Tetamu Kehormat...

March 11, 2010

Selamat Tinggal Anwar, Nik Aziz!


SELAMAT TINGGAL ANWAR, NIK AZIZ!


Baca Tulisan di Harakahdaily ini : Pada pandangan peribadi saya mengenai berberapa pemimpin dari PR yang keluar dari parti dan menyokong parti pemerintah (Umno/BN) menunjukkan mereka ini adalah pengkhianat kepada pengundi yang memilih mereka dalam pilihan raya yang lepas. Memang tidak dinafikan lagi bahawa pemimpin seperti ini hanya mementingkan kepentingan peribadi daripada kepentingan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan rakyat seluruhnya.

Pemimpin seperti ini hanya akan dijadikan kuda tunggangan Umno dan BN untuk mereka jadikan bahan dan modal bagi mereka untuk meraih sokongan rakyat namum begitu rakyat tidak sekali-kali akan tertipu dengan dakyah mereka ini kerana pembohongan yang dilakukan oleh mereka telah menunjukkan bahawa mereka inilah petualang yang sebenarnya.

Lihatlah nanti apabila tiba pilihan raya akan datang peserta-peserta lompak katak ini akan menjadi balaci dan pencacai untuk mencari penyokong untuk meraih undi simpati, tiada jawatan penting yang akan diberikan kepada mereka oleh Umno/BN kerana mereka adalah pertualang yang bila-bila masa saja akan beralih disebabkan pangkat dan kepentingan tidak tercapai.

Rakyat boleh menilai yang mana baik untuk mereka. Bagi parti PKR dan PR, ini adalah satu kebaikan demi untuk mengekalkan pemimpin yang betul-betul memenuhi aspirasi rakyat yang berjuang demi bangsa, agama dan seluruh rakyat yang berbilang kaum tanpa mengira kepentingan diri dan keluarga.

Kepada PKR, buat lagi pembersihan secara total supaya tiada lagi petualang yang tinggal di dalam PKR dan hanya pemimpin yang benar-benar jujur sahaja yang layak untuk memimpin PKR dan PR demi keutuhan parti. Pemimpin boleh datang dan pergi namun rakyat akan sentiasa tetap akan memilih yang terbaik untuk mereka.


Ulasan Saya


1. Inilah wajah sebenar para penyokong dan pemimpin PKR, apabila ada dalam kalangan ahli parlimen PKR yang sudah insaf dan mahu kembali ke pangkal jalan dan keluar daripada parti tersebut, maka kedengaranlah oleh kita suara-suara sumbang yang menghina dan mengutuk mereka dengan perkataan-perkataan yang jijik dan keji, umpamanya, "pengkhianat rakyat", "menghancurkan amanah rakyat", "petualang", "kuda tunggangan UMNO" dan pelbagai lagi kata-kata kesat yang tidak seharusnya keluar daripada mulut manusia yang kononnya ingin menegakkan kebenaran dan keadilan di Malaysia. Hakikatnya, rakyat tidak lagi bodoh dan dungu serta boleh digula-gulakan dengan retorik gaya Anwar Ibrahim, seperti "Kuasa Rakyat", "Keadilan untuk Semua" dan pelbagai lagi permainan kata yang acapkali diputarkan oleh Anwar Ibrahim bagi menggambarkan kebangkitan rakyat untuk menolak UMNO/BN dalam PRU yang akan datang. Realitinya, jika seorang ahli parlimen PKR menyertai UMNO, maka ahli parlimen tersebut akan segera dikatakan sebagai petualang dan pengkhianat amanah rakyat yang mengundinya, sebaliknya, jika terdapat ahli parlimen UMNO/BN yang ingin menyertai PKR, maka itu bukan dikira sebagai pengkhianat amanah rakyat yang mengundinya atas tiket UMNO/BN. Lantaran itulah, tidak pelik apabila Nik Aziz pernah berkata, jika ahli parlimen UMNO/BN lompat menyertai pembangkang itu tidak kira sebagai berdosa atau mengingkari amanah rakyat, sebaliknya jika ahli parlimen pembangkang menyertai UMNO/BN dikira berdosa besar dan akan dikira sebagai pengkhianat amanah rakyat. Hujah Nik Aziz sangat dangkal - menurut beliau, mana-mana ahli UMNO yang menyertai pembangkang mereka dikira sebagai manusia yang sudah insaf dan ingin ke arah kebaikan, sebaliknya mana-mana ahli parti pembangkang yang menyertai UMNO/BN dianggap sebagai manusia yang mahukan kejahatan, kedunian dan keburukan - fahaman semacam ini merupakan kefahaman yang karut dan terbukti fahaman seperti ini telah dicemari oleh hasutan syaitan dan iblis. Justeru itu, PAS bukanlah sebuah parti Islam yang benar-benar mahu melihat Islam tertegak di negara ini, sebaliknya, PAS merupakan parti yang hanya bermatlamatkan untuk mendapatkan kuasa dan menumbangkan UMNO/BN sahaja. Niat perjuangan PAS mahu mendekatkan masyarakat kepada Allah sudah lama hilang dan digantikan pula dengan niat mahukan dunia dan mabuk kuasa. Ahli-ahli PAS boleh dipecahkan seperti berikut :


