Tetamu Kehormat...

April 25, 2010

12 Sebab PKR Tumbang di Hulu Selangor


12 Sebab
PKR Tumbang Di Hulu Selangor


Mengulas kemenangan BN yang sudah dijangkan di Hulu Selangor - bukanlah terlalu sukar, malah kemenangan dengan majoriti hampir 2000 undi itu sebenarnya adalah mesej tersirat rakyat kepada Anwar Ibrahim - sesungguhnya, "Kami rakyat jelatan sudah bosan dan muak dengan permainan politik kotor kamu selama ini." Rakyat mahukan keamanan dan keharmornian, bukan caci maki dan umpat keji. Ada beberapa pengajaran dan analisis yang boleh kita simpulkan dalam keputusan di Hulu Selangor, antaranya :

1. Rakyat tidak suka calon wakil rakyat mereka "orang luar".

2. Peribadi calon masih menjadi pertaruhan penting untuk menentukan kemenangan pada saat-saat akhir.

3. Jelas - peranan blogger semakin mendapat tempat dalam menentukan isu-isu politik dan mewujudkan mood bagi isu nasionl dan setempat. Dalam hal ini, ucapan tahniah harus ditujukan kepada para bloggers pro-kerajaan yang bijak memainkan isu Zaid, sehingga hampir semua blogger pro-pembangkang lumpuh sama-sekali.

4. Rakyat sudah dapat mengenali watak Anwar Ibrahim yang sebenar - semakin ramai pemimpin PKR keluar parti, maka semakin terhakislah kepercayaan rakyat kepada Anwar.

5. Kemenangan ini juga merupakan hasil doa PM, DS Najid yang teraniaya dan dizalimi oleh Anwar dengan kuncu-kuncunya berhubung isu Altantuya. Kita tahu, sesungguhnya doa orang teraniaya akan terus dimakbulkan oleh Allah.

6. Peranan Tun Mahathir juga menyumbang kemenangan BN di Hulu Selangor - kehadiran Tun Mahathir dan DS Najid dalam pentas ceramah yang sama, membuktikan kesepakatan dan saling menguat antara satu sama lain.

7. Banyak isu yang dibangkitkan oleh Anwar dan para pemimpin pembangkang memakan diri mereka sendiri - isu APCO tidak memberi apa-apa makna, isu ini tidak lebih daripada isu syok sendiri parti pembangkang, akhirnya terbukti Anwar Ibrahim yang sebenarnya mempunyai hubungan yang rapat dengan negara musuh Islam itu. Isu Zaid minum arak dan mempunyai kuda lumba, cuba dipertahankan oleh PAS, malangnya rakyat benci sikap hipokrit PAS dalam mempertahankan Zaid. Kehadiran Nik Aziz di Hulu Selangor tidak banyak mengubah keadaan politik di sana.

8. Keluarnya Dr. Halili, Bendahari PKR Hulu Selangor yang juga merupakan doktor peribadi kepada Anwar pada suatu ketika dahulu dan mengisytiharkan masuk UMNO, telah melumpuhkan terus jentera pilihan raya PKR, sehingga PAS terpaksa mengambil alih tanggungjawab tesebut.

9. Sikap provokasi pemuda-pemuda PKR yang keterlaluan, menyebabkan masyarakat menyampah dan melabelkan mereka sebagai kaki samseng dan pengacau.

10. Ahli-ahli PAS berpecah dua - terdapat ahli PAS yang tidak menyokong Zaid sebagai calon di Hulu Selangor, ahli-ahli PAS yang tidak menyokong Zaid ini semakin bertambah - tatkala mengetahui hakikat latar belakang kehidupan Zaid yang sebenar. Lantaran itu - Zaid telah menerima undi protes dan terdapat ahli-ahli PAS yang tidak keluar mengundi kerana tidak bersetuju dengan pencalonan Zaid.

11. Sikap dan cara calon BN, Kamalanathan melayani penduduk setempat, sangat menyentuh perasaan. Beliau tidak bersikap racis - malah terbukti perwatakannya disenangi ramai pihak.

12. Perpecahan dalam kalangan ahli PKR di Hulu Selangor, ditambahkan pula dengan begitu ramai pimpinan PKR keluar parti, menjadikan PKR parti yang sudah tidak relevan lagi di Hulu Selangor. Ketiadaan kelibat Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin di Hulu Selangor, seolah-olah mengesahkan lagi kemelut yang melanda parti tersebut.

