Tetamu Kehormat...

April 7, 2010

Anwar Ibrahim 2010 : Lemas Dalam Lubang Taik


Anwar Ibrahim 2010
Lemas Dalam Lubang Taik


KUALA LUMPUR 6 April – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menjadi pengecut apabila hanya berani menuduh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Parlimen kononnya pasukan itu bekerjasama dengan perisik Israel. Sehubungan itu, beliau menggesa Ketua Pembangkang tersebut mengemukakan bukti dengan segera agar siasatan dapat dijalankan.

“Jika membuat tuduhan (perisik Israel) tanpa sebarang bukti, saya anggap dia (Anwar) pengecut.

“Datang dan beritahu siapa sahkan dakwaan itu? Saya tidak pernah dengar dakwaan sedemikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Musa pada masa sama, turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa PDRM menjalin sebarang bentuk kerjasama keselamatan dengan rejim zionis berkenaan. Musa diminta mengulas kenyataan Anwar yang ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat mendedahkan kewujudan perisik Israel yang bertugas di Bukit Aman. Sambil mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaan tersebut, dakwa Anwar, perkara itu telah disahkan oleh cawangan khas Bukit Aman. Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menamakan sebuah syarikat yang dikatakan berpangkalan di Israel yang telah mendapat projek berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi di Bukit Aman.


Ulasan Saya


1. Bukankah sudah berkali-kali saya nyatakan bahawa Anwar Ibrahim suka membuka pintu fitnah? Dan bukankah sememangnya Anwar Ibrahim suka mempolitikan semua perkara, agar beliau kelihatan hebat, sekali gus rakyat akan melupakan masalah liwat dan perangainya yang suka berbohong. Anwar memang suka buat isu - walaupun hakikatnya sesuatu perkara itu boleh diselesaikan dengan cara mudah, tanpa melibatkan media, tetapi Anwar suka publisiti dan suka cmencipta isu, agar beliau sentiasa relevan. Tanpa isu - Anwar Ibrahim hanyalah insan biasa.


2. Isu berkenaan kononnya dalam PDRM terdapat perisik Israel adalah cerita kosong, lagi bohong dan tahyul yang sengaja diada-adakan, ia sengaja diwujudkan agar seolah-olah mempunyai hubung-kait dan kesinambungan dengan kisah APCO. Cerita ini sengaja dicipta agar rakyat melihat kepimpinan negara mempunyai hubungan tersembunyi dengan rejim Israel, sekali gus menutup hakikat keakraban hubungan Anwar Ibrahim dengan para pelobi Israel dan Amerika Syarikat yang semakin hari semakin terdedah.


3. Orang yang jahil pun akan mengetahui dengan mudah, sesungguhnya Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan rejim Israel - jika tidak, bagaimana mungkin Anwar Ibrahim berani mengkritik rejim Ziones tersebut secara terbuka? Bukankah ini semua adalah lakonan Anwar? tatkala suatu ketika dahulu, mantan PM, Tun Mahathir mengkritik Israel, maka beliau dikecam hebat dari seluruh pelusuk dunia - sehingga timbul cadangan daripada anggota Senat AS agar segera menyekat pelaburan Petronas di luar negara (agar mengajar Tun Mahathir) - inikan pula Anwar Ibrahim, dengan semberono mengkritik APCO dan negara Israel, tetapi yang pelik bin hairan, tiada sedikit pun maklum balas dan kecaman daripada AS mahupun Israel terhadap Anwar Ibrahim! Jika yang berkata itu ialah Tun Mahathir, pasti beliau akan dituduh sebagai anti-Yahudi atau anti-Israel. Sebaliknya, kerana kritikan tersebut terkeluar daripada mulut Anwar Ibrahim yang sememangnya bersengkongkol dengan AS dan Israel selama ini- maka, apa-apa yang dikritik oleh Anwar Ibrahim itu boleh dibaca akan maksud dan mesejnya oleh pihak AS, APCO dan Israel - kerana mereka tahu ianya hanyalah sekadar lakonan dan kepura-puraan atau pun dengan kata lainnya Anwar Ibrahim sedang bersikap Takiyyah dalam isu tersebut. Jika dengan DAP yang terang-terang memusuhi Islam boleh menjadi sahabat baik, apalah sangat dengan pihak Israel dan AS yang jauh dari mata.


4. Anwar sudah banyak membuat fitnah kepada kerajaan, sudah tiba masanya pihak PDRM menyaman beliau kembali. Anwar Ibrahim bukan manusia suci - dan beliau tidak juga kebal daripada undang-undang. Pada hemat saya, sudah tiba masanya beliau merengkok kembali ke dalam penjara - sudah banyak fitnah dan kekacauan yang dilakukannnya terhadap negara tercinta ini. Ekonomi Malaysia hancur kerana Anwar, pelabur keluar dari Malaysia kerana Anwar, unsur perkauman hangat, kerana Anwar - pendek kata, sejak Anwar Ibrahim keluar daripada penjara, negara Malaysia ditimpa bala tidak henti-henti. Tangan Anwar telah banyak mengotori dan mencemarkan nama baik negara - dan ini adalah kesalahan dan dosa Anwar yang tidak mungkin akan diampunkan oleh rakyat jelata. Wallahualam.


5. Kesimpulannya - Anwar Ibrahim perlu ditangkap!

14 comments:

yan17 said...

Tangkap Anwar Berahim letak kan dalam ZOO TAIPING.....

Anonymous said...

nuar dah lama tak dpt bontot tu broo.

tu yg meroyann tu.

Anonymous said...

Mana kau tau Azli kat Bukit Aman tu takde perisik Israel...sapa beritau kau...Musa Hassan??...tak kan dia nak ngaku...hak Anon ni sorang lagi..tak abis2 dengan main bontot..membaca malas.. bengap tahap cipan penyokong2 UMNO Baru ni..

Anonymous said...

Sepatut nya Anuar ni di bubuh dalam kandang buaya nak tengok siapa main buntut siapa baru dia nak bersumpah laknat pada buaya tu sekarang ni pun dia dah kena sumpah saiful tak lama lagi ja tu.

Anonymous said...

Fakta-fakta dijawab dengan fakta, bukan hanya kata penuduh itu pemfitnah. Apa anwar cakap ada substance walaupun tidak sahih lagi. Jawablah dengan subtance,
nanti orang cop blog ini macam pencacai je.

DR NO

Muhammad Azli Shukri said...

Dr No - kita perlu gunakan akal untuk mentafsir Anwar secara jujur - jika 16 september dan isu antantuya boleh diputar belit, apakah alasannya jika hal yang sama turut dilakukan oleh Anwar dalam isu PDRM ini. Anwar sudah banyak berbohong, tak kan kita masih nak percaya kata-katanya lagi..cukup..cukup la..banyakkan bertaubat..bila Anwar bercakap soal hubungan yahudi, mengapa apabila beliau dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah sebuah organisasi pro yahudi kita diam2 kan? takut untuk berkata yang benar ke?

dan soalnya sekarang siapa pula yang kasi tahu kat bang Nuar dalam PDRM ada perisik Israel pula? cakaplah terus..jangan sorok2..

Anonymous said...

DR NO,
Amenda lu Mamat??Anwar tu tngah meroyan n ckpbya bkn fakta tapi auta.Kalu betui bagi nama skali, jgn main serkap jrg je.Yg sokong membuta tuli nape, ingat le dia bkn nabi. Nak sumpah pun takut....poraah!!!Ini macam pun sarkis pun ramai pengikut (yg dah ilang akainya)

joegrimjow said...

kadang2 anuar cakap yang berputar belit tu diputar belit lagi dalam akhbar

last2
pembaca terbelit belit
haha

layan je la joe

Anonymous said...

Azli...

kenapa kat web KDN ada 2 kali APCO dtg berbincang? Ada sembunyi sesuatu ke?

Kalau dah tak ada hubungan diplomatik dengan Israel,patutnya hubungan perniagaan juga tak payah libatkan.Inikan pula dalam soal media,keselamatan dan pakej negara.

Ini sudah aneh... Dalam dok menafi tapi terkantoi dalam web KDN sendiri papar APCO dtg 2 kali.

Apa kes???

YANG GAMBI said...

Salam Azli, sepatutnya si Nuar ini sudah lama dinyahkan dari negara ini, beri dia membuat pilihan negara mana yg dia suka pergi.... sebelum disumbat dalam penjara Sugai Buluh.....

Muhammad Azli Shukri said...

Anony 8:43 - ini satu lagi jenis yang tak faham2 kalau dah keluar dalam laman web KDN maknanya tiada apa2 yang hendak kerajaan sorok kan. Malah, tak ada apa2 pun yang membahayakan kerajaan dalam soal APCO ni..yang bahayanya ialah manusia talam dua muka seperti Anwar..cakap berdegar2 kononnya negara dalam ancaman Israel, last2 terkantoi rupa2 bang nuar ni salah seorang ahli lembaga pengarah organisasi yahudi..lagi parah weh..

Anonymous said...