1. Golongan yang menyertai Pas kerana Allah - 10% sahaja

2. Golongan yang menyertai Pas kerana fakto kebencian kepada UMNO/BN - 50%

3. Golongan yang menyertai Pas atas faktor suka-suka dan ikut trend - 20%

4. Golongan yang menyertai Pas atas dasar kepentingan diri sendiri - 20%


2. Saya meramalkan bahawa sebelum PRU ke 13 kelak, PKR dan Anwar Ibrahim akan berkubur. Hujah saya adalah seperti berikut :


a. Anwar Ibrahim akan menerima pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya terhadap Saiful Bukhari. Kemungkinan besar beliau akan mendapat suaka politik daripada Amerika Syarikat.


b. Banyak kepalsuan dan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran di negeri-negeri yang dikuasi pakatan rakyat tidak ditegur dan diperbetulkan oleh Anwar Ibrahim. Sebaliknya jika kesalahan dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO - sangat pantas Anwar mempolitikkan dan mengkritiknya. Lantaran itu, sikap bias atau sikap condong dalam membela puak atau kumpulannya secara membuta-tuli seperti ini sangat dikutuk keras oleh Rasulullah. Oleh sebab itu sikap seperti ini digambarkan oleh Rasulullah sebagai sikap assabiyyah yakni sikap mempertahankan puak atau ahli kumpulannya, sekali pun telah terbukti kesalahan mereka. Golongan seperti ini tidak akan lama berkuasa.


c. Terbukti jika mengikut Mufti Perak, Tan Sri Harussani PAS melalui Ahmad Awang sangat benci kepada UMNO dengan kata lain - Nik Aziz dan Ahmad Awang seolah-olah langsung tidak menganggap bahawa ahli-ahli UMNO juga merupakan saudara seagama mereka. PAS seakan-akan terlalu bongkak dan angkuh, kononnya mereka merupakan golongan yang pasti menang atas nama Islam, walaupun cara dan perbuatan mereka seringkali bercanggah dengan dasar dan prinsip Islam. Golongan semacam ini - yakni seperti parti PAS yang lebih mengutamakan kaum kafir berbanding dengan saudara seagamanya sendiri sama-sekali tidak akan dibantu oleh Allah. Dan jelas, PAS, PKR, dan DAP menuju ke arah kehancuran! Malah, Anwar Ibrahim juga sedang mencari kaedah agar hayat politiknya terus hidup.


d. PAS dan PKR sanggup menggunakan apa-apa sahaja bagi menghapuskan saudara seagama - sama ada cara halal mahupun cara haram - ianya akan digunakan demi menghancurkan UMNO yang kononnya didakwa sebagai zalim dan jahat. Kaedah seperti ini adalah sama dengan kaedah matlamat menghalalkan cara - dan sudah tentu cara ini tidak akan kekal lama. Justeru itu - PAS akan punah dan hancur jika ini merupakan amalan mereka.

