Skip to main content

PTPTN 2010 : Masa Untuk Berubah


PTPTN 2010
Masa Untuk Berubah


KUALA KRAU, 12 April: Kerajaan digesa tidak mengenakan sebarang bayaran faedah bagi penerima Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) atau pinjaman tersebut ditukar statusnya kepada biasiswa sepenuhnya. Demikian kandungan usul Dewan Muslimat yang dibawa dalam Mesyuarat Agung PAS Kuala Krau kali ke 24 yang diadakan di Darul Hikmah, dekat sini, semalam.

Ini kerana menyedari tentang pentingnya rakyat mendapat pendidikan tinggi hingga ke peringkat universiti dan menyedari tentang pentingnya modal insan yang intelektual, inovasi dan berdaya saing dari aspek ilmu dan kepakaran dalam pelbagai bidang.

“Menyedari tentang bebanan tanggungjawab kos yang sangat tinggi, maka Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Krau pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan kali ke-24 yang bersidang pada hari ini menggesa pihak kerajaan tidak mengenakan sebarang bayaran faedah bagi penerima PTPTN yang membuat bayaran balik segala pinjaman yang mereka perolehi atau menukarkannya kepada status biasiswa sepenuhnya,” kata wakil dewan itu, Puan Salina Omar ketika membentangkan usul berkenaan. Tambahnya, dalam keadaan ekonomi rakyat yang semakin mendesak adalah tidak wajar bagi kerajaan membebankan rakyat menanggung kos pendidikan yang merupakan perkara asas yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan.

”Kalau kerajaan benar-benar berjiwa rakyat dan berjiwa Islam, kita menuntut kerajaan peka dengan kepentingan memberi pendidikan kepada rakyat sehingga ke peringkat tertinggi. Adalah tidak wajar pelajar dikenakan faedah berbentuk riba dan kita menuntut agar status tersebut ditukar kepada biasiswa sepenuhnya,” katanya. Usul tersebut disokong perwakilan Dewan Pemuda PAS kawasan yang kemudian diterima sebulat suara.


Ulasan Saya

1. Saya menyokong sepenuhnya usul yang dicadangkan oleh Dewan Muslimat PAS di atas.

2. Sememangnya tidak dinafikan PTPTN sangat membebankan rakyat dan generasi muda.

3. Saya juga sependapat bahawa memberi pendidikan merupakan tanggungjawab sosial kerajaan yang harus diberi secara percuma atau dikenakan bayaran yang sangat minima.

4. PTPTN tetap mempunyai unsur riba, lantaran itu kita harus menghapuskan kadar faedah tersebut.

5. Sudah tiba masanya - BN/UMNO mendapatkan semula sokongan generasi muda dengan cara menghapuskan PTPTN sebagai satu beban hutang yang berpanjangan kepada mereka.

Comments

Anonymous said…
at least xyah ada kos pentadbiran.. wat sakit ati ja tgk kos pentadbiran tu..
Wenger J Khairy said…
Sdr. Pengarang,
Saya juga amat bersetuju. Ekoran desakan mereka yg bersama YB KPPUM, kerajaan telah menyediakan bantuan sebanyak RM 1.154 billion sebagai subsidi faedah imbuhan tabung pinjaman PTPTN bagi belanjawan 2010.

Tetapi sebenarnya kami berpendapat kerajaan harus menghapuskan yuran universiti tetapi dengan syarat penuntut tidak boleh gagal/ tercicir dlm pelajaraan dan menjadi tali barut pembangkang.

Ini kerana kerajaan sudah pun memberi imbuhan sebanyak RM 6 billion tiap tiap tahun kepada universiti universiti tempatan. Lebih lebih lagi kerajaan juga memberi RM 200 juta sebagai bayaran pertambahan emolumen kakitangan IPTA.

Maka saya amat sangsi, contohnya UPM diberi RM 540 juta setahun bagi tujuan mengurus. Kalau sudah diberi imbuhan tersebut mengapa pelajar masih dihimpit dengan pinjaman yuran dan sebagainya.

Mengapa kerajaan tidak boleh menolong golongan belia spt mana pertolongan yg dihulurkan kepada kroni kroni? Tidakkah tuan peka bahawa bukan sahaja kerajaan membeli balik saham seorang tokoh koprat MAS dengan harga 2x harga pasaran, seterusnya memberi laluan kepada pemilik pada masa tu mengaut keuntungan berbillion2, malah kerajaan menanggung hutang USD 2 BILLION.

Utk panduan semua, hutang tersebut masih belum diselasaikan dan kerajaan membayar riba sebanyak RM 600 juta setahun keatas hutang tersebut.

Sehingga hari nit, kerajaan juga terpaksa menebus bon bon Danaharta sebanyak RM 881 juta setahun.

Cuba kita bayangkan. Tanpa beban hutang tersebut yg rata rata tertimbul kerana semangat rakus dan haloba yg diasuh oleh golongan tertentu, kerajaan memang sudah mampu menampung kos pembiayaan pelajaraan bagi semua orang.


Maka kita hairan. Kalau berhujah kerajaan tidak mampu, mengapa dia tidak mampu?
azlishukri said…
wenger saya juga sependapat dengan tuan.ada banyak fakta berhubung isu yang tuan sentuh di sini, khususnya soal MAS.

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A