Skip to main content

PKR Hulu Selangor 2010 : Tolong Sebat Kami!


PKR HULU SELANGOR 2010
TOLONG SEBAT KAMI!


HULU SELANGOR 21 April – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai kaitan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi. Beliau berkata, ‘dossier’ (maklumat) itu akan diserahkan kepada ahli-ahli Parlimen esok.

Dakwanya, antara dokumen tersebut ialah surat bertarikh 1 Oktober 2006 yang ditulis oleh Anwar selaku Pengerusi Foundation for the Future kepada Kaunselor Bank Dunia, Robin Cleveland bagi memohon agar teman wanita bekas Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz, iaitu Shaha Ali Riza, dipinjamkan ke yayasan tersebut.

Beliau berkata, surat itu membuktikan Anwar sanggup menjadi boneka kepada Israel demi menutup skandal Wolfowitz walaupun umum mengetahui bekas Presiden Bank Dunia itu merupakan bangsa Yahudi yang bertanggungjawab menjadi arkitek perang Iraq sehingga membunuh ratusan ribu umat Islam di negara tersebut.

‘‘Anwar duduk di Foundation for the Future untuk kepentingan Israel dan Yahudi. Saya cabar Anwar untuk jawab ini,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Kubu Bahru dekat sini.

Ezam mengulas mengenai tindakan pembangkang yang menyerang gagasan 1Malaysia secara konsisten, pada sesi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor dengan mendakwa gagasan itu kononnya ditiru daripada konsep One Israel walaupun Apco telah berulang kali menafikan mereka terbabit dalam merangka gagasan dan konsep itu.

Ditanya mengenai kesediaannya untuk menjadi saksi terhadap semua dakwaan itu, Ezam menjelaskan, beliau sedia untuk berbuat demikian.

‘‘Saya sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana mahkamah dan juga Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi menyiasat kenyataan Anwar berhubung gagasan 1Malaysia dan Apco,” katanya.

Ezam turut menyelar sikap hipokrit Anwar yang menuduh kononnya kerajaan bekerjasama dengan Israel, sedangkan pada masa sama beliau pernah menggunakan khidmat syarikat pelobi yang ditunjangi warga Yahudi semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Beliau berkata, Anwar berselindung di sebalik nama kerajaan bagi menjalinkan kerjasama dengan syarikat pelobi iaitu Pusat Polisi Asia Pasifik (APPC), sekitar awal tahun 90-an bagi meningkatkan imejnya di mata dunia sama seperti yang dilakukan oleh syarikat perunding antarabangsa Apco terhadap kerajaan sekarang.

‘‘Semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu beliau sendiri bersekongkol dengan APPC yang diketahui diterajui oleh bangsa Yahudi dan sejumlah besar peruntukan digunakan bagi tujuan tersebut khususnya bagi meningkatkan imejnya.

‘‘Tetapi garis sempadannya, kerjasama dengan Apco menguntungkan kerajaan dan hasilnya telah dapat dilihat terutamanya dalam meningkatkan keyakinan pelabur luar berbanding semasa era beliau dahulu,” katanya.


Ulasan Saya

1. Bagi sesiapa sahaja yang dibukakan hatinya untuk menerima kebenaran - mereka pasti akan segera bertaubat dan insaf. Tidak mengira sesiapa pun, Nik Aziz, Hj Hadi mahupun seluruh penyokong dan ahli-ahli PKR - andaikata hati mereka terbuka untuk melihat kebenaran, InsyaAllah mereka akan kembali ke pangkal jalan.