16 comments:

Hashim said...
This comment has been removed by the author.
retox8000 said...

saya sokong kata saudara!

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

Dari pengamatan saya, PAS telah lama menanamkan kebencian melampau terhadap UMNO. PAS secara langsung( dari ceramah dan Harakah) memberitahu ahli PAS bahawa orang UMNO tidak sealim dan sewarak mereka.

Inilah yang dinamakan riak. Hanya kerana mereka menganggotai PAS, mereka rasa mereka lebih beriman. walhal hanya Allah SWT yang tahu keimanan seseorang.

Orang PAS dihasut supaya membenci UMNO. Fitnah bermaharajalela dalam Harakah.

Kebencian tehadap UMNO yang juga saudara seagama melebihi kencian terhadap DAP, satu parti yang amat rasis dan bencikan Melayu( yang juga beragama Islam).

Ksalau saya jadi ahmad Awang( Pesuruhjaya PAS Perak), saya akan senang hati terima pelawaan UMNO untyuk bentuk kerajaan Negeri. UMNO tak perlu tawarkan jawatan MB Perak kerana jelas UMNO ada 27 kerusi dan PAS hanya ada 6.

Bukankah ini tunjukkan yang demi persaudaraan sesama Islam UMNO sanggup berkorban . Teapi ahmad Awang yang terlalu benciukan UMNO tidak mahu bekerjasams.

Berkerjasama dengan DAP( atau lebih tepat jadi kuli batak DAP) lebih "afdal" pada beliau.

Apa punya jenis manusia ini. Alasannya UMNO ada banyak silap. Kalau beginilah sikap beliau, tiada manusia Islam lain layak bekerjasama dengan PAS kerana manusia MEMANG ADA SILAP.

Sikap Ahmad Awang ingatkan saya pada satu novel bertajuk "Infidel" yang saya baca. Seorang Sarjana, Hassan tinggal di Andalusia sekitar kurun ke12. Beliau susah hati melihat perangai Gabenor arab yang berlumba-lumba jalinkan kerjasama dengan Raja kristian UNTUK JATUHKAN RAJA ARAB YANG LAIN.

Mereka terlupa setiap kali Raja Arab tumbang, kawasan Kristian bertambah besar. Padahnya sampai ke hari ini. seluruh Kawasan Raja arab jatuh akhirnya pada Raja kristian. akhirnya umat islam dusir dan yang tinggal dipaksa masuk Kristian.

Saya rasa inilah sikap Ahmad Awang. Dan saya tiada hormat dengan orang yang jual ugama macam beliau.

Anonymous said...

akhir kalam bukan saja PKR terkubur malahan PAS juga ikut terkubur bersama kerana melacurkan kesucian agama islam ............. percayalah

Panglima Perang Cyber said...

bro - harap dapat dedahkan siapa hj ahmad awang ini..

dia penyokong kuat anwar...

sbb tu dia tak nak baik dgn umno..

celaka si ahmad awang ni..

sbb dialah kita berpecah dan bergaduh sampai hari ni..


celaka celaka celaka

pengalikubur said...