Inilah antara analisis awal saya mengapa PKR tewas di Hulu Selangor - namun demikian, lebih jauh daripada itu, saya merasakan BN dan UMNO perlu melipat gandakan usaha bagi menarik sokongan rakyat kepada BN dalam pilihan raya yang akan datang. Walaupun BN menang dengan majoriti yang lebih besar daripada kemenangan PKR dalam PRU-12 yang lalu, tetapi, jika kita tidak berhati-hati, maka majoritinya bisa sahaja bertukar tangan. Walau apa-apa pun syabas untuk BN! Ini merupakan kebangkitan awal 1Malaysia!

53 comments:

PenaKiri said...

salah tu, kemenangan malam ini merupakan petunjuk rakyat masih bersama PKR.. cuba lihat betul2, semua DUN BN yg menang, maknanya BN patut dapat 6000 majaroti..
Sejarah menunjukan yang TS Khalid kalah di PRL Ijok, tapi menang kembali PRU 08 dengan bergaya dan menjadi MB Selangor..

Muhammad Azli Shukri said...

soal patut dapat 6000 undi hanyalah andaian...Allah Maha Berkuasa..ini hanyalah sedikit pengajaran yang DIA berikan kepada kita.

PenaKiri said...

Jumlah undi PKR
2008 : 23,177

2010 : 23,272

Bererti kenaikan sebanyak 95 undi.

Hulu Selangor merupakan kubu kuat UMNO.. Jika ini dijadikan penanda aras..dimanakah UBN PRU 13?

Muhammad Azli Shukri said...

undi PKR naik 95, bagaimana pula undi BN? naik berapa pula? sudah dikira ke?

CUCU TOK WAN said...

Dah masuk ke belum undi rosak, penakiri?

cikgulee said...

Doa Nik Aziz tak pernah makbul...hahahaha

Anonymous said...

mcmnilh wahai org PR...

PR ni bnyk dapat undi dtg daripada kaum cina.cina bnyk skong PR sbb diorg suka pd zaid tp bkn melayu.kajian menunjukkan sokongan terhadap PR merosot kepada xsampai 40% pn tp kenaikan undi cina kepda 80%.tu sbb PR dpt bnyk undi.ini fakta bkn auta.

Anonymous said...

hari ini dan malam ni memang satu hari yang sangat menggembirakan tahniah kepada calon BN diharap anda akan dapat menunaikan tangunggjawag sebagai wakil rakyat dengan baik, jadilah seorang yang lebih baik daripada bekas wakil rakyat yang lalu....hidup umno-bn

Muhammad Azli Shukri said...

semoga kemenangan ini akan memberi pengajaran kepada Anwar

bayan said...

PenaKiri, terima lah kenyataan.Pengundi Hulu Selangor menolak PKR.Gentlelah sikit.Dah kalah banyak songel pulak.Kalau menang dunia ana yg punya.

Anonymous said...

Malam ini MElayu kembali bersatu.
Cina memang selalu begitu.
Satu lagi Kitol rebah tak berbangku.
Berita ini sungguh gembira untuk ku.

Anonymous said...

Salam,

Tahniah BN kerana menang, tapi belum kesemua 6,000 majoriti ADUN memilih Kamalanathan, kenapa ?

Post mortem MESTI buat segera - don't be complacent.

Adekah mereka tak undi BN kerana utk menunjukkan mereka mahukan org UMNO sebagai calon ?

ALLAH KNOWS BEST.

Nani Cheras

Anonymous said...

Kaum Cina tak mau undi BN Lagi, PM kena siasat MCA,dan kuburkan POLITIK ANWAR DAN NIK AZIZ CEPAT CEPAT SIKIT.GERTAK SIKIT NIK AZIZ TU RAJA PUN DIA SANGGAH,BANGSA MELAYU PELAQ LAKNAT,ULAMAK KUNUN.

ANWAR TU KURUNG CEPAT CEPAT SELAMAT MELAYU.YAHUDI NI, SAJA DIA BERTOPENG PEJUANG KEADILAN. PENGKIANAT NOMBOR 1 MALAYSIA.

anti kit siong said...

Tahniah BN menang ! Tapi undi cina solid sokong pembangkang. Mereka dapat macam-macam peruntukan tapi masih undi pembangkang. BN patut kena ubah pendekatan. Undi baru beri peruntukan. Itu aje cara mengajar mereka.

