Tetamu Kehormat...

March 11, 2010

Ini Bukan Hassan Ali yang Saya Kenal 15 Tahun Dahulu


Ini Bukan Hassan Ali
yang Saya Kenal 15 Tahun Dahulu


Saya sangat terkejut dengan sikap dan peribadi terkini Datuk Dr. Hassan Ali. Selama ini saya mengenali beliau sejak dari kecil lagi sebagai seorang motivator dan penceramah yang sentiasa berpegang kuat kepada agama dan melarang umat daripada mencaci dan mengaibkan orang lain, namun demikian, sejak akhir-akhir ini, sifat dan tabiat Hassan Ali sudah jauh berubah. Bacalah sendiri kata-kata kesat dan tuduhan-tuduhan Hassan Ali terhadap UMNO dan DS Najib yang penuh dengan prasangka dan tidak berpegang kepada cara Islam yakni "Janganlah Kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain"

Oleh Lim Hong Siang

(Harakahdaily)

"Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, tak ada orang tak kata. Satu dunia kata. Yang tak kata Utusan Melayu. Yang tak kata Berita Harian. Yang tak kata TV3. Yang tak kata TV1. Yang tak kata TV2. Tapi satu dunia kata pimpinan UMNO Barisan Nasional, zaman berzaman, adalah pimpinan yang paling korup!"

Demikianlah kritikan yang dilontarkan oleh Hasan Ali (gambar kiri), EXCO Kerajaan Negeri Selangor terhadap UMNO-BN. Malah, Pesuruhjaya PAS Selangor yang beberapa kali mencetus kontroversi di kalangan PR ini, menyerang habis-habisan pimpinan UMNO-BN dan bekas Menteri Besar BN Selangor Khir Toyo, semalam.

Susulan daripada seruan terbuka untuk "mengebumikan UMNO-BN pada PRU ke-13" dalam ucapannya di Konvensyen PR Selangor pada 7 Mac, Hasan Ali semalam membuktikan dirinya masih bersama PR, dengan kata-kata pedasnya yang dilemparkan terhadap UMNO-BN dalam "Syarahan Perdana Sempena Ulang Tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat Negeri Selangor", di Stadium Malawati Shah Alam.

Pemimpin yang pernah "dikhabarkan" bakal "melompat" untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor ini bermula dengan melafazkan syukur kepada Allah swt, "... Sebab, bagi sesetengah orang, UMNO terutamanya, meramalkan kita (PR) dapat memerintah Selangor ini sekadar enam bulan. Ada yang meramalkan tak lebih daripada tiga bulan. Tapi sekarang sudah masuk bulan yang ke-24, dua tahun hari ini."

Melihat kepada sambutan masyarakat Selangor terhadap PR, Hasan Ali menyambung ucapannya dalam tepukan, "...Yakinlah, Pakatan Rakyat terus jadi pilihan rakyat untuk tahun-tahun dan dekad-dekad yang akan datang!"

Batu asas dalam tamadun manusia

Sebermulanya Hasan Ali berucap, beliau menyeru agar hadirin-hadirat memujuk keluarga, jiran dan orang ramai untuk bersama perjuangan politik PR.

"Nak pujuk untuk apa? Nak pujuk untuk bersama-sama meletakkan satu batu asas pembinaan tamadun manusia, tamadun yang akan ditegakkan atas dasar... satu perkataan yang..., tuan-tuan, sangat memberikan harganya, nilai yang paling tinggi...," sebelum beliau menyambung, "Perkataan itu ialah keadilan."

"Saya nak tengok anak saya hidup dalam suasana adil! Saya nak tengok cucu Hasan Ali nanti hidup dalam suasana adil! Saya nak tengok cicit Hasan Ali nanti hidup dalam suasana adil! Adil untuk dirinya, adil untuk keluarganya, adil untuk masyarakatnya, adil untuk negerinya, adil untuk teman-teman Cina, teman-teman India, teman-teman Melayu yang mesti digarap, yang mesti disongsong atas makna keadilan yang sebenarnya!" kata-katanya disambut dengan tepukan daripada lebih 4,000 penyokong yang hadir semalam.

Khir Toyo menjadi sasaran

Hasan Ali kemudian memperhebatkan serangannya terhadap bekas kerajaan negeri Selangor BN, dengan membandingkan antara UMNO-BN dengan PR.

"Sejarah seluruh Menteri Besar (Selangor), sejarah mereka dicatit dengan sejarah hitam, black history," katanya merujuk kepada 13 orang bekas MB Selangor BN sebelum Khalid Ibrahim menyandang jawatan tersebut selepas PRU ke-12. Beliau sempat mengusik Khir Toyo, dengan berkata, "...Menteri Besar UMNO BN akhir sebelum Khalid Ibrahim, rumah di Shah Alam, (bernilai) 24 juta."

Hasan Ali menyindir Khir Toyo yang memanggil sidang akhbar dalam minggu pertama ketika baru-baru dilantik menjawat MB, memberitahu media bahawa beliau berasal dari "keluarga yang sangat miskin", "...jual botol untuk bayar yuran sekolah", "tapi anak jual botol bina rumah (bernilai) 23 juta!"

Untuk membandingkan antara UMNO-BN dengan PR, beliau mendakwa setiap kali sebelum mesyuarat kerajaan negeri, Menteri Besar (PR, gambar kanan) akan sendiri baca doa, "Wahai Allah, Hindarkan kami dari rasuah, wahai Allah..."

Hasan Ali kemudiannya cuba menonjolkan kekayaan dan kemewahan hidup yang dinikmati pemimpin UMNO-BN, dengan berkata, "Kalau ada istana di Sabak Bernam, istana itu adalah rumah ADUN-ADUN atau MP-MP UMNO-Barisan Nasional, betul atau tidak?"

Malah, beliau seterusnya menyasarkan bekas MB, "Kalau ada istana selain daripada istana Sultan di Shah Alam ini, istana itu pastinya istana Menteri Besar yang ke-13, Yang Amat Berhormat Khir Toyo!"

Kepimpinan Ulamak

Untuk Hasan Ali, perbezaaan kedua yang wujud antara UMNO-BN dengan PR adalah, PR berjaya membariskan ulamak besar seperti Nik Aziz (Mursyidul Am PAS), Hadi Awang (Presiden PAS), Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS) dan Harun Taib (Ketua Dewan Ulama' PAS) dalam pimpinannya.

"Untuk membangun negara, kita perlukan ulamak besar ini untuk merintis jalan kita," katanya. Beliau kemudian menjelaskan bahawa pimpinan ulamak tersebut akan memastikan PR sentiasa berada dalam jalan lurus yang diredai Allah, iaitu jalan yang adil, menjaga hak negeri, tidak mementingkan sendiri, keluarga dan kekayaan untuk peribadi.

Media: Najib-Rosmah-Muhyiddin

Hasan Ali memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Selain membentangkan pencapaiannya dalam "menghidupkan semula masjid dan surau", selepas mengambil alih kerajaan negeri dari UMNO-BN, beliau juga menyentuh isu kebebasan bersuara.

Sambil mempertikaikan "keadilan" yang ditampilkan media cetak arus perdana, beliau menyindir penyiaran rancangan televisyen yang sarat dengan muka-muka tertentu sahaja. "Buka pula televisyen, lepas Najib (Perdana Menteri), Rosmah (isteri Najib). Lepas Rosmah, Muhyiddin (Timbalan Perdana Menteri). Lepas Muhyiddin, Rosmah balik..." kata-katanya ini disambut dengan gelak-ketawa di bawah pentas.

Beliau memaklumkan bahawa kerajaan PR Selangor sedang mengkaji pengubalan Enakmen Keterbukaan Infomasi Maklumat, yang diusahakan oleh EXCO Selangor, Elizabeth Wong. Beliau menjanjikan saluran maklumat yang tepat dan adil untuk masyarakat, melalui saluran media PR seperti Selangorkini, TV Selangor dan sebagainya.

16 comments:

Rozaidi Toha said...

x sngkanya...
plik btul!!

PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 said...

Salam rakan yang konfius, tuan-tuan sebelum ini kutuk beliau rapat dengan orang UMNO dan tender asyik bagi kat UMNO.Beliau kena layan semua orang dan waktu sama beliau sentiasa bekerja dengan orang UMNO contoh beliau org ke2 dalam JAIS .Org pertama org UMNO.MAIS pun org UMNO no 1 dan pegawai & kakitangannya masih ramai UMNO.SUK Negeri juga masih org UMNO termasuk sebahagian besar kaitangan UMNO.Masa tu semua tibai semacam.
Terkini, bila beliau hentam UMNO tuan-tuan kata beliau dah berubah pula ... abis amacam.Kalau tuan-tuan dalam baju atau kasutnnya bagaimana agaknya?????

anakwatan said...

memang lumrah manusia yang diciptakan ALLAH ini banyak kelemahannya.bagi saya hassan ali dulu tak sama macam sekarang.chtnya saya balik kepada sirah nabi dimana saidina abu bakar r.a sebelum dan selepas menerima hidayah dari ALLAH s.w.t.ramai sahabat nabi yang menentang nabi sebelum memeluk islam tapi setelah datangnya hidayah penentangan mereka terhadap islam berubah kepada kaum mushrikin.disini apa yang saya andaikan manusia hanya menyampaikan seruan tapi hidayah adalah kerja buat ALLAH.pendapat saya hasan ali telah melaksanakan sesuatu yang dituntut agama iaitu memperbetulkan apa yang salah padanya dahulu.tidak timbul isu lidah bercabang @ lupa diri.dia telah kembali pada fitrah diatas penghijrahannya kedalam kelompok yang memperjuangkan islam.wallahualam.

Anonymous said...

Jika diperhatikan, kebanyakannya Melayu2 yang kaya raya sekarang dari kalangan pembangkang PAS dan PKR mereka ini asalnya adalah penyokong UMNO. Hasil kekayaan mereka juga adalah hasil daripada UMNO dan polisi DEB. Ramai terlalu ramai Anwar, Khalid gagap, Hassan Ali, Haron Din, Azmin Ali, Zaid Ibrahim dan ramai lagilah. Adakah mereka bersyukur dengan kekayaan yang mereka nikmati? Jika dibaca dari riak geri, pertuturan dan tidak-tanduk saya sangsi? Setelah mereka kaya-raya dengan hasil DEB, mereka lupa masih ramai lagi rakyat Islam dan Melayu yang masih jauh ketinggalan. Mereka menuduh UMNO mengaut kekayaan, tetapi mereka lupa sebenarnya tuduhan tersebut sebenarnya adalah ditujukan juga kepada diri mereka sendiri. Merekalah yang memusnahkan Islam dan Melayu setelah mereka mendapat kekayaan? Malu saya dengan sikap hipokrit tersebut.

anakwatan said...

anonymous 11.22 berhata2 dengan hujah anda sebelum berkata2 sebab ia membabitkan soal aqidah dan pegangan agama. sesungguhnya segala rezeki didunia ini adalah ketentuan ALLAH s.wt bukannya manusia yang memberi rezeki.rezeki yang ada hanya ALLAH s.w.t pinjamkan sementara didunia ini,jangan kita taksub dengan apa2 jua parti @ organisasi yg mereka ni lah yang bagi rezeki.betul kan persepsi anda.ALLAH s.w.t itu adil dan saksama dalam konteks pemberian rezeki pada hambanya.walau apa bangsa dan agama pun islam atau kafir ALLAH s.w.t telah tentukan jodoh,ajal,maut dan rezekinya.jadi berwaspadalah dgn hujah anda jgn sampai lari dari landasan agama.wassalam.

Anonymous said...

Dalam satu ucapan di Kuala Kubu Bharu tahun lepas, Dato Hassan Ali ada kata dia mahu lahirkan pegawai2 kerajaan di Selangor yang takutkan Allah. Beliau juga kata, Selangor akan membawa masuk berbiliun ringgit modal asing. Dah berjaya ke Tok? atau seperti biasa cakap berdegar-degar tapi tarak apa pun.

Saya memang dari zaman dia bodek pemimpin UMNO lagi dah tak percaya kat "pakar" motivasi ini. Bodeknya tak nampak ikhlas. Dulu kalau membodek kerajaan BN terlebih2 dan sekarang kalau menghentam, masyaAllah...

Kepada PAS, PKR dan DAP - percayalah kerajaan PR Selangor akan jatuh pada PRU13 ini. Bersedialah untuk jadi pembangkang semula.

UMNO Bukit Sentosa/Bukit Beruntung

Anonymous said...

Itulah yang dikatakan manusia. Dalam memperjuangkan kelompok masing-masing, ada pro dan kontra. Dulu HA sokong UMNO/BN setelah jadi exco PR sekarang dia sokong PR : Pada pandangan peribadi, PR ni banyak yang tak betul juga. Tapi HA kata betul.Itu hak dia untuk memperkatakannya. Manusia..lagi tinggi pangkat ..lagi banyak temberangnya.Kembalilah....ke satu titik yang boleh menyatukan umat Islam. Kekadang manusia ni bila dia tidak dapat sesuatu yang dihajati..mulalah akan menuduh yang bukan-bukan.Walauapa pun janganlah membuat tuduhan dan fitnah...kalau kita tuduh orang lain..satu hari nanti kita pula yang dituduh.Subhanallah.

Anonymous said...

kepada anakwatan,
betul, rezeki, ajal dan segala qadak dan qadar adalah milik Allah SWT semata-mata dan semua individu, tak kira islam atau kafir, akan diberikan rezeki masing-masing oleh Allah SWT.
bagaimanapun anakwatan, kalau kita duduk di rumah saja dan mengharapkan semua itu, ia tidak akan datang bergolek dan kita perlu mencarinya sama ada ia halal atau haram.
oleh itu, apa yg dikatakan oleh anonymous 11.22 perlu dilihat drpd sudut pandangan mereka semua itu sebelum ini turut menjarah projek kerajaan UMNO/BN yg disediakan sendiri oleh kerajaan UMNO/BN sebagai rpoejk pembangunan utk rakyat/negara dan lain-lain.
anakwatan, tidak perlu kita pertikaikan ttg rezeki Allah SWT kerana ia memang ada utk semua tidak kira rezeki itu besar atau kecil, sama ada cukup atau tidak utk seseorang yg bersyukur atau sebaliknya dan pelbagai lagi.
masalahnya disini ialah mereka inilah satu masa dulu mendokong kuat kerajaan UMNO/BN dan selepas menyapu kekayaan yg kononnya layak diambil mereka, kini mereka menghentam semula kerajaan UMNO/BN atas alasan org UMNO/BN merompak harta rakyat juga negara.
anakwatan, saya yakin jika ditanyakan kepada mereka ini sama ada salah atau tidak merompak harta negara/rakyat ketika mereka cukup banyak peluang dahulu, mereka akan mengatakan ia bukan merompak tetapi rezeki dan mereka hanya berkhidmat utk rakyat juga negara.
dan kini, jika ditanya soalan sama, mereka pasti menjawab mereka adalah bersih dan hanya UMNO/BN saja yg kotor serta korup.
anakwatan, jangan dibabitkan Yang Maha Suci Allah SWT dan Islam dalam hal politik di Malaysia pada hari ini kerana anda sendiri sudah tahu jawapannya mengapa penyokong UMNO/BN menuduh PR korup dan begitulah sebaliknya dilakukan oleh penyokong PR pada UMNO/BN.
Pada saya, apa yg terbaik kini adalah mencari parti yg kurang keburukannya dlm pelbagai bidang khasnya agama Islam serta hak Melayu.
anakwatan, saya minta maaf jika apa dikatakan ini membuat anda rasa kurang senang, saya hormati pendapat anda dan begitulah diharapkan dr anda utk saya.
bergaduh macamanapun, jika ianya berlaku, saya dan anda tetap Islam dan Melayu.

Anonymous said...

Salam rakan2 1Selangor,

Saya berharap semua rakan2 1Selangor boleh mengubah suasana pada PRU13.
Jangan diulangi apa yang rakan2 telah lakukan pasa PRU12 dahulu.
Marilah kita merubah kembali suasana pembangunan di Selangor khususnya dan suasana keamanan di Malaysia amnya.
Jangan beri peluang kepada petualang2 negara. Islam sendiri menggalakkan kita berhijrah menjadi satu bangsa yang terbaik di dunia dan akhirat.
Cara PR merosakkan bangsa dan negara.

-Art-

Anonymous said...

saya fikir penyamun yang paling besar antara kita semua adalah al jub...

Masa dalam kerajaan(menteri kewangan). Kalau tak ampu kote dia ni maka susahlah seseorang tu...mahu tak mahu kena tonggeng juga jubur tu...

Bila keluar dari kerajaan kata kerajaan rasuah lah..itulah inilah..Haiwan yang sebegini tak akan cerita kalau perbuatan rasuah dan segala najis kalau dia tak buat sama...itu kita kena faham.

Sebab satu jari tunjuk kat kerajaan empat lagi jari tunjuk kat kote dia...itulah al-jub namanya.

Hasan Ali ni pulak dulu aku ingat masa dia setiap kali jadi pengerusi untuk program kat tv3. Bukan main lagi memek hidung kembangnya tu dengan tangannya yang sentiasa memegang pen memuji rancangan tv3. Tapi sekarang tengok....Aku nak tanya kat bang san ni apakah dia dulu tak dapat hidayah dari Allah SWT semasa jadi pengerusi program tv3 tu...oooo sekarang dah tak dapat lagi hasil dari tv3 maka katalah itu tak adil...nak adil anak bini cucu cicit...

Apa punya biol lah si belacan benggali ni...inilah jenis orang yang sanggup jual prinsip..dan berpura-pura bila dia ada bersama-sama kita...fikir-fikirkanlah binatang seperti ini......

Anonymous said...

Anakwatan,

Hassan Ali telah kembali kedalam kelompok yang memperjuangkan Islam? Biar betul berbicara Anakwatan. Silap2 terkeluar Akidah. Adakah golongan yang boleh menentukn Syurga Neraka dikatakan kelompok pejuang islam? Ini soal akidah, hanya Allah jua yang menentukan bukannya kelompok yang dikatakan memperjuangkan Islam. jangan disebut. Saya setuju dengan Anakwatan supaya kita tidak taksub dengan mana-mana organisasi. Memang betul jodoh pertemuan, ajal maut qada qadar ditangan tuhan. Tetapi dengan mengatakan Hassan Ali kembali ke kelompok memperjuangkan Islam saya rasa kurang tepat dari segi akidahnya.
Sebabnya kelompok tersebut banyak mempermainkan dan mempergadaikan Islam demi kuasa duniawi. Jika disebut kembali keajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah lebih membawa makna.

Anonymous said...

Anakwatan, kenapa kelompok-kelompok yang kononnya memperjuangkan Islam dimana Hassan Ali telah kembali, sehingga hari ini masih tidak boleh menerima keputusan yang Negeri Perak telah terlepas dari kelompok2 yang memperjuangkan Islam itu? Adakah kelompok2 yang memperjuangkan Islam ini tidak tekeluar dari akidahnya? Ya, kerana tidak dapat menerima Qada dan Qadar Allah seperti yang dinyatakan oleh Anakwatan. Lompatnya Wakil2 Rakyat dan Ahli2 Parlimen kenapa tidak menerima saja ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah. Seolah2 menampakkan yang kelompok2 yang memperjuangkan Islam ini tidak redha dengan ketentuan Allah. Kenapa Anakwatan tidak mempersoalkan dari sudut Akidah kelompok2 yang kononnya memperjuangkan Islam. Tindak tanduk kelompok2 yang mempejuangkan Islam itu sendiri sudah tidak selari dengan Akidah Islam? Wallahualam.

Anonymous said...

Hasan Ali dijanjikan Menteri sekiranya Anwar jadi PM. Zaman sama duduk dalam UMNO. Bila jalan Anwar jadi PM berubah ke Sungai Buluh maka cita-cita Hassan Ali pun terkubur. Marah pada kerajaan dan Mahathir,kemudian masuk PAS, sampai seru mungkin.

Masa di'gam' tak boleh masuk tv lagilah melenting. Buat duit sungguh Hassan Ali ni. Ceramah caj ribu-ribu. Cari makan lebih dari berdakwah. Duit PAS pun dia kona jugak. Tapi orang PAS nampak macam dah ampunkan Hassan Ali.

Lepas PRU12 angan-angan nak jadi MB Selangor. Anwar tak bagi juga,Anwar pilih Khalid. Khalid Gagap lebih sesuai teraju kerajaan sekular Selangor. DAP tentu lagi tak setuju kalau bagi Hassan Ali.

Sekarang dah dapat hidayah kata orang PAS, kembali menghentam kemungkaran... dah tinggal dunia material, dah tak kejar kekayaan, dah tak kejar jawatan dan pangkat, dah tak kejar kemashyuran dan nama agaknya. Semuanya sekarang dilakukan kerana Allah..

Anonymous said...

anakwatan tu, alim ulamak baru PAS. baru PAS sekolah pondok PAS. Dia antara yang N.ajis PAS kata PASti masuk syurga. Hindu Pahang mimpi Rasulullah, pun PAS kata dah PASti dapat hidayah, sebab sokong PAS, cuma belum PASti nak masuk Islam PAS.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen daripada tuan2 semua

shamshul anuar said...

SAudara PAS Cawangan Bukit sentosa,

Manusia kadang-kadang lupa( atau pura-pura lupa) akan orang yang membantu mereka naik.

Hassan ali kaya raya sebab dapat buat kem motivasi yang disokong pula oleh MB Selangor( orang UMNO).

Tanpa sokongan UMNO, dia tak kemana pun. Masalah orang macam Hassan ali ini ialah dia jenis species yang jarang bercermin diri.

Dia tak habiskan masa cerminkan diri, menengok kelemhgan diri. Masanya dihabiskan mencari kesalahan orang. Kerana tak mahu perbetulkan diri, Hassan ali tak faham kenapa orang Mewlayu rasa pelik dengan sifat PAS yang sanggup jadi kuli DAP( memang betul kuli pun) tetapi sentiasa menganggap UMNO sebagai musuh hakiki.

Orang Melayu dihasut supaya membenci UMNO kononnya rasis dan untungkan kroni. Tak apa orang lain kaya rasa. Orang Melayu mesti jadi papa kedana supaya tak digelar rasis.

Tak apa Guan eng dari Melaka jadi KM Penang walaupun yang berhak ialah Pengerusi DAP Pulau Pinang. Orang tak kata kroni pun. Tapi kalau UMNO bantu satu usahawan Melayu heboh kononnya amalkan kroni.

Salahkah Khir Toyo tinggal dalam banglo 3 juta ringgit. Dia siap tunjut resit kita masih tak percaya. yang kita junjung tinggi-tinggi ialah orang fasik dan munafik yang sibuk fitnah Dr Khir .

Sudah diperingatkan dalam AlQuran tetapi kita masih suka dengar fitnah seperti Raja Petra. Lebih malang kita paling suka tokok tambah cerita walaupun kita berjubah berserban dan sebut "Islam cara hidupku".