PR harus ingat kekalahan BN pada PRU 12 bukan rakyat tolak BN sepenuh nya Hanya Rakyat di sebelah utara saja yg berbuat demikian masa itu UBN ada masaalah diperingkat akar umbi dan rakyat beri peluang kepada BN supaya membetulkan dan berperbaiki Parti supaya ingat pada rakyat yg mengundi BN muking PRU 13 Rakyat akan kembali semula kepada BN setelah melihat perubahan yg dikehendaki Rakyat tak mustahil juga negeri kelantan jatuh ke tangan BN dengan perubahan yg tepat bagi menjamin kesatbilan ekonomi rakyat kelantan yg tinggal hanya lah penjilat penjilat yg kecewa nak masuk umno malu da....

fikiranlicin said...

gua amat tak setuju bila kaitkan PAS dan PKR yang pecah belah kan masyarakat. Aku tinggal dalam lingkungan UMNO sepanjang hidup aku, aku juga paham UMNO ini untuk apa...

Muhammad Azli Shukri said...

Terima kasih atas komen tuan2 semua.

shamshul anuar said...

Saudara Fikiranlicin,

Isunya bukan cari siapa salah kerana kedua-dua UMNO dan PAS ada buat silap.

Yang saya pertikaikan ialah PAS yang melaungkan Islam bertindak bertentangan dengan ugama. Cara PAS tidak beri ruang pada UMNO. Saya yang bukan ahli UMNO pun rimas tengok PAS menyerang UMNO ( dan selalunya fitnah) seperti yang saya nampak dengan mata sendiri di masjid di Ampang.

Sikap PAS yang terlalu sibuk mencari kesalahan UMNO ( banyak darinya adalah fitnah) menyebabkan PAS tidak mahu bercermin diri.

Apakah hukum boleh berubah. Dulu sibuk PAS mengata UMNO kerana kerjasama dengan MCA dan MIC. Sekarang PAS pula bekerjasama( atau lebih tepat jadi kuli DAP). Tak salahke?

Dan PAS sanggup pula bertuankan Anwar Ibrahim setelaH Mohd sabu memaki hamun Anwar dan gelarkan beliau "Aljuburi" serta mencabar Dr Mahathir memecat anwar.

Jujurkah Hj hadi dalam hal ini? Beliau ialah Presiden PAS. Jujurkah beliau?

anakwatan said...

siapa yang sebenarnya yang pecah belahkan dan mengadu-dombakan orang melayu? tidakkah utusan malaysia dan media2 kongkongan pemerintah yang mencanangkan kelemahan2 melayu itu sendiri.saluran apa yang PR ada melainkan ceramah2 yang pergerakannya disekat utk menyampaikan penerangan kepada rakyat.jika benar semua siri ceramah PR itu fitnah dan dusta sila buat lapuran dan siasat seadil2nya,inilah cara yang terbaik utk mencari penyelesaian bukan dgn cara mengekang PR utk bergerak dgn kuasa yang ada.yang kuat tak semestinya benar dan yang lemah tak semestinya salah.jangan menghukum orang mengikut acuan selera kita tapi acuan islam itu kan ada apa salahnya kita gunakan semaksimumnya demi maruah islam. setiap kesalahan itu harus kita dedahkan kerana utk diadili selagi ia tidak mencemar kesucian islam.bagi saya PR tidak diberikan peluang utk menpertahankan dirinya kerana media2 yang ada dikawal oleh pemerintah.PR masih mengikut lunas undang2 dgn sistem demokrasi berpelembagaan dalam apa jua perbuatannya, tapi kenapa pemerintah sentiasa menyekat program2 anjurannya.inikah sistem keadilan yang wujud di malaysia?

shamshul anuar said...

Sauda Anakwatan,

Tersenyum saya membaca tulisan saudara. Ye ke. Kerejaan menyekat kebebasan. Betulkah?

Kalau tengok fitnah bermaharajalela dalam Harakah, maknanya tak disekatla. Itulah kebenarannya.

Mendedahkan kelemahan itu satu hal. Menyebarkan fitnah dan berselindung disebalik kebebasan berugama atau jubah serban adalah perkara berbeza.

Contoh paling senang nak diikuti. Tidak sedarkah Hj Hadi yang satu masa dulu Mohd Sabu memcaci cela Anwar sebagai "Aljuburi". Habis tu kenapa bila Anwar dipecat, PAS sokong beliau?

