Skip to main content

Tuan Guru Harussani 2010 : Jalan Semakin Berliku


Tuan Guru Harussani 2010
Jalan Semakin Berliku


IPOH 12 April – Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengambil ketetapan sebulat suara membantah kelulusan Kabinet terhadap penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan rasa kesal dan dukacita terhadap kelulusan jawatankuasa khas itu berkata, ia bukan medium yang sesuai kerana dibimbangi wujud tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain.

“Apatah lagi kewujudannya adalah rentetan daripada kegagalan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama yang telah ditentang dan ditolak umat Islam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut Harussani menegaskan, keputusan menolak penubuhan jawatankuasa khas itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 6 hingga 8 April lalu. Katanya, perbincangan tentang agama Islam tidak memerlukan campur tangan bukan Islam kerana ia boleh mengundang implikasi negatif. Menurut beliau, setiap agama yang wujud tidak boleh disamakan dengan agama Islam yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah SWT seperti firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam (Ali Imran: 19)

“Setiap orang Islam juga berkewajipan memelihara agamanya daripada sebarang anasir yang boleh merosakkannya,” tegas Harussani. Menurutnya lagi, walaupun sebarang bentuk rundingan atau dialog berhubung agama dibolehkan, namun ia patut dielakkan sama sekali apatah lagi jika rundingan itu dilakukan di kalangan masyarakat umum yang lebih mengundang ketidakfahaman terhadap mereka.

“Sebarang bentuk dialog yang boleh mencemar dan menjatuhkan imej dan kesucian Islam hendaklah dielakkan.

“Ia bertepatan dengan kaedah fikah itu sendiri iaitu membendung kerosakan diutamakan daripada menarik kemaslahatan,” katanya. Jawatankuasa Fatwa, kata Harussani, juga mencadangkan supaya penubuhan jawatankuasa khas antara agama tidak sahaja dirujuk kepada Kabinet untuk tujuan kelulusan tetapi juga kepada Majlis Raja-Raja yang mempunyai kuasa tertinggi terhadap agama Islam. Kelmarin, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa mufti dan alim ulama di seluruh negara mengeluarkan fatwa serta pandangan berhubung penubuhan jawatankuasa khas tersebut. Menurut Perkasa, ia bimbang kewujudannya akan meletakkan agama Islam setaraf dengan agama lain sedangkan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi negara. Jawatakuasa khas yang dipengerusikan oleh bekas Ahli Parlimen Kota Bahru, Datuk Ilani Ishak itu ditubuhkan setelah mendapat kelulusan Kabinet. Ia bertujuan mewujudkan keharmonian dan persefahaman antara agama.


Ulasan Saya


1. Saya menyokong 200% kenyataan Tuan Guru Tan Sri (Dr.) Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak berhubung penentangannya terhadap penubuhan jawatankuasa khas antara agama. Jawatankuasa khas ini tidak akan menyelesaikan apa-apa pun berkenaan masalah agama di negara kita.


2. Sudah termaktub di sisi undang-undang negara, Islam ialah agama persekutuan, sekali gus Islam merupakan agama yang tertinggi dan tiada agama lain yang boleh menyamainya. Mewujudan jawatankuasa khas tersebut hanya bakal menimpulkan polimik kesamarataan antara agama yang sememangnya ditentang oleh Islam sendiri.


3. Tujuan penubuhan jawatankuasa khas tersebut mungkin pada awalnya ikhlas - namun demikian, kita harus sedar - orang Melayu sifatnya suka bertolak ansur, lama-kelamaan jawatankuasa tersebut akan menjadi medan penganut agama lain menuntut kesamarataan agama yang tidak masuk akal. Maka, fitnah terhadap Islam akan menyalur ke luar melalui jawatankuasa ini. Pihak kerajaan menyatakan bahawa umat Islam di negara ini tidak perlu bimbang, kerana Islam akan tetap terpelihara mengikut lunas undang-undang. Saya tegaskan, yang dibimbangi oleh rakyat bukanlah sama ada agama Islam dijaga atau pun tidak (kerana Islam itu akan sentiasa dipelihara oleh Allah) - sebaliknya yang rakyat khuatir adalah fitnah ke atas agama Islam. Apakah masyarakat bukan Islam mengetahui sesungguhnya Islam bukan sekadar agama semata-mata, tetapi Islam adalah cara hidup! Hal ini sama sekali tidak terdapat dalam ajaran lain, dan sama sekali tidak akan difahami oleh mereka yang bukan Islam.


