Skip to main content

Ezam Mohd Noor 2010 : Ke Mana Khairy Selepas Ini?


Ezam Mohd Noor 2010
Ke Mana Khairy Selepas Ini?


KUALA LUMPUR 28 April - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor adalah antara empat individu yang akan dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengenai berita pelantikannya sebagai senator itu tetapi enggan mengulas lanjut.

"Ya, benar Alhamdulillah. Cuma saya akan buat kenyataan hanya selepas majlis angkat sumpah nanti. Sekarang masih di Jakarta, bertugas,'' katanya ketika dihubungi di sini malam ini. Beliau juga Pengerusi Yayasan Generasi Baru Nusantara.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan, turut akan dilantik sebagai senator ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel; Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Noriah Mahat. Mereka akan mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Isnin ini. Bagi Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia. Pelantikan itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga disebut-sebut akan diberi jawatan dalam kerajaan. Sementara itu, Setiausaha Dewan Negara, Datuk Zamani Sulaiman yang dihubungi malam ini juga mengesahkan pelantikan itu tetapi enggan mengulas lanjut.


Ulasan Saya

1. Terdapat beberapa pandangan dalam soal ini - antaranya, ada dalam kalangan sebahagian besar ahli UMNO yang tidak berapa selesa dengan bekas ahli-ahli PKR yang kembali ke pangkuan UMNO. Menurut golongan ini - bekas ahli-ahli PKR inilah yang dahulu sangat ganas membelasah dan memburuk-burukan UMNO, malah, mereka juga dicop sebagai penderhaka kepada UMNO, sehingga UMNO dilihat begitu jijik serta kotor dalam kalangan rakyat jelata. Dan sekarang, ramai dalam kalangan ahli UMNO akar umbi yang tidak berpuas hati atas layanan yang diberikan kepada mantan pemimpin-pemimpin PKR, khususnya Ezam Mohd Nor.


2. Persoalan kedua - terdapat juga tanda-tanya dalam kalangan ahli UMNO akar umbi berhubung soal, perlukah UMNO diperkukuhkan dengan cara mengutip kembali ahli-ahli PKR yang sudah kembali ke pangkal jalan - bagi tujuan melondeh dan membuka pekung Anwar Ibrahim dan saki-baki kuncu-kuncunya? Menurut golongan ini - mereka bertanya, apakah UMNO tiada kekuatan sendiri? Sehingga terpaksa menggunakan bekas ahli-ahli PKR untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat kepada UMNO? Apakah UMNO tidak mempunyai cukup pemidato dan penceramahnya bagi mendapatkan semula sokongan rakyat? Golongan ini, tidak mahu UMNO dilihat seolah-olah terpaksa mengambil "orang luar" dan mengenepikan "orang sendiri" bagi mengukuhkan parti.


3. Persoalan ketiga ialah - apakah Ezam Mohd Nor akan diberi tempat dalam barisan kepimpinan DS Najid pada masa akan datang? Baik dalam kabinet, mahupun dalam parti. Dan tidak mustahil Ezam akan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Pusat, sekaligus memegang potfolio seorang menteri. Apakah sejarah Anwar Ibrahim yang di bawa masuk oleh Dr Mahathir akan berulang?


4. Persoalan keempat - Kembalinya Ezam ke pangkuan UMNO dan dengan restu DS Najib - maka UMNO sudah mempunyai seorang pengucapan awam yang hampir setanding dengan Anwar Ibrahim - soalnya, ke mana Khairy Jamaluddin selepas ini? Apakah ini merupakan mesej daripada DS Najid bahawa Khairy telah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pemuda UMNO? Dan apakah kumpulan pengucapan awam Pemuda UMNO yang dibentuk oleh Khairy telah gagal dengan fungsinya? Sehingga kita terpaksa mengambil Ezam bagi menyaingi kehebatan oreta Anwar Ibrahim?