Adakah Hj hadi percaya Anwar Ibrahim. Kalau tidak kenapa tak tegur Mohd sabu kerana "menggelarkan anwar sebagai "aljuburi".

Yang saya tegur ialah sikap hipokrit sesetengah ahli politik pembangkang yang sibuk laungkan ugama tetapi tindakan menjahanamkan ugams.

rizwan said...

salam tolong tgk kebiadapan penganut agama lain terhadap islam, bnda ni aku jmpa lam facebook... aq trus wat posting, mintak boleh panjang2kan....

http://rizwanmenulis.blogspot.com/2010/03/boleh-bunuh-ke-orang-macam-nie.html

anakwatan said...

to syamsul anuar
memang setiap berita yang keluar di akhbar harakah maka bertimpa2la juak2 UMNO yang kata itu fitnah...fitnah semata2,tapi lama kelamaan berita kebenaran muncul dan bertempiaran la juak2 umno lari akibat salahlaku mereka,banyak fakta dan bukti perkara ini telah berlaku tapi biasala perangai umno akan menafikan sekeras2nya.kita ambik contoh sejarah Nabi dan para sahabat. Ramai para sahabat2 Rasulullah yang menentangnya sebelum mereka menerima hidayah islam dan ada yang cuba membunuhnya namun telah dipelihara ALLAH akannya.Apakah kita akan mengatakan juga para sahabat ini patut menerima hukuman selepas menerima hidayah islam.Patut la ramai orang islam takut kepada islam kerana sudah berkurun lamanya UBN menanam sifat macam ni yang benci membenci walaupun mereka telah kembali kepangkal jalan.inilah nasib banduan2 yang dibebaskan dari penjara utk bermasyarakat selepas insaf dari kesalahan,sebab nya masyarakat akan memandang serong selamanya terhadap dia.Sedangkan ALLAH itu maha pengampun ini kan pula kita manusia biasa.Kpd shamsulanuar cerminkan diri kita sebelum menilai orang lain,bercakap bukan pakai logik tapi gunakan lah Al Quran dan Hadis sebagai rujukan,jgn ikut hukum akai.Pas akan menerima walau apa bangsa sekalipun sekiranya dia berpandukan Al Quran dan Hadis.Wallahua'lam

Marshall DeD said...

Azli dan para bloggers;

Kontra sket dari pengamatan penulis. rasa-rasa teman ler kan, UMNO atau BN juga di penghujung jalan sekiranya kemelut dan masalah dalaman parti tidak diatasi secara saksama dan bijaksana.

Kita sama-sama di dalam UMNO, kita tahu apa masalah yang sedang kita hadapi. Puak sana puak sini. Hentam sesuka hati then akhirnya sembunyi tangan. Ukhwah dan kejantanan sudah tak ada!

Ada baiknya kita mengukuhkan parti kita dari sibuk analisa parti orang. Analisa untuk ilmiah sangat ler baik. Tapi analisa utk mengata, kita tak kemana sebenarnya.

To be fair, ayuh kita bincang sedalam-dalamnya dan semasak-masaknya tentang kedudukan dan hala tuju UMNO dan BN utk PRU 13.

Demi utk persediaan mental kita. Persediaan strategi kita. Persediaan anak bangsa kita.

Kita kaji strategi pihak lawan. Kita diam2 buat perubahan untuk counter attack.

Ada elok kita sama-sama menelaah buku Sun Tzu:
The Art Of War ( Management )
The Art Of War ( Politic )

Dalam masa sama, wajib kita mendalami Ilmu Islam secara holistik bukan takat cedok2 untuk mencari points menghentam antara satu sama lain.

akhir kalam...APA BEZANYA KITA DENGAN MEREKA????

wallahualam..

P.S: Azli, bila balik moh ler pekena teh. banyak beno hal nak sembang bersemuka.

SHAMSHUL ANUAR said...

Saudara Anak Watan,

Baguslah kalau PAS akan menerima 'apa bangsa...". Maksud saya macam PAS sanggup terima DAP yang begitu tebal sikap anti Melayu dan anti Islam ke?

Disini PAS amalkan cakap tak serupa bikin. Dengan DAP, PAS sanggup lepaskan segalanya . Kini tagline PAs ialah "PAS untuk semua". Perkataan Islam dah tak ada. Al Maklumlah prinsip boleh dikorbankan kerana nak dipuji bukan Islam.

Saudata guna istilah UBN( maksudnya UMNO-BN). Untuk tunjukkan yang UMNO berkuasa dalam BN. Alhamdulillah. ada juga orang islam yang berpengaruh. Kalau PR lebih tepat disebut DAP-PR.

PAs jadi kuli batak saja. Segalanya mesti ikut DAP.

Imej Islam dibawa oleh pAS, UMNOo dan sekian umat Islam. Apa sumbangan PAS? Setakat memaki hamum saja ke. Patutlah orang bukan Islam menyampah tengok Islam.

Salah satunya melihat perangai PAS yang bermuka-muka. Terlalu banyak ceramah. Kerja lain tak ada.

Bandar Kota Baru kotor. Cubalah nasihatkan MB Kelantan su[paya melancung ke Melaka dan belajar macam mana Melaka boleh bersih. Bukankah itu tuntutan Islam?

Bagaimana komen saudara akan Mohd Sabu yang memaki hamun ANWAR DAN GELARNYA ANWAR ALJUBURI DISAMPING BELIAU CABAR dR MAHATHIR UNTUK PECAT ANWAR PADA 1998.

Anonymous said...

Shamsul Anuar..

Negeri kecik mmg ler senang nak tadbir urus.nak pulak duit melimpah dari Kerajaan Pusat. Kelantan majoriti umtnya melayu, tapi kerajaan pusat sengaja tak nak bantu atas sebab faktor suka berpolitik.kalau bantu pun bari kat geng deme jugak.padahal,hasil dalam negara patut dinikmati bersama secara saksama.tp politik punya pasal..bior mampus ler Kelantan. ye tak???

Cuba kau bandingkan Melaka dengan Singapura pulak.. apa mcam? atau Malaysia dengan Singapura?? Dulu Singapura tu tak lebih dari adik bongsu kita jer. tapi sekarang? Cuba kau beri mana-mana fakta yang menyatakan Singapura mundur dari Malaysia?

Nak buat perbandingan, tapi fakta perbandingan tak reti nak kupas.

Soalnya, kenapa berat sangat nak bantu Kelantan? Kau sakit hati sangat kenapa dengan Kelantan? Melayu? Islam? Semua ada kat sana...

Bior ler Kelantan tu diperintah PAS. Apa kata kita rampas Pulau Pinang ( Mini Singapura ) tu dari Kaum Cina. ada berani ke??

Sudah laa.. kau cakap tak lebih dari ikut hawa nafsu. entah siapa ler kau ni. mana datang pun tak tahu.

nak bercakap soal pembangunan, Pahang lebih teruk dari Kelantan. tengok saja konsesi balak Pahang, sampai 2015 semua dah berisi. sapa punya angkara? hahaha..

Begini jer lah, kadang2 kita perlu lupakan sekejap soal politik. banyak2 ler berbincang soal perpaduan,penyatuan dan persamaan antara 2 ideologi parti ni.

masalahnya, pemimpin2 dari 2 parti terbesar Malayu+Islam ni kuat sangat berpolitik. LECEHHHHHH...

tgk sidang Dewan Rakyat..aku tak rasa AP kita mewakili rakyat.dah byk mcm wakili diri sendiri.meluat pun adaa..

sorry lah semua, kalau kontra dari pandangan maojoriti bloggers.

Be fair with others.

wallahualam...