Tetamu Kehormat...

April 9, 2010

Anwar Ibrahim 2010 : 36 Jam Sebelum Bencana!


Anwar Ibrahim 2010
36 Jam Sebelum Bencana


KUALA LUMPUR 8 April - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa memperdaya ulama Mesir, Prof. Dr. Yusof Qaradawi berhubung dengan kes liwat yang sedang dihadapinya. Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli mendakwa, jawapan Yusof seperti tersiar dalam cakera padat video (VCD) yang kini diedar oleh PKR itu sebenarnya diberi berdasarkan pada soalan Anwar secara am. Menurutnya, soalan Anwar tentang pandangan syarak mengenai pertuduhan fitnah tanpa bukti dan saksi itu sudah pasti dijawab oleh Yusof secara jujur tetapi tanpa mengambil kira keterangan daripada mangsa dalam kes liwat Penasihat PKR tersebut.

''Sedangkan dalam kes ini saksinya ialah mangsa sendiri iaitu Saiful Bukhari Azlan dan buktinya adalah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sekali gus ia bukanlah suatu fitnah.

''Kini VCD yang memaparkan jawapan ulama itu sedang hebat disebarkan ke seluruh negara. Siri ceramah Ketua Pembangkang itu juga berterusan menceritakan kisah yang dikelirukan ini kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Mohd. Nazmi bagaimanapun berkata, Anwar masih takut mendepani perbicaraan kes liwatnya itu dengan menggunakan pelbagai helah untuk menangguh dan menggugurkan kes tersebut termasuk mendapatkan campur tangan negara luar.

''Anwar kerap ke luar negara dengan alasan diundang untuk pelbagai majlis. Tidak mustahil Anwar menjadi 'Thaksin Malaysia' dan tidak kembali lagi ke negara ini jika beliau berasakan akan tewas pada perbicaraan kes liwatnya kali ini," katanya. Dalam pada itu, katanya, kerajaan tidak boleh memandang ringan pendedahan Datuk S. Nallakarupan yang meramalkan beberapa tindakan mungkin dilakukan bekas rakan karibnya, Anwar demi 'survival' politiknya.

''Nallakarupan sangat mengenali Anwar dan mengetahui semua tipu helahnya setelah mereka bersahabat baik selama berpuluh-puluh tahun," katanya. Selasa lalu, Nallakarupan mendedahkan, Anwar berkemungkinan besar merancang menuntut kemerdekaan Sarawak jika PKR menang pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.


Ulasan Saya

1. Sudah agak lama saya memikirkan soal ini - iaitu Anwar jika terbukti bersalah dalam pertuduhan kes liwatnya dengan Saiful Bukhari, beliau kemungkinan besar akan mendapatkan suaka politik di luar negara. Beliau bukanlah pejuang yang benar-benar berani untuk berhadapan dengan kenyataan - hakikatnya jiwa Anwar Ibrahim adalah kosong dan jauh daripada kebenaran. Saya yakin - Anwar akan melarikan diri ke luar negara tatkala beliau berasa akan kehancurannya.


2. Sekali lagi saya tegaskan - Anwar Ibrahim merupakan fitnah al-kubra di Malaysia, beliau harus segera dihukum dan diadili. Sudah terlalu banyak kerosakan yang beliau lakukan atas nama demokrasi dan kebebasan bersuara. Kita harus bertegas dan bukan lagi mengasihi.


3. Kita juga tidak harus memandang rendah rancangan-rancangan jahat Anwar Ibrahim, malah izinkan saya mencadang agar DS Najib segera mengadakan perbincangan dan perjumpaan secara serius dengan semua ahli PKR dan rakan rapat Anwar Ibrahim yang sudah insaf untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan membaca pemikiran serta strategik Anwar Ibrahim berhubung langkah-langkah beliau dalam menghancurkan negara ini. Saya yakin, jika semua ahli PKR dan teman rapat Anwar Ibrahim yang sudah insaf ini bersatu padu dengan BN - Anwar Ibrahim pasti akan berkubur! Segera lakukan DS Najib! Pada saya sejak akhir-akhir ini Anwar tidak lagi memperjuangkan hak rakyat sebaliknya beliau sudah tidak lagi mengenal antara yang betul dengan yang salah - segala-galanya halal atas nama demokrasi dan suara rakyat. Manusia seperti ini sangat merbahaya kepada agama, negara dan bangsa.

24 comments:

Dr Butiq said...

Tangkap je sumbat kat kemunting tu.aman negara

Anonymous said...