Anwar kata APCO jadi perunding kepada aspek keselamatan dan strategik negara. Dari siasatan dan kajian mendalam, APCO mempunyai hubungan kuat dengan individu dalam organisasi zionis. Kerajaan mengakui berurusan dengan APCO (web KDN). Liason ini berpontensi mengancam isu-isu keselamatan negara dan bercanggah dgn pendirian kerajaan dengan isu Gaza, Palestin dan polisi diplomatik dengan negara zionis. Anwar minta kerajaan buat kajian semula dan tarik balik. Kalau kerajaan tidak mahu bertindak, dicadangkan royal comission. Jadi, apa yang salahnya ???
Anwar memang mesra barat dan juga dunia Islam sebelah timur tengah kerana ianya penghubung kedua-dua tamadun sebagaimana beliau mesra pelbagai kaum di Malaysia. Ini persepsinya sebagai pemimpin universal sampai juga dicop mesra dua alam. Hakikatnya, hanya Allah yang tahu.
Btw, for sodomy II case, it's not so convincing to buy it.

DR NO

Johari said...

Kesan daripada sumpah mubahalah Saiful dan solat hajat oleh penyokong-penyokong Anwar, kebenaran telah ditunjukkan oleh Allah Subhanahuwataala bagi mereka yang mahu melihat.

1. Kegagalan rancangan mengambil alih kerajaan melalui pintu belakang pada 16 Sept. 2008.

2. Jatuhnya kerajaan PR negeri Perak kerana dua orang ADUN dari PKR keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

3. Tiga AP dari PKR keluar parti dan menjadi AP bebas dan seorang dipecat. Mereka telah membuka pekong Anwar Ibrahim tentang rancangan 16 Sept 2008 yang penuh dengan pembohongan sehingga melibatkan YDP Agong, ketua Angkatan Tentera, Ahli2 Parlimen dari BN dan Timbalan Speaker. Semuanya adalah pembohongan belaka.

4. Akibatnya hilang majoriti kerusi PKR di Dewan Rakyat. Sepatutnya Anwar bukan lagi menjadi Ketua Pembangkang kalau berdasarkan demokrasi. Jawatan itu sepatutnya disandang oleh Lim Kit Siang.

5. Penangguhan demi penangguhan perbicaraan liwatnya adalah satu bencana kepada Anwar sebenarnya. Tiap kali ia ditangguhkan semakin jelas kepada rakyat bahawa Anwar bersalah. Tak perlu hakim jatuhkan hukuman, rakyat sudah dapat menilainya.

6. Orang yang yakin diri benar pasti hendak perbicaraan dijalankan dengan segera supaya dapat dibersihkan namanya di Mahkamah. Lihat sahaja Saiful. Dia mahu perbicaraan disegerakan supaya dapat dibuktikan kebenaran tuduhannya. Apa yang berlaku terhadap dirinya adalah benar semuanya.

7. Anwar lari ke kedutaaan Turki apabila Saiful membuat laporan di Balai Polis adalah satu sifat tidak bertanggungjawab.

8. Kemudian menuduh bahawa nyawanya terancam sebab itu dia mendapatkan perlindungan di kedutaan Turki adalah pembohongan yang nyata. Sampai ke hari ini Anwar bebas pergi ke mana-mana di dalam negara, malah ke luar negara juga tidak diganggu.

9. Meminta-minta pertolongan negara asing untuk turut campur dalam kes liwatnya adalah satu perbuatan yang sangat hina sebenarnya.

10. Mana ada kes dalam dunia yang dibela oleh lebih dari 10 orang peguambela. Dalam pada itu takut juga untuk menghadapi perbicaraan. Senjatanya tangguh, tangguh, tangguh dan tangguh. Dah lebih 20 kali.

11. Yakinlah kalau Anwar dipihak yang benar, bila dicabar untuk bersumpah dia pasti akan melakukannya bukan sekali bahkan berkali-kali di seluruh masjid di negara ini. Bukan itu sahaja dia akan panggil media asing untuk merakamkannya.

12. Dan akhir sekali pasti dia minta supaya Mahkamah menyegerakan perbicaraannya untuk membuktikan kebenarannya.

13. Dan pasti jalannya ke PUTRAJAYA cerah.

14. TETAPI SEKARANG JALAN MENUJU KE SUNGAI BULUH YANG KELIHATAN SANGAT CERAH.

3.

Menongkah Arus said...

anwar ni bodoh...ibarat jelmaan dajal..semua dia ckp, org percaya..hanya org yg bodoh tak sekolah je yg percaya..yg bijak pandai kua universiti yg dok percaya dia, itu semua insan2 kecewa...

mnyesal aku ade senior UM mcm anwar ni, buat malu UM je!

kalau org upah aku sejuta, aku sanggup bunuh anwar ni...dia ni tak patut hidup bukan shj di malaysia, tp di dunia nie... kerana dia lah sesama melayu bergaduh, india-cina naik jadik samseng...