2. Hampir setiap hari - saya ulangi, hampir setiap hari - pasti akan ada pemimpin-pemimpin PKR yang keluar daripada parti tersebut - seolah-olah ia sudah menjadi semacam teori domino, yang berjangkit dari seorang ke seorang. Terbaru - Ketua AMK Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad dan Setiausahanya, Muhammad Ezri Zainal Abidin umum keluar PKR dan sertai Umno. Tidak pernah berlaku dalam sejarah sebuah parti politik di Malaysia, sebagai mana yang sedang dialami PKR sekarang - begitu ramai ahli partinya keluar dari sehari demi sehari, seperti air yang mengalir deras. Hal ini sangat mengejutkan - rakyat seolah-olah sudah hilang kepercayaan terhadap Anwar. Segala langkahnya tidak menjadi.


Isu APCO yang dicanang oleh Anwar - akhirnya memakin diri beliau sendiri, apabila satu demi satu topeng zionesnya tertanggal. Rupa-rupanya - selama ini, semasa beliau menjawat Timbalan Perdana Menteri - beliaulah insan yang mula-mula menjadikan syarikat pelobi Yahudi antarabangsa sebagai agen meningkatkan imejnya di mata dunia. Isu APCO - membawa hikmah kepada kerajaan, Ezam dengan cara yang sangat berani, mendedahkan satu demi satu sikap hipokrit Anwar dalam memanipulasikan isu APCO. Nah! Sekarang - semua orang sudah tahu siapa Anwar yang sebenar! Ia bukan cerita bohong - tetapi kebenaran yang sangat pahit rasanya untuk ditelan oleh Nik Aziz dan Hj Hadi. Dosa yang mereka tanggung akibat menyokong dan bersekongkol dengan musuh negara ini - tidak mungkin diampunkan oleh rakyat jelata.


3. Hukum Allah seolah-olah sudah berjalan ke atas Anwar. Segala strategi dan kebijaksaan Anwar dalam memanipulsikan isu tertentu - semakin tidak menjadi. Sebaliknya, semakin ramai pula pemimpin-pemimpin PKR yang keluar parti dan mendedahkan kebohongan Anwar Ibrahim.


4. Dosa terbesar Anwar terhadap rakyat dan negara Malaysia adalah - Anwar Ibrahim berjaya mengharu-birukan ekonomi, sosial dan sistem kehakiman negara, sehingga negara kita mengalami kekurangan pelabur, di samping imej negara tercemar teruk! Kebijaksanaan yang Allah berikan kepada beliau digunakan secara batil oleh Anwar. Memanipulasi isu, membohongi rakyat, mereka-reka cerita yang tidak wujud, menabur fitnah dan melaga-lagakan kepimpinan negara. Semua kerja batil dan sesat ini dilakukan oleh Anwar demi mengejar cita-cita politik peribadinya.


5. Saya yakin dan penuh percaya - Anwar Ibrahim seorang pejuang yang pengecut. Di minta bersumpah beliau tidak mahu. Sehingga sekarang beliau masih berdolak-dalih. Anwar dan kuncu-kuncunya termasuk para penyokong PKR semakin hari semakin hampir menerima hukuman daripada Allah akibat daripada perbuatan tangan mereka sendiri yang menghancurkan keharmonian negara ini. PKRlah pelopor kepada keganasan ala-samseng jalanan, melakukan perbuatan kotor untuk menjatuhkan kerajaan, menabur fitnah dan memanipulasi keadaan. Anwar Ibrahim telah menyalahgunakan anugerah yang Allah berikan selama ini kepadanya untuk menghancurkan negara ini. Tunggulah balasan dan azab daripada Allah S.W.T. Wallahualam.

Comments

KINAS said…
tumpang lalu..sila ke blog saya untuk mengetahui SENJATA HIKMAT DSAI UNTUK HULU SELANGOR
KINAS said…
walaupun umum faham ribuan rakyat akan berpaling menyokon DSAI sekira beliau bersumpah laknat...namun beliau tidak melakukannya....KENAPA?....LU PIKIR LAH SENDIRI
Anonymous said…
Jika seseorang itu tidak merasa berdosa atau takut kat Allah semasa melakukan liwat, jadi apakah tidak susah baginya melakukan sumpah laknat dengan berbohong senafas. Liwat berani buat, tapi berbohong Kan cakap auta skill asas orang politik.
Fikir..fikirkanlah...

DR NO
Anonymous said…
Segala hu ha ini berlaku apabila setiap kali pilihan raya diadakan. Setiap kali pilihan raya akan diadakan adalah cerita baru mengenai ahli Pakatan Rakyat yang keluar parti untuk membebaskan diri. Ahli Pakatan Rakyat ini mengambil kesempatan menipu rakyat dan juga wang rakyat kerana mereks sanggup makan duit elaun/gaji ADUN (yang asalnya dari cukai pengundi-pengundi)setelah mereka berjaya menang atas tiket parti yang mereka tinggalkan.
Kami tidak halalkan duit yang dimakan dari cukai kami itu. Bersedialah bala akan menimpa keturunan kamu semua.
Bab menabur fitnah ini cuba kenangkan siapa yang mula-mula menabur fitnah pada bulan September 1998.
Menabur fitnah ini masih berjalan ketika mana orang-orang yang difitnahkan itu tidak berpeluang untuk membela diri di media yang dibaca dan ditonton oleh khalayak ramai.
Janganlah kita bersama orang-orang yang menganiaya orang lain. Penganiayaan cuma dilakukan oleh orang-orang yang berkuasa saja. Fikir-fikirkanlah
Anonymous said…
hanya orang yang jahil saja yang akan bersumpah laknat
Anonymous said…
"3. Oleh kerana saya juga bermanhaj salaf seperti Dr Asri - maka saya fikir kita akan berkongsi pengalaman dan penghayatan yang sama - sesungguhnya mana-mana individu yang mengikut metod salaf, maka parti kerajaanlah pilihannya. Kita dilarang mencaci dan membuka aib kepimpinan negara, jika mereka melakukan kesalahan, maka tegurlah dengan cara berhikmah dan jika mereka melakukan kezaliman, kita harus bersabar dan mendoakan mereka perkara yang baik-baik, dan bukan dengan cara mengadakan demonstrasi atau perarakan jalanan yang sering dianjurkan oleh PAS dan PKR. Islam tidak mengajar kita seperti itu."



salam...
bertemu kembali kpd semua saudara ku yg mengaku islam...
saya juga ahli sunnah wal jamaah yg bermanhaj salaf dan mengikuti pendirian Syeikh Yusuf Qardawi...
tetapi saya lebih cenderong kpd PAS dlm menegakkan islam di bumi malaysia ini...
sebagaimana hujah anda bahawa ramai ahli UMNO yg jahil dan fasik...yg telah mengotorkan UMNO...begitu jugalah hujah saya...iaitu PAS juga telah dikotorkan dgn ahli2 yg jahil,munafik dan ada yg fasik...ini lumrah dalam satu komuniti yg besar samada dlm organisasi parti politik atau organisasi yg lain...tetapi didlm PAS tidaklah terlalu ramai yg jahil berbanding didlm UMNO...
dasar yg perlu kita tengok sblm menyertai parti politik atau memberi sokongan pada satu2 parti politik itu ialah perlembagaan parti tersebut...kemudiannya diikuti situasi semasa parti itu...di pimpin oleh siapa...adakah orang yg zalim atau orang yang amanah dan memenuhi ciri2 kepimpinan dalam islam...
berbalik kpd hukum demontrasi...ianya bukanlah satu perkara yg diharamkan secara mutlak oleh islam...jika anda benar2 seorang yg bermanhaj salafus soleh...anda pasti tahu perkara ini dan cara2 menanggani perbezaan pendapat di kalangan ilmuan islam...oleh itu x perlulah untuk sy ulas di ruangan yg terhad ini...tapi jika masih x memahami boleh sy jelaskan di masa akan datang...insyaAllah.

April 9, 2010 9:21 AM

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A