanraya kecil yg lalu iaitu elitis & angkuh, danok, rasuah dan sekarang arak. Ambillah ikhtibar hikmah-hikmah pilihanraya kecil bersiri ini bagi mereka yang bertafakur.

DR NO

Muhammad Azli Shukri said...

Dr No -saya tidak fikir isu arak, isu makan tuan. Ia isu yang akan melenyapkan zaid ibrahim.

Anonymous said...

Zaid Ibrahim cakap " I have nothing to lose! "

DR No

Anonymous said...

Kenapa nak serang peribadi orang yg dah bertaubat? Sama taraf jer ko ( Azli ) dengan puak jahiliyah sewaktu menerima pengIslaman Saidina Umar dan Saidina Khalid Al-Walid.

Susah sangat ke nak menerima cara baik orang yg dah bertaubat? susah sangat ke nak berbaik sangka sesama Islam? Apa KAMAL tu lagi mulia berbanding Zaid Ibrahim? dah sah dan terang2 dia kafir laknatullah. tak banyak soalan lagi dah.. terus ke nerakan jahannam!! ko elok ler masuk sekali Azli dan konco2.

nak pertikai calon yg menentang hudud.sedangkan waktu tu Zaid berada dalam Kerajaan UMNO! ptuuuiihhh...meludah ke langit!

bagi ler apa alasan utk menyerang peribadi Zaid. setidanyak berkata benar dan sudah pun bertaubat. bukankah orang bertaubat itu mulia di sisi Allah?

kamal tang mana mulianya? dah la keling..demi politik murahan letak nama Kamal, Alan, Nathan. elok ler tu...ko sama jer dgn Samy Vellu. dekat2 nak kafir dah tu...

Anonymous said...

ckp senang brother anon 1.07 pm.Kalau org bertaubat tu org PR xpe boleh terima.Tapi kalau BN haram sampai mampus kene tuduh dan hina hatta walaupun bertaubat.Harus diingat politik serang peribadi ni start drp PR atau pembangkang.Rohaizad kawen dua, isa samad politik wang, mat taib dan macam2 lagi.Diorang dah bertaubat jadi PR pun kene terima.Jgn pandai cakap kalau hati duk sebelah pihak.

Anonymous said...

ada ke manusia2 tu declare bertaubat? siap nafi ada ler aku tau. dasar UPCO... penipu je semua!

Anonymous said...

Piirah mabuk kaki kuda belang