5. Sememangnya, secara jujur kita akui Pemuda UMNO di bawah Khairy sangat lemah keadaanya. Tidak menonjol dan tidak ada banyak perubahan. Malah, jika di banding dengan dengan Dewan Pemuda PAS - mereka kelihatan lebih ke hadapan. Dan kehadiran Ezam dalam pentas arus perdana - setelah beliau dinobatkan sebagai senator - akan membawanya kembali ke tengah gelanggang politik, sekali gus menjadi pahlawan baharu UMNO di barisan hadapan, khususnya dalam PRU ke-13 kelak. Kehadirannya, mungkin tidak memberi apa-apa persaingan kepada Khairy dalam tempoh yang singkat - namun demikian, untuk tempoh yang panjang, ia bisa sahaja menjadi duri dalam daging kepada mana-mana pemimpin muda UMNO yang mempunyai sejarah hasad dengki dan iri hati.


6 Tetapi - bagi saya, secara berterus-terang dan jujur - saya mengalu-alukan Ezam kembali cergas ke barisan hadapan - bagi mempertahankan UMNO, andaikata tugas ini telah gagal dilakukan oleh Pemuda UMNO Malaysia secara berkesan. Malah, saya juga secara jujur mahu melihat kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia mempunyai persaingan yang sihat, dan ahli-ahli pemuda UMNO diberi kebebasan dalam memilih ketuanya yang berkualiti dan bukan liabiliti.


7. Ezam - pada saya merupakan aset baharu UMNO dalam usaha menggempur barisan pertahanan utama Anwar Ibrahim. Malah - andaikata DS Najid melantiknya sebagai menteri penuh sekali pun - saya fikir ahli-ahli UMNO akar umbi tidaklah perlu gelisah dan beralih arah. Sekurang-kurangnya - UMNO semakin bertambah dengan kepimpinan yang berkualiti.


8. Saya tidak tahu sejauh mana hubungan Ezam dengan Khairy - tetapi, setidak-tidaknya kemunculan Ezam di Parlimen, tetap akan memberi persaingan kepada Ketua Pemuda UMNO itu. Dan sesunggunhnya - untuk masa yang akan datang, persaingan yang sihat harus ada dalam memilih dan menentukan pucuk pimpinan parti.


9. Kita juga sedar - terdapat pemimpin-pemimpin UMNO yang kurang senang dengan kehadiran semula Ezam di pentas politik UMNO. Namun demikian, DS Najid tidak berupaya memuaskan hati semua ahli UMNO, bersyukur dan berfikiran terbuka, amat dituntut pada masa kini.


10. Saya percaya Ezam boleh pergi lebih jauh dalam hierarki kepimpinan UMNO pada masa akan datang. Dalam usianya yang masih muda -43 tahun- dan dengan sokongan DS Najid - tidak mustahil beliau kembali menjadi ikon golongan muda di dalam UMNO, apatah lagi dengan kelebihan pengucapan awamnya yang hebat, bertenaga dan pengalaman politiknya dalam UMNO dan PKR - menjadikan masa depan politik Ezam serba mungkin - Bahkan, jangan terkejut beliau mungkin mampu mendaki tangga Naib Presiden pada satu hari nanti.


11. Nampaknya - ramai yang tidak sedar, kehadiran semula Ezam dalam politik UMNO - bakal menyaksikan landskap politik UMNO berubah ke fasa yang baharu. Jika dahulu rumah UMNO pernah dipenuhi dengan "orang-orang ABIM" bawaan Anwar Ibrahim, maka pada kali ini - untuk permulaan yang baru ini - rumah UMNO akan mula dipenuhi dengan kehadiran "bekas orang-orang PKR" bawaan Ezam Mohd Nor. Ia terpulang kepada kita - bagaimana mahu menafsirnya. Jika dahulu Anwar Ibrahim dikatakan anak emas Dr. Mahathir, kerana membawa beliau menyertai UMNO (sekaligus menguatkan UMNO untuk bersaing dengan PAS), maka tiba giliran DS Najid pula "mungkin" menjadikan Ezam sebagai anak emas yang baharu untuk UMNO melangkah lebih jauh.