Anwar aka andrew abram <<<< ala ala nama yahudi akan menerima pembalasan Allah SWT, cuma cepat atau lambat laun sahaja Allah SWT yang menentukan, berputarlah dengan lidah selama ada hayat dan apa bila masuk dalam liang lahat tiada sesiapa yang bolih membantu waima paul wolforwitz atau saudara rapat nya elliot abrams.

Baijat said...

Dia bukan seorang yang sesuai untuk menjadi pemimpin. Lebih sudu dari kuah.....

Anonymous said...

Saya suka ikut jalan depan,pandangan indah,nampak gunung ganang ,sejuk rasanya dan hebat.
Jalan belakang tanya ngan Bang Nuar.Yg peliknya pengikut2nya macam kena makan tahi.Tak boleh berfikir ke? Malas hendak jawab ,fikirlah sendiri.
Soalnya mana babut depan ke belakang?Bang Nuar ,Bang Nuar!!!!!!!!!!!!

anak ulamak said...

Hoi!!Korang apa tahu pasal Anwar. Dia adalah seorang ulamak dan ilmuan Islam. Dia bukan macam Najib yang bodoh tu. Anwar manusia pintar dan berjuang demi menegakkan demokrasi dan mengiktiraf semua agama. UMNO boleh iktiraf semua agama ke syurga ke macam yang Anwar iktiraf!!!

Anonymous said...

KHABARNYA NAJIB ADA 5 ORG ANAK LUAR NIKAH TERMASUK DGN ANTALTUYA. ANWAR TAK PERNAH ADA ANAK HARAM. BARUAH UMNO TOLONG JAWAB????

kaki jilat said...

Kalau dah asyik menutuh kat punggok jantan siang malam mana nak dapat anak. Bangang punya komen. Otak letak kat kepala kote kah?

Anonymous said...

ANAK POMPUAN AZMIN YG MCM MUKA NUAR TU HASIL BENIH SIAPA AGAKNYA YE...

Anonymous said...

Kawan dengar polis akan dedahkan hubungan Anwar dgn kumpulan pengganas antarabangsa. Pasti gempar. Lebih gempar dari kisah hubungannya dengan Yahudi

rich said...

Saudara Anonymous,

Saudara sebut 'khabarnya...'. Maknanya saudara pun tak pasti juga.

Jadi kenapa terus percaya kononnya Najib ada hubungan dengan altantuya? Buat apalah cari dosa kering memfitnah Najib .

Saudara kenalkah dengan "5 anak haram" tersebut?

Anonymous said...

korang ni bukan tak tau,,puak2 pencacai blakng taruk ni suka amik perkhabran dr mulut pemimpin mereka..GajahNuar depan mata dah tentu Israelnya,blakang taruknya,rasuahnya..depa ni semua ikutttt,,,dah la tu,,,


bacokbugis

Anonymous said...

Org macam ni tak perlu ada didalam negara kita bolih memecahkan antara kaum dan ugama islam di harap Ds Najib haru buat sesusatu sebelum terlamabt kerana Anuar ni akan buat negara ini akan jadi huru hara 1974 siapa yg buat huru hara di UM sehigga terjadi rusuhan pelajar pihak polis terpaksa berperang dengan pelajar kian hari kian ramai yg menentang kerajaan siapa dalang nya dari itu KDN buat sesuatu sebelum rakyat muak dengan KDN.

Anonymous said...

'KHABARNYA NAJIB ADA 5 ORG ANAK LUAR NIKAH TERMASUK DGN ANTALTUYA. ANWAR TAK PERNAH ADA ANAK HARAM. BARUAH UMNO TOLONG JAWAB????'cakap je tak guna....kalau ada bukti tunjuk laa sapa anak luar nikah najib...

merah_s said...

Sila jangan buat tuduhan yang melulu.. Berhati2 dengan lidah kalian yang sememangnya mudah terbakar dek api nuraka tu...

bayan said...

Jangan menuduh pemimpin negara yg bukan2.Tak ada feadahnya.Kita lihat pemimpin negara no 1 bekerja bersungguh sungguh utk rakyat dan negara.Baru setahun beb macam2 peningkatan yg di sukai rakyat.Bukan melaga lagakan rakyat.Ini tak Bang Nuar kaki goblokkan pengikut2nya.Yg masalah pengikut2nya pun goblok juga.Inilah masalah yg dihadapi oleh perdana memteri kita Dato Sri Najib.
Justeru itu sama2 kita fikirkan bagaimana hendak memajukan bangsa melayu dimata dunia.Fikirlah beb!!

AntiKJ said...

Salam Bro,

Anwar Ibrahim tu peliwat, pembohong besar, barua Yahudi, sifu kepada beruk itam dan PENGKHIANAT NEGARA.

Selamatkan Malaysia dari PENGKHIANAT NEGARA!

sejarah hitam sekor beruk klik sini

Anonymous said...

bukti akal, tiada apa yg boleh menuduh dia seorang peliwat....
saya yakin, dia takkan boleh lari mana kalau dia akan dihukum..
sebab dia yakin dia takde bukti...
semua tuduh dia ajen yahudi, so apa yg dia dedah skrg ni, semua terdedah, kerajaan dibawah najib lah yg sekutu bg rejim zionis.....
aku bukan lah taksub....tp kite ade akal budi, mana yg kaca, mana yg intan....
najib lagi teruk dari pak lah.....

Muhammad Azli Shukri said...

kesimpulannya - Anwar hanya membawa bencana kepada negara sahaja.

Tinta Emas said...

lempang je anuar 10x pastu sumbat dalam penjara. biadap dia ni. dari muda sampai ke tua, tak pernah berubah perangai jahat dia ni.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2 semua

Anonymous said...

Anon 10 Apr.2010 5.45PM

Bukti apa yang dikehendaki lagi. Dari ujian DNA sah, terang dan nyata bahawa air mani yang terdapat di dubur Saiful adalah kepunyaan Anwar.

Kalau dah yakin tak bersalah kenapa tak berani nak bersumpah sebagaimana yang dilakukan oleh sdra Saiful.

Janganlah nak berselindung dibalik daun sehelai. Saudara lakukan solah istikharah berulang-ulang kali, insya Allah akan diberi pertunjuk oleh Allah.

Jangan terlalu taksub. Sebab aku pun pernah jadi penyokong kuat dia selama 16 tahun. Kamu mungkin baru belajar berjalan masa itu.

Anwar adalah seorang yang sangat licik. TDM dan banyak menteri2 pun dapat ditipu, inikan rupa saudara. Macam mematah kacang sahaja baginya.

Aie

Anonymous said...

Liwat adalah soal agama. bukan mahkamah persekutuan yg layak untuk mengadili. mahkamah syariah yg selayaknya. kenapa para hakim tak mau bawa kes ni ke mahkamah syariah? dah tak percaya kepada agama islam atau hakim muslim ke?

isu ni perlu qazaf. takat sumpah dlm masjid dengan menipu kata saksi adalah Imam, boleh pakai ke? Pendaftara Nikah Cerai Rujuk dikatakan Imam. apa punya simple mistake la kome buat ni.

dulu dah teruk 15 tahun kena fitnah. aleh2 mahkamah dunia ciptaan puak UMNO jugak yang bebaskan Anwar sebab tak ada bukti. sikit punya naya ke?? Sian ler anak isteri dan keluarga Anwar. ce kena kat Bapak atau Tok korang. Mana nak letak muka?? dalam lubang mayat atau lubang taik kot???

peliklah korang ni... yg hak tak diletakkan pada tempatnya. itu namanya tak adil, zalim atau menganiaya. maka di akhirat kelak tunggu ler mahkamah yang paling adil disisi Allah swt.

kalau anwar disabitkan salah di mahkamah syariah, maka aku pun turut setuju dengan kenyataan tu. tapi kalau mahkamah yg Mr Korek Korek Korek, aku minta maaf ler. banyak sangsi!

tengok karekter saiful sudah ler. aku bekas pelajar UNITEN. satu kampus dan pernah bergaul dengan dia masa MPP. sudah laa... terlebih kuah dari sudu. ni ler jadinya... lu pikir sendiri la saiful....

Gedung Akal said...

kah...kah..kah..Melayu sudah yakin anwar adalah barua dan pemfitnah..kah...kah..kah rupa2nya Anwar bukannya kena fitnah tetapi memfitnah....kah..kah..Melayu sudah belajar semantik hukum fitnah kah...kah..kah..

kainpelikat said...

Assalamualaikum wbt.
Kepada saudari/ri muslim. Kjayaan seseorang hanya apabila akhir kalamnnya dapat sebut kalimah.

Soal neraka surga adalah rahsia Allah. DS Najib atau Anuar Ibrahim adalah muslim.

Cukuplah perpecahan umat islam di luar negara, takkan kita di Malaysia juga nak bertikam lidah sampai hilang warasnya?