Islam juga bukan sekadar memperjuangankan keadilan semata-semata (seperti mana yang dilaung-laungkan oleh PKR, PAS dan DAP) sebalik Islam meletakkan keadilan dalam neraca keimanan. Islam tidak memisahkan antara keadilan dengan keimanan. Dan keadilan yang sebenar, hanya akan tertegak apabila kita benar-benar beriman.


Keadilan yang diperjuangankan oleh DAP dan PKR merupakan keadilan yang sama sekali tidak disuluh oleh wahyu - keadilan yang seringkali dituntut oleh DAP dan PKR merupakan keadilan yang mengikut hawa nafsu mereka dan bukan keadilan yang sebenar! Hakikat keadilan yang dituntut oleh PKR dan DAP selama ini adalah "apa-apa yang adil" menurut akal dan nafsu mereka semata-mata dan bukan keadilan yang berteraskan wahyu. Manakala PAS - adalah parti yang tertipu dengan segala slogan retorik yang dicanang oleh PKR dan DAP atas nama sebuah keadilan!


4. Kita harus faham dan sama-sekali tiada kompromi - sesungguhnya hanya Islam sahaja agama yang betul, tiada agama lain. Kita menghormati penganut agama lain, tetapi kita tidak pernah redha dan mengakui Buddha, Kristian dan agama-agama lain sebagai agama yang betul dan sama tarafnya dengan Islam. Kita harus tegas menyatakan sesungguhnya agama selain daripada Islam adalah agama yang bathil dan sesat - tiada kompromi dan perbincangan lagi dalam soal itu.


5. Memang - tiada paksaan dalam beragama, Allah berfirman (al-Quran 2: 256), " Tiada paksaan dalam agama tersebut (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan/kekufuran mereka). Namun demikian, itu bukanlah tiket untuk kita melayan dan menjaga hati secara berlebih-lebihan terhadap penganut agama lain. hakikatnya, sudah terlalu banyak kelebihan dan kebebasan beragama yang kita berikan kepada mereka di negara ini. Cukuplah!


6. Hanya Islam sahaja yang betul - dan penganut lain mesti menghormatinya. Penganut agama lain tiada hak untuk bercakap soal Islam dan mempertikaikan undang-undang Islam. Jika mereka beria-ria mahu menggunakan kalimah Allah - jawapan saya adalah ringkas "Kamu mengucap syahadah dulu" yakni masuk Islam terlebih dahulu dan jangan sama-sekali menghina dan cuba menyesatkan orang Islam dengan strategi jahat gaya orentalis.


7. Fasad (kerosakan) yang bakal timbul hasil daripada kewujudan jawatankuasa khas ini adalah jauh lebih besar daripada maslahatnya (kebaikannya). Dalam soal ini hujah saya sangat mudah - melalui firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam (Ali Imran: 19) ayat ini sudah cukup menjadi hujah bahawa Islam sahaja yang betul dan benar, sebarang usaha untuk menjadikan agama-agama lain duduk di atas satu meja serta dipandang seakan-akan sama tarafnya dengan Islam, merupakan perbuatan yang berdosa. Baik hujah daripada al-Quran, mahu pun hujah daripada kaedah usul fiqh - kedua-duanya membukti bahawa kewujudkan jawatankuasa ini hanya akan menambahkan lagi kerosakan terhadap Islam itu sendiri.


7. Akan saya kupas isu ini secara panjang lebar tak lama lagi dalam judul "Menjawab Persoalan Perlu atau Tidak - Jawatankuasa Khas antara Agama". InsyaAllah.

Comments

Bab ni saya setuju dengan kenyataan Tan Sri Harrusssani.

Kalau nak bercakap pasal berdakwah kepada bukan Islam, itu cerita lain.

Ada orang islam sendiri yang tidak faham dengan agamanya apatah lagi bangsa asing.
Anonymous said…
Li,

Suruh Anil dan Azwan jadi panel. Lagi syok.. Then ajak Simply Siti dengan Fara Fauzana. Sure elok... Deme layak sangat jadi wakil Islam Al-Hadhari.
Anonymous said…
saya setuju dengan ulasan yang diberi oleh saudara Azli,dan ingin luahkan sedikit pandangan mengenai persapakatan antara ulamak-ulamak, cendiakawan islam dan mufti seluruh Malaysia duduklah satu meja dengan pihak berkuasa dan carilah kata putus.gunalah cara yang diwariskan oleh ulamak-ulamak terdahulu yang mengatakan pewaris Nabi ini untuk kebaikan.Bukan dengan dedah didada akhbar.Jadilah diam-diam ubi berisi,sebagai tindakan.
rizuan mh said…
salam Tuan Azli,

saya juga terbaca berita tersebut sewaktu dlm perjalan pulang ke PP sebentar td..dlm hati, saya sgt kagum dan bangga kerana negeri saya mempunyai seorang mufti yg sangat tegas dgn prinsip dan tanggungjawabnya..dlm hal ini, saya juga berpandangan, bahawa hujah dan alasan yg dimaktubkan dlm fatwa tersebut adalah sangat sangat sangat tepat dan wajar sekali untuk dipegang kukuh oleh umat Islam di negara ini, khususnya di Perak. Islam bukan menolak toleransi dan perbincangan, tetapi ia harus berbatas..hak Islam wajib diuruskan oleh mereka yg berpengetahuan dan beriman dgnnya..jika hak2 tersebut boleh dirunding2 dgn mereka bkn dr ahli, maka di mana ertinya ketinggian ad-deen Allah ini? bahkan, untuk mengatakan bahawa Islam itu 'agama' dan diletakkan semeja dgn agama2 ciptaan manusia yg lainnya adalah suatu jenayah yg sgt dahsyat pd saya..Islam bkn agama, tetapi ad-deen..ini yg saya rasa umat Islam hari ini sudah terkeliru sehingga sanggup menganggukkan kepala menyetujui hujah2 sekular drpd 'ulamak2' tertentu..kita wajib menegakkan Islam yg hak..yg benar, yg tertinggi..
azlishukri said…
gagasan warisan - kita sependapat
mhknzr said…
takkan setakat tan sri je...tun lagi canggih,,,,kami doakan dapat le sblum isyak...dah lewat malam dah

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup
Penulis bersama Datuk A. Kadir Jasin di Taiping Golf Resort. Apabila Blogger Bertemu Blogger Saya bertemu dengan Datuk A.Kadir Jasin pada Majlis Kolokium Mengantarabangsakan Melayu di Taiping Golf Resort pada bulan Mei tahun lalu. Pertemuan yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad dan Pengerusi MK Land Holdings Tan Sri Mustapha Kamal itu membincangkan bagaimana langkah terbaik bagi membawa usahawan-usahawan Melayu ke persada antarabangsa, kerana pasaran ekonomi domestik sudah semakin tepu dan kecil. Usahawan-usahawan kita, khususnya usahawan Melayu sudah tidak mampu lagi bersaing di peringkat domestik, kerana faktor pasarannya yang semakin mengecil dan terlalu berdaya saing dengan pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa. Usaha ini amat saya puji, apatah lagi langkah bijak ini telah dilaksanakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir sebagai pengerusi majlis tersebut. Usahawan Melayu perlu ke luar negara mencari pasaran baru, tetapi mestilah bijaksana dan bukan membabi buta. Oleh s