12. Walau apa pun alasanya - Ezam tetap diperlukan demi melemahkan Anwar dan PKR - hanya itulah cara yang paling segera dan pantas untuk mengembalikan semula sokongan orang Melayu kepada UMNO - setelah kaum Cina membuktikan di Hulu Selangor tiada tanda-tanda bahawa mereka akan tetap bersama BN dalam PRU yang akan datang. Kini, fokus BN adalah sedaya upaya untuk mendapatkat sebanyak mungkin sokongan orang Melayu dan India, bagi mengimbangi undi kaum Cina yang semaki hari semakin menyebelahi PKR dan DAP. Dan Ezam - merupakan kunci saktinya!.


13. Untuk masa yang akan datang - yang timbul hanyalah - apakah jenis hubungan yang akan wujud antara Ezam dengan Khairy? Sebagai pesaing, pelengkap, atau musuh? Dan bagaimana pula hubungan Ezam dengan Mukhriz? - Semua persoalan ini akan menjawab ke mana kepimpinan muda dan para pelapis kepimpinan UMNO selepas ini.

Comments

datoadil said…
INI KOMEN PASAL PILIHANRAYA...

SIAPA MENANG, SIAPA KALAH?

1. Dalam perang ataupersaingan, ada yang menang ada yang kalah. Ada yang lulus ada yang gagal. Tetapi yang kalah tidak bermaksud bodoh, yang menang tidak bermaksud baik. Dalam islam, Nabi dan Umat Islam pernah kalah dalam Perang Uhud. Kekalahan ini penting untuk pengajaran.

2. Dalam pasukan, kita boleh jumpa pengkhianat. Dalam PKR banyak pengkhianat. Pengkhianat ini melemahkan parti dan perjuangan.

3. Yang jelas kalah dan menang dalam pilihanraya ialah rakyat atau pengundi. Ada pengundi beri undi kerana dapat duit, bukan kerana perjuangan. Orang Cina, beri peruntukan apapun, dia konsisten. Tapi pengundi lain misalnya, Panas Setahun, hilang Oleh hujan Sehari. Kemudian panaslah balik.

4. Dalam berjuang, banyak dosa yang dicari. Sia yang mencari dosa? Mereka yang suka mengaibkan orang lain, Tidak adil dan seumpamanya. kenapa nak beri juta-juta ringgit kepada Hulu Selangor sahaja, kenapa tak kawasan lain? Jika kita menang di dunia, belum tentu kita menang di Akhirat. Apabila kita menghadap Malaikat dan Allah, tiada akhbar atau sesiapa yang mampu pulihkan imej kita atau kelentong rakyat. Anggota kita yang menjawabnya.

5. Saya lebih suka menganalisis sikap dan kematangan rakyat. Kalau rakyat tak matang dalam berpolitik, terutamanya Melayu, sampai bila pun akan berada di takuk lama dalam politik, pendidikan dan ekonomi.

Sekian,
Dato "Adil"
Cyberjaya.
datoadil said…
Tentang Perlantikan Ezam ini, saya rasa lebih banyak negatifnya kepada UMNO. Jangan kita bawa seorang anak angkat, tetapi kita hilang kasih sayang 10 anak kandung.
Anonymous said…
takut dgn bini-bini pon hilang.... jgn main2 den....
Anonymous said…
salam saudara AZLI-inilah politik,hari ini kita ludah,besok/lusa kita jilat kembali.mungkin bagi DSN ada satu cara untuk menentang DSAI. bukan kah semuanya ada dalam poket.mungkin tunggu hari saja.jangan marah dengan Ezam sambut dengan baik.Ezam akan dapat membantu.
Salam Tuan Punya blog..

