Saya secara peribadi menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang merupakan bekas Naib Presiden MCA dan Menteri Kesihatan Malaysia untuk dicalonkan semula bagi menerajui MCA. Sudah tiba masanya keikhlasan Liow Tiong Lai dibalas dengan sebaik mungkin. Selama ini pertikaian antara Timbalan Presiden MCA dengan Presiden MCA telah menyebabkan Liow Tiong Lai menjadi mangsa keadaan dan dikambinghitamkan. Sekarang, mahu atau tidak, pemilihan pucuk kepimpinan MCA mesti dilakukan semula bagi memilih Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang baharu. Semoga pada kali ini MCA akan kembali ke landasan yang betul, sekali gus mengukuhkan semula sokongan masyarakat Cina kepada pihak kerajaan. Saya juga tanpa berselindung memikirkan bahawa Datuk Seri Liow Tiong Lai amat sesuai dicalonkan sama ada sebagai Presiden MCA atau pun Timbalan Presiden MCA. Dengan cara ini sahaja MCA akan kembali bersatu.

7 Ulasan:
tu nama betul ker saudara?tai ke lai?
Salam,
MCA tu relevan lagik ke? Orang2 Cina akan kembali mengundi BN ke?
Salam..
Dok sibuk sangat dgn bencana kat laman rumah orang (PKR) dah lupa ler pulak puting beliung dalam rumah sendiri ( BN-MCA ).
Semalam ada jamuan mkn malam kat rumah orang kenamaan di KK. ada apek tua ni dok melayan ada band muzik. aku menyapa dia. sambil2 sembang ringan tentang politik cina.
dia kata mudah jer.. MCA bukan parti politik orang cina sekarang. kita parli cari wang saja. sudah benci la sama itu MCA. banyak kotor. mau tgk belita TV3 pun sudah talak syok! kita ada politician yang cerdik, tapi belum matang! itu semua MCA punya CC, kasi buang laut kasi jelung makan!
fuhhh..aku mula ler dah rasa silap bertanya soalan kat apek ni. hehehe...
then aku pun blahhh..merokok menghalau nyamuk! ;)
Azli,
masa tu aku ada dinner kat rumah Cheif. mmg aku ada sembang dgn beberapa orang cina secara santai.tapi tetiba jer jadi hangat sebab majoriti yg dok nyembang tu asalnya hardcore pada MCA.
tapi sekarang deme boleh katakan atas pagar.dipendekkan cerita, menyampah yang amat sangat dgn MCA. aku faham ler serba sedikit apa isu yang deme dok ckp tu. payah jugak yer nak selesai...
ni ler isu yg buatkan DS Najib pening. jgn sampai bertampal koyok sudah. Go Najib Go!
dah nak mampos dah mca ni... sibok gaduh tak habes2
MCA memang memerlukan pemimpin yang benar-benar jujur dan boleh menyokong serta membantu kerajaan dalam memastikan kesinambungan pemerintahan yang ada.. Yang penting perbaiki tekad untuk bekerjasama demi kemajuan dan membela nasib seluruh rakyat yang memerlukan perhatian. Masyarakat Cina sebagai antara penyumbang besar pertumbuhan ekonomi negara harus bersih demi kestabilan pada akar dan asas politiknya.
terima kasih komen tuan2 semua, Azmi silap eja tu..
Post a Comment