Anonymous said...

saya setuju.PR sudah nampak banyak kelemahan. memang sebagai pembangkang sebelum ini mudah utk menuduh itu dan ini. tetapi bila memerintah barulah tahu langit tu tinggi ke rendah.

Anwar pun sudah terbukti budaya politiknya yg cukup...(sendiri paham la)

Ms Pearl said...

I dont blame the chinse for not voting BN today.

tahun 1999 tahun getir where orang melayu terlalu taksub kepada Mr Anwar sehinggakan undi melayu menurun and at that time undi cina majority kepada BN! Kiranya masa itew Gerakan dan MCA buat kerja!

Today or tonite undi cina kepada BN sungguh teruk! MANA MCA? MANA GERAKAN? jawapannya ada ada ada TAPI SEKADAR ADA KERJA TAK BUAT!

nak tunggu Ah seng or Ah Leong yang bertanding kot? BARU MCA DAN GERAKAN NAK panaskan engine ye?

not the chinese but parties whom represents them yang HARUS DIPERSALAHKAN

yes THE TRUTH IS UGLY!

Ms Pearl said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Yang menang ialah kata-kata ini.." Esok menang, hari isnin lulus peruntukan ". Padang sentiasa tidak rata. Tsunami perkara luar jangka. Selepas ini gunung berapi macam kat Iceland.

DR NO

Anonymous said...

yg mustahaknya org2 melayu sudah sedar siapa anawar sebenarnya. seorang munafik dan peliwat tegar.

org cina tak ikut kata pemimpin politik mereka. mereka ikut kata dewan m'rakat cina mereka.

mereka ada objektif dan got nothing to loose. org melayu la yg kena sedar diri.

cuba kalau melayu bersatu, pas dan umno, aku rasa mau 100% pengundi cina undi BN.

pemerhati
bkt. damansara

Anonymous said...

yg mustahaknya org2 melayu sudah sedar siapa anawar sebenarnya. seorang munafik dan peliwat tegar.

org cina tak ikut kata pemimpin politik mereka. mereka ikut kata dewan m'rakat cina mereka.

mereka ada objektif dan got nothing to loose. org melayu la yg kena sedar diri.

cuba kalau melayu bersatu, pas dan umno, aku rasa mau 100% pengundi cina undi BN.

pemerhati
bkt. damansara

Gopal said...

Tak kira lah berapa undi pun yg BN menang janji BN menang dulu 198 tapi sekarang lebeh 198 bermakna rakyat tolak PKR sekiranya ada lagi PRK di selangor PKR akan berkubur 2 tahun rakyat bagi peluang tapi tak buat apa apa pun rakyat yg susah BN jadi pilihan betul lah kata DS Najib BN bagi pinjam kat PKR sekarang BN ambil balik kerana PKR tak buat apa apa pun yg tahu kaut harta takut kalah PRU 13 nanti.HIDUP BN HIDUP DS NAJIB.

matrengganu said...

Lagi satu sebab...........

Mulut NAjis cupar sangat. Kalau pegi rumah orang jangan la komplen tandas sempit pulak...

Anonymous said...

Yg menang x menang smua, yg kalah x kalah smua..(pnjam ayat hishamuddin jap). so yg menang jgn bgga sgt.Tp kalu bN kalah mlm ni pun, pkR tetap terima kesan buruk. Ramai yg dh berhijrah kn. Org cina undi PR bkn sbb pkr tp sbb DAP. Meka ingat kalu PR dapat perintah negara meka akan jd tuan, mlayu jd mcm red indian kat amerika tu. Dpt tanah rizab yg kecil jer, hdup mcm org hutan kat sepilok tu harrr. Nk ke mcm tu???? Cina ni x kira r MCA,GERAKAN,DAP,Pkr smua nyer sama. Licik mcm yahudi. Pegangan hdup meka mudah jer. "naik la kapal yg mana pun asalkan sampai ke destinasi yg sama". Boleh paham mksud aku org ISLAM smua?? Org kapir akhir zaman ni mmg pikir byk lapis dlm buat sesuatu, cuma org islam jer yg pikir selapis. Meka ingat meka hdup d zaman khalifah dulu yg agung & ckup kuat sbb tu slalu pikir kita xkan d sembelih kono nyer kita ramai.. Jd kalu meka blh buat helah, kita pom blh buat jugak, cuma cari jalan jer.. Jadi2 la tu b"gaduh nyer. Setakat gaduh mulut x sampai ke mana. Hati jer yg sakit, jurang p"paduan plak b"tambah jauh. Yg untung kapir harbi. Kalu gaduh sampai mati xpe lah jugak. Blh la doktor pelatih guna mayat2 korang buat praktikal mahirkan dr diorang. Xpon kalu gaduh sampai mati ramai, blh la tanam myt korang smua dalam satu perkuburan besar buat petroleum..(hehe gurau jer). jd apa yg aku kata ni pikir2kan lah. Kalu stuju post la kat org lain supaya buat pedoman...

Ikhlas drp: ABG SA KORANG.

Muhammad Azli Shukri said...

yang merisaukan kita ialah undi Cina yang masih lagi menjadi tanda-tanya

Anonymous said...

dulu kata lebih 1 undi kira menang tp sekarang................

Anonymous said...

mazlan aliman juga boleh dikatakan penyumbang ke 13 sebab kekalahan PKR, kat kampong pun dia tak laku pegi kacau negeri orang buat apa.

Sebab ke 14 ialah zaid dipilih oleh pkr bukan pr

Anonymous said...

Zaid dipilih oleh PKR dan PKR mestikan semua dalam pr kena patoh manakala kamalanathan dipilih oleh BN setelah dipersetujui oleh rakan2

Anonymous said...

pkr bertanding di Hulu Selangor PAS beriya2 bantu kerana zaid sebangsa, kita tunggu dan lihat macamana pula cara pas bantu calon DAP di sibu

Fokus Selangor said...

TAHNIAH BN MENANG...ALHAMDULILLAH. namun masih perlu perbaiki bbrp kelemahan. bagusnya hulu selangor adalah krn hanya ada 1BN.

ChiLaBaey's said...

Alahamdulillah dengan kemenangan BN di Hulu Selangor... Kampung bapa saya tu... Muak dan jelak dengan permainan dan sikap2 pemimpin PKR dan senagkatan dengannye... :)

Anonymous said...

MUHAMMAD AZLI SHUKRI... KO DAH POS KAN APE YG ABG SA KO KATE KAT SMUA MEMBER2 BLOGER KO KE??? LAGI RAMAI KO ANTO LG BAGUS. BOLEH SEDORKAN RAMAI ORG MELAYU ISLAM YG DI PECAH PERINTAH SECARA X SEDAR TU HARRR...

Anonymous said...

alhamdulillah BN menang..tempat aku di felda sini waktu mengundi siang tadi lagi haru.ada ker patut peraih undi PKR masuk kampung orang meraih undi pastu cakap orang kampung sini 'orang bodoh'...hua..hua..hua..nasib tak kena balun dgn penduduk tempatan yang tak kira BN atau PKR sendiri.nampak sgt apa jenis mentaliti terdesak golongan macam ni.

kekadang aku heran gak apa motif slogan depa "selamatkan malaysia?"..daripada apa?kita dah lama merdeka..ker nak selamatkan malaysia daripada pemerintahan melayu?..biar kita jadi boneka dibumi sendiri?

lepas ni yang tua tua dah lagi 2 hari nak ke rahamattullah tu dari terpekik terlolong meraih undi adalah lebih baik buat amal dari memecahbelahkan bangsa sendiri..lebih baik "selamatkan bangsa sendiri daripada perpecahan daripada dok sibuk nak selamatkan malaysia yang dah lama merdeka"

kadiology said...

undi cina masih kekal pada PKR. mau dekat 80%
undi india boleh di katakan lebih sedikit condong pada BN dalam 52%

yang menyelamatkan BN ialah undi melayu ..

majoriti walau pon 1700 lebih tapi kita boleh congaklah, dalam satu2 kawasan parlimen atau DUN yang mana pengundi melayunya hanya sekitar lebih kurang 53% ke atas, BN boleh menang TIPIS.

BN skarang hanya perlu MCA buat kerja. MCA pon baru nak pulih, pemilihan parti dia baru selesai sebulan lepas. tak sempat nafas lagi. so kita tunggu aje.

apa pun aku gembira sebab undi melayu terutama dari felda amat SOLID kepada BN. tahniah.

Anonymous said...

ini pagi aaa, wa mau tingok dlm akauan itu Persatuan Pengurusan Sikolah Cina ala ka talak ka itu wang 3 juta. Itu wa punya Plaim Minister aaa sulah janji mau kasi itu wang 3 juta. sulah menang hali Ahad, dia mau kasi wang hali Isnin.

tapi wa talak sinang hati lor, pasai apa itu sulau dia kasi 300 ribu saja? nanti kawan2 melayu wa aaa semua naik angin.

apa itu najib boloh kaa?? manyak syioookk la kalau hali hali ada pilihanlaya kicik. tuntu banyak janji manis tabur sana sini mcm itu cilit ayam!

politik melayu aaa, sinang mau baca. haiyaaa...buat apa mau belajar dari Yahudi? Belajarlah dari Cina. lu olang punya Nabi Muhammad ada cakap itu macam maaaa...

apa pasai boloh sangat?

Kay4 said...

Saya setuju dgn Pemerhati Bkt Damansara, Melayu perlu bersatu dan Undi Cina Pasti meyebelahi BN.Sekarang ni mereka adalah penentu untuk memenangi sesuatu pilihan raya dan mereka akn gunakannya untuk menuntut mcm2.Sekiranya orang Melayu bersatu mereka akan kembali menyokong bukan kerana mereka suka tapi terpaksa.Bagi saya biarlah UMNO menjadi parti orang melayu,walau ada cacatnya kita bole perbaiki...UMNO tidak bersalah cuma pelaksana yang ada dlm UMNO saja yang kita tak suka ..jadi baiklah kita singkir dia dari kita buangkan UMNO.Marilah kita semua dari PKR dan Pas Kita kuatkan UMNO. Hidup Melayu.

Anonymous said...

HARI PENAMAAN CALON: 17HB
HARI MENGUNDI: 25HB
MAJORITI: 1725

ALLAH MAHA BIJAKSANA

Anonymous said...

ha.ha. BN menang
1) serang peribadi calon
2) projek mee segere
3) naik papan tanda serang peribadi calon. menghina parti lawan.
4) minggu tu jugak lah bagi wang bantuan.
5) minggu tu jugak lah bagi sijil beranak yang tertangguh.
6) adakan pameran mao besar-besaran.
7) pengundi dipindahkan beramai-ramai ke selayang(ade bukti)
8)iklan dalam tv (yg due org bdk naik basikal..huhu)

tu ape yang saya nampak sebagai orang awam yang tak tahu ape2 pasal politik.
bn menyalah gunakan kuasa yang ada.
berpolitik secara tidak bermoral.

allah menyukai hambanya yang bertaubat. begitu jugak dgn zaid. jika dia dah bertaubat knape dibangkitkan lagi. siap edit lagi gambar-gambar tu? sedangkan banyak lagi dalam kalangan pemimpin yang tak bertaubat?

walaupun PR kalah disini. jangan ingat kami akan kalah buat selamanya. kami akan bawa islah kepada malaysia.

kami akan berusaha sedaya upaya.biar ribuan tohmahan datang melanda. biar ribuan halangan menimpa. kami akan sentiasa ingat siapa yang mnzalimi kami. siapa yang merampas hak kami. akan kami catitkan kalimah allah di perlembagaan agar tertegaknya hukum allah yang satu masa dulu dihina oleh mereka..

biar kami kalah disini insyaallah kami menang disana.
"jgn kamu sanggaka mereka mati(kalah) malahan mereka hidup disisi tuhan mereka"

org BN.. cube tengok kembali kebelakang.. jgn fanatik sangat.. renung kembali kedudukan anda menyokong BN. saya pernah seketika berjuang dengan mereka. tapi saya sedar betapa korupnye mereka..

aku pelik said...

ni benda paling lawak pernah aku dengar, si kit siang dah tuntut dah,w/pon org2 die tak undi BN pun...

"Would MCA Ministers and Deputy Ministers resign if Najib does not honour his Hulu Selangor by-election promise to issue RM3 million cheque today for building of new Rasa Chinese primary school?"

qoute from here ;
http://blog.limkitsiang.com/2010/04/26/would-mca-ministers-and-deputy-ministers-resign-if-najib-does-not-honour-his-hulu-selangor-by-election-promise-to-issue-rm3-million-cheque-today-for-building-of-new-rasa-chinese-primary-school/

Warisan said...

Tahniah kepada BN kerana menang PRK Hulu selangor.

Terima kasih kepada Anwar-master mind, Azmin-Pengarah Operasi dan N.Ajis yang melengkapkan lagi majlis menulis nama atas batu (batu nesan PKR, DAP dan PAS)

Yang berjaya dalam PRK ini ialah Anwar, Azmin dan N.Ajis + Ah Sang Ah Lee .... yang lain-lain jadilah seperti Lung Chai terjun dengan babi-babinya.

Kepada orang melayu dalam PAS dan PKR... timbang-timbanglah.

halim tuah said...

berceramah di PRK Parlimen Hulu Selangor bertajuk "ANWAR IBRAHIM TAGHUT YAHUDI APCO" di http://www.youtube.com/watch?v=4omw9YYzd6Q

Anonymous said...

Nor Azman bin Sukerman said...


Buat Saudara pis, orang Cina tidak mengundi bN bukan kerana mereka mengharapkan projek. Mereka mengundi BN pun bukan kerana projek. mereka sanggup mengundi pas pun bukan disebabkan benda dan mereka mengundi DAP pun bukan kerana Cina mereka. Sebenarnya mereka adalah kaum yang merdeka jiwa dan pemikiran. Mereka mampu untuk menentukan sendiri perjalanan hidup mereka tanpa diatur oleh orang lain walau pun bukan di negara mereka sendiri.

Susah senang masyarakat Cina di malaysia dan di mana saja lebih bergantung kepada usaha, ikhtiar dan keyakinan diri mereka sendiri. Oleh kerana kesenangan yang ada pada mereka adalah hasil dari titik peluh mereka maka mereka tahu menghargainya dan cara mereka menghargai kejayaan mereka adalah dengan memerdekakan diri dari penjajahan jiwa dan pemikiran. mereka tidak terbelenggu dengan ugutan, projek, kata manis, janji dan apa sahaja dari mana-mana pihak. Kini mereka menyatakan yang mereka sebenarnya merdeka dengan mampu menolak janji 3 juta untuk sekolah Cina dari oKU dalam BN. Semangat inilah yang Oran Malayu harus belajar dan contohi dari kaum Cina. Bukankah kita sering mendengar "tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China"? begitu banyak tamadun, China yang Rasulullah pilih untuk dicontohi oleh orang islam. namun perkara seperti ini memang menjadi kebimbangan di kalangan OKU dalam BN.



April 26, 2010 10:16 PM

Anonymous said...

" JIKA MENANG ESOK,HARI ISNIN BAGI PERUNTUKAN "
Adakah ini belum dinamakan rasuah / beli undi?

DR NO

Anonymous said...

ulasan kite.....
walau media dan jentera yang hebat dari BN mengasak PR, tp undi PKR masih stabil....
tak pernah sejarah PRK, PM turun bermati2an di HULSEL....
good job bn....menang dalam menggelabah sebenarnya...
kawasan Felda mmg terpaksa memilih BN...tak beri undi pada BN dianggap tak kenang budi, sampai mati pun diugut cara begitu...
inilah budaya politik ala tikus....

anyway, marilah bersama-sama ahli Perkasa membaca doa selamat di rumah MP baru kite ni.. katanya nak beli rumah di sg buaya kan....

Anonymous said...

Soal brapa majoriti tu tak mustahak.Yang perlu kita tengok tu ialah, siapa itu Zaid dan siapa itu Kamal.Sebelum ini, siapa yang tak kenal dengan Zaid.Bekas ketua UMNO beb,bekas menteri beb, orang kaya beb dll beb.Siapa pula yang kenal sangat dengan Kamal ni?Itu pun dia boleh menang.Hah, yang itu yang perlu kita tengok.Dapat 24000 lebih undi lagi.Amacam , nampak tak?Dalam amalan demokrasi ni,kelebihan satu undi pun dah kira menang dan yang kalah tu kena terimalah.Janganlah merapu macam kera sumbang.TAHNIAH BN

Anonymous said...

TAHNIAH KEPADA SEMUA BLOGGER PRO-KERAJAAN KERANA ANDA ADALAH SATU ASET MENYUMBANGKAN KEMENANGAN BN DI HULU SELANGOR.BN WAJIB MENERUSKAN MOMENTUM KEMENANGAN DI HULU SELANGOR BAGI MENGEKALKANYA DI TEMPAT LAIN TERUTAMANYA DI PRU YANG KE 13.

Megat Alam Gempita said...

Tuntutlah ilmu sampai negeri China, bukan setakat belajar yang positif dari China tetapi perlu kaji juga yang negatif dari China agar kita tidak mudah dikelentong oleh mereka terutamanya golongan opportunis cauvinist ultra kiasu Dajjal Alliance Party (DAP.
Hai RM 35 juta kalau buat UiTM kan bagus dari bg kat "puak-puak" yang tak tau diri dan bersyukur...MCA n Gerakan tolong celik sikit.