Minta izin copy n paste artikel ini kedalam blog saya..
Anonymous said…
setuju ezam dilantik jadi senator...kita tengok macam mana geng pakatan rakyat melompat selepas ini...

Depa cukup tak puas hati Najib lantik Ezam..soalnya kenapa?

kerana Ezam berkesan berbanding yang lain.... baru ni aku dengar ezam dah jumpa dengan tun mahathir...sanusi yang atur...

tak tau apa yang mereka bincang...apapun anwar susah tidur malam....hehe
Polik sudah diperniagakan, untung batu tenggelam, untung sabut timbul..

Hentam sajalah Najibbbbbbb...
azlishukri said…
kluang maan memang inilah politik
Anonymous said…
aku rasa ini satu cara halus utk najib meminggirkan KJ....buat secara perlahan lahan...najib sebenarnya bengang dgn KJ....sebab perangainya dan perangai budak budak tingkat 4 dulu masa pak mertua jadi PM begitu melampau dan kurang ajar..sampai BN kalah terok dlm PRU12...para pelabur cabut lari...duit dah habis ...sampai najib terpaksa kerja keras kempen utk tarik pelabur dtg melabur semula...begitu juga kempen utk menarik sokongan rakyat dgn konsep 1 malaysianya...kalau tak bengang, kenapa najib tak lantik KJ jadi menteri atau timbalan dalam kabinetnya?..nak buang KJ secara mendadak, tak sedap pula...nanti apa kata orag?...apa pula kata pak mertuanya?Najib ni aku tengok banyak tipu muslihatnya dalam menghadapi lawan politiknya...ANUwar hentam terok, dia relaks je..last last ANUwar yg kena balik...semua tuduhan terhadap najib rupa rupanya bohong belaka...tu pasal dia nak ambil ezam sebagai hulubalang nya utk membuang KJ.. ni pada pendapat aku ler...
Anonymous said…
Khairy ke mana selepas ini;

1. Beliau adalah salah satu punca kekalahan BN dalam PRU 12.
2. Beliau telah mendapat banyak faedah semasa zaman pemerintahan
bapa mertuanya.
3. Beliau tidak boleh mengambil jalan pintas untuk ke atas.
4. Sokongan terhadapnya adalah kerana sokongan dan pengaruh bapa mertuanya yang ketika itu PM.
5. Sungguhpun begitu, beliau punya bakat dan kepintaran untuk berjaya, cuma beliau harus faham dan tahu caranya.
6. Aku pernah keluar UMNO hanya kerana dia dan bapa mertuanya.
tobeng said…
Orang umno harus menerima ezam dengan syarat ezam ikhlas menyertai umno.Ezam harus membuktikan keikhlasannya.Salah satu caranya adalah dengan membenamkan pengaruh anwar ibrahim kerana anwar adalah master mind kepada segala 'kegilaan' dalam politik Malaysia hari ini.Tanpa anwar Malaysia akan aman kembali.

Ezam harus benamkan anwar!
kicap masin said…
Tumpang lalu En Azli, nak tambah sikit,

Elok kita beri peluang kepada DS Najib mencuba strategi baru ini. Ezam saya rasa sesuai mewakili generasi muda dlm UMNO, tetapi janganlah dilupakan Mukhriz. Gandingan Mukhriz dan Ezam nampak mantap dan segar. Lupakan aje la KJ tu... DS Najib pon nampak tak berapa minat dengan dia...
Amin said…
Saya rasa KJ hebat, dia pandai atur strategi nak menang, politiknya bukan politik murahan. KJ like it or not, is rill a force.
Syabas bro , ulasan yg menarik mengenai perjalanan politik bakal Senator Ezam Mohd Noor ..

Sy setuju pandangan sdr Ezam boleh menjadi ikon anak muda dalam UMNO malah menjadi wow factor menarik sokongan Melayu kembali ke pangkuan UMNO..

belum sampai 2 tahun Ezam masuk UMNO semula , beliau telah mendapat kepercayaan DS Najib utk dilantik sbg Senator ..


tidak mustahil Ezam bakal menjadi anak emas DS Najib sepertimana Anwar menjadi anak emas Dr M dulu.

