Tetamu Kehormat...

March 12, 2010

DBP 2010 : Legasi JJ Berakhir


DBP 2010
Legasi JJ Berakhir



Sudah hampir empat tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkocak dan tidak tentu arah. Bermula dengan campur tangan Datuk Johan Jaaffar (Pengerusi Lembaga Pengelola DBP) berhubung isu pelantikan Timbalan Ketua Pengarah DBP, En Kamarulzaman yang penuh diselubungi misteri dan tanda tanya - disusuli pula dengan pertentangan secara berterusan antara pihak pengurusan DBP dengan pihak Kesatuan Sekerja DBP yang selama ini benar-benar berasa sudah bosan dengan segala macam bentuk penyelewengan dan politik tikam menikam - yang akhirnya mengakibatkan staf DBP berpecah teruk menjadi tiga puak. Iaitu, puak yang menyokong dan taat setia kepada kumpulan Johan Jaaffar, puak yang berpihak kepada kebenaran yang diperjuangkan oleh Kesatuan Pekerja DBP dan puak yang ketiga ialah puak yang berdiri atas pagar, tunggu, lihat dan ambil kesempatan.


DBP pada hari ini tidak lagi seperti DBP dahulu - ia tidak lagi dihormati, kepakarannya sudah mula dipertikaikan oleh masyarakat, manakala fungsinya pula semakin tenggelam dalam arus modenisasi. Yang tinggal hanyalah birokrasi dan si kuku besi. Tatkala penyelewengan semakin berleluasa - kebenaran dicampak ke tepi, dan jampi-menjampi semakin menjadi-jadi, kini DBP seolah-olah telah mendapat rohnya yang selama ini telah hilang entah ke mana. Dikhabarkan, sinar cahaya kebenaran akan menyerlah semula di menara DBP, sekali gus melenyapkan kuncu-kuncu dan saki-baki para pendukung setia Johan Jaaffar. Johan Jaaffar - nama yang seringkali dikaitkan dengan bermacam konspirasi serta kerosakan yang mengakibatkan bahtera DBP dilanda musibah sepanjang empat tahun belakangan ini - JJ nama timangan dan nama yang acapkali mengundang fitnah dan menyebabkan DBP gundah-gelana. Teka-teki berhubung sama ada kontrak JJ sebagai Pengerusi LP DBP akan disambung atau pun tidak semakin panas dan berapi - semakin panas dan penuh warna-warni.


Tinggal tidak kurang sebulan tempoh kontrak JJ akan berakhir, TS Muhyiddin, Menteri Pelajaran Malaysia masih belum memutuskan sama ada JJ akan disambungkan kontraknya atau beliau boleh terus melupakannya. Risik-risik, antara calon yang layak menggantikan JJ sebagai Pengerusi LP DBP dan direstui pula oleh TS Muhyiddin, ialah Datuk Seri Dr. Sidek Baba - seorang ahli akademik, penulis prolifik, pakar motivasi, pendidik dan ilmuan Islam yang tersohor. Namanya disebut-sebut sebagai calon paling berpotensi untuk mengembalikan semula DBP ke era emasnya - sekali gus menyingkirkan parasit-parasit yang sudah lama bersarang di menara DBP itu.


Saya percaya dan yakin, sama ada Kesatuan Sekerja DBP, mahu pun pihak pengurusan DBP - mereka bersedia dipimpin oleh DS Sidek Baba - seorang yang jujur, amanah dan tidak bermain politik. Semoga hasrat ini menjadi realiti di samping mengembalikan kepercayaan rakyat kepada organisasi pejuang bahasa tersebut. Sudah tiba masanya DBP mesti dibersihkan daripada penyelewangan dan politik kotor lagi jijik yang selama ini menyelubunginya. Sama-sama kita berdoa agar ia menjadi kenyataan. Selamat datang Sidek Baba dan selamat tinggal Johan Jaaffar! Adios. Wallahualam.

5 comments:

Anonymous said...

Memang benar Prof Dr Sidek Baba seorang yang jujur dan amanah!!

Faizal said...

Maaf saya begitu naif dalam soal dalaman DBP.

Apa benar Johan Jaafar bermasalah?
Saya suka mengikuti rencananya dahulu di Berita Harian & Dewan Budaya.

Apakah pangkat dan jawatan sudah mula menguasai beliau?Bagaimana bekas staf DBP melihat sosok Johan Jaafar?

Terima kasih

Gedung Akal said...

Bangsa yang hebat bukannya pada institusi yang ada tetapi kepada ketekadannya mahu angkat martabat bangsa sendiri. Kalau premimpin yang patut diteladani rakyat lebih bangga bercakap bahasa antarabangsa dan malu berbahasa Melayu- tidak guna langsung DBP.
Bacalah pendapat ini http://gedungakal.blogspot.com/2010/03/bangsa-yang-pengecut.html

Anonymous said...

bukan setakat jj yg harus disingkir tetapi parasit pengampu di bahagian M.

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih atas komen semua