Anonymous said...

would khalid gagap resign kalau kerajaan bn tunaikan janji beri grant rm 3m untuk srjk(c) di rasa. pr jgnle cabar lawan saja tapi should be ready to do likewise. Kit siang pun dah jadi mem anwar. contageous ya!!!

Pena Agenoz BERBISIK... said...

SALAM UKHWAH & SALAM 1 MALAYSIA

MAAF PAB BERBISIK...

PAB AMAT PELIK DENGAN GOLONGAN PR NIE... SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.. TAPI MASIH BERKOKOK WALAUPUN EKOR TERPALIT TAHI SENDIRI..

INGAT.. KITA UMAT ISLAM.. KALAU RAGU2.. BUAT SOLAT ISTIKHARAH... BARU TAU SIAP SEBENARNYA BENAR DI SISI ALLAH.. JGN ASYIK SOKONG, PUJI DAN MENDEWAKAN PEMIMPIN MEMBUTA TULI...

KALAU KALIAN TAK KESIAN DIRI SENDIRI... KORANG TGK RENUNGAN MATA ANAK..ATAU ADIK ANDA... FIKIRKAN YANG TERBAIK UTK GENERASI MEREKA.

KPD PENYOKONG PR "JGN HANYA KERANA DENTUM KILAT DI LANGIT.. AIR TEMPAYAN DITUMPAHKAN KEBUMI.

WASSALAM
SAYONARA...

Anonymous said...

Pengundi pengundi di hulu Selangor tak kan memilih kaki botol dan kaki kuda untuk di jadikan wakil mereka ke parlimen, lebih lebih lagi dia dari parti konek reput pkr. lu fikirlah sendiri. Anak jati Hulu Selangor.

berita lembah pantai said...

Yang kesiannya PAS teruk kena dalam PRK HulSel ini. Malah dalam blog penarik beca, ada komen kata Haji Hadi pi mancing kat Maldives time kempen, biar benar!

Analisis Hulu Selangor (1): PAS Biggest Loser?

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas komen tuan2 semua

Anonymous said...

Kalaulah kemenangan diukur sebagai kebenaran, kenapa Palestin tidak menang-menang lagi di dalam konflik dengan Israel yang sudah ternyata zalim dan kejam itu. Kalau duk bergelumang dengan rasuah / politik wang di peringkat tertinggi janganlah mengaku di pihak yang benar.

DR NO

datoadil said...

SIAPA MENANG, SIAPA KALAH?

1. Dalam perang ataupersaingan, ada yang menang ada yang kalah. Ada yang lulus ada yang gagal. Tetapi yang kalah tidak bermaksud bodoh, yang menang tidak bermaksud baik. Dalam islam, Nabi dan Umat Islam pernah kalah dalam Perang Uhud. Kekalahan ini penting untuk pengajaran.

2. Dalam pasukan, kita boleh jumpa pengkhianat. Dalam PKR banyak pengkhianat. Pengkhianat ini melemahkan parti dan perjuangan.

3. Yang jelas kalah dan menang dalam pilihanraya ialah rakyat atau pengundi. Ada pengundi beri undi kerana dapat duit, bukan kerana perjuangan. Orang Cina, beri peruntukan apapun, dia konsisten. Tapi pengundi lain misalnya, Panas Setahun, hilang Oleh hujan Sehari. Kemudian panaslah balik.

4. Dalam berjuang, banyak dosa yang dicari. Sia yang mencari dosa? Mereka yang suka mengaibkan orang lain, Tidak adil dan seumpamanya. kenapa nak beri juta-juta ringgit kepada Hulu Selangor sahaja, kenapa tak kawasan lain? Jika kita menang di dunia, belum tentu kita menang di Akhirat. Apabila kita menghadap Malaikat dan Allah, tiada akhbar atau sesiapa yang mampu pulihkan imej kita atau kelentong rakyat. Anggota kita yang menjawabnya.

5. Saya lebih suka menganalisis sikap dan kematangan rakyat. Kalau rakyat tak matang dalam berpolitik, terutamanya Melayu, sampai bila pun akan berada di takuk lama dalam politik, pendidikan dan ekonomi.

Sekian,
Dato "Adil"
Cyberjaya.