Mengenai hubungan Ezam -KJ ..sy ingin berkongsi sedikit maklumat ..sy pernah mendengar ceramah Ezam ketika di Prmtg Pauh dulu, yg Ezam akui menggunakan jalan pintas melalui KJ ketika itu menantu kpd PM Pak lah untuk berjumpa bagi meminta tiada campur tangan kerajaan dalam keputusan mahkamah samada membebaskan Anwar atau tidak ketika itu ..

mungkin hanya Ezam dan KJ saja boleh jawab tentang persahabatan mereka ini...
Anonymous said…
Salam,
ada kebaikannya ezam dilantik memandangkan pemuda-pemudi kita hilang kemudi,tahniah,berkhidmatlah dengan jujur dan telus.
-wassalam-
Anonymous said…
Bagi saya KJ bukanlah seorang pemimpin yang charismatic. Kemenangannya sebagai ketua Pemuda UMNO adalah kerana rasuah yang terbukti, terang, nyata dan menjijikkan.

Dia sepatutnya tidak dibenarkan bertanding kerana telah terbukti mengamalkan rasuah oleh JK Disiplin parti. Tetapi disebabkan pak mertuanya PM, maka dia dibenarkan bertanding dan menang
walaupun mendapat pencalonan yang paling rendah.

3/4 daripada perwakilan pemuda tidak menyokong KJ. KJ telah menyalahgunakan kuasa apabila menjadi Naib Ketua Pemuda dengan bertindak melebihi PM sendiri. Kekalahan teruk BN di PRU12 adalah gara2 tindakan KJ sendiri yang berlagak lebih sudu dari kuah.

Oleh itu tindakan DS Najib tidak melantiknya memegang sebarang jawatan dalam kabinet adalah wajar dan tepat sekali. Bukan tak layak dari segi kelulusan akademik tetapi moral, perangai dan egonya
yang tidak melayakkan dia.

Terima kasih DS Najib kerana bertindak bijak untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Saya tak pasti samada Ezam dilantik ada kena mengena dengan Khairi.

Saya rasa Ezam dilantik sebab dia pernah berada dalam PKR. Dia dulunya rapat dengan Anwar. Pelantikannya adalah amaran pada Anwar yang rahsianya dah lamma diketahui oleh orang dalam dan sekarang ini seluruh rakyat.

Alangkah baik jika UMNO ada paling kurang 10 Ketua Bahagian seperti Ezam yang lantang bersuara. Kini tak ramai ketua bahagian yang menulis blog. Yang saya perasan ialah Ketua Bahagian cheras serta Dr khir dan Tun mahathir.

Rajin rajinlah menulis dan jawab segala fitnah Kit siang and the gang.
Anonymous said…
ni ler korang..kalau menangkan korang semua disokong dan bersyukur. kununnya ezam pencacai tu dah bertaubat dan sedar akan kesilapan lalu maka dengan itu kembali kepada perjuangan hakiki iaitu UMNO.

tapi bila zaid ibrahim declare sudah bertaubat tidak minum arak,mudah ajer korang pertikaikan macam lah mak bapak korang malaikat yg boleh tau taubat zaid adalah taubat dongeng.

masa sidang parlimen pada hari terakhir, kit siang warning MP Kerajaan yang ramai kaki mabuk sama2 dia. buat malu jer..yg dia sebut semua MP Melayu Islam acuan UMNO.

maluuuuuunyyeerrr....
azlishukri said…
soalnya..ezam tak cakap pun dia minum arak...beza tu dengan zaid..
Anonymous said…
apa beza Sahabat Rasulullah zaman sebelum Islam pulak Tuan Blog? kan ke puak kafir pun hentam jugak para khalifah? UMNO ni kira sama ler dgn puak kafir yer? tak suka orang bertaubat. mcam tu ke bro?

apabila seseorang telah bertaubat dan mengistihar taubatnya kepada umum,maka kita wajib memperakuinya malah tidak boleh mempertikaikan lagi. pernah terjadi di zaman Rasulullah berkenaan seorang askar kafir mengucap 2 kalimah syahadah dan mengaku telah peluk Islam. tapi ada sahabat mempertikaikan dan mahu pancung kepalanya.Rasulullah tak bagi sebab baginda telah menjadi saksi dan pada syariatnya askar berkenaan telah menjadi Muslim.

malangnya sahabat Rasullah ni degil sket.Dia pancung jugak kepala askar tu. maka murka benar Rasulullah kerana si sahabat telah membunuh seorang MUSLIM! kata baginda, orang itu telah benar2 bertaubat apabila dia mengucap dan mengistiharkan dirinya telah kembali kepada ajaran Islam. nah...hanya orang kafir jer suka buat kerja Tuhan.

wallahualam...
Daulah-alWatan said…
Khairy ke mana selepas ini;

1. KJ memusnahkan UMNO di zaman Pak Lah dan kuasa politik Melayu hampir terkubur semasa PRU 12 atas perbuatannya.
2. KJ menggunakan UMNO sebagai alat untuk mencapai kuasa dan kekayaan peribadi. Akibatnya UMNO rosak teruk dan sebahagian drp pemimpin pemuda hari ini adalah tidak berkualiti dari kepimpinan tetapi hanya berminat utk mendapat habuan sebagai syarat bekerja untuk UMNO
3. KJ tidak seperti pemimpin UMNO yang lain, yang naik secara normal melalaui penglibatan yang panjang. Beliau mengeksploit dan mengambil jalan pintas di zaman kelemahan Hishamudin yang lemah.
4. KJ adalah konspirator yang mendapat sokongan kerana pengaruh Pak Lah yang menjadi PM paling lemah dalam sejarah Melayu.
5. KJ Mengkhianati pemimpin UMNO yang berjasa seperti Tun mahathir dan sanggup berkonspirasi dengan KALIMULLAH, BRENDON PEREIRRA, , MUSA HITAM, ANUAR ZAINI dan banyak lagi semata-mata untuk memadan sejarah kegemilangan UMNO dan menaikkan imej Pak Lah yang sangat rendah dan lemah.
6. KJ tidak sepatutnya menyibuk lagi dalam urusan UMNO. Elokjlah beliau mejukan perniagaannya bersama kroni-kroni yg telah berjaya diangkatnya semasa zaman Pak Lah dahulu. Biarlah UMNO ini kita teruskan tanpa watak-watak dari species perosak ini.

Maaf saya bukan benci KJ tetapi saya tak sanggup UMNO dibunuh oleh watak-watak yang menyerupsi watak Nuar berahim.
Lintau Perak said…
DS Najib, DS Muhyiddin dan kepimpinan UMNO yg lain tak perlu buang masa memikirkan tentang nasib KJ.

Yang nak diutamakan adalah nasib bangsa Melayu yang sedang berada seperti telur di hujung tanduk.

Kehilangan kuasa pada PRU13 nanti akan membawa padah yang sukar untuk dipulihkan kembali.

Mari kita ucapkan selamat datang kepada Ezam dan selamat jalan kepada KJ.
Anonymous said…
Bagi aku mastermind sebenar adalah ezam sendiri bkannya DSAI..kekuatan PKR yang ada pada hari ini jugak adalah disebabkan oleh ezam sendiri yang dah bertungkus lumus bangun kan..hari ini depa dah hilang mastermind hala tuju parti pun akan hilang arah..
Anonymous said…
Sy berminat nk share link di bawah..
Mengenai bekas Puteri Umno Bayan Baru. Noor Hayati Fitrah Binti Shahril

http://hangtuah422.blogspot.com/

Pilihan